SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

29 August, 2010

Ramadhan Bersama Keluarga - Part III

29 August, 2010
Meriahnya Ramadhan bersama keluarga. Di saat semua orang keluar mencari baju raya, memenuhi semua bazaar yang ada. Aku dan keluarga tidak ketinggalan menambahkan kesesakan sedia ada di bazaar. Inilah masanya untuk mencari lagi 2 3 pasang baju raya. Hari tu, aku dah beli 2 pasang. Sepasang kurung Johor dan Sehelai Jubah moden. Dan tadi, aku berjaya membeli sepasang English Cotton pula. Riang rasa hati. Tambah riang bila berjaya mendapatkan tudung yang aku cari-cari sekian lama. Malah berjaya membeli dengan harga tak masuk akal. Itulah namanya... rezeki. Alhamdulillah.

Shopping raya tidak akan berakhir di situ. Masih banyak lagi yang belum aku beli. Ada beberapa lagi. Mak pon belum ada baju raya. Esok, mahu ke Plaza Angsana pula. Plaza yang paling ramai manusia tatkala Ramadhan datang bertamu. Mak kata, dia nak ajak pergi lepas subuh. Hehehe. Aku cakap pada mak, kalau kita pergi lepas subuh nanti kita teman Pak Gad buka pintu Angsana sekali. Mak ketawa. Mak cakap pukul 8 kita gerak dari rumah. Baiklah mak. Kesian mak, carpet raya tak dapat lagi.

Dalam kemeriahan menyambut Syawal ini, tidak aku nafikan hati ini tersangat berdebar. Berdebar kerana dia akan pulang. Cuma, sedikit terkilan kerana dia tiba di saat aku berangkat pulang ke Johor. Hanya selepas cuti mungkin. Erm. Segalanya, aku serahkan kepada yang maha Esa.

Bukan hanya itu membuatkan hati aku resah. Hati sedikit pilu bila teringat Abah. Kesian abah. Sambut raya sendiri. Abah jauh. Rindu abah. Erm. Ya Allah, kau berikanlah Abahku ketenangan dalam menghadapi dugaan itu. Dan kau permudahkanlah urusanya. Aku sayang pada Abah ya Allah.

Selamat malam Abah. Selamat malam dia. Selamat malam Mak. Selamat malam semua. Jumpa lagi esok. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014