SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

27 July, 2012

Katil Baru

27 July, 2012
Salam. Sebelum saya pulang ke rumah untuk menyediakan juadah berbuka... ada satu story saya nak share....

Last few weeks, BeBo di hantar ke klinik untuk small surgery. Ada incident happened and he was injured. So, bila sampai di vet... perkara pertama yang doctor tu cakap... "He's young.. but he's big... He need to slim down to avoid other disease such as diabetic, high blood pressure etc.... Encourage him to exercise. Or put his food at higher place to force him to climb up."

Erm... BeBo overweight... Tapi nanti kalau kurus dia tak comel macam mana?

By the way, BeBo kena turunkan beratnya at least 3 kilo. Wow... banyaknya... Good luck BeBo.

So, sebagai memujuk BeBo dari injuries and surgery... BeBo dapat katil baru... from his Daddy... which is my darling husband of course. Thank you Daddy.

BeBo dan katilnya...


Menikmati keseronokan ada katil baru

Adik BeBo si Kiki tu jealous je sebab dia tak dapat katil. Selalu menyendeng nak tumpang tapi kene halau. Hehehehe.

XOXO,



Lemon Buttercream Macaron

Salam... for the last few weeks, saya busy dengan kerja dan juga busy berbaking. Ada tempahan yang harus saya siapkan. Alhamdulillah... masih ada yang sudi nak menempah macaron dengan saya. Terharu sangat. Malah saya bersyukur ada beberapa regular customer yang akan order terutamanya untuk tempahan hantaran. Thanks to all the support. 

Ni saya nak kongsikan hasilnya...

Tadaaaa

23 pcs of macaron. It supposed to be 24 pcs for this casing.. 
but I make it bigger this time to make it looks more yummy.


The close up... comel kan???

This one is special edition... mini macaron in special casing. 
You can choose the colour if you want.

Kalau ada sesiapa nak tempah dengan saya... jemputlah. Jangan segan-segan tau. Hehehe.

XOXO,


26 July, 2012

Salam Ramadhan

26 July, 2012
Lama sungguh saya tak menulis di blog kesayangan ni. Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai isteri. Alhamdulillah. Agak teruja juga dan macam-macam saya fikir. Setelah 6 hari kita berpuasa, segalanya berjalan lancar. Last Saturday, saya pulang ke Johor menyambut ramadhan bersama keluarga. Rasa seronok sekali. Rindu sangat pada mak. Thanks to my husband, sudi memandu pulang untuk saya. Hehehe...

Hari ini saya ada sedikit masa nk berceloteh. Tu yang saya selitkan satu entri untuk hari ini. InsyaAllah. Oh ye.. sebelum saya terlupa, sekiranya ada kawan-kawan yang nak tempah macaron atau kek coklat atau kek caramel moist choc cake atau kek batik.. bolehlah PM saya. Saya ada juga mengambil tempahan secara kecil-kecilan.

Juadah berbuka puasa untuk Ramadhan kali ni saya jangka tiada yang lavish. Cukuplah sekadar bersederhana. InsyaAllah. Tak banyak benda yang saya nak ceritakan sebenarnya.. bukan tak ada cerita.. ada.. cuma masa membataskan niat dan kesibukan menghalang. InsyaAllah akan saya postkan satu entri dalam masa terdekat ini.

Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam.

Jangan terlalu mengikut nafsu ketika merkunjung ke Pasar Ramadhan.

Salam.

XOXO,

12 July, 2012

Macaron Untuk Hantaran dah siap!

12 July, 2012
Salam... how's your day? Hari ini saya agak kebusyan sedikit. Tapi ada satu perkara saya nak share... Subuh tadi saya siapkan filing macaron yang saya dah siapkan hujung minggu lalu. Tempahan ini akan di ambil oleh Puan Azyan pada malam ini. Macaron for hantaran. Thank you so much for the order. Sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan pada saya. 




XOXO,


09 July, 2012

Caramel Moist Chocolate Cake

09 July, 2012
This weekend, saya tak ke mana sangat. Banyak masa di habiskan di medan Ketuhar Shaaz. Alhamdulillah.. walaupun saya tak berapa aktif dalam penjualan macaron dan kuih... bisnes tak sekencang mereka-mereka yang pro.. masih ada yang sudi nak order dengan saya. 

Bila buat macaron semestinya banyak guna putih telur. Rasa sayang nak buang kuning telur begitu saja. Membazir. Saya pun browse dalam internet dan jumpa resepi ini. Rasa teramat menarik untuk di cuba. Saya pun try la buat. 

Alhamdulillah menjadi dan sedap di makan (sendiri cakap). Husband saya suka juga tapi dia request nak caramel sama banyak dengan chocolate cake... tu kene tunggu order macaron lagi banyak la jawabnya. InsyaAllah.

Caramel Moist Chocolate Cake sangan enak dimakan ketika sejuk.

Kalau sesiapa nak order... insyaAllah boleh. =)
Anything or any request you can PM me. InsyaAllah selagi terdaya akan memberikan layanan terbaik kepada pelanggan. 

(blog ketuhar shaaz dah bersarang... tak sempat-sempat nak update. ish ish ish.. tak patut.. tak patut...)


It's time to sleep. Dah lewat ni. Esok kene kerja... Selamat Malam semua. 
Salam.

XOXO,




07 July, 2012

Let's decorate your wall

07 July, 2012
 Salam everyone. It's been quite sometimes I promised to post this entry. Maaf atas keterlewatan yang tidak disengajakan. Jadual harian sebagai pekerja makan gaji dan housewife membuatkan saya tak sempat nak bermanja dengan laptop. Apatah lagi nak menulis. Siang tadi saya tak ke mana-mana. Hanya duduk di rumah menyiapkan tempahan macaron dan mencuba resepi baru... "Caramel Moist Chocolate Cake" Alhamdulillah. Both menjadi dan menunggu masa untuk di makan. InsyaAllah saya akan postkan gambar nanti. InsyaAllah. Btw, berbalik kepada tujuan asal entry ini... saya nak berkongsi tips hias dan jimat dalam mencantikkan kediaman anda dengan "Do-it-yourself wallpaper". Haaaaa... teruja tak? Senang je. Ada pelbagai teknik yang korang boleh buat. But I've done 2 technique which is I personally found it is easy as 1...2...3..... tadaaaaa...

1) Sponge technique

Alatan yang anda perlukan adalah.... Cat dan Sponge. Hanya 2 saja alat yang diperlukan. 

Cara-caranya:

1) Sekiranya ada berpuashati dengan warna dinding sekarang, just leave it. Kalau tak suka... cat lah warna baru sebagai base colour.

2) Ambil sponge yang selalu mak pakai buat basuh pinggan (ambil yang baru).. kemudian koyakkan dengan cara membahagi dua bagi mendapatkan permukaan tidak rata dan sedikit menggerutu.

3) Tuangkan cat pada bekas lain dalam kuantiti yang sedikit. (saya gunakan penutup cat) Cat yang akan digunakan ini tidak perlu anda cairkan. Biarkan pekat bagi memudahkan kerja-kerja menconteng dinding. Hehehe

4) Ambil sponge yang siap di koyakkan dan celupkan permukaan menggerutu pada cat. (pilih warna yang kontra atau terang sebagai feature wall anda) Pastikan cat itu telah. 

5) Cuba ringankan kuantiti cat pada sponge dengan menekap sponge pada bahagian penutup yang tidak mempunyai cat.

6) Tekapkan sponge pada dinding berulang-ulang kali secara rawak. (Dinasihatkan agar anda melaksanakannya spot-by-spot bagi memudahkan anda melihat coraknya.

7) Ulang langkah 4-6 sehinggan feature wall anda siap sepenuhnya seperti di bawah.

Tadaaaa....



This is the feature wall that I've done at my living room.


2) Stripes + Combing 

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah :

1) 2 cat dengan warna yang berlainan. (Padankan ikut kesukaan anda)
2) Masking tape untuk membahagikan wall
3) Comb... anda boleh dapatkan ini dari ACE Hardware. Ia sejenis plat plastik berbentuk segi empat yang bergerigi. Setiap side mempunyai saiz gerigi yang berbeza. Atau gunakan getah wiper dan potong hujungnya  dengan bentuk segi tiga atau segi empat (mengikut citarasa) seperti castle.
4) Berus bersaiz besar

Dah sedia untuk cara-caranya?

1) Catkan warna base pada feature wall anda. Pastikan rata dan biarkan kering. Untuk mendapatkan dinding dengan warna sekata anpa perlu mengecat dinding tersebut sekurang-kurangnya 3 layer.

2) Ukur dinding dan dapatkan stripes yang anda mahukan. Gariskan sebagai panduan untuk langkah seterusnya.

3) Letakkan masking tape(tepi) pada garisan dari atas sehingga ke bawah. Ulang langkah ini untuk garisan seterusnya. (Pastikan Stripes yang akan dicat layer baru dengan warna baru sempurna di tandakan.)

4) Sapukan cat (warna ke 2) pada stripes yang di kehendaki. Jangan sapukan pada seluruh stripes... Sapukan pada sebahagian sahaja (spot-by-spot)

5) Ambil comb dan buatkan corak sama ada membulat, berbentuk "s" dan sebagainya (dengan kaedah tekan dan tarik) diatas cat yang baru di sapu. Pastikan cat yang disapu masih basah bagi memudahkan kerja-kerja combing. Anda juga perlu memastikan tangan anda tidak menggigil agar corak yang terhasil tidak nampak seperti rosak.

6) Ulang langkah 4 & 5 sehingga semua stripes completed seperti di bawah.

Tadaaaa....


Corak yang saya pilih adalah semi-circle.


This is my feature wall at dining area.

Mudah bukan. Mudah dan menjimatkan. Tak perlu pasang wallpaper. Btw, kalau ada bajet lebih, gunalah cat yang mahal sikit. Especially untuk technique kedua tu. The one that I've done was using cat kapur. So bila step combing agak challenging sikit. 



Bebo pun setuju. Sampai tertidur Bebo keletihan. Sian Bebo.


That's all untuk kali ini. Kalau saya ada projek baru untuk deco wall, insyaAllah saya akan gunakan teknik baru dan berkongsi bersama anda semua. Tak susah pun... nak buat corak kayu pon boleh... guna kaedah "broom". Selamat mencuba.

XOXO,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014