Pages

02 June, 2012

Gubahan dan jimat

Salam Sabtu everyone. What's your plan today? Mine... Just lepak at home. Rasa tak sedap hati nak kemana-mana. I'm in standby mode. My sister in law was warded again yesterday. Terus ke Emergency Room sebab sakit kepala dia tak hilang malah makin teruk. Macam-macam pakar datang untuk check dia. After the MRI scanning... doctor said ada ketulan darah di kepalanya. Some of her brain cell seems dead. Risau sangat. Dia terlalu lemah. Along cakap tangan dan kaki dia sebelah tak boleh angkat. Macam stroke. Hurm... Along tanya saya... "tak nak balik ke?" Semestinya saya nak balik.

She has been transfered to hospital besar.. Hospital Sultanah Aminah dan ditempatkan di ICU. Doctor said... most probably dia akan dioperate untuk keluarkan ketulan darah di kepala dia. According to Dr. Rahayu which is my sister's friend.... possibility adanya ketulan darah beku might happen sebab bacaal platlet darah dia rendah lepas bersalin. Mungkin jugak platlet dia dah rendah sebelum bersalin. Dia masih dalam pantauan sebab ada 3 main complication. 1st is the ketulan darah di kepala, 2nd antibody dia dh tak stable dan antibody dia makan diri dia sendiri. Ke 3.. I'm not really sure... Dah lost masa Along cerita. Hurm...  Saya minta rakan-rakan... doakan kesihatan kakak ipar saya... Norliana bt Husin. Semoga dia sembuh dan kembali sihat. Mia (7), Nina (5) dan Qaireen (1 tahun 8 bulan) needs her. They need her mother. Same goes to my brother. He needs his wife to raise up the children.

Anyway, I have something to share. For those yang sedang merancang perkahwinan or sudah melangsungkan perkahwinan... boleh la kalau nak mencuba. Masa nak buat hantaran, surely banyak bunga yang dibeli untuk buat hantaran kan? This may only applicable to those yang buat hantaran sendiri. Mine.. I did it myself. Even masa yang terlalu terhad which is 1 month... saya usahakan juga... tiada yang mustahil. Alhamdulillah... They look beautiful. So, bunga-bunga yang digunakan semasa menyiapkan dulang hantaran boleh diguna pakai semula dengan membuat gubahan bunga untuk kediaman anda. Seperti yang saya buat di bawah ni. All the flower adalah yang digunakan untuk menghias dulang hantaran majlis perkahwinan saya tempoh hari. Jimat kan? Recycle thing and makes them beautiful. Selamat mencuba.





Yang ini bukan bunga hantaran... Bebo sleeping on the sofa bed while I decorating the flower.



He is fat and I knew it!

p/s: minta doakan kesihatan kakak ipar saya. Semoga dia kembali sihat dan sembuh seperti sediakala. InsyaAllah.


XOXO,


 



01 June, 2012

June dan Meet U

Hari ini 1 Jun 2012. Sekejap je dah masuk pertengahan tahun 2012. Rasa macam baru je 1 Januari 2012. Pantas sungguh masa berlalu. So tak boleh malas-malas dan kene kuat bekerja. (bonus oh bonus... bila la boss nak bagi nih...)


Last night, kepala saya sakit sangat. Terasa berat. And this morning.. its still the same. Tapi arini bukan nak cerita pasal saya. Tapi pasal satu minuman yang best.. (sebab saya tengah minum sekarang ni). Teh Tarik Meet U. Teh tarik ni sedap sekali. Hanya perlu tambah air panas dan sedia diminum.

MEET U WHITE TEH TARIK 40G X 15

Paduan rasa yang best dan enak di minum. Pekat dan sedaaaapppp sekali. Tak caya? Boleh try beli... leh dapat kan Teh Meet U ini di Jusco dan mana-mana super market yang menjualnya. Lingkungan harga dalam RM 12 kalau tak silap. Selamat mencuba.

p/s: pagi pagi... buat iklan. hehehe


XOXO,


31 May, 2012

Gloomy


It's a gloomy day... and I hate this kinda feelings. Feeling of stuck.... sad... worried and erm... susah nak cakap.  My sister in law was warded 2 days ago. Kesian Kak Yana. Semalam ada teringat nak call her. Tapi rutin saya terlalu sibuk. Disamping menyiapkan tempahan Peppermint Chocolate Macaron sempena father's day. Ada yang perlu dipos. Dah agak lama saya berehat dari Ketuhar ShaAz... and I miss my baking session.

But don't know why I felt so down today. Reason? Erm... I'm too tired I guess. Hectic with office work yang tak kenal erti rehat... rutin harian dan trafik yang menyesakkan... Sekejap kang kene keluar office meredah trafik untuk ke authority.. kembali ke office dan berperang dengan drawing... menyelesaikan puzzle-puzzle design dengan menafsir masalah akan datang... segalanya terlalu memenatkan.

My mood currently..... ZERO. Tapi perut terasa sangat lapar. Since yesterday I skipped my breakfast, I did't took my lunch... and I skipped my dinner. Hanya cendawan goreng yang mengisi perut. I lost my appetite already. I miss my mum's cook... The best ever. Today... I will definitely take my lunch... because I tapau a food from home... I did cooked last night... cuma tak makan. Lost appetite.

Anyway, I'm kinda know this feeling. I felt it about 2 years ago... but why? I have no answer at all. Ya Rabb, hilangkanlah kegusaran dihatiku ini...

XOXO,


27 May, 2012

Mifdal Darwish.... Ahli Syurga

Rabu, 23 Mei 2012

Pagi itu saya cuba hubungi emak.. rsa rindu sangat. Padahal baru pulang ke Johor weekend yang lalu. Tapi, mak agak sibuk.. panggilan tak berjawab. Saya kerja seperti biasa dan pulang ke rumah pada jam 6 petang. Singgah sebentar di Mydin berdekatan rumah mencari beberapa barang untuk buat gubahan bunga. (ini hobi baru saya).. Sampai di rumah kia-kira jam 7.15 malam dan saya bersiap-siap nak sediakan makanan untuk dinner. Beberapa minit kemudian, Mak telefon. Rasa happy sangat nak jawab panggilan.

Me : Assalamualaikum mak... (sambil saya senyum walaupun mak tak nampak.
Mak : Waalaikumsalam... (Mak jawab dengan suara bergetar. Pelik. Seperti ada sesuatu)
Me : Mak.. kenapa ni? Ada apa apa ke?
Mak : Mak nak bagitau ni... Pasal Kak Yana.... Along telefon tadi bagi tahu... baby dah tak ada...
Me : Innalillah.... (tanpa saya sedar air mata saya mengalir)
Mak : Nanti cuba call Angah... Mak call dia... tapi tak dapat.

Saya terkedu seketika. Baru Ahad lepas saya usap perut kakak ipar saya.. pesan pada baby... "baby.. baby kene sihat tau... nanti boleh datang acu kahwin kat KL"

Puas saya hubungi Along dan Angah... sekitar jam 8.30pm barulah saya dapat bercakap dengan Along...

Me : Assalamualaikum Along..
Along : Waalaikumsalam... Usu... Anak aku... Anak aku dah tak ada... Anak aku Baby Boy...
Me : Innalillah... macam mana boleh jadi macam ni?
Along : Tak tahu lah.. tadi pagi baby sihat je.. gerak-gerak. Tiba-tiba petang Yana bgtau baby dah tak ada.

The whole family have been waiting for baby boy... semua anak-anak saudara saya... 5 orang girl. Terus saya usulkan pada suami.. untuk pulang ke Johor. Jam 11.30 malam, kami bergerak pulang dan tiba di  Johor jam 4.00 pagi. Alhamdulillah.. selamat sampai.

Khamis, 24 Mei 2012

Pagi itu, selesai subuh, saya hanya duduk dan bercerita dengan Mak. Masing-masing tak dapat the full story. Along sendiri tak tahu apa punca. 7.30 pagi, Along and Abg Azri bergegas ke hospital untuk menuntut jenazah pulang. Sementara itu, kami di rumah berkemas-kemas bagi memberi ruang untuk solat jenazah. Lebih kurang jam 10.00 pagi.. Along dan Abg Azri pulang bersama baby.. Mifdal Darwish bin Mohd Yusri.

Jenazah di letakkan di tilam yang disediakan.. dibuka kain kafan.. Saya kucup dahi Mifdal... air mata rasa tak tertanggung sekali. Saya panggil mia... "Mia.. cium adik, sayang"... Mia nangis teresak-esak. Mia dah besar. Dia faham.. adik dia dah meninggal. Mifdal Darwish dijemput Allah sebelum sempat dia melihat dunia. Kira-kira lam 11.30 pagi... Mifdal Darwish selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Ar-Raudha, Johor Bahru.

Mifdal Darwish... walaupun kamu tak sempat melihat dunia... tak sempat kami membelaimu... kami akan tetap ingat padamu... kerana kamu adalah Mifdal Darwish bin Mohd Yusri... insan terpilih menjadi penghuni syurga.

XOXO,





23 May, 2012

Wedding 29.04.2012


Alhamdulillah.. wedding photo dah siap and on thier way to meet me. I don't wanna say too much to day. Enjoy the pictures of my wedding. Even it is not all of it... here some beautiful memories I had on my wedding day that I would like to share. 

My bestest friend Anis a.k.a Pucok Kelompang
My BFF Iza & Yati
Waiting for rombongan pihak lelaki
After the akad... our second akad *wink
Moment after akad
Menunggu masa bersanding
Berjalan masuk sambil diiringi flower girls yang cute
Bersanding
Sesi bergambar. During my wedding.. tiada upacara merenjis.. we skip that one
Makan beradab... Bismillahirrahmanirrahim
Potong kek
Moment during reception


I found you

---^_^---

Together

I like this one!!

And this one!


Looking at the future

Look... over there...

1...2...3... jump

*smile*

I bang you

Oh.. penatnya...

The Look

Close-up... bulu mata ala-ala Rozita Che Wan


That's all the photo. I'm now preparing my self for reception pihak lelaki.
I'm getting fat now. Urgh...




XOXO,



21 May, 2012

Hari hari kerja

After the reception at my house last month, I was totally busy with office work. Since I took my long leave last March... busy with my wedding preparation.. and now I'm super busy with office work. Deadlines that killing me. And now, while writing this... I'm still in the office. Berehat seketika sebab kepala dah tepu. I try my best to finish up as much as I can.

Many people asked my... "How's life after marriage?"... It's a favourite question now. Previously was... "Bila nak kahwin?"... in a few month people might asking... "Dah ada isi belum?" or... "Berapa bulan?"... soalan berangkai... agak-agak bila dah tua ada tak orang tanya... "When are you going to die?".. ermmmm...

Life was great. Alhamdulillah. Allah tak pernah lupa akan saya. Kadang-kadang saya yang terlupa pada-Nya. Sedih bila sedar saya lupa. Kenapa saya lupa sedang Allah memakbulkan semua permintaan saya. Menjemput saya menjadi tetamu-Nya, menemukan saya dengan jodoh saya, memberi saya keluarga yang cukup baik dan sempurna untuk saya, memberi pekerjaan yang baik pada saya, mempermudahkan segala urusan dan perjalanan saya. Walau di uji, pasti Allah mudahkan. Alhamdulillah.. alhamdulillah...alhamdulillah. Syukur keatas segala nikmatnya.

I have to go back late tonight because I have a big task to finish. Wish me luck. =)

15 May, 2012

Sneak Peek Wedding Photo

Salam everyone. I wanna share something with all of you. A sneak peek of my wedding photo. Just 2 for now... I myself, waiting for the full version and my storybook as well. Hehehe...

 Just Married

I'm in love and finally found my the other half. 


Alhamdulillah.


XOXO,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink