SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

19 August, 2010

19 OGOS 2010 : Perginya seorang warga CHRONICLES

19 August, 2010
Innalillah....

Maria Ghaffar seorang warga CHRONICLES seperti aku. Kami sama-sama menuntut semasa di universiti. Satu unit thesis bersamaku di bawah takluk jajahan Dr. Syed Iskandar, Dr. Khairul, Mr. Yong dan Dr. Alice. Maria seorang gadis manis dan ayu. Kali terakhir aku temui dia semasa Majlis Perkahwinan seorang warga CHRONICLES juga. Amalina. Teringat semasa kami beramai-ramai di apartment meraikan perkahwinan seorang sahabat CHRONICLES.

Sekitar jam 4.30 petang, aku menerima berita kemalangannya. Aku tergamam. Tiada reaksi. Aku bertenang seketika lalu jemariku pantas mendail sekalian kawan-kawan di Johor Bahru. Apa terjadi kepadanya? 50-50. Itulah berita yang aku terima. Jam silih berganti dan harapan semakin tipis. Sekitar jam 7 malam. Seorang sahabat menyampaikan. Maria telah meninggal dunia. Tanpa aku sedar, airmata ku tertumpah. Aku lupa hari ini aku berpuasa. Aku lupa juadah berbuka. Di fikiranku hanyalah, pulang ke JOHOR BAHRU.

Perginya seorang sahabat, meninggalkan kami warga CHRONICLES yang lain. 5 tahun mengenalinya membuatkan aku cukup terasa. Tiada lagi Maria. Tiada lagi gadis ayu itu. Yang tinggal kini hanya kenangan. Sekujur tubuh kini kaku. Perginya mengadap ilahi tanpa dijangka sesiapa. Terlalu cepat dan mendadak. Benar-benar membuatkan semua warga CHRONICLES rasa kehilangan. Ramai sahabat-sahabat bergegas ke Johor Bahru. Aku juga. Aku mahu memberikan penghormatanku yang terakhir kepadanya. Maria, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.

Al-fatihah...

Buat semua warga CHRONICLES, berhati-hati ketika memandu. Drive with love.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014