SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

03 April, 2012

From Madinah to Makkah... where the story begins

03 April, 2012
Alhamdulillah. I'm able to continue the story. After 2 days in Sana'a we continued our journey to Madinah. Bertolak jam 8 pagi dan tiba di Jeddah kira-kira jam 2 petang. Berhenti solat dan berehat seketika. Perut ketika itu sangatlah lapar... but the main rule is... TAK BOLEH COMPLAIN. KENE SABAR.

After selesai solat dan puas menunggu, bas pun sampai dan kami bergerak ke Madinah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 8 jam. Seperti dari Johor ke Perak. Perjalanan panjang dan agak memenatkan dan kami tiba di Madinah jam 10 malam. 

Saat di dalam bas saya berselawat dan terus selawat ke atas Nabi junjungn... Nabi Muhammad s.a.w. Sedang saya berselawat, mutawif memberitahu Masjid Nabawi hadapan kami. Saya nampak kubah hijau itu. Tanpa saya sedar air mata saya mengalir. Seperti tidak percaya saya telah sampai ke Madinah. Menziarahi Nabi Muhammad s.a.w. 

"Barangsiapa yang menziarahi ketika aku meninggal dunia, sama seperti menziarahi aku ketika hidup,"

Selesai makan malam, kami membersihkan diri dan keluar mengunjungi Masjid Nabawi untuk pertama kalinya. Kaki saya menggigil, tubuh terasa sejuk. Berdebar. Setiap langkah say sulami dengan selawat ke atas Nabi Muhammas s.a.w. Tanpa saya sedar air mata saya mengalir. My mum and me ditemani 2 orang jemaah pasangan suami isteri masuk ke masjid dan bersolat. Hati terasa sangat-sangat tenang. Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. No words. Its a very beautiful feeling that I never felt before. Lebih indah dari jatuh cinta. Saya nampak jalan ke Raudhah tapi pintu masuk dah pun ditutup. Hanya pintu keluar.

Segera saya bersolat dan mengaji seketika. Tanpa saya sedar, jam sudah pun menunjukkan 1.30 pagi. Langsung tak rasa mengantuk. Saya terus ke kawasan pintu keluar dan meneguk air zam-zam sepuasnya. Kebetulan malam itu badan saya sedikit lemah dan selesema mula menyapa. Mungkin faktor cuaca yang agak sejuk masa tu. Sesudah air zam-zam saya teguk puas-puas badan terasa sangat segar. Alhamdulillah.

Masih cuba gagahkah diri saya pusing berjalan-jalan sekitar Masjid Nabawi dan melewati pintu masuk ke Makam Rasulullah s.a.w. Hati terasa sayu sekali. Rasa teramat sayang pada baginda Rasulullah s.a.w. Kira-kira jam 3.00 pagi barulah kami pulang berehat seketika.



 BIN DAWOOD ni adalah gedung membeli belah yang agak besar dan bermacam-macam di dalamnya. Ala-ala TESCO, GIANT atau MYDIN. Lebih kurang macam tu lah. Popular kat sana.


 Di taman inilah Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah pertama Islam. Taman ini teletak di sebelah kanan masjid Nabawi dan agak tersorok. 
 Masjid Quba'

After solat di Masjid Quba', saya terserempak dengan Ustaz Zawawi dan terus minta izin dia untuk bergambar. Hehehe.

 Inilah Jabal Uhud, lokasi Perang Uhud yang saat itu tentera Islam tewas. Hamzah bin Abu Mutalib, seorang panglima Islam meninggal disini dan dadanya ditebuk lalu hatinya dikunyah oleh Hint, isteri Abu Sufyan.

 Di bukit ini, 50 orang pasukan pemanah ditempatkan semasa Perang Uhud.

 Masjid Qiblatain atau Masjid dua Kiblat. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mengimamkan Solat Jumaat, turun wahyu memerintahkan baginda menukar kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram.




A few days in Madinah, he kept teman me and my mum where ever we go. He told me if I don't mind him accompany us. In Saudi, kalau ada lelaki bersama is better. Bukan apa.. naik teksi kalau perempuan sahaja bahaya tau. Nanti kene kidnap. Heee... So, it's my pleasure to have him around. Lagipun, he is kinda funny sometime.

Ditakdirkan, my rooms in Madinah ada washer machine. Alhamdulillah. So my mum asked me to asked him kalau-kalau dia nak tumpang basuh baju. Segan juga nak tanya tapi.. everyone pun tumpang basuh baju di bilik kami. Kemudahan dah ada... gunakan saja. So, he agreed dan dia pun segan nak cakap rupanya. Kebetulan after dia hantar baju... there was makcik which is also our jemaah berbual dengan dia di pintu utama bilik kami. I wasn't there and masuk bilik sekejap untuk ambil barang. Bila saya keluar semula, makcik tadi masih berdiri di pintu. I was just behind her and dia tak perasaan. and I heard she said to him... "Kalau dah suka, jangan tunggu lama-lama. Makcik doakan untuk kamu. Kat tempat suci ni. Ada jodoh, bahagia ke akhir hayat." Amboi makcik ni... seronok betul dia.

Bila makcik tu jalan, dia pusing kebelakang... haaaaa... terkejut makcik tengok saya kat belakang makcik... terus makcik tu cakap... "alamak... dengar pula" terus makcik tu jalan malu-malu. Aiseh... I just smiled at that time. He smiled also. He said sorry if what the makcik said makes me uncomfortable. The story begins and he kept accompany me and my mum. Everyday after breakfast he will text me..."So, apa plan hari ni? Nak ke mana? Can I follow u and ur mum?".

A few days in Madinah membuatkan kami rapat and ke mana pun kami pergi people keep questioning apa hubungan kami. Pak Arab kedai pun tanya.. Aiseh boleh tahan kepoci juga. But doa yang baik... apa salahnya kan? Alhamdulillah. Allah lebih mengetahui. 5 hari di Madinah benar-benar memberikan pengalaman baru pada saya dari segala sudut.

After 5 days in Madinah kami ke Makkah. Perjalanan yang agak jauh kira-kira 7 jam perjalanan. Bertolak selepas Zohor dan tiba di Makkah jam 10.00 malam. Kami terus makan malam, ke bilik sebentar dan segera ke Masjidil Haram bagi menunaikan umrah sambil dibimbing oleh mutawif. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah... "LabbaikAllahumalabbaik.... " Tubuh rasa mengigil dan sungguh berdebar. Kamu masuk dari Pintu 1 iaitu pintu utama. Perlahan-lahan kami masuk... dan saya lihat Kaabah dihadapan saya. SubhanAllah.. Alhamdulillah... Allahuakbar. Berderai air mata tak mampu saya tahan sehingga mereka yang lalu di tepi saya pandang tak berkelip. Its an amazing experience.

Selama ini saya bersolat menghadap kaabah... melihat sejadah yang ada gambar Kaabah. Dan hari ini saya lihat Kaabah megah berdiri di hadapan saya. Menakjubkan. Alhamdulillah... Allah memakbulkan doa saya, menerima saya menjadi tetamu-Nya.

Selain mengunjungi Masjidil Haram untuk solat berjemaah setiap waktu, saya sempat berjalan di sekitar Makkah sambil mencari souvenir untuk keluarga dan sahabat di tanah air. And as usual, Edwan will be with us most of the time. Until ada jemaah berkata... "Wan asyik jaga 2 jemaah je..." (sambil senyum senyum). Segan saya dibuatnya... tapi bukan saya yang paksa dia ikut.


 Jabal Nur at the back. Ada niat nak naik ke atas, ke Gua Hira'... insyaAllah.

 Jabal Rahmah

Ada funny story di Jabal Rahmah ni. Ada orang berkata... tulislah nama di atas batu di Jabal Rahmah. Mungkin akan jumpa jodoh kelak. Masa sampai di sini, my mum ikut naik. Tapi separuh jalan je. Tangga ada, tapi ramai sangat orang. So, I decided to climb up using the other way. Panjat batu and it was so interesting. Mini hiking di Jabal Rahmah. Di sebabkan I'm too active, my mum terus appointed Edwan our group leader which is my husband now to look after me. Mak risau. And he as well risau bila tengok saya pantas sangat panjat batu. Terus dia kejar dan ikut saya. Teman saya sampai ke atas. Bila sampai atas, saya pusing-pusing cari batu yang sesuai. He did asked me... "What are u looking for?" I said... "Batu... I wanna write something"... he replied... "May I have a look?"... I said "NO" dan terus ke tempat lain. Snap a few pictures around. He just smiled at me.

 I just test my luck here.




Kebetulan kaki dia sakit, he can't really walk and ada jemaah yang hadiahkan dia tongkat. But still, dia masih nak ikut my mum and me jalan-jalan. Dah kata jangan ikut.. he keep saying... "boleh... tak sakit pun. InsyaAllah".. Sungguh degil even I saw muka dia dah berkerut tahan sakit. Sudahnya... saya cakap saya penat, dah tak larat nak shopping... So kami balik hotel dan berehat. He kept saying this and this to me. So I also keep saying this and this... he should take care of his leg and so on. Advice him to go to clinic or nearest pharmacy to get a medicine.

At that moment, I do feel weird. Kenapa dia suka sangat follow us. Always tanya itu ini.. Maybe because we are the jemaah and he is the group leader. But I felt something different. Until one day (DAY 1) when I text him a caring message... he replied me... "Jangan la care sangat. I might feel "something"

I relied him... "Something good or something bad?"

Saat itu sungguh berdebar lalu saya terus ke masjid untuk bersolat. Selesai saya solat Zohor saya terima SMS dia...

"It depends. If u feel the same, its good. If not then its bad. At least for me"

Saya katakan pada dia... "I felt the same and alhamdulillah"

The next day (DAY 2), dia minta saya untuk turun ke cafe hotel. Ajak minum. Since I didn't do anything at that time I said yes. So we did a little chat about this and that until suddenly he asked me... where are we right now and what kind of relationship I want? I told him, I don't know the answer but if he is really sincere then he need to ask my mum for permission. And I did tell him I'm not interested for a long term relationship. Its suffering and I had enough before. He didn't question much and just smile.

Tiba-tiba dia tanya saya... "Kalau kita nikah here ok tak?"

"What??? That is sooo crazy." And I just laughed. Its like.. wooooow... biar betul!!!

He asked me again..."Are you that spontaneous?"

I just continue laughing.

Saya lihat jam, Zohor dah hampir. I make an excuse dan ke masjid. I did pesan him...
"Its Zohor time... lets Istikharah and see what is fated for us"

Saya dan mak ke masjid bersolat dan saya sempat beristikharah, bersolat hajat dan membaca surah kegemaran saya... Surah Muhammad. Setiap kali saya membaca surah ini, hati terasa lain sekali. Terasa tenang dan lembut.

Selesai Zohor, saya kembali ke hotel. Its lunch time. Tiba-tiba telefon berbunyi. Dia call saya. Nak jumpa. Ada hal penting katanya. Saya jumpa dia di hadapan hotel dan masa saya sampai... he smile at me. I smiled at him tapi entah kenapa hati sangat-sangat berdebar.

"Sorry panggil u tiba-tiba. I have someting to ask u"

"Its ok, I told my mum already I wanna meet you. She said ok. Anything? What is so urgent?"

"Norshahida... will you marry me? Will you marry me here. Lets get the baraqah and get married infront of Kaabah"

I was speechless. Tak terkata langsung. I'd never imagine someone will propose me like that. Never ever. And get married here? Ya Allah... its unbelievable. I took about 5 minutes to answer his question. Rasa macam dreaming. I smiled sambil main kunci tapi tak cakap apa-apa. Until he repeat his proposal line... "Will you marry me?"

After 5 minutes +... finally I said "Yes... I do" Dia senyum sampai telinga. We both smiled at each other. Terus saya call my dad asking for his permission. My sister was happy for me. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

That night, his cousins yang kebetulan ada di sana membawa jemaah-jemaah lain datang merisik. Segalanya sedang diaturkan dan InsyaAllah kami akan bernikah pada keesokan harinya.

DAY 3

Saya bangun awal pagi dan keluar bersama Mak untuk cri baju nikah. Alhamudulillah. kami jumpa baju nikah yang simple dan ringkas. Segalanya teratur dam dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Malam itu, tepat jam 11.00 malam waktu saudi which is 4.00 pagi waktu Malaysia, kami selamat diijabkabulkan. Sah menjadi pasangan suami isteri. Alhamdulillah.

Everything happen in 3 days. It is unbelievable but kun fayakun. Segalanya telah ditakdirkan. Alhamdulillah. The next day, we went for outing. Mini honeymoon. Kami berdua ke Jabal Nur dengan cita-cita nak mendaki. Namun, cuaca agak terik dan I decided to turn back. InsyaAllah ada rezeki akan sampai lagi ke Makkah dan insyaAllah akan ada peluang ke Gua Hira'. Since Jabal Rahmah is nearby, kami ke jabal Rahmah menaiku prebet sapu. Wanna know why we wanna go there again?


 I wrote his name below my name that I wrote on this big stone 2 days before.
Hehehe...



  This one... kereta prebet sapu tersangkut batu and can't move. It is a panic moment but it was cool. Hehehehe. I just love adventures.

Sampai berbaring driver Arab ni dengan penuh usaha nak alihkan batu. 

Tapikan, scary jugak sebab di Arafah ni... tak ada orang pun. Empty place with a lot of tents. Tak putus putus saya berdoa... "Rabbi yasir wala tu 'asir rabbi tamim bil khair" dan alhamdulillah ada sebuah kereta lalu dan tolong kami. Dan berjaya juga kami kembali ke hotel dengan selamat. Hehehe. Thank you Allah.

2 days di Makkah dengan title baru sebagai seorang isteri benar-benar buat saya tak percaya. Benarkan ini terjadi atau mimpi. I do believe in miracles. And I believe, miracles happen. Alhamdulillah. Begitulah kisah saya. A 3 DAYS LOVE STORY.

My advice to all my friend and my blog readers, when someone broke your heart believe that it is a test from Allah Jangan jadikan ia satu bebanan sebaliknya bersyukur. Jangan salahkan takdir sebaliknya katakan Alhamdulillah. Setiap yang berlaku ada hikmah. Fikirkan sekiranya lelaki itu mempermainkan kamu kerana wanita lain... adalah lebih baik ia terjadi sekarang sebelum kamu menjadi isterinya. Allah nak beri yang baik itu semestinya diuji terlebih dahulu. Allah lebih tau apa yang lebih baik. Dan apabila Allah memberi apa yang kita minta, jangan berkata tidak. Siapa kita untuk berkata tidak kepada Allah. Dia maha mengetahui. Belajarlah ikhlaskan hati dalam semua perkara. InsyaAllah.

Sorry for a poor way of telling this story. I'm in a rush but at the same time tak nak buat anda tunggu lama. I'm in a mood of preparing my wedding now. See you till the next post.

XOXO,


4 comments:

Emster said...

I love your post!!!!!!!!! Like beribu kali..that photo of u and wan.. is really really like.."ya Allah aku tak tau nk explain cmner...." I am soooooo damnnnn happy for u!!!!!... :)

Sha.Az said...

thank you my darling BFF... alhamdulillah. ^_^

izatul hafinaz said...

;-))))) alhamdulillah, praise to Allah and Muhammad pbuh.

K.A.A. said...

Cerita yg sgt mengharukan..so happy for u...wish that lot more happiness will come to ur way :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014