Basically I have 9 days left. I have small ceremony on 28th April and the big one is on 29th April. Ya Allah suntuknya masa. Boleh tak nak pause sekejap? Tak boleh. Nak pindah rumah lagi. Aduhai. Sabar2... kene banyak-banyak sabar dan bertenang ni.
Btw, for those yang nak datang ke majlis perkahwinan saya... amatlah dialu-alukan. Tema rasmi majlis perkahwinan saya adalah... GOLD. I just love GOLD. Tapi takkan semua pun nak pakai baju gold kan? Kang sama jek semua dalam gambar.
Oleh yang demikian tema pakaian ada sedikit kelainan. Di alu-alukan tetamu yang hadir mengenakan pakaian dari warna pastel. Nak pilih apa-apa warna pon boleh asalkan plain + pastel. Sikit-sikit corak tak ada masalah. Boleh. Ingat tau... PLAIN + PASTEL. Pilih la dari scheme warna kegemaran anda sama ada hijau, pink, biru, ungu, kuning, kelabu, peach... apa apa lah.. asalkan pastel colour. Why I choose this colour scheme? Sebab... I'm kind of person yang tidak boleh tertakluk dengan satu warna sahaja. I find it boring personally. Masa pilih baju dan tema pelamin di bridal pun, I can't answer the question bila di tanya... "Pelamin nak tema warna apa?" Lama saya senyap... sudahnya saya jawab... nak warna warni boleh? Pening bridal tu. Tapi akhirnya saya pilih juga beberapa warna untuk di kombinasikan agar bersesuaian dengan tema majlis... GOLD!
Again, tema pakaian adalah PASTEL+PLAIN. Tau kan pastel colour tu apa? Ha... macam ni...
atau macam ni...
Namun begitu, bukan lah menjadi kewajipan untuk tetamu yang hadir nak pakai warna macam ini. Saya tak nak membebankan tetamu. Hadir ke majlis saya... sudah cukup menggembirakan saya.
Hantaran dan hiasan dewan masih dalam proses. Kalau boleh start minggu depan saya nak cuti. Tapi cuti dah habis... so tak boleh cuti lama-lama. Apa boleh buat. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik pada saya. InsyaAllah.
Flower girls saya ada 4 orang... semua pakai gaun pastel yang sama. Nasib baik jumpa baju sepadan saiz untuk budak-budak tu. And of course... flower girls adalah anak-anak buah saya... Mia, Nina, Betty dan anak pakcik saya (3 pupu saya).. tp dia kecil lagi. Sebaya betty. Yang bestnya... saya boleh panggil dia adik... dia panggil saya kakak... Wow... I terasa muda sekali. Hehehe.
Ada banyak lagi dalam progress iaitu bilik pengantin, meja resepsi dan sebagainya... juga arrangement music, aturan perjalanan majlis dan sebagainya dalam proses.
Btw, I'm so sorry because I can't share precisely on what I plan to do on my wedding day. Takut ada yang tak tercapai. Tapi InsyaAllah I will post the pictures later on. Wish me luck everyone.
Jumpa lagi... till my next post.
XOXO,
2 comments:
sama la kita suka warna warni..hehe masa bridal tanya apa warna fav mmg terdiam lah..sbab tak ada yang x suka..so in the end,dia yg bagi sunggestion..
hehehe.. sama la... luckily i have my sister to help. awal2 dh appoint her to be my wedding planner. so dia yg fikirkan semua. lalalala
Post a Comment