SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

28 July, 2010

Mak Telefon Lagi

28 July, 2010
Hari ini sangat memenatkan. Pagi-pagi buta aku pergi ke Kajang menjemput Encik Jabatan Bangunan untuk lawatan tapak. Sudahlah puasa. Pergi site lagi. (sorry... puasa ganti x khatam lg tahun ni... teruknya saya - malu) Sudahnya, seharian aku lembik macam orang Somalia. (kenapa somalia? sbb along suka cakap mcm tu, aku tiru) Petang selepas kerja aku pergi berbuka puasa. Bila balik rumah, sampai saja mak telefon. Belum sempat pun duduk.

Mak kata, uncle buat rumah tu dah betulkan dinding balik. Mak suka. Siap ketawa-ketawa. Mak kata macam hotel. Hehehe. Aku suka bila Mak gembira. Dulu masa kecik-kecik dia susah. Anak orang susah. Pergi sekolah jalan kaki 4km. Dari rumah kasut warna putih. Sampai sekolah jadi coklat sebab lalu tanah merah. Sian Mak. (mak selalu cerita bila aku over mintak itu ini - masa kecil dulu)

Mak bagi tahu dia tambah power point dekat luar. Aku saja tanya, Mak tambah dekat luar, soket tu di atas atau di bawah? Mak cakap dekat atas. Hehehe. Aku tanya mak, kenapa dekat atas? Dia tanya aku balik, kenapa? Mak salah ke? Aku bagi tahu mak, tak salah cuma kurang cantik. Biasa di bawah supaya lebih kemas. Kemudian mak mula runsing. Mak memang macam ni, Mula la dia kelam kabut. Mak cakap "habis macam mana ni? Nanti taukeh tu marah mak tak kalau suruh tukar lagi?" Dah cakap dah, Mak kelam kabut. Relax la Bonda, Tak pe. Nanti kite beli pokok besar letak depan power point tu ya. Dah tak nampak dah. Baru la mak tenang dan cakap OK.

Kasihan Mak. Rasa bersalah pula sebab aku jauh dari Mak. Dia pening kene pilih sendiri. Lepas itu mak tanya, bile balik? Kan. Dah cakap dah. Dia rindu tapi tak mahu mengaku. Melainkan aku yang tanya. "mak rindu eh?" Pasti mak akan cakap "kalau tak rindu, takkan la mak masak macam-macam sebab awak nak balik". Senyum. Sayang Mak. =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014