SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

11 August, 2010

Salam Ramadhan

11 August, 2010
Ramadhan dah sampai. Begitu cepat masa berlalu. Tanpa aku sedar. Hari-hari yang mendatang semakin sibuk hingga aku tiada masa untuk diri sendiri. Jasad terasa longlai. Bebanan kerja terlalu hebat. Aku, hanya insan kudus yang tiada upaya. Hanya menjalankan tugas sebagai penghuni bumi.

Semalam, seharian di site. Hari terasa amat panjang dan meletihkan. Bila pulang, habis satu badan aku bengkak. Allergy infection. Harusnya hari ini aku diberi cuti (MC). Namun bebanan kerja menghalang aku untuk berehat. Tertekan. Amat tertekan. Tetapi aku bersyukur. Hanya itu yang membuatkan aku tenang dan lupa pada kesakitan. Kerja dan terus bekerja. Aku tidak peduli lagi pada sekeliling. Tidak peduli pada mereka yang tidak endah. Tidak peduli pada mereka yang poyo. Misi ku hanya satu. Kerja. Hidup untuk kerja. Bukan kerja untuk hidup. Kerana aku merasakan hidupku sudah tiada makna. Hanya kosong. Kerja kini adalah hidupku. Hanya kerja.

Aku mengharapkan kahadiran ramadhan kali ini, memberi rahmat. Mohon agar aku diberikan 1001 kesabaran diiringi 1001 kebaikan. Amin.

Salam Ramadhan untuk semua. Mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri. Aku hanya insan kudus.

2 comments:

-HanaMichi- said...

dear, its gud to be home..
i met ur mom at masjid during tarawikh.. =)

Sha.Az said...

i miss my time dulu2 teman my mom tarawikh. miss u damn much dear. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014