SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

Showing posts with label BuDaK BuDaK MeLiHaT DuNiA. Show all posts
Showing posts with label BuDaK BuDaK MeLiHaT DuNiA. Show all posts

25 December, 2012

Rainbow cake

25 December, 2012
Since all my nieces in kl, and since they asked for a rainbowmcake for quite sometime, i bake them for my lovely nieces. Ye lar, budak-budakkan suka warna warni. So, semalam time lunch hour saya singgah my favourite bakery shop. Beli barang. Mulanya nak buat apam. End up buat rainbow cake. Walaupun sayatak pandai deko, setakat bake je boleh la. So I give a try. Alhamdulillah... jadi. Suka betul diorang makan. Masing-masing siap tapau sikit bawa balik jb. I'm happy when they love it. Hilang penat.
Rainbow Cake... weeee

I'm not good in decorating. Asalkan boleh makan. Hehehehe.


XOXO,

27 May, 2012

Mifdal Darwish.... Ahli Syurga

27 May, 2012
Rabu, 23 Mei 2012

Pagi itu saya cuba hubungi emak.. rsa rindu sangat. Padahal baru pulang ke Johor weekend yang lalu. Tapi, mak agak sibuk.. panggilan tak berjawab. Saya kerja seperti biasa dan pulang ke rumah pada jam 6 petang. Singgah sebentar di Mydin berdekatan rumah mencari beberapa barang untuk buat gubahan bunga. (ini hobi baru saya).. Sampai di rumah kia-kira jam 7.15 malam dan saya bersiap-siap nak sediakan makanan untuk dinner. Beberapa minit kemudian, Mak telefon. Rasa happy sangat nak jawab panggilan.

Me : Assalamualaikum mak... (sambil saya senyum walaupun mak tak nampak.
Mak : Waalaikumsalam... (Mak jawab dengan suara bergetar. Pelik. Seperti ada sesuatu)
Me : Mak.. kenapa ni? Ada apa apa ke?
Mak : Mak nak bagitau ni... Pasal Kak Yana.... Along telefon tadi bagi tahu... baby dah tak ada...
Me : Innalillah.... (tanpa saya sedar air mata saya mengalir)
Mak : Nanti cuba call Angah... Mak call dia... tapi tak dapat.

Saya terkedu seketika. Baru Ahad lepas saya usap perut kakak ipar saya.. pesan pada baby... "baby.. baby kene sihat tau... nanti boleh datang acu kahwin kat KL"

Puas saya hubungi Along dan Angah... sekitar jam 8.30pm barulah saya dapat bercakap dengan Along...

Me : Assalamualaikum Along..
Along : Waalaikumsalam... Usu... Anak aku... Anak aku dah tak ada... Anak aku Baby Boy...
Me : Innalillah... macam mana boleh jadi macam ni?
Along : Tak tahu lah.. tadi pagi baby sihat je.. gerak-gerak. Tiba-tiba petang Yana bgtau baby dah tak ada.

The whole family have been waiting for baby boy... semua anak-anak saudara saya... 5 orang girl. Terus saya usulkan pada suami.. untuk pulang ke Johor. Jam 11.30 malam, kami bergerak pulang dan tiba di  Johor jam 4.00 pagi. Alhamdulillah.. selamat sampai.

Khamis, 24 Mei 2012

Pagi itu, selesai subuh, saya hanya duduk dan bercerita dengan Mak. Masing-masing tak dapat the full story. Along sendiri tak tahu apa punca. 7.30 pagi, Along and Abg Azri bergegas ke hospital untuk menuntut jenazah pulang. Sementara itu, kami di rumah berkemas-kemas bagi memberi ruang untuk solat jenazah. Lebih kurang jam 10.00 pagi.. Along dan Abg Azri pulang bersama baby.. Mifdal Darwish bin Mohd Yusri.

Jenazah di letakkan di tilam yang disediakan.. dibuka kain kafan.. Saya kucup dahi Mifdal... air mata rasa tak tertanggung sekali. Saya panggil mia... "Mia.. cium adik, sayang"... Mia nangis teresak-esak. Mia dah besar. Dia faham.. adik dia dah meninggal. Mifdal Darwish dijemput Allah sebelum sempat dia melihat dunia. Kira-kira lam 11.30 pagi... Mifdal Darwish selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Ar-Raudha, Johor Bahru.

Mifdal Darwish... walaupun kamu tak sempat melihat dunia... tak sempat kami membelaimu... kami akan tetap ingat padamu... kerana kamu adalah Mifdal Darwish bin Mohd Yusri... insan terpilih menjadi penghuni syurga.

XOXO,





31 January, 2012

Mia Sibuk

31 January, 2012
My niece Nina called me just now. Sibuk dia nak datang rumah saya. Dia cakap.. nanti nak tanya dengan ayah... esok nak pergi rumah Acu... ayah kasi tak? Saya cakap... "Nina datang la... Acu tunggu Nina tau"... nak tau dia jawab apa?... dia kata... "Tak boleh la sekarang... kan dah malam ni.. dah pukul 10 dah".. saya tersenyum dengar dia cakap macam tu. Dah puas Nina bercerita pasal school... dinner dia hari ini... apa dia main hari ni... she passed the phone to her sister Mia...

Me : Assalamualaikum Mia..
Mia : Waalaikumsalam... Acu kat mana?
Me : Acu kat umah KL. Mia dah makan?
Mia : Dah... aaa... Acu... Mia tengah buat homework ni. Mia tengah sibuk ni.



Amboi.. macam dia sibuk sangat je... tapi dah tengah-tengah dia ada semangat buat homework baik jangan kacau... terus saya cakap... nanti sambung cerita esok... terus dia kata.. "Bai" dan letak telefon. Hehehe...

Anak sedara saya Mia ni... kelakar sikit.. dia selalu buat benda yang tiba-tiba but then kelakar... macam ada satu hari tu... my brother beli gula-gula.. letak kat dapur. Mia ni.. hidung dia memang boleh bau kalau ade beli makanan ringan... dia tau je nak cari kat mana... By the time my brother nak makan dan cari gula tu... tengok-tengok tinggal plastik je... bila my brother tanya..


Ayah : Kenapa gula ayah tinggal plastik ni? Siapa yang makan sampai habis tak tinggal ayah?
Mia : Lain kali... kalau beli gula.. sembunyikan... Kalau budak-budak tanya... cakap dah abes. Faham...

Eh eh eh... siapa yang ajar siapa ni? Confused... Bantai gelak la kami semua bila dengar Mia cakap macam tu. Petah sangat bercakap. Macam tu lah ragam Mia... kalau saya marah or nasihat Nina... dialah orang paling depan yang akan tokok tambah cerita sampai Nina nangis... saje... bila ditanya.. dia jawab... Mia kan kakak. Macam veto sangatlah jadi kakak. Well... kanak-kanak... penenang hati dan penyeri hidup. Miss them already. Till then.

XOXO,


30 January, 2012

Back in KL... after 1 week off

30 January, 2012
After 1 week bercuti...kembali sudah saya ke Kuala Lumpur... dunia realiti.. menghabiskan hari dengan kerja-kerja yang tak pernah susut malah bertambah setiap minit. While I was in my hometown... langsung tak sempat nak update apa-apa... Maklumla... saya tak ada telefon canggih maggih yang ade internet... sebab no saya adalah no subline.. so tak boleh nak subscribe... (alasan... macam la tak boleh pakai 2 number kan?) ada back-up no.. tapi macam tak ada momentum untuk subscribe.. not yet kot. I'm kinda old school... and I like it... (dengan harapan.. kot-kot ada orang nak hadiahkan one day) heeeee...

Sehari sebelum saya balik... saya sempat lah berbaking-baking... buat cookies memenuhi permintaan kawan-kawan... buat moist chocolate cake untuk anak-anak buah... dan fruit cake for my mom... Alhamdulillah... my family love them so much... especially the moist chocolate cake... my sister said... sangat sedap sampai no words to describe.. thanks kakak... for the compliment. Alhamdulillah... berkat kesabaran dan cubaan berkali-kali tanpa jemu membuahkan hasil yang buat saya rasa nak senyum selalu.

Believe it or not... I took 2 and half hours to reach home... bertolak dari KL jam 9 pagi... I able to reach right infront my house at 11.30am... sampai my sister in law tanya... naik jet ke? I just smiled as usual... Saya mengaku... pemanduan saya that day... agak laju... sehingga tak sedar meter panel kat depan... reached 180km/h... then saya slow down la... consistent 140km/h sehingga sampai... sometimes press sikit to 160km/h... Laju is it? I know... tapi saya dah cuba bawa 120km/h... serius ada bapak beruang tarik-tarik kelopak mata... dah la drive alone... tu yang terpaksa speed up agar mata membulat fokus... lalu lupa soal mengantuk.. kalau terlalu mengantuk normally saya akan singgah di R&R and sleep for 15 - 30 mins. Freshen up sikit dan teruskan perjalanan.

After saya sampai... lepak-lepak depan tv sambil suap anak-anak buah makan kek... saya perasan Mia duduk je kat sofa... kejap-kejap dia pandang saya... bila saya tanye dia cakap... dia nak main tulis-tulis kejap. Saya biarkan... tak lama kemudian... Mia datang... dia bawa ini (pic kat bawah ni)... dan beri pada saya. I was touched dan terus kiss Mia.. peluk dia kuat-kuat. Hehehehe... Lepas tu Mia peluk saya... dan dia cakap... "Mia sayang acu" that was soooo sweet... alahai budak budak ni. Pandai betul ambil hati.


The next day saya teman kakak saya buat inspection rumah baru dia. Check defect sampai rasa pening kepala sebab panas. Bila dah pening... mula la mengelat buat inspection... bila my sister tanya... kat sini dah inspect ke.. saya jawab... dah... padahal belum... heeee.. mengelatkan...tapi terkantoi lepas tu.. so end up kene buat jugak. Adeh... Tengah bersungguh-sungguh walaupun penat buat inspection satu rumah... tiba-tiba my mum called... suruh balik sebab nak pergi berkelah. What berkelah? Where? Bila I asked my mum she just answered... "balik je la dulu... along tak decide lagi." Ni kepala abang saya la ni. Seronok sangat bila semua balik berkumpul.

My mum ada tempah ketam bangkang... ala yang besar-besar gabak tuh.. I believe in KL boleh mencecah RM30++ per kg. But my mum ada kenalan di Kampung Panchor yang menjual ketam tu pada harga RM8 per kg. Crazy is it... So berjalanlah kami anak beranak... 2 kereta ke Kampung Panchor sebelum pergi berkelah ke Tanjung Balau. I thought Kampung Panchor tu tak la jauh.. rupanya...jauh nun ke dalam... almost 30min meredah kelapa sawit pon tak sampai-sampai lagi... 

Sampai saya mengeluh... "challengingnye nak makan ketam bangkang... have to go masuk ceruk-ceruk kampung which I've never been" (even I was born in Kota Tinggi... tapi saya boleh sesat kalau dibiarkan sendiri masuk ke ceruk tah mana-mana tu)... my mum senyum bila saya cakap macam tu... dan mula la dia bercerita..."awak ingat semua benda nak dapat kene terhidang? dah biasa duduk kat tempat yang mudah nak dapat semua benda... cuba imagine kalau awak duduk kat kampung ni... nak tak?" OMG... alhamdulillah... bersyukur kerana saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang serba serbi ada. Terus saya rasa... oppsss... I shoudn't complaint... setakat kene redah masuk ladang to reach Panchor apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih susah dari saya. SubhanAllah... tak patut saya merungut. 

On our way tu... sempat jugaklah bermakan-makan di dalam kereta... makan ice cream.. dan budak kenit Aleesya ni sibuk mengecek... nak jugak. sampai comot-comot.


 Bila dah sampai tu... barulah tahu... ada sejarah rupanya di Kampung Panchor ni... ada Makam Sultan Abdul Jalil Shah... I'd never know... huhuhu... sadis....


Selesai hunting ketam bangkang... bergerak pula ke Tanjung Balau... jalan-jalan di gigi air sampai menikmati keindahan alam.


Tanjung Balau ni near by Desaru. If u reached bulatan ke Desaru tu... just terus and akan sampailah ke Tanjung Balau. Setakat nak berkelah... berhappy-happy... tempat ni memang sangatlah elok. Tapi kalau nak mandi... lebih baik jangan. Sebab ramai sangat orang mati lemas kat sini. Masa my family and I sampai... we were informed... ada seorang kanak-kanak 6 tahun mati lemas kira-kira jam 12 tengah hari. We reached there around 5pm... Budak yang mati lemas tu... tak dapat diselamatkan.. Actually... his mother pun lemas tapi berjaya diselamatkan... anaknya menjadi korban.

Keadaan pantai dia Tanjung Balau ni... tak berapa elok nak mandi... setakat jalan-jalan main air tak apa... kontur pantai itu sendiri tak berapa bagus,,, sebab pantai dia mula-mula landai... tiba-tiba mencuram. Bak kata orang tua-tua... jangan di cabar resam alam. Sampaikan pihak pengurusan buat announcement..

"Terima kasih di atas kunjungan anda semua ke Tanjung Balau. Di harap semua pengujung menjaga keselamatan semasa bersuka ria. Adalah dinasihatkan agar pengujung tidak mandi di pantai Tanjung Balau kerana keadaan laut yang agak bergelora. Sekiranya pengujung masih berdegil nak mandi... esok beli surat khabar... nanti keluar muka depan... insiden mati lemas"

Wuhuuu... agak kasar announcement di akhit ayat tu.. tapi pihak pengurusan pun dah tak kuasa... degil sangat nak mandi.

But the view... masih cantik seperti dulu...


p/s: sorry for not updating for a week. will update more soon. InsyaALLAH.

XOXO,



13 January, 2012

Bila besar saya nak jadi......

13 January, 2012
Me : Betty... nanti Betty dah besar, Betty nak jadi apa?
Betty : Betty nak jadi Puteri.
Me : Owh... Betty kene kahwin dengan Putera la macam tu?
Betty : Haah la. Betty kan cantik.
Mama & Papa : Nanti Mama Papa boleh dapat Tan Sri.. kan Betty?
Betty : Haah la... masa tu kan Betty ni Puteri.

Me : Betty... nanti Betty dah besar, Betty nak beli kereta apa?
Betty : Erm... Betty nak beli keretapi. Boleh jalan-jalan kat KL. Ermmm (sambil buat muka action)
Me : (i'm speechless)

XOXO,



12 January, 2011

Happy Birthday Nina (^_^) - Love You

12 January, 2011
Ring... ring.... (call kakak ipar)...

Along : Hello.... (laki angkat telefon bini)
Aku : Boleh bercakap dengan birthday girl Areyna Intisyar?
Along : Kejap ye....

..... sambil menunggu...... (alung jerit panggil Nina : "Nina... acu nak cakap ni"

Nina : Hello acuuuu.... arini besday Nina....
Aku : Acu tau.... happy birthday Nina.... Happy birthday to you.... (menyanyi tp separuh jek pasal dak kecik ni potong nyanyian makcik dia - akulah tu)
Nina : Acuuuu... acu datang la rumah Nina. Ada makanan... Acu datang eh acuuuu.... (suara penuh harapan)
Aku : Acu kat KL la Nina... jauh... macam mana acu nak datang.... nanti acu balik ye... minggu lagi satu... boleh kan....
Nina : Acuuuu.... datang la sekarang... acu bawak la kete laju laju macam ayah... Nanti acu bawak kete... kejap lagi dah boleh sampai dah rumah Nina....Acu datang la... Nina tunggu tau... Nanti Nina simpan makanan untuk acu... Acu datang tau Acu...
Aku : (hati dah runtun dah ni)... Nanti acu balik ye Nina... Nanti acu bawak balik hadiah.... Nina nak ape? Nanti acu belikan...
Nina : Nina nak jajan..... (simple giler hadiah dia mintak... 20sen jek lepas)
Aku : Nina kan dah masuk school.... Dah masuk school tak boleh makan jajan lagi. Nanti acu beli buku cerita untuk Nina tau...
Nina : Okayyy... Terima kasih acu...

(sesungguhnye hati ni rasa sangat terharu... terlalu rindu pada Nina... Bila budak kecik ni sungguh-sungguh suruh aku balik... lagi la hati ni tak tertahan... Tapi apakan daya... Kerja menghalang... terlalu banyak urusan yang kene satlekan before Chinese New Year)


Rindunyeee... rindu pada anak-anak buah!!!!


Happy Birthday Nina
Acu doakan Nina menjadi anak yang baik, mendengar kata ibu dan ayah, kakak yang penyayang, dan murid yang bijaksana. Acu sayaaannggg Nina...

From Acu with Love~

20 December, 2010

Sayur oh sayur

20 December, 2010
Arini sumpah tak tipu.. busy woo kat office cam biasa. Makan pon, opismate ajak kuar rasa cam tiada kecukupan masa... Lalu tengah hari aku hanya tapau dari kedai snooker. (Kedai tu sebelah kedai snooker so, kedai makan tu dipanggil kedai snooker)... Aku cedok lauk ala kadar... Dengan nisbah nasi suku bersama sotong goreng tepung dan taugeh. Aku tambah sket sambal belacan... Pergh.. Ding Dong Bell...

Naik atas, aku makan ala kadar asalkan perut kenyang. Lalu, dengan sepantas kilat seperti halilintar aku meneruskan persembahan di medan otoked. Terbaek. Tiba -tiba.... "telefon berbunyi... ring ring ring... ku angkat ku tanya siapa..."

Sekali... my darling lovely sister... Maka, dengan niat dan kesungguhan sengaja... terbitlah sebuah cerita pada saat itu...

Scene - Orang tebang pokok, dahan-dahan tu diorang letak atas lori....

Papa : (Bawa kereta seperti biasa....)
Mama : (Menyusukan baby seperti biasa...)

Kenderaan dinaiki melepasi scene kejadian

Betty : Papa...papa.... banyaknye sayur.....


Hijau pon kire sayur jugak <--- budak-budak pikir gini kot

19 November, 2010

Mia balik school...

19 November, 2010

Hari ini, aku dapat berita gembira. Along bagitau, anak dia Mia dapat No. 1. Wahhh... Anak yang bijak.


Ayah : Bagus la anak ayah ni. Mia dapat No. 1. Mia nak hadiah apa?
Mia : (Riak muka tak berapa nak best) Tak Nak. Mia tak nak No. 1. Mia Nak nombor twenty (20).
Ayah : Lor... kenapa Mia nak nombor twenty? Kan bagus nombor satu.
Mia : Tak best la ayah. No 1 tu sikit. Mia nak nombor twenty. Banyak.

Hehehehe.... budak-budak. Apa la yang diorang faham. Along cakap, Mia dapat 3 hadiah kat sekolah. Semester lepas dia dapat No. 3. Semester 2 ni dia dapat No. 1. Pastu dia dapat No. 2, kelas tulisan jawi. Tahniah sayang. Nanti acu belikan Mia hadiah ye..... *wink


"Hai. Nama saya Mia. Saya dapat No. 1."

04 November, 2010

Tak Nak Kawen

04 November, 2010
In the middle of the nite, my sister called me. Dalam hati aku dah risau, pehal kakak aku call malam-malam buta? Ada emergency ke? Bila aku pick up... dia gelak-gelak. Sah-sah bukan emergency. Tetapi.... EGEMENCY. Tentang sebuah kisah anak buah aku yang bernama Betty.


(Perbualan suami isteri)
Abg Ipar : Biar la anak kita ramai-ramai.
Angah : Ala... abang senang la cakap.
Abg Ipar : Tak de la... bukan ape... esok nanti kalau anak-anak dh besar... Betty kawen, Aleesya kawen, tinggal kite dua jek. Kalau ramai-ramai sket meriah. Tak la sunyi...

(Tanpa mereka sedar, Betty dengar conversation diorang. Dan dengan tidak semena-mena, makcik kecik ni muncul)

Betty : TAK NAK!!!... BETTY TAK NAK KAWEN!!! (Marah sambil hentak-hentak kaki)
Abg Ipar : Laaaa... kenapa Betty tak nak kawen???
Betty : TAK NAK!!! BETTY TAK DE BOIFREN!!!!

-------------------------------------

Wadehek??? Kecoh tol makcik kecik ni... Aku pon x kecoh mcm dia... kindergarten pon x masuk lagi dh merungut tak nak kawen sbb x de boifren... adoiiii... x leh blah~~~~

05 October, 2010

5th Baby Girl

05 October, 2010
7.00 malam : abang ipar aku call menyampaikan berita... "angah dah masuk labour room"... doakan semua selamat.

8.00 malam - 11.30 malam : aku masih dipejabat menyiapkan kerja-kerja yang tak ada kesudahan.

12.00 malam : mak call... "alhamdulillah, angah dah bersalin. Baby girl lagi"... as what i
expacted.

Maka dengan izin ALLAH, lahirlah seorang bayi perempuan, anak kedua, hasil dari sebuah perkahwinan atas sunnah Rasulallah di antara Norehan dan Azri, pada 4 Oktober 2010, jam 11.30 malam dengan berat kelahiran 3.7kg. Bayi perempuan kelima dalam keluarga kecilku. Semua anak saudara aku perempuan... cemerlang sungguh "Girls Production"... hehehehe...



Oh baby, I can't wait to see you, to touch you, to kiss you. Love you darling.... Acu will be home this weekend...

____________

Nota Kaki: Sorry boss, I have to go home this weekend... my new born niece needs me... huhuhu

21 August, 2010

Kenapa Tak Boleh Makan Babi?

21 August, 2010
Lisa Hani. Sepupu kepada seorang rakan. Suatu hari, Lisa Hani bertanya kepada ibunya...


Lisa Hani : Mak, kenapa kita tak boleh makan babi?
Si ibu : Sebab... allah kata tak boleh makan.
Lisa Hani : Ooooo.....

Lisa Hani diam seketika. Beberapa minit kemudian dia bersuara.

Lisa Hani : Mak, kenapa orang Cina makan babi? Allah dia tak pandai cakap cina ke?
Si ibu : (speechless) Hanya tersenyum.



18 August, 2010

Puasa, Giraffe, Tembus

18 August, 2010
Cerita 1

Sepertia biasa, aku menelefon mak, along dan angah. Ini memang rutin harian aku setiap kali selepas berbuka. Saja mahu update mereka, berbuka apa tadi. Aku bercakap dengan anak buah ku yang berusia 5 tahun. Maklumla, bulan puasa ni banyak bahan boleh uji kanak-kanak. Saja aku tanye pada Mia.

Acu : Mia buat apa tu?
Mia : Mia tengok TV.
Acu : Mia dah buat homework belum?
Mia : Dah. Dah siap dah.
(Cepatnye buat homework. Tak tahu betul atau tidak.)
Acu : Mia puasa tak hari ni? (saja aku tanye walaupun tahu confirm dia tak puasa)
Mia : Puasa. Mia puasa. (boleh caya ke?)
Acu : Pandainya Mia puasa. Tadi kat school makan ape?
Mia : Mia makan nasi goreng. (Gotcha)

Hehe. Aku dah agak dia. Dia main jawab je. Bukan tau pun apa dia jawab.


Cerita 2


Ini cerita pasal cousin seorang sahabat. Budak kecik ni pergi zoo negara dengan Mak Su dia. Sedang dia naik trem dan melihat segala binatang yang ada dalam zoo itu, dia terlihat akan sekumpulan zirafah. Tiba-tiba dia si kecil ini bersuara.


Lisa Hani : Mak Su, kesian giraffe ni kan. Mesti dia lambat kenyang.
Mak su : Lambat kenyang? Kenapa dia lambat kenyang?
Lisa Hani : Ye la. Leher dia kan panjang. Mesti lambat nak sampai perut.

Kids... are so observant. Sampai kita yang dewasa ini pon tak terfikir alasan sedemikian. Bijaknya anak-anak zaman sekarang.


Cerita 3


Mak aku telefon. Saja mahu bercakap dengan anak kesayangannya. Akulah tu. Mak cerita pasal betty.

Mak Tok : (Betty sedang hisap botol) Bila Betty nak berhenti hisap botol ni? Betty kan dah besar. Dah nak dapat adik dah.
Betty : Nanti la Mak Tok. Adik Betty belum tembus lagi.
Mak Tok : Tembus? Kenapa tembus Betty?
Betty : Ye la. Adik baby kan dalam perut Mama. Nanti dia tembuslah. Sekarang belum tembus lagi.

Tak tahulah apa yang dia imagine macam mana baby nak keluar. Tembus??? Tembus dari perut??? So funny.


17 August, 2010

Berdosa

17 August, 2010
Angah kirim sms. Sesudah berbuka baru aku perasan. Isinya begini :


Mama (angah) : (Mengeluh kerana sarat mengandung + perut besar macam kangaroo) Sakitnya pinggang. Macam mana nak sembahyang ni? (membebel sendiri tanpa sedar Betty ada dalam bilik juga)

Betty : (Ngan riak muka terlebih yakin) Berdosa mama kalau tak sembahyang.


...........................................................................
Nota kaki: Umur Betty 4 tahun tapi bila cakap macam makcik umur 40 tahun. Aish...

25 June, 2010

Kisah Sebuah Keluarga Kecil

25 June, 2010
Time office hour.... angah call... kami bercerita tentang seorang budak kecil bernama Betty

Kisah 1: (Baju Baru)
Angah kata...
Hari-hari aku balik keje... Betty mesti tanye...

Betty : Mama.... mama... Mama belikan Betty baju dashat x arini?

- x tau nape budak kecik ni cakap baju dasyat... maybe dia mentafsirkan... baju dasyat = baju cantik giler kot....


Kisah 2: (Panggilan Tidak Berjawab)
Angah kata....
Betty nak call acu...

Betty : Mama... macam mane nak call acu?
Mama : Tekan sini...
Betty : ....... (call acu tp acu x perasan lalu x angkat)..... Mama.. acu x angkat la... Dia sibuk agaknya....

- alor... sian... kesal x angkat phone =(


Kisah 3: (Adik Baru)
Angah kata..

Mama : Betty... nanti betty dapat adik nak panggil betty ape? Panggil kak long ke?
Betty : Tak nak la...
Mama : Abis tu? Panggil kak betty?
Betty : ... tak payah... panggil sayang je...

- giler mengada menggedik dak kecik ni...


Kisah 4: (Suami Isteri)

Isteri : .... betty ni bercakap jek... keletah betul....
Suami : Haah... tp ni la permata hati kita....

- OMG... abg ipar.... lu ayat novel la... pergh... muahahaha =)

27 April, 2010

Bagi Nama Kat Kuceng

27 April, 2010
Ade sorang membe aku ni... umah dia banyak kuceng... Ade 2 ekor kuceng remaja, 4 ekor baby kuceng. Baby kuceng tu terdiri dari 3 ekor berkaler putih, sekor kaler kelabu... (bayangkan diorg lari2 kat padang... giler comel). Adik membe aku ni pencinta kuceng... memang sayang giler kat baby baby kuceng ni...

Sebab sayang sangat kat kuceng-kuceng ni... dia bagi nama kawan-kawan baik dia kat skola... ade sekor tu dia panggil...... daniel che mat.... hehehehehe..... comel giler budak ni... dia baru darjah 1. Sangat comel... =)

01 March, 2010

My Sister + Sister IN law r PREGNANT!!!!

01 March, 2010
2010... I have 2 good news... family akan bertambah2 ahli... my sister is PREGNANT!!! My kakak ipar pon!!! So hopefully dpt baby boy pulak... nk belikan baju baby lelaki... mesti hensem nnt... Dh boring ngn all my gegirl yg byk mulut... cam bertih jagung... hehehe. Nak tau Bety ckp ape bile tau mama dia pregnant???


(My SISTER is pregnant)

Satu malam selepas dh sah pregnant:

Bety: Nanti, bety dapat adik baby eh?
Mama : Haah.. bety suka x?
Bety: Suka... nanti adik baby keluar, adik baby tido atas katil ngn mama. Bety tido bawak ngn papa.

...huhu siannya... dh tau nasib kene tido bawah... :)


Esoknye pulak:

Aku: Bety, nanti bety dapat adik baby dh x boleh manja-manja dah. Bety nak adik boy ke girl?
Bety: Adik boy la. Nanti perut mama buncit... dah buncit bole tekan. Nanti kalau dh tekan boleh kurus.
Aku: Boleh kurus??? APEKAH???

... satu umah terus gelak.. leh pulak dia imagine tekan perut mama dia, nnt mama bole kurus... aduiyai...


(My Sis In Law is pregnant)

Kakak ipar aku dh 4 ke 5 bulan pregnant kot...

Mia: Ibu, bile baby nk keluar?
Ibu : Nnt dia keluar la.. tunggu dh besar.
Mia: Ala... lambat la baby ni nak keluar. Mia boring la... Mia nak adik.
Ibu: kan Mia dah ade adik. Tu adik areyna.
Mia: Ish... adik tu dh lama... Mia nk adik baru!

Bole pulak ade lama baru... macam macam hal la anak-anak sedara aku ni.. huhu. Anyway, mia ni anak along aku. adik mia ni areyna... muke macam BOO... katun dlm monster inc. tu... hehehe

pape pon... i hope 2010 will always bring good new when i pass by. =)

19 January, 2010

Bagi Alasan Nak Jaga Hati

19 January, 2010

Satu malam, aku dpt mms dari Angah... orang baru pindah umah. Nak show off la tuh... Aku pon terus la call.


Angah : Hello!
Aku : Hello angah... dh pindah umah ke?

^%%#%$*&&%%$%


...


Aku : Betty ade? Panggil dak kecik tu jap...
Angah : Kejap...

.... (menunggu sambil dengar budak kecik tu bebel2)
Betty : Hel0...acu..nak ape?
Aku : Betty pindah umah baru eh? Aku nk tido bilik Betty bole?
Betty : Tido bilik betty? (sure dlm pale dia tgh pk alasan baik)... sempit la... (kan aku dh ckp)
Aku : Ala... x pe boleh jek... muat..
Betty : Bilik tu sepah-sepah banyak mainan... (alasan kedua dia bg)
Aku : Tak pe... nanti acu kemas sikit... mesti muat... bole kan?
Betty : (Dengan nada pasrah nak jaga hati )... erm... tido bawah jek la... dh la.... Betty nk main...

hahaha... sambil dia chow bg Angah tepon dia sempat bebel... "degil la 'budak' ni"...

Siot punye anak sedara... aku, ko kata budak... ish... gedik!!!!


Ni la Betty... mulut dia cam bertih jagung... hahaha... x reti stop... Hanya stop bile tido!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014