SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

Showing posts with label Kitty Kitty Pet. Show all posts
Showing posts with label Kitty Kitty Pet. Show all posts

27 July, 2012

Katil Baru

27 July, 2012
Salam. Sebelum saya pulang ke rumah untuk menyediakan juadah berbuka... ada satu story saya nak share....

Last few weeks, BeBo di hantar ke klinik untuk small surgery. Ada incident happened and he was injured. So, bila sampai di vet... perkara pertama yang doctor tu cakap... "He's young.. but he's big... He need to slim down to avoid other disease such as diabetic, high blood pressure etc.... Encourage him to exercise. Or put his food at higher place to force him to climb up."

Erm... BeBo overweight... Tapi nanti kalau kurus dia tak comel macam mana?

By the way, BeBo kena turunkan beratnya at least 3 kilo. Wow... banyaknya... Good luck BeBo.

So, sebagai memujuk BeBo dari injuries and surgery... BeBo dapat katil baru... from his Daddy... which is my darling husband of course. Thank you Daddy.

BeBo dan katilnya...


Menikmati keseronokan ada katil baru

Adik BeBo si Kiki tu jealous je sebab dia tak dapat katil. Selalu menyendeng nak tumpang tapi kene halau. Hehehehe.

XOXO,



28 June, 2012

Facts about Cat

28 June, 2012


1.Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari

2.Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.


3.Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.


4.Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti dan kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.


5.Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.


6.1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing



7.Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza

8.Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini

9.Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha

Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki



10. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
Kucing ada 32 otot di setiap telinga.

11.Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

12.Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lanjut)

13.Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.

14.Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari 




sumber: http://www.myberita.com/14-fakta-menarik-tentang-kucing/

XOXO,

19 June, 2012

BeBo oh BeBo

19 June, 2012
Last Saturday my family from Johor came to my house for my wedding reception on Sunday, 17 June 2012. My mum get excited and making a calls here n there. Calling all relatives in KL. She also called her cousin and her cousin said she wanna come to my house to meet my mother. So, that night she did came. Maka, penuh la rumah and it was really happening. Seronok bila ramai yang datang. My aunty and my uncle was super like at my big BeBo.. they said... "ni kucing ke gajah? tak pernah jumpe kucing besar macam ni..." hehehe... that's BeBo.

Pintu terbuka dan BeBo seronok keluar masuk rumah. Seronok benar dia main kat luar. After my aunty pulang, we had a late dinner. Sesudah dinner semua lepak-lepak at living and I was in the kitchen mengemas. Selesai mengemas saya ke living dan mencari-cari Bebo.. sebab rumah rasa sunyi tiba-tiba tak ada kucing berlarian.  Malang sekali... BeBo tak ada... I was searching in all rooms, mencari di luar rumah...gagal. BeBo is MISSING!!!! Ya Allah, hati saya rasa resah. Saya cari BeBo di setiap floor tapi gagal. I was searching for him until 2 am in the morning. Dengan perasaan hampa saya tertidur kepenatan. 

Keesokannya saya meneruskan perjuangan menrcari BeBo. Masih gagal. Sehingga jam 8 pagi saya mencari dia. Dalam hujan saya cari BeBo. Tak tau dia di mana. Mak dah mula bising. Kene bersiap untuk majlis resepsi. Saya masuk semula ke rumah dan menyiapkan diri. Kira-kira jam 11.45 pagi kami ke lokasi majlis sebagaimana yang di rancangan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. 

Setelah selesai majlis dan berkemas-kemas, kami pulang ke rumah kira-kira jam 10.00 malam. Setibanya di rumah kami, saya memanggil BeBo. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki saya untuk berjumpa BeBo lagi. BeBo............Bebo...............BeBo............ ...... .... .. . tiba-tiba ada suara menyahut.... "meow". Macam suara BeBo, saya panggil lagi dan ada lagi yang menjawab... "meow" Saya berlari ke blok hadapan, naik ke tingkat satu. Saya lihat BeBo di dalam gutter bumbung anjung. MasyaAllah... Jumpa juga dengan BeBo. Alhamdulillah. Saya cuba dapatkan dia... agak susah sebab dia ketakutan. Namun setelah berusaha pujuk dengan pelbagai cara, saya berjaya grab BeBo. Rupanya dia tak boleh nak keluar dari gutter tu sebab badan dia gemuk. Tak lepas nak keluar sendiri sebab gutter tu agak kecil (untuk BeBo but seems ok to other cat). saya cuba tarik dia perlahan-lahan keluar. Memang agak payah sebab perut dia bulat sangat. Kesian Bebo. Setelah berjaya keluarkan BeBo, terus dia peluk saya,. Tenang sekali. Alhamdulillh...

BeBo hilang selama 24 jam dan berjaya di temui semula. BeBo oh BeBo. Itulah... gemuk sangat, kan dah tak muat nak keluar. Lain kali dok rumah je. Jangan jalan-jalan kat luar. Ish...ish...ish...

03 February, 2012

Kacang Merah vs Cat's Paws

03 February, 2012
Cendol memang best. Begitu sedap dimakan especially time petang. Sambil makan pisang goreng cicah sambal kicap. Kat KL ni its like a miracle kalau jumpa acik jual pisang goreng dengan sambal kicap. Masa kecil-kecil dulu.. I'm not really into cendol cendol semua ni. Rasa dia ok tapi rasa tak sampai hati nak makan. Sebab bila cedok-cedok nanti jumpa kacang merah. And time tu saya panggil kacang merah ni... tapak tangan kucing. It's so similar sampai rasa tak sampai hati nak makan.

I even asked my dad at that time... "Abah... pakcik cendol tu korek tangan kucing ke nak buat cendol ni".. pulak tu my dad saja nak dengki.. dia jawab.... "Haah la... kan sama tu..." Terus saya rasa tak lalu.. Kesian sangat. How can I eat tangan kucing when they are super duper cute. When you look into thier eyes.. its sooo... oooooowwww......

But sekarang tidak lagi. Sebab it is definitely bukan tangan kucing. Its kacang merah la.. Ish... Tak baik dengki-dengki tau. Tapi kan... cuba uols tengok... similar kan??? Bezanya saiz je... Kacang merah besar sikit.



Kalaulah cat's paws ni boleh dimakan... does it taste the same like kacang merah? Hehehe...

Btw, atas sebab ini jugaklah saya kurang berminat membela kucing yang paws and hidung colour coklat. I prefer yang colour pink. Sebab nak avoid rasa makan tangan kucing tiap kali kunyah kacang merah. Lalala... enjoy your holiday!!!!

XOXO,

31 January, 2012

Bebo is 8kg!!!

31 January, 2012
OMG... sepulangnya saya ke KL.... I noticed my BeBo is getting bigger... fatter... 'gebu'er... SubhanAllah...

Saya buka je pintu rumah... BeBo terus posing dan bergolek-golek atas lantai dalam cubaan nak goda saya suruh belai dia. Gedik sungguh my BeBo debab ni. Most of my friends yang pernah jumpa BeBo akan terkejut dan kata... "besarnya BeBo.. macam anak anjing"... hahaha

He is 8kg!!! Nak angkat sebelah tangan sure tak mampu... kalau saya nak dukung dia pun... kene sebelah tangan angkat badan... sebelah tangan lagi ampu peha dia. Kalau dia-dua tangan pegang badan jek... boleh terlepas... dan BeBo pon macam tersepit jek... Maybe sebab seluruh lemak, daging dan segala sebatian jatuh ke bawah kerana graviti bumi... 

Kadang-kadang kalau dia mandikan perut dia... jilat-jilat perut... dia selalu tergolek kebelakang... sebab perut dia membulat macam bola. Kesian.. but it was fun looking at him like that. Hehehehe....


I'm handsome...errmmmm

 I know I'm handsome...don't have to mention

 Perut memboyot

Bila BeBo duduk... perutnya turut duduk sekali.


Ramai yang tanya how I take care of him until he can grow this big... Here some tips :

1) I advised if u wanna adopt a cat... make sure its kitten. Didik dari kecil. Bak kata orang tua-tua... kalau nak melentur buluh... biar dari rebungnya. So... the next step will be easier.

2)Baby wipes - For a kitten yang newly adopt... baby wipes amatlah perlu. Memandangkan dia tiada ibu nak mendidik dia bahawa dia kene wash lepas shi shi dan poo poo... maka anda perlulah ajar.. dengan mengelap tangan.. kaki dan alatan mereka... supaya bersih. Mula-mula dia rimas... but lama-lama... akan get used to it... and normally your cat akan start jilat bersihkan sendiri before u wipes them... Konon macam... "baik aku buat sendiri sebelum kene lap... sejuk... nanti wangi sangat"

3) Litter sand... pilihlah litter sand yang anda suka... kat pet shop merata-rata jual litter sand... siap ada fragrance.. tapi.. ada satu litter sand yang I nak suggest. Litter Sand from Cat's Best Oko Plus. Ada jual di Pet's World Mid Valley at RM49.90 for 10 litter. The price sounds mahal but sangat-sangat jimat sebenarnya. And the best part... it can clump bila ada cecair... terus absorb dan mengeras. Magic gitu. Dan part yang best lagi... very easy to buang... just masukkan dalam toilet bowl dan flush. Lebih bersih sebab boleh terus basuh bekas. Bila bersih... BeBo pon suka.... Lagi pon.. 10 litter can last up to 2 months... kalau nak compare pasir biasa tu about RM15 for 10 liter... dulu pernah bagi BeBo pakai... tahan 2 minggu je, Kalau sebulan its cost RM30... for 2 months... cost RM60... so.. mana lagi jimat? Definately Cat's Best... jimat dan praktikal.

4) Food.... If u adopt a stray cat... jangan terus dia bagi makanan mahal... bagi makanan yang dia biasa makan dan perlahan-lahan... upgradelah ke apa jua jenama yang anda suka. Langkah ini perlu supaya kucing anda tidak culture shock... nanti dia stress. I choose Royal Canin for my dear BeBo. Persoalannya.. macam mana nak tukar makanan kucing... macam BeBo dulu... dia memang tak boleh terima biscuits... so what I did is... rebus ikan... just take half of it... buangkan tulang... hancur-hancurkan isi ikan tu... dan gaul dengan 2-3 spoon of biscuits... day by day portion ikan dikurangkan dan portion biscuit perlulah ditambah. Sehingga dia boleh terima sepenuhnya... the process kadang-kadang gonna take 3-7 days for your cat to adapt dan terima sepenuhnya. Begitu jugalah kalau nak tukar jenama makanan. Jangan tukar mengejut. Baki makanan lama jangan habiskan... but campurkan dengan makanan baru. slowly kurangkan portion makanan lama.. lebihkan makanan baru. Kalau mengejut... nanti kucing boleh merajuk. It happens to BeBo dulu... merajuk sampai masuk wad sebab kekurangan air dan dia cirit birit. Mengada kan...

Masa BeBo masih kitten pada awalnya saya bagi Cat Eye... tak mahal pun... murah je... tapi dia macam tak berapa membesar... selera macam tak berapa baik. So saya cuba tukar pada Science Plan. Tapi BeBo tak berkenan... dia sanggup berlapar dari makan makanan tu. End up... assistant kat pet shop tu bagi sample Royal Canin Kitten 36 to me. Manalah tahu kalau BeBo suka... Indeed... bila bagi dia tak pandang dah tempat lain... hadap makanan tu sampai licin. So saya stick to Kitten 36 sampai la BeBo berumur 7 8 bulan. Can't really remember. 
Bila dan besar sikit... BeBo perlukan nutrien yang berbeza... so saya change to Royal Canin Indoor 27. Range ini sangat sesuai untuk kucing yang dibela di dalam rumah macam saya yang tinggal di apartment. Najis kucing kurang berbau. Well, najis confirm la akan berbau but at least tak la sampai berbau satu rumah... then nak bersihkan pun rasa nak muntah. This one will solve the problem. Malah your cat akan bahagia tiap kali nak membuang sebab tak ada masalah sembelit atau cirit birit. Btw, jangan la bagi dia makan makanan merata such as kepala ikan bilis lebihan nak masak tengah hari... ayam kfc semalam yang tak habis makan... or yang sewaktu dengannya. Langkah ini perlu supaya setiap kali anda keluar bekerja... your pet tak menggeledah sampah di dapur untuk mencari tulang ayam kfc yang anda buang semalam.
Since BeBo is getting fatter and fatter and fatter... saya cuba dietkan BeBo dengan mengurangkan portion makanan dia setiap hari. Tapi tak berjaya sebab BeBo macam menggila bila lapar. Gigit saya sebab dia tak kenyang. Cubaan diet gagal... so as per advised by pet shop assistant... saya tukar makanan BeBo to Royal Canin Fit 32 yang bertindak mengawal berat badan kucing agar berada di skala berat badan ideal. Tapi macam tak applicable to my dear BeBo. Sampaikan my friend said... kene masuk Down Size My Pet kot baru boleh kurus. 
When u give Royal Canin to your cat you will notice... bulu dia akan cantik berkilat... tak easily gugur dan  rapi all the time. Kesihatan pun terjaga sebab Royal Canin membekalkan semua nutrien yang kucing anda perlukan.

5) Shampoo... ada banyak shampoo yang anda boleh pilih. Tapi my advice... pilihlah shampoo yang baik sikit... you will not regret. For BeBo I choose Pawster Pet Paradise. This one...


Bulu lebih lembut... shining dan the smell can last up to 1 week. Masa BeBo kecil.... saya selalu mandikan dia... seminggu sekali... every weekend. But not now... sebab dia dah besar sangat... tak larat nak mandikan... so mandikan sebulan sekali. I can sent him to Pet Shop for grooming but its gonna cost me RM60 per session. Fuhhhh... berpeluh.

6) Vaccine - ini sangatlah perlu dan perlulah mengikut jadual especially for stray cat. At the age of 6 months... ur cat are ready for their first session of vaccination. 2nd session will be 3 months after the first session. the following session will be once a year. Each session about RM80 macam tu. Less than RM100 semestinya. Some clinic can give better offer. Up to you.

7) Spayed/Neutered... ni pun adalah salah satu perkata yang digalakkan. Especially for Male Cat. Bila sampai tempoh matang... mereka akan mula mark teritory dengan kaedah pancutan urine. So, to avoid this case... silalah neutered kucing anda. Kalau betina kene buat operation untuk ikat kilang dia. Bukan apa... perkara ini agak penting bagi mengelakkan anda menangis meratapi atau bermenung jauh dek masalah-masalah akibat tidak memandulkan kucing. Malah... turut mengurangkan risiko kematian akibat dilanggar kereta semasa musim mengawan. That's important! Kebaikannya... kucing akan bertambah gemuk selepas dimandulkan dan lebih manja. They like to be pampered.... ^_^

That's all untuk kali ini... will add some more tips later on InsyaAllah. Btw, kalau jumpa BeBo... jangan bagi tahu dia gemuk tau... cakap kat dia.. 'BeBo tough macam Fizo Omar'... nanti dia buat muka handsome. Dan selalunya... BeBo lupa dia gemuk so dia berlari sana sini... end up... mengah sampai baring terlentang kat living. Kelakar betul. Till then.

XOXO,



17 January, 2012

Pirates of the Caribbean: Beginning of New World (2012)

17 January, 2012
As what I've been told by sumber-sumber yang tersangat boleh dipercayai, Pirates of the Caribbean nak sambung sequel filem tu. Selepas kutipan berbillion dollar dan menyumbang kekayaan sedia ada kepada pelakon pujaan ramai Jonny Depp, juga Keira Knightley juga sekalian pelakon hebat-hebat tu. Tapi filem paling latest Keira Knightley dah tak berlakon lagi dalan sequel tu, maka director menggantikan dengan Penelope Cruz as Angelica. 





Yang nak dikabarkan ni, pada tahun 2012 akan keluar sequel lagi satu. Tapi Penelope Cruz dengar kata tak nak berlakon dah. So ramailah artis-artis hollywood yang berpusu-pusu mencuba nasib nak jadi pengganti Penelope. Maklum la cerita pirates kene ada perempuan. Kalau tak, tak berseri la filem ni. Panggung hanya akan penuh dengan perempuan-perempuan yang gila kat Johnny Depp dan juga gay-gay yang turut gila kat Abang Johnny.

So, memang berpusu-pusu semua artis nak try their luck tapi director reject. Sebab kan... director dah jumpa pelakon baru tu. Memang new comer la dengar cerita. Muka tak pernah keluar majalah, youtube, twitter mahu pun facebook. Tapi gambar exclusive ni tersangatlah exclusive dan jangan bagitau kat majalah tau. 


 Ni la dia. Nama dia Puffyana Layolla. Bakal memegang watak Puffy Turner. Dikatakan dia melakonkan watak anak Elizabeth & Will Turner. Hehehehe

Okay... tipu je. Ni anak kucing housemate saya. Matanya buta. Telah disahkan oleh doktor bahawa dia akan buta kekal. 

Kisahnya bermula begini... saya pulang ke rumah selepas pulang membeli barang... tengok-tengok Puffy duduk diam atas sofa. Mata sebelah (yang buta tu) bengkak dan membulat luarbiasa macam Puss in Boots. Tak tau nak describe comel atau mengerikan. So, dia pun di hantar ke veterinary clinic and the doctor said... kecederaan yang dialami Puffy adalah disebabkan high impact sehingga menyebabkan cecair dia dalam cornea pecah. Itulah punca mata membulat hitam macam Puss in Boots.

After the operation of taking out the unfunction cornea, Puffy dah selamat kembali ke rumah. Dan sekarang dia bermata satu. Sungguh kasihan. Dulu dia sangat aktif. And maybe sebab dia terlalu aktif berlari sehingga tak nampak apa di depan lalu melanggar sehingga menyebabkan buta kekal.

p/s: After this Puffy boleh apply kad OKU. Nanti nak naik public transport leh dapat diskaun.


XOXO,



26 December, 2011

Rindu BeBo

26 December, 2011
Sepanjang 3 hari I went back to my hometown, I left BeBo at home. Bukan tak nak hantar dia boarding ke petshop... tapi BeBo tak suka. Nanti by the time nak ambil dia semula.. dia akan bad mood. Merajuk tak nak makan. The only way nak pujuk dia... kene bagi can food for at least 2 weeks. Adehhh... Tapi BeBo tak tinggal sorang-sorang... adik dia Puffy ada teman. 

Betapa sayangnya BeBo kat adik dia Puffy. 
BeBo ni... abang yang penyayang.


Ok lah. Nak kemas-kemas barang balik ke KL. See you tonite BeBo.


xoxo,

22 December, 2011

From stray cat to Benjamin Borhan

22 December, 2011
I bongkar all the files in my lappy and I found this.... Teringat pulak.... How I found BeBo and adopt him sehinggalah hari ini...Saya adopt BeBo pada 18 December 2010

I found him kat bawah Van kat carpark LRT Bandar Tun Razak

Since bulu dia warna Grey.... saya terus kidnap dia bawak balik

Mamat ni super duper curious dengan apa sahaja.
Malah sangatlah kepoh macam Paparazzi


to be continue.....

XOXO,

16 December, 2011

She Rest in Peace

16 December, 2011
My last post two weeks ago was about my baby rabbit. My baby rabbit is a She... not He... There's a reason why I didn't post anything for the past two weeks. I've been busy. Busy with my baby. Her name is Gabby Tibbit. Here's the story about Gabby...

I bought her two weeks ago. I bought her home and put her in Mimi's cage (my late bunny). At first I thought my rabbit is a male. But after i google and google.. comparing and investige... He is actually a she. Maybe sebab bulu dia tebal sangat sampai orang yang jual tu confused. So, sy beri dia makanan yang sama macam Mimi masa Mimi kecik-kecik dulu. Bagi dia dried corn, carrot dan macam-macam. Dia gembira je. Berlari sana sini. Bila saya tengok TV, saya ajak dia sekali. Dia rela dan tak meronta langsung. Join tengok TV sama-sama.

Saya ni cepat sangat sayang pada binatang. Gabby pulak tu sangatlah manja. Lagi lah saya sayang. But then, on Thursday saya notice poo poo dia macam cair dan melekat pada bulu dia. Until bulu dia warna hijau. Sebab makanan tu warna hijau. Saya cuba tukar makanan dan hanya bagi dia carrot. Dia seperti sedikit ok. I remembered my friend told me... kalau rabbit sakit, I have to bring her to clinic cepat-cepat. Sebab thier life is so fragile tak macam kitty.

Then on Saturday morning, saya bawa dia ke Vet. Vet bagi antibiotik untuk Gabby. The doctor said its probably sebab new environment atau masalah penghadaman dia. Risaunya hati ni sebab Gabby masih baby. She's just 1 1/2 month. Apa sangatlah yang dia pandai. So doctor suruh saya beri dia antibiotik tu twice a day for 5 days. 3 hari kemudian dia kembali sihat dan dah boleh garu telinga dia sendiri. She even stand up bila tengok saya datang. So cute.

She peed like usual but I notice dia tak berak. Maybe sebab segala isi yang dia makan tempoh hari dah habis keluar so tak sempat nak digest poo poo baru. Just assumed. Dia masih berlari tapi tak serancak dulu. Saya rasa tak sedap hati sangat. I can feel like she's dying. Pagi tadi sblm saya pergi kerja, saya beri dia lagi antibiotik tu. Bagi sikit sebab dia nampak lemah sikit. Saya suapkan dia air. Dia minum tapi tak seexcited dulu. Hati saya rasa tak sedap sangat. Saya pesan pada Gabby... be a good girl... and please don't die. I love you so much Gabby. And i kissed her many times. Saya pergi kerja dengan hati yang berat. Kalaulah saya masih banyak cuti, saya dah ambil EL nak jaga Gabby. Tapi projek saya baru start and I need to settle the things before Monday.

Tepat jam 6 petang saya balik. Hati rasa berdebar sangat. Saya masuk rumah macam biasa. BeBo dan Puffy sambut saya di pintu seperti hari-hari sebelumnya. Saya berjalan ke arah bilik saya dan entah kenapa saya rasa berat sangat hati. Saya baca bismillah dan pulas tombol pintu. I said.. "Assalamualaikum Gabby..." Saya lihat Gabby hanya baring. Saya datang dekat dan panggil dia.. dia diam saja. Saya buka cage dan sentuh dia... dia dah tak bergerak. Saya dapat rasa badan dia dah keras. Gabby dah pergi tinggalkan saya. Saya tak dapat nak tahan air mata. Terus saya menangis. Saya panggul-panggil Gabby. Saya usap badan dia yang dah tak bernyawa. Saya hanya pandang Gabby. Tak tahu nak buat apa. Esok pagi-pagi selepas Subuh saya akan tanam Gabby. Saya nak tanam petang tadi tapi saya tak ada cangkul nak buat lubang.

Gabby... I will always love you. Even we just met for 2 weeks... I already gave you all my love. I will never ever forget all our memories together. When u bite my fingers expecting for carrot. When you sleep every time I flipped you in my arms. When u stood up and stoned yourself to attract me. You did a good job my dear. Thanks for cheer up my life even its just for 2 weeks. I love you and gonna miss you baby. May you rest in peace Gabby Tibbit.





 Miss you Gabby

Love you Gabby

XOXO,

04 December, 2011

Jom Heboh

04 December, 2011
Jom jom jom..... Jom Heboh. I went to Jom Heboh today since it's so near to my house. Lagi pun weekend ini tak kemana... Let's do something and join the crowd. Even though I'm not join the crowd person but today felt like being the one. Hehehe....

My housemate asked... "kalau terbanyak shopping macam mana?" I replied... " maximum kita beli 3 bag je ok... pastu kita balik"... sangat yakin. And it turns up.....

 Tadaaaaaa..... one of Jacker Bag is for my sister.

 What's that in the middle? Is that Mimi?

Hello... I'm a new guy.

My new baby that I bought from Jom Heboh. Hehehehe... 

Accidently terbeli rabbit ni. Angora Breed. 1 and half month old. Actually, tak ada intention pon nak beli. Tapi termasuk pula petting zoo kat Jom Heboh tu... meriah dengan arnab-arnab pelbagai species dan sungguh comel sekali. Saya angkat yang ini sebab dia cute. Then dia terus tenang when I hugged him... sampai pejam mata. Then bile saya nak letak balik... dia meronta. Alahai... comelnye. Nak ikut balik. So.... terbeli sudah. Cute kan? But he still have no name.... Any suggestion kawan-kawan? 

XOXO,

28 November, 2011

Maya

28 November, 2011
I visited my aunt's house. Actually it's family mertua abang saya. Saying goodbye to all my nieces since they are going back tomorrow. Masa saya nak pulang, I heard a voice of kitten. Saya intai bawah kereta my brother if there's a kitten since I parked behind my bro's car. Takut juga kalau-kalau terlanggar kucing tu nanti. Tapi tengok-tengok tak ada. Hati terdetik... Entah-entah dalam enjin kereta kot. So, saya beritahu abang saya and asked him to open up the engine boot.  Surprisingly... ada seekor anak kucing duduk dalam enjin tu. Mengigil. Saya angkat dia keluar dan letak di tepi. 

Lori dan kereta berdesup-desup di jalan depan. Anak kucing tu takut sangat dan dia berlari-lari tak ada arah tuju. Then dia lari masuk ke bawah kereta saya pula. Dia cuba masuk ke dalam enjin tapi saya sempat bunyikan alarm dan dia lari. Kemudian saya cuba cari kitten tu sebab rasa kasihan tapi tak jumpa. Puas kami cari keliling kereta tapi tak ada. Pelik juga sebab tadi dia mengigil takut.

Abang saya cakap... "dia dah lari kot. takpe la... dia dah selamat tu... dah boleh balik dah". Tapi hati saya masih tak sedap. Rasa dia seperti masih ada bawah kereta saya. Jadi saya hidupkan enjin dan biar enjin on lama.... Saya tekan pedal minyak supaya bunyi lebih kuat. Tiba-tiba abang saya ketuk tingkap kereta saya... He told me... "kucing tadi kat tayar belakang!"

MasyaALLAH... nasib baik saya tak jalan. Saya cepat-cepat matikan enjin dan tangkap kucing tu. Dia mengigil dan asyik menangis. Kesian sangat. Saya bawa dia pulang sebab takut dia mati. Memandangkan saya dah ada seekor kucing jantan.. Benjamin Borhan... dan housemate saya ada seekor kucing betina Puffyana Layolla... Agak sulit untuk saya adopt lagi seekor. Maka saya perlukan bantuan dan ihsan kawan-kawan semua. 




Hai. Nama saya Maya. Saya anak kucing yatim piatu.
Saya takut jalan sorang-sorang. Kereta, lori, motor... semuanya sangat besar. 
Saya takut. Tolonglah saya. Saya perlukan perlindungan. 
Ada tak sesiapa yang sudi menjaga saya? *_*

Kepada kawan-kawan sekalian, blogger-blogger dan mereka yang terjumpe blog ini serta membaca entry ini... silalah fikirkan kebarangkalian untuk adopt anak kucing yang comel ini. Berwarna kuning putih. Breed campuran sebab bulu dia panjang. Saya namakan dia Maya untuk sementara waktu ini. Kalau sekalipun anda tak berminat nak adopt Maya, panjang-panjangkan lah berita ini dan bantu Maya. Maya perlukan keluarga. 

p/s: If interested please drop an email to syadester@gmail.com or for those who know my number... please SMS me. Thanks. =)

XOXO

25 November, 2011

BeBo went to shower

25 November, 2011
Dah lama BeBo tak mandi. Dia busuk. But still he loves to baring dan bergolek on my bed macamlah dia wangi sangat. Selalu bergaduh dengan BeBo. Bila I asked him to turun.. dia buat muka paling comel sekali. Ishhhh.... Since BeBo dah 2 minggu selamat disunatkan... dan berbulan-bulan tak mandi... akhirnya BeBo went to shower today. Masa tengah mandi susah sangat nak ambil gambar dia. So after the shower and hair drying time! baru sempat nak snap... Part hair drying ni musuh ketat BeBo. Tak percaya??? 


Macam Puss in Boots tak? Hahahaha... He's so scared and stared at hair dryer

Actually masa hantar BeBo neuter I asked them to groom him as well. But they adviced to hold it until dia recover after neutered. Sebagai upah mandi, BeBo dapat 1 can of tuna and salmon. He was so happy after that. 

Anyway, it's not the end yet. Enjoy some photos of my darling pet, Benjamin Borhan a.k.a BeBo.

His favourite spot for hiding from all my nieces.

 Dia selalu perasan dia kecil dan suka sangat menyelit di celah-celah.

Handsome BeBo

'Kecil'lah sangattttt.... Ish... ish...ish...

Till then.

XOXO,


07 August, 2011

Anak Bujang

07 August, 2011
Selamat pagi Ahad. Bila celik mata... langit dah cerah. Malas sungguh nak bangun dari katil. Benjamin Borhan dah ketuk-ketuk pintu minta masuk. Malasnya nak bangun buka pintu. Tapi selagi tak buka selagi tu lah dia akan ketuk pintu tu. Bising. Tujuan dia nak masuk tu bukan apa. Nak minta di manja. Di belai. Mengada-ngada.

BeBear tu bestfrien BeBo

Benjamin Borhan sekarang dah besar. Semakin besar, semakin gemuk dan semakin manja.

Last weekend, I bring along Benjamin Borhan balik kampung. And you know what... He finally found a GIRLFRIEND!!! Nama girlfriend BeBo is DAHLIA MONAKOVA. You can call her MONA. Bila BeBo dan Mona bertemu, Mona malu-malu. Mona jual mahal. Hari-hari BeBo kejar Mona. Bebo tany-tanya Mona. Mungkin BeBo tanya macam ni kot :

BeBo
Hai adik manis, boleh berkenalan?

Mona
Ish... sibuk je la mamat ni. Tapi hensem jugak (bercakap dalam hati sambil pandang tempat lain)

BeBo
Nama awak siapa? Nama saya Benjamin Borhan.

Mona
Saya Mona. Dahlia Monakova (buat muka sombong)

Dan mungkin macam-macam lagi dialog mereka berdua ni. Bila Mona pergi dapur, BeBo ikut. Bila Mona lepak bawah meja, BeBo pun lepak bawah meja tapi jauh sikit. Tapi I'm not really sure whether BeBo berjaya menakluki hati Mona atau pon tak. Mungkin juga BeBo kecewa sebab on the day nak balik KL, tak susah pun nak suruh BeBo masuk cage. Dia masuk sendiri. Erm... Tak apa BeBo, nanti raya kan kita balik lagi, Nanti boleh try Mona lagi ok!


XOXO

S.A

11 June, 2011

Mimi Luv BeBo

11 June, 2011


Mimi & Bebo... my darling pet =)

02 April, 2011

My Name is Mimi Marbella

02 April, 2011
29 March - Is my last day of working with HMSK Architecture Sdn Bhd. I pretended not to be sad. No tears... I'm a very good actress. Hiding the true feelings is my expertise. Oh yeah... And for a last day... I got a present from Kak Yus. Wanna know what is it? It's a cute fluffy rabbit like a cotton candy. Sooo damn cute. I never adopt a rabbit before. My sister did. But its a comman species... the one with red eyes and i don't really like it. That red eye rabbit was so hard to handle and kept lompat-lompat here and there until i gave up. Since that, I don't really like rabbit.

But the present that I got that day was so surprising n surprisingly... I fall in love with that fluffy white rabbit like an alive 'cotton candy'. It's a she.

Name : Mimi Marbella
Date of Birth : Unknown
Sex : Female
Breed : Dwarf Hotot
Age : 3 months (agak-agak jek ni)
Nickname : Mimi

When Benjamin Borhan met Mimi Marbella......


BeBo : Ape kebendenye bulu-bulu putih dan lebat ni?
Mimi : (diam seribu bahasa)
BeBo : Apsal bende ni senyap jek?
Mimi : (buat dunno dgn muke comel)
BeBo : Bebola bom kot?!! Lariiiiiii.....

As the conclusion... BeBo get scared and he hide under my comforter... Hahahaha. Both of them was sooo cute. Thanks Kak Yus.


p/s: Since I'm in my hometown now, I sent BeBo for boarding at the pet shop nearby my house. And Mimi, I sent her to a friend's house.... Thank You. =)

17 March, 2011

Tentang Dia

17 March, 2011
Dia comel bergaya
Dia nakal bersahaja
Dia terkinja kinja
Dia berlari bergolek
Dia manja mengada
Dia kacak bergaya
Dia....

Benjamin Borhan

27 February, 2011

Masih Sakit

27 February, 2011
Malam kelmarin, BeBo muntah sangat teruk dan banyak bagai nak terkeluar isi perut. Bimbang di hati.... Apasal la anak kuceng ni lomah semacam. Berikutan itu, pagi Sabtu, aku bawa BeBo ke sebuah klinik di Jalan Klang Lama. Hampir sejam juga menunggu BeBo untuk di rawat. Nak tahu ape yang jadi???

BeBo kene drip

Dan hari ini... BeBo masih belum sihat... poo poo dia ada darah.. Kesian BeBo...

SAD!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014