SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

Showing posts with label Healthy Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Healthy Lifestyle. Show all posts

28 December, 2012

My Daily Breakfast

28 December, 2012
Dulu, kalau pagi-pagi selalu makan nasi lemak bungkus beli kat kedai mamak depan tu. RM1.50 sebungkus. Kadang-kadang beli kat pakcik depan IMU, nasi lemak sambal paru. Fuhh.. mana tak gemuk. Pastu complaint. Ni lah manusia. 

Ok ok... saya dah insaf. Now, no more nasi lemak. Once in a while boleh la... 2 3 minggu sekali atau sebulan sekali. Not more than that. So now, this is my daily breakfast...

McVitie;s Digestives The Original.

Makan 2 keping pun dah rasa full. Normally, saya makan biskut ni 2-3 keping suring breakfast bersama-sama air Teh O panas, Nescafe atau Milo.

Let's get healthy.

Happy working.


XOXO,

S.A.L.E.


Perkataan S.A.L.E ini terlalu sinonim dengan kaum Hawa. Kalau ada je perkataan ni, sure berduyun-duyun yang turun nak meninjau apa yang ada. End up, masing-masing bila pulang dua-dua tangan penuh dengan beg plastik. Terpapar keriangan di wajah dengan barangan pilihan yang dirasakan amat memuaskan hati. Melangkah penuh bangga tatkala berlalu pergi dari cashier. 


Saya teringat kenangan di saat dan ketika saya seorang shopaholic. When I'm stress saya akan bershopping. Saya pernah beli sehingga 8 pasang kasut sekaligus. Tu tak termasuk blouse, shirts, acessories, etc. Pernah jugak bila keluar, beli barang tak banyak... 2 3 barang jek tapi habis beribu. Mana taknya, beli sunglasses, jam tangan masing-masing nak yang mahal jek. Masa tu saya rasakan ia satu kepuasan. When you own them, you felt honoured. What a feeling. Tapi itulah hakikat.


Ada sekali tu di KLCC, SALE... beg GUESS murah-murah. Macam orang gila saya memilih. Tekun betul saya pilih beg. Niat dihati nak beli 2. Satu untuk Mak, satu untuk saya. So, saya pilihlah beg untuk Mak. Bila dah jumpa yang berkenan, saya pegang la beg tu. dan saya teruskan usaha mencari beg saya pula. Ada sorang kakak tu, agaknya berkenan beg yang saya pilih untuk Mak, langsung dia tanya saya.. "Dik, tu yang awak pegang tu nak beli ke? Kalau tak nak.. akak nak"... eh eh... sampai berebut beg. Rasa kelakar bila ingat balik.


But, about a year ago when I decided to go for umrah... saya hentikan tabiat shopaholic. No more shopping for unnecessary thing. It's a big no because I desperately really looking forward for Makkah. Saya jarang keluar shopping. Kalau ada je perkataan SALE tu, saya akan cepat-cepat jauh kan diri. It's time to avoid them. They are not helping me at all but they destroy me slowly. Jahatkan SALE ni.

Alhamdulillah, since the day saya berpuasa shopping, saya seperti mendapat hidayah baru. Saya bukan lagi seperti dulu yang kuat berbelanja. Menghabiskan duit beratus-ratus sehari demi kepuasan diri. Kadangkala beribu. That is definitely not a satisfaction tapi nafsu serakah shopping yang disuntik oleh para syaitan yang bermaharajalela dalam diri. Susah nak akui kan, tapi itulah hakikat sebenar.

Tipsnya mudah saya, whenever you wanna buy something you ask yourself.. DO I WANT THIS? if the answer is YES, then go to the next question. DO I NEED THIS? WILL I DIE IF I DON'T OWN THEM?.. Kalau the answer tu teragak-agak nak jawab, means... UNNECESSARY.

WANT - NEED = UNNECESSARY

SOGO KL, is one of my favourite place kalau nak cari barang-barang. I didn't do a big shopping like I used to, just buy necessary thing. I keep putting on my weight even I don't want them.. so I have no choice but to buy some clothes supaya tak sendat sangat pakaian. Kebanyakan koleksi baju yang saya ada semuanya agak ketat. Maklumlah, masa 'muda-muda' dulu kurang kesedaran diri.. Saya juga salah seorang mangsa fashion. Terasa diri ini sangat jahil.

So, my advice is berhati-hati apabila memilih pakaian dan super hati-hati apabila berbelanja. Make a right choice. Ingat pepatah lama... Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

XOXO,


03 August, 2012

Teh Sihat

03 August, 2012
Salam... how's your day? Puasa kali ini sememangnya bermakna untuk saya. Sebab ada tanggungjawab baru sebagai isteri. Alhamdulillah everything goes well. By the way, ramai yang menegur saya dan bertanya... saya dah pregnant ke? Sebab mereka kata saya semakin berisi. Oh My God... Even my mum pun cakap... Saya dah semakin berisi. Oh no.... Saya belum pregnant lagi... tapi dah makin berisi. Macam mana ni? Kalau nak ikutkan... saya makan pada kadar yang biasa seperti sebelum berkahwin. Cuma kadang-kadang terpaksa habiskan makanan takut hubby marah. He said.. orang-orang kat Somalia tu.. kebulur tak dapat makan.. so, don't waste the rezeki. Noted... Mungkin itu juga penyumbang kepada penambahan berat badan.

Semakin hari semakin risau.. malah, saya dah tak muat almost all of my seluar kerja. Sad... Kalau belum kahwin mungkin saya balun jek pakai... tapi dah kawin ni.. terasa segan pula nak pakai pakaian yang ketat sedikit. My husband pun tak izinkan. He said... jangan tambahkan dosa dan menyumbang tambahkan dosa kaum adam. Setuju sangat. Like I said early this year.. I want to be a better muslimah. InsyaAllah.

So, ada officemate saya ni... memperkenalkan saya 'Clenx Tea'. Teh herba yang membantu membuang toksin dalam badan dan memperbaiki sistem pencernaan. It is true I might have a digestion problem. Sebab, saya susah sangat nak buang air. So all the toksin menepu di dalam badan. Tak sihat... tak sihat... I tried lemon sebagaimana yang saya share few months ago. Memang berhasil cuma.. agak malas nak perah lemon every morning. Hehehe... So, amalan tu jadi tak konsisten.





Sebelum ni saya pernah minum teh orang kampung.. tak berapa memuaskan. Mungkin tak sesuai dengan saya. Kadang-kadang... lain orang lain kesannya. After kawan saya sarankan, saya pun pergi ke Guardian dan terus beli 'Clenx Tea'.

Saya cuba 'Clenx Tea' dah lebih seminggu, saya rasa sistem pencernaan saya bertambah baik. Nak kata dh kurus tu tipu lah. Dah turun la sikit. I need to continue drink this tea untuk kesan yang lebih baik. Kalau dh kurus nanti dah boleh la pakai seluar-seluar tu balik. Wish me luck. Kalau nak mencuba silakan.

XOXO,


12 May, 2012

It's Saturday

12 May, 2012
Hai semua. Apa kabar? Dah almost seminggu I didn't update anything. Well, I'm quite busy with my new life as a wife. I enjoy being a wife. Alhamdulillah. By the way, we adopted another kitty. Kikimot Mordella. That's her name. She's white kitty with a beautiful blue eyes. No pictures yet.. She needs time to groom until betul-betul cantik. Only then I will post some pictures.

Anyway, I supposed to sit for exam today but I don't feel like going. So I just sit at home, write this entry sambil kemas-kemas rumah. Hehehe... Currently my hubby and me tengah bertungkus lumus buat wall painting. Nak pasang wallpaper it's a bit wasting because we are renting right now. So, wall painting works and tak memerlukan modal yang besar.

1 feature wall completed at living. I have another 2 feature walls to decorate. 1 in the dining and another one in the bedroom. InsyaAllah will try to finish it by this weekend.

Okay, nothing much to say. I need to continue doing the housework. Till then.

XOXO,


28 February, 2012

Tips Belajar - Part 1

28 February, 2012
I'm not really in the working mood right now. And I need a break for a while (even I'm having a long break 2 hari lagi). So I want to share some tips. Just 3 tips for now. Tips untuk adik-adik yang masih bersekolah. Yang dah abis sekolah, bekerja pun boleh amalkan. Tak ada masalah. Tips ini saya dapat masa saya masih di bangku sekolah. Cikgu Math saya yang beritahu. Tips untuk terang hati dan mudah ingat bila belajar.

Tips # 1
Jangan minum air bersemut. Walau sikit pun jangan minum langsung. Gantilah air yang baru. Jangan pulak pergi angkat semut letak tepi dan minum air tu. No no no no... So, sebelum minum sila pastikan air itu bebas dari semut.

Tips #2
Setiap kali selepas buang air besar, janganlah dilihat apa yang telah 'berlalu'. Tak perlulah nak buat kesimpulan macam mana rupa bentuknya hari ini, warna apa dan sebagainya. Biarkan ia pergi, tak perlu dikenang apa yang telah pergi. Bak kata orang-orang tua... tak perlu di kenang perkara yang dah berlalu. Jangan toleh ke bawah. Faham?

Tips #3
Bacalah Al-Quran walau sepotong ayat setiap hari. Setiap bacaan ayat Al-Quran akan membuang satu titik hitam di hati. Jadikan ini sebagai amalan. InsyaAllah terang hati dan tak mudah lupa akan ilmu yang dipelajari. Ada ustaz kat TV9 cakap.. (tengok sambil-sambil bersiap nak ke pejabat).. kalau 3 hari berturut-turut kita tidak membaca Al-Quran.. Al-Quran akan jauh dengan kita. Jadikan Al-Quran sebagai kitab pendamping kita setiap masa. Novel-novel lain tu di tangga bawah-bawah sikit.


Sekian saja untuk tips hari ini. Jadikan amalam untuk kebaikan bersama. Okay... I need to get back to work.


XOXO,


04 January, 2012

Gardenia... sungguh enak dimakan begitu sahaja

04 January, 2012
Roti Gardenia.. I ate this since kecil lagi. Kadang-kadang mak beli High 5. Kadang-kadang Mighty White. Tapi kalau mak beli jenama 'kadang-kadang' satu umah muka toye jek macam tak ada selera. Kalau beli roti Gardenia pula berebut-rebut. Sedap. Paling best... kalau sapu butter then cicah dah air teh panas. Fuh! Memang best... boleh makan 4 keping sekali hadap.

Kat Malaysia ni, roti orang tak bape nak amik kisah... sebab kebanyakannya bertekstur lembut. But, few years back masa I went to some other country yang mana roti adalah makanan ruji mereka, I firstly thought mesti roti kat sini lagi best.  So cuba-cuba lah buat sandwich. Letak cheese, letak strawberry... bla bla bla... Cantik memanglah cantik. Nampak sedap tapi bila di gigit... ala.... macam nak berderai roti. Tak sesedap Gardenia. Dan pada saat dan ketika itu... saya menanugerahkan... ROTI GARDENIA ADALAH ROTI TERBAIK DUNIA. Suka hatiiii jek dia ni. Hehehehe

But lately, kalau korang perasan la kan... ada satu brand baru tiba-tiba berduyun-duyun tiba di kedai-kedai runcit. Roti MASSIMO. I've tried it before... not bad... but still... I like Gardenia much more. Tapi ada satu perkara penting yang anda semua perlu tahu. Then meletup pula isu pakat boikot Gardenia. I write this not because saya racist but if they think they are doing a good thing by saying all those words... we have our own way to tell then who we are. Maka, saya tidak akan beli lagi roti Massimo. Roti Gardenia paling best. Sedap. Yummy....

Click the link below and you will know why I choose not to buy Massimo anymore.



Terjemahan:
23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAUMEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?
24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!
2:49PM BECKY WONGTANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??
5:14PM STEVEN LONGMATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!



So, you choose. Have a nice day everyone.

XOXO,


27 December, 2011

Senggugut or Period Pain

27 December, 2011
Am I too open to talk about this. But it seems yes. Its a normal thing and for me everyone should know about this. Even a guy. Sebab kadang-kadang lelaki always said... biasalah tu PMS. PMS mmg sering dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil, super sensitive, cepat marah, cepat terasa, mood swing like revolving door. Ketidakstabilan hormon saat-saat kedatangan waktu 'istimewa' ini kadang perempuan sendiri tak sedar. Sebulan sekali. Ada sesetengan perempuan kedatangan waktu 'istimewa' ni sangat teratur. Ada pulak yang kucar kacir. Ada yang langsung tak terkesan dengan kedatangan waktu ni. She seems normal. And lelaki start la cakap... "eh apsal ko PMS buruk rupe. Si anon to elok jek. Tak macam ko." Weyh... senang la cakap. Meh sini cuba ko test try jadi perempuan. Sakit ke tak. Cuba test rasa. Hormon setiap manusia tak sama. Berbeda-beda. Maka, tak setiap perempuan dapat merasakan 'keseronokan' PMS ni. 

How does it feel
Sesetengah lelaki selalu question macam mana rasa senggugut?. Apsal perempuan BERTUKAR setiap kali PMS?. Jenuh la nak layan tiap-tiap bulan macam ni. Even perempuan yang tak pernah rasa senggugut pun tertanya-tanya. To be honest, setiap bulan I myself mengalami senggugut yang boleh dikategorikan agak teruk. Since I'm in high school. Pernah masa sekolah dulu, kalau kena kat sekolah... surely saya lah penghuni setia bilih rehat kat makmal ERT tu. Pernah sampai cikgu kene call my parents to pick me up sebab I can't get up langsung. Nak jalan pun kene pimpin. Dan pernah sekali saya kene beberapa jam sebelum pulang dari sekolah. Nak keluar dari pagar sekolah tu memang kawan tolong pimpin kiri kanan. Beg pula orang yang bawakan.

Bila sampai rumah... tak perlulah cakap banyak, saya cari katil dan selimut... baring jek dalam selimut dah macam mengkarung. Kalau mak panggil... memang takkan jawab la... yang mampu... angguk.. geleng. Sebab kan... kalau cakap.. nanti sakit perut. OMG.. is it that bad? Yes it is. Till now... masih lagi sakit. Seluruh kaki dari betis membawa ke peha... membawa ke perut terasa semua otot-otot dan urat tegang. Kalaulah anggota badan ni elastik, dah tarik-tarik kasik regang sikit. Maybe boleh feel better. Who knows. Kan??? 

Rasa sakit tu... memang cannot take it. Rasa macam nak kerut dahi all the time. Kepala sampai rasa berasap sebab angin-angin terlalu banyak dirembeskan di dalam perut. (its rahim to be exact). I even pernah sampai muntah-muntah sehingga badan menggigil dan end up MC balik umah... Bibir sampai pucat. Dan sepanjang perjalanan nak balik ke rumah tu... rasa nak campak jek stereng kete soh kete jalan sendiri. 

How to take care of it
1) For those yang agak kronik macam saya, kalau benar-benar tak larat go to nearest clinic dan amikla MC. Dari korang struggle dok kat office end up sentap marah orang sekeliling sehingga orang sekeliling ikut sentap.

2)Time-time tengah syok sakit perut tuh, toksah la berangan nk menghirup air teh panas. Teh tu banyak angin melainkan teh halia. Dahla perut memang tengah banyak angin... tambah pula angin dari teh yang sedpa diminum tu... jangan cari pasal k. 

3)Milo panas is a right choice. Sama ada Milo bersusu atau Milo O, both pun elok. Yang tak elok MILO AIS. Its a big no no dek non.

4)Make sure tiap kali kedatangan waktu 'istimewa' ni catitkan dalam kalender. So the next month silalah teliti dan about a week before kedatangan hari 'istimewa' ni jadikanlah AIS sebagai musuh ketat anda. Ais inilah penyumbang terbesar yang membantu otot-otot menjadi kejang dengan lebih pantas. Malah membatu pengecutan dinding rahim dengan lebih cepat. (betul ke ni?) Kalau tak caya... sila test bulan depan... pakat minum ais bebanyak sebelum datang period.

5)Minum air suam. Minum air panas lagi bagus. Bukan stakat suam-suam kuku ye. Tahap kepanasan tu lebih sket. Bila kita minum air panas, secara tidak langsung otot-otot akan mengambang semula. Maka, dapatlah mengurangkan rasa senggugut itu. 

6) Sapukanlah minyak panas pada perut, kaki dan bahagian yang terasa kejang itu. Berulang kali sehinggalah korang rasa... dah lega sikit dah ni.

7) Tak pun, gunakah lah laptop. Letakkan di atas perut. Sebab, laptop kan panas. So, bila letak tu sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan rasa sakit sebab haba yang disebarkan oleh laptop tu membantu mengembangkan otot-otot perut.

8) Ni adalah cara terbaik yang menjadi pilihan utama saya. TIDUR. Tapi bukan mudah nak tidur especially time tengah berperang dengan kesakitan tak boleh dibendung ni. Nak tidur pun kene cari posisi terbaik. Bergolek ke kiri... bergolek ke kanan.... meniarap... mencangkung dan berbagai-bagai cara atau posisi yang cuba di explore oleh mereka yang mengalaminya... demi mendapatkan posisi terbaik. Apa yang dimaksudkan posisi terbaik ni? Posisi terbaik dalam konteks ini bermaksud... posisi yang mana... selesa dan tidak sakit perut lagi. Tapi perlu diingatkan... kalau dah jumpa posisi ini... nak gerak seinci pon tak rela. nak angkat kuku pun tak sudi. Apatah lagi kalau tiba-tiba ada orang suruh..."eh baring la sana sikit"... saja nak mintak penampar.

9) Makanlah ubat. Antara ubat yang sering diambil... panadol atau paracetamol. Ponsten. Atau Panadol Menstrual. Tapi tak bape elok sebenarnya bergantung pada ubat ni. maka... ini adalah option terakhir. But it seems I always choose this option lately... Sebab tahap kesakitan yang luarbiasa. Hurmmm...

How to cure it
Since lately I've been attacked by extraordinary period pain, saya sering ke clinic untuk ambil ubat dan MC. Wanna know what did the doctor said?

Me : Doc, macam mana nak hilangkan sakit senggugut?
Doc : In your family ada history senggugut? Your mom perhaps?
Me : Erm... ada. Mak saya masa dia muda-muda dulu.
Doc : Then u pernah tanya your mom whether she still suffering for this pain every month?
Me : Pernah. My mom said... the pain hilang after she gave birth to me. Which is the third child. 
Doc : Mostly, senggugut ni faktor keturunan. Since your mom pernah kene.. so the percentage untuk u suffer for the pain pun tinggi. Besides faktor hormon. Btw, my answer to your question is... kahwin.... get yourself pregnant... give birth. InsyaALLAH... after that... tak la suffer lagi for the pain. (he smiled at me)
Me : Ooooo... (dengan muka blur)
Doc : Are you married?
Me : Nope (buat muka seposen)
Doc : Cepat-cepatlah kahwin... Dah ada calon?
Me : Ermmm... amik ubat kat luar eh doctor?

The doctor just laughed at me.

Selain daripada kahwin amalan hidup sihat itu perlu. Such as.. selalu-selalulah bersenam seperti swimming, jogging dan sebagainya kerana aktiviti-aktiviti sedemikian membantu otot-otot anda lebih elastik dan tak keras macam kayu.

Ada lagi satu cara iaitu dengan pengambilan makanan tambahan EPO (evening primrose oil). EPO ni elok untuk kesihatan dan keseimbangan hormon bagi kaum wanita. Tapi takdelah sekali makan dah baik dah. Jadikanlah ia sebagai amalan demi menjaga kesihatan anda untuk jangka masa panjang. EPO ni pun memang baik untuk menjaga kecantikan. Ha... bila sebut bab cantik mesti suka kan. So, its a bonus la kalau makan EPO ni. So, silalah ke nearest pharmacy dan belilah EPO.

Cara terakhir buat masa ini.. I mean in this entry is... gunakanlah FC Bio Sanitary Pad. Bulan pertama guna memanglah tak nampak perbezaan. tapi keep continue gunakan pantiliner sehingga kedatangan haid pada bulan hadapan. U will feel the difference. Rasa kurang dan bulan-bulan berikutnya... tidak sakit lagi. InsyaALLAH.

All the option saya dah cuba... alhamdulillah memang nampak keberkesanannya. Cuma as I said...saya mengalami kesakitan yang extra ordinary lately. Mungkin saya kene cuba option yang doctor tu suggest kot Hehehehe....

Kalau ada kesilapan fakta dan sebagainya minta maaf awal-awal. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu dari pembacaan, kawan-kawan dan pengalaman sendiri.

Selamat mencuba semua.

XOXO,

24 August, 2011

Ribena + Barbican

24 August, 2011
Maybe issue ni macam dah lapuk. But I still want to write about it. Why? Sebab ade sesetengah orang bercakap macam orang tak masuk akal. Atau mungkin setiap kali subjek Pendidikan Islam dia tidur. Penah orang gembar gemburkan or to be precise ada artikel yang mengatakan air Ribena itu haram. Sama seperti orang cakap Barbican haram.

1. Ribena



Jakim telah memutuskan bahawa kandungan alkohol di dalam minumam dengan peratusan 0.01% adalah halal. Dan berkenaan ribena pula, proses pembuatannya bukan lah dengan kaedah memeram anggur sehingga masam, keluar gas lalu diminum dan memabukkan. Hang minumlah sebaldi air ribena sure tak mabuk cuma kembung perut je.


Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi dan Ubat-Ubatan

Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


Okay, here the thing yang make me regret and make me wanna write this entry. Ada seseorang memberi komen, which is I read in a forum saying:

"Kalau mabuk jek haram. Saya kalau makan durian terus jadi mabuk pening-pening. Jadi durian tu haram jugak lah"

Sedih bila ada orang yang masih tak boleh membezakan sesuatu yang zahir dan batil. Sesuatu yang benar dan salah. I'm not so terror to comment but it's just a simple thing. Tahu tak kenapa Allah kata arak itu haram?

Kerana :



... seorang hamba Allah yang sangat beriman dan sentiasa percaya bahawa imannya kuat berkata dia tidak takut akan godaan syaitan dan sangat yakin dengan keimanannya terhadap Allah. Sememangnya dia amat disegani oleh masyarakat sekeliling. Syaitan yang tak ada pangkat try nak uji iman dia tapi dengan mudah dia berjaya tepis. Lalu syaitan tak ada pangkat ni pegi la bagi tahu kat Majlis Syaitan Iblis bahawa diorang tak berjaya. So, Majlis Syaitan Iblis ni pon hantar lah General diorang. pangkat lebih tinggi. Dan usaha General tu berjaya. Maka hamba Allah yang tadinya sangat beriman ini telah meminum arak. Dan dalam keadaan mabuk dia telah merogol seorang wanita. Disebabkan ketakutan teramat sangat dia pun membunuh perempuan itu. So, General Syaitan ni berjaya lah...


So only sebab arak yang memabukkan itu telah menyumbang kepada perbuatan2 lain yang sememangnya salah dan berdosa dan secara nyata memudaratkan. Adakah mabuk makan durian boleh buat korang macam tu? Kot ye pon nak bagi komen silalah berasas sikit.


2. Barbican



Dulu memang kecoh pasal Barbican haram. Sorry to say, saya juga Melayu. But this is a typical thinking of Malays. Suka nak gembar gemburkan sesuatu perkara sebelum ianya sah. Air Barbican adalah air minuman beperisa yang mengandungi gas. Depa kat Arab tu suka minum air ni sebab dia ada perisa dan ada gas. Nak tau sebab apa? Hang pa penah dok makan kat kedai arab? Cuba test tengok portion makanan dia. Macam kita makan dalam dulang time maulidurrasul kat skolah dulu2. Tapi tu kita share 4 orang. Diorang makan sorang. pastu hang pa tengok perut2 diorang semua saiz apa? Air bergas ini fungsinya adalah untuk menyelesakan perut diorang lepas makan portion banyak tu.

Tapi macam mana boleh jadi haram? Botol dia kaler ape? Hijau kan. Botol kaca hijau. Why I said its a typical Malay thinking? Asal botol kaler hijau mcm similar to arak jek start nak label haram. All kind of packaging yang similar sure akan label haram. Kalau la haram, air ni tak jual kat Tanah Suci sayang oi. So, the things is jangan lah prejudice sangat. Kaji sebelum buat penilaian. Lagi satu... Minum barbican berbotol-botol rasa mabuk ke? Tang mana yang rasa mabuk? Kalau rasa mabuk-mabuk sikit tu sure korang sedut shisha sekali. Kalau tak... tak adanyer. Penat kan question pasal haram or halam air Barbican? It's just a sparkling juice. What about Esprit?

Sekian.

xoxo,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014