SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

10 September, 2014

My Best Friend are Getting Married

10 September, 2014
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا﴿١﴾
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”




Alhamdulillah... my dear friend are getting married this Saturday. Semoga segala urusannya dipermudahkan, kekal bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.

22 December, 2012

Kahwin

22 December, 2012
If in europe, normally they prefer to get married in june and they called it June Wedding. But here in Malaysia, December is the most desired month for wedding. I think we should call it December Wedding. And today i attend a wedding of my best friend. Congratulation dear. Happy for u. Semoga berkekalan till jannah.




XOXO,


12 September, 2012

Pot Luck Riang Ria Raya

12 September, 2012
Salam everyone. It's been quite sometime I didn't update anything. Life's been busy and hectic. Hati pula tak berapa tenteram. And there's few other reason saya menyepikan diri, kurang menulis entry.
Sorry. But, I'm here to day to share a little story. Last weekend I hosted the raya pot luck day at my house. We have nasi impit, lemang, sambal kacang, chicken rendang, char kuey teaw, kuih tepung pelita, mini moist chocolate cake, summi jelly manis and many more....
Here the photos...






16 January, 2012

Pondok Pondok Party

16 January, 2012
Last weekend I had a gathering with all my BFF. We had a makan-makan and senaman tekak macam biasalah. Not so many menu that day. Only this....



MENU OF THE DAY
Main Course:
Mee Hoon Goreng
BBQ Chicken
Kambing Bakar
Pepperoni Pizza
Side Menu:
Mashed Potato
Sweet Corn
Coleslaw
Samosa Kentang
Dessert:
Moist Chocolate Cake (celebrating b'day Cik Yam & Emster as well)
Strawberry Ice Cream
Hazelnut Ice Cream
Jeruk from Penang
Some keropok for kunyah-kunyah

Makan sampai kenyang sampai semua tak larak nak bangun. And all of us just sat in front of TV watching  an old movie. Not so old actually.

p/s: To all my BFF, thanks a lot for coming and make it happen. Muah..

XOXO,




12 January, 2012

Esok is Friday, Lusa is Saturday

12 January, 2012
Hello peeps,

How's your day? Last night saya pulang lewat sebab kene siapkan 5 apartment proposal. Boss bagi awal tapi ada kerja-kerja lain yang perlu didahulukan. Its like "I give you the whole stack... you organize them". Ahha... So, bertungkus lumuslah memerah otak dan menyiapkan 5 model proposal seorang diri. My colleague tak dapat nak bantu sebab masing-masing ada task yang perlu disiapkan. This two weeks memang super busy kat office. Ye la... dah nak Chinese New Year kan. Mestilah busy. Generally, semua architecture firm kat Malaysia akan hectic bila dekat-dekat Raya Aidilfitri dan Chinese New Year. 2 busy seasons. But, walau busy macam mana sekalipun, kita kene cool. Walaupun saya selalu sangat clumsy lately (banyak kali terminum air semut tanpa sengaja).

Btw, bukan pasal kerja yang saya nak cerita. Sekadar intro je. The most important thing yang saya nak kabarkan adalah....

1) Esok is Friday
Esok hari Jumaat. Saya kene pulang tepat jam 6pm dan pick up my BFF, cik Yam. Sebab kan.... esok adalah ketibaan semua BFF saya yang saya sayang sangat-sangat. Will be going to Tesco to buy things etc for saturday's party. Who are they?

Emster
Makcik ni saya kenal dia masa sekolah menengah. Dulu saya lead debate team masa kat sekolah. So the following year, saya cari kawan untuk join. Di sinilah bermulanya keakraban kami. melatih adik-adik pelapis agar bijak berhujah seperti kami berdua.(sounds so perasan but its the truth, I won best debater for every round) *wink. Since both of us sekolah pagi, petang adalah masa bermain, buat homework etc. Dan selalunya saya akan berbasikal ke rumah emster aka Hanis, ajak dia join berbasikal dan pusing-pusing satu taman. Sambil singgah pasar malam beli keropok lekor pastu duduk kat taman permainan makan kat situ. Pusing-pusing taman bukan nak pegi mengurat sesiapa.. tapi nak usha umah-umah cantik. Berimpian.. nanti nak rumah macam ni. Nak design macam ni. Dan kami berkongsi cita-cita yang sama. Nak jadi arkitek. Alhamdulillah... Cita-cita kami berdua tercapai. Kalau kami kemana-mana berdua, ramai orang akang ingat kami kembar. Biasanya saya jawab... "haah..kitorang kembar. tapi mak lain bapak lain." heeeee

Hanamichi
Makcik ni saya kenal masa sekolah tadika kat JKR Jalan Workshop. Skang tadika tu dah jadi stor JKR. Hana ni masa kecik-kecik dia nampak macam pendiam jek. Tiap kali nak makan, dia la yang akan baca doa makan. Anak ustaz mestilah pandai baca doa. Time tu saya masih terkial-kial lagi nak baca doa makan. Dan saya ingat lagi masa bulan puasa, time makan semua budak bangun berebut nak makan. Tapi Hana duduk jek kat kerusi dengan muka toya. Saya tanya... " Awak, awak tak nak makan ke"... Hana jawab... "kita puasa" (sambil tunduk). Hana cakap dia kene puasa kalau tak nanti Ibu marah. Hehehe... I won't forget that dear. Then masuk sekolah menengah, kami satu sekolah tapi lain-lain kelas. But still masih berkawan. Then masuk form 4 & 5 lagi lah selalu berjimba dalam kelas Ustazah Rohama. Sampai kene marah tapi tak serik-serik. Heeeee....

Cik Yam
Makcik ni pula erm... tak satu sekolah tadika dan satu sekolah menengah tapi tak satu kelas. Tapi macam mana boleh rapat? Sebab masa tu it was like reunion after most of kawan-kawan sekampung grad. Saya dan Hanis (Emster) tak grad lagi sebab our course is 5+1 years course. Total 6 years. Tua dekat universiti. And most of our friends called us... "budak extend". So, dari situ bertemu kembali. Masa form 1-3 Yam sekolah yang sama dengan saya tapi dia sessi petang. Pastu Yam ni pandai budaknya maka masuklah sekolah Sains masa form 4. Saya kurang cerdik sikit so melukut lah di gantang sekolah harian tu sampai form 5. Tiap kali cuti, akan bertemu dan semakin rapat dan rapatlah kami. Sehingga hari ini. Btw, nama dia sebenarnya Yati. Tapi nama manja Cik Yam. Dalam handphone kami semua save nama yati as Cik Yam. Nama manja gamaknya. Heeee

Izatul Hafinaz
Napa nama Iza je saya eja full ni? Iza ni saya kenal masa sama sekolah menengah. Masa form 4 & 5. Kalau tak silap lah. Then macam dengan Yam, bertemu kembali dan menjadi lebih akrab. Dan penghijrahan saya ke KL menjadikan kami lebih akrab. Hangout bersama bila ada kesempatan. Berkongsi cerita dan sebagainya. Pillow talk is a must tiap kali jumpa. hehehe

Bubam
Makcik ni tak dapat join event untuk weekend ni. Sebab, cik Bubam ni dah kahwin. Maka tanggungjawab utama pada suami. Baru je berkahwin. So, tak nak la menganggu gugat dan bagi chance la diorang berbulan-bulan madu. Heeee

2) Lusa is Saturday
Dulu, all of us bercuti ke Bali sama-sama. And I believe all of us tersangat-sangat rindu untuk ke Bali lagi. That was so fun and its seriously unforgettable memory. Sangat-sangat sweet and happening dan best bercuti sama-sama. The next trip was to Tioman Island. Tapi saya tak dapat join sebab ada hal keluarga. After Tioman we've plan for Krabi. Sometimes plan ke Macau. But end-up tak kemana sebab masing-masing semakin busy dan susah nak berjumpa.

Sangat lama tak catch up each other so I''d planned for a party. I invited all of them to my house for a Pondok-Pondok Party. Its like main masak-masak sama-sama, makan sampai kenyang, update each other, etc... etc... I really can't wait for tomorrow.

Girls, tak sabar sangat nak hang out dengan korang. Rindu sangat-sangat. Hopefully everything goes smooth as what we've plan.

XOXO,




19 February, 2011

Budak Ngarok kene bawa lari

19 February, 2011
One of my BFF telah selamat bertunang hari ini... Sorry dear for not attending your E-day... Happy for you... and dear... u look so pretty.... *wink

gambar ni ehsan curik dari anes.. hehehe

14 February, 2011

HOMEWORK : 25 RANDOM FACTS

14 February, 2011
OMG... Sorry dear. Baru perasan ada homework kene buat. Cikgu Hanamichi yang bagi ni. Harap-harap cikgu tak tolak markah sebab I hantar atas meja tengah malam, padahal dia dah pesan dah... letak atas meja sok pagi. Tapi nanti dia masuk pagi... dia jumpa la kot bende alah HOMEWORK nih....

25 RANDOM FACTS..... tentang I :-

1. I love swimming... bile tension ni memang kegiatan utama... n this is the only excercise that I really enjoy~

2. Anak kelahiran johor, kaum keluarga berketurunan johor sejak dari zaman moyang atok nenek sume... maka saya anak johor. (johor tu keturunan ke? haish)

3. Bercita-cita nak jadi usahawan berjaya suatu hari nanti dalam bidang yang tiada langsung kaitan dengan kerjaya sekarang... *wink

4. I'm not a chocolate lover... except DARK CHOCOLATE ONLY... ni baru betul coklat... tak manis.

5. I allergy to sabun buku... mak kat umah selalu pakai sabun buku fab buat basuh pinggan... CANNOT!!! confirm tangan i merekah nanti... kulit menggelupas... maka I tidak suka basuh pinggan. (giler mengada macam tuan puteri)

6. I also allergy to sabun basuh baju, maka... I tidak suka basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, kemas baju... anything regarding organizing cloth... i don't like... (habis la sape kawen ngn aku nanti... kene wat hal-hal perihal baju)... tapi I love buying cloth... hahahaha

7. Ramai orang kata I garang... tapi nape tak rasa pon diri ini garang? Pelik nih...

8. I hate to wait... waiting is tiring and BORING!!!!

9. Suka makan... hidup untuk makan what? hehehe

10. I am a manual driver and really enjoy manual car... woooohoooooo.... ape barang bawak auto... keh keh keh

11. Anak ketiga dari 3 beradik...

12. Only me saje yg belum berkahwin... maka soklah HOT dari mak... bile nak kawen, boyfren siapa? (soklan ni bukan dari mak je... dari anak2 sedara jugak esp. BETTY - x sabar nak pakai gaun kembang-kembang la tu)

13. I'm a very independent women... tak suke bergantung kat orang... penat la berharap... penat nak tunggu... baik wat sendiri

14. Anti orang-orang yang slow mellow... boleh tak pantas sikit... letih la....

15. Bossy... when i met slow people... so please... jangan slow mellow bole? ( I don't mean to be bossy okay)

16. I'm a cat lover... ada bela seko... nama dia BENJAMIN BORHAN a.k.a BEBO~

17. Family first person.

18. No TV? I'm okay... but not my lappy with internet... *wink

19. Cerewet... yes I am. Indeed.

20. I enjoy reading nowadays... tapi buku omputih jek... (whatever)

21. Manja.... (tak sume orang tahu)

22. Segan dengan binatang, haiwan dan segala kategori atok nenek yang x de kaki dan terlalu banyak kaki... gi main jauh-jauh sana!

23. I love decorating... sampai mak pening kepala... ade jek agenda tiap kali balik... until my mom said... "budak ni... kejenye abiskan duit mak jek.... " hehehe... I LOVE YOU MOM~

24. Dentist??? LARIIIIIIII.... whua.... takuttttt.... *cry*

25. I eat ice cream whenever i feel sad.... soothing my heart.

Finish....

(Kehadapan cikgu hanamichi.... tolong jangan tolak markah I tau... muah muah muah... )

07 February, 2011

City atau Siti

07 February, 2011
Semalam.... 6 Februari 2011. Aku pulang ke Kuala Lumpur, setelah seminggu bercuti.... demi memenuhi tuntutan alam, mencari rezeki yang halal untuk keperluan anak-anak tercinta iaitu.. anak tekak, anak mata dan anak rambut. Ok what... kire anak jugak la tu.

Dalam perjalanan pulang... aku ditemani seorang rakan sekampung, Adi (bukan nama sebenar)... maklumla... kami ni orang kampung jek... Main tonjen sama-sama... main lobang tikus, chop tiang, teng-teng sama-sama... Zaman dolu-dolu mane ade PS One sume segala jenis game-game berteknologi tinggi nih.

Perjalanan semalam sesungguhnye, memenatkan dan menstresskan. Jalan JAM!!! Jenuh aku nak drive sampai KL. Di kala hati terasa panas, badan terasa letih bergelut di dalam kesesakan lalu lintas itu... (member sebelah tengah khayal nih.. tak tau dia pikir ape)... ada sebuah kereta menyelit di depan kete aku. Honda City... Aku renung kereta honda tu... lalu berkata...


Aku : Bontot city ni tak lawa la kan.....

Adi : Lorrr ko ni... kenape? Besar ke? Memang la... bontot orang dah kahwin...

Aku : (Muke blur.... sambil pikir... ape kaitan kete dgn orang dah kahwin?)... Bontot kete ade kaitan ke dengan dah kahwin?

Adi : Owh... ko cakap kete ke? Aku ingat ko cakap SITI!....

Aku : Woi... ko pikir ape? Aku cakap kete honda City yang kat depan ni laaaa....

Adi : Ye la... ko tetibe cakap City... aku ingat Siti... Mane aku tau City yang kat depan ni...

Aku gelak tak boleh handle punye.... sah mamat ni tengah pikir pasal pompuan... Adeh.. Sakit perut....

17 December, 2010

Happy Birthday My Dear BFF Hanis

17 December, 2010
17 December 2010

Kamu sudah besar my dear...
Kamu sudah 25 my dear...
Kamu tak boleh nakal-nakal lagi my dear...

Happy birthday my best friend,
Amazing times, we always spend.
Laughter and jokes are common place,
Since we built that solid base.

Special friend that I hold dear,
Always wish to have you near.
We get along, like bread with honey,
A friendship worth, much more than money.

If you stumble, count me there,
Gratitude; no need to declare.
Your thoughts are clear, in my mind,
Understanding we always find.

Happy birthday my best friend,
I’m excited to attend.
This birthday poem, is just for you,
A great big smile is overdue.

HAPPY BIRTHDAY

~may all your wish come true and your coming year will be bless by ALLAH with all the happines and beautiful joy around you~

28 November, 2010

Bertunangnya Azyan

28 November, 2010
Alhamdulillah dan tahniah. Azyan dah selamat bertunang. Moga cepat-cepat ke jinjang pelamin. Siang tadi, aku pergi ke majlis pertunangannya. Meriah.... Yan nampak sangat cantik dan berseri-seri. Happy for her.

Pagi tadi, aku hampir-hampir tak jadi pergi ke pertunangan Yan. Bukan tak nak pergi, tapi aku demam. Hurm.... Namun aku gagahkan juga diri ini memenuhi permintaan seorang teman.

Ni gambar diorang....

Happy for both of them... Cepat-cepat kahwin..... *wink


19 August, 2010

19 OGOS 2010 : Perginya seorang warga CHRONICLES

19 August, 2010
Innalillah....

Maria Ghaffar seorang warga CHRONICLES seperti aku. Kami sama-sama menuntut semasa di universiti. Satu unit thesis bersamaku di bawah takluk jajahan Dr. Syed Iskandar, Dr. Khairul, Mr. Yong dan Dr. Alice. Maria seorang gadis manis dan ayu. Kali terakhir aku temui dia semasa Majlis Perkahwinan seorang warga CHRONICLES juga. Amalina. Teringat semasa kami beramai-ramai di apartment meraikan perkahwinan seorang sahabat CHRONICLES.

Sekitar jam 4.30 petang, aku menerima berita kemalangannya. Aku tergamam. Tiada reaksi. Aku bertenang seketika lalu jemariku pantas mendail sekalian kawan-kawan di Johor Bahru. Apa terjadi kepadanya? 50-50. Itulah berita yang aku terima. Jam silih berganti dan harapan semakin tipis. Sekitar jam 7 malam. Seorang sahabat menyampaikan. Maria telah meninggal dunia. Tanpa aku sedar, airmata ku tertumpah. Aku lupa hari ini aku berpuasa. Aku lupa juadah berbuka. Di fikiranku hanyalah, pulang ke JOHOR BAHRU.

Perginya seorang sahabat, meninggalkan kami warga CHRONICLES yang lain. 5 tahun mengenalinya membuatkan aku cukup terasa. Tiada lagi Maria. Tiada lagi gadis ayu itu. Yang tinggal kini hanya kenangan. Sekujur tubuh kini kaku. Perginya mengadap ilahi tanpa dijangka sesiapa. Terlalu cepat dan mendadak. Benar-benar membuatkan semua warga CHRONICLES rasa kehilangan. Ramai sahabat-sahabat bergegas ke Johor Bahru. Aku juga. Aku mahu memberikan penghormatanku yang terakhir kepadanya. Maria, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.

Al-fatihah...

Buat semua warga CHRONICLES, berhati-hati ketika memandu. Drive with love.

15 April, 2010

A credit to my fren for I Am Still All A.L.O.N.E

15 April, 2010
At one corner
You sit there like a statue
I put my hand around you
Trying to remember your scent
Trying to listen to your heartbeat
Wishing that i can hear only my name

I kiss your head, I kiss your neck
And my hand still tight around you
Trying to deliver every words
Trying to tell every feelings
Without a voice
Because my lips is all locked

But you still did not move
I wonder why
I really want to ask
But there is no voice coming out

Suddenly I heard a noise
I opened my eyes
It is all empty
And I am still all A.L.O.N.E

NOTE: this beautiful word written by my dear Best Friend Forever... I can feel it dear... and i know it came from a sincere heart... will always LOVE YOU anis!!!! XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014