SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

Showing posts with label My Little Cook Book. Show all posts
Showing posts with label My Little Cook Book. Show all posts

25 December, 2012

Rainbow cake

25 December, 2012
Since all my nieces in kl, and since they asked for a rainbowmcake for quite sometime, i bake them for my lovely nieces. Ye lar, budak-budakkan suka warna warni. So, semalam time lunch hour saya singgah my favourite bakery shop. Beli barang. Mulanya nak buat apam. End up buat rainbow cake. Walaupun sayatak pandai deko, setakat bake je boleh la. So I give a try. Alhamdulillah... jadi. Suka betul diorang makan. Masing-masing siap tapau sikit bawa balik jb. I'm happy when they love it. Hilang penat.
Rainbow Cake... weeee

I'm not good in decorating. Asalkan boleh makan. Hehehehe.


XOXO,

12 November, 2012

Mushroom Chicken Chop Recipe

12 November, 2012
Since ada orang request, its my pleasure to share. Senang je buat chicken chop ni... Tapi yang paling utama kene debone chicken leg and tigh dulu... Please refer to the video below... saya nak ajar pun payah... so better tengok video ni... I used the same method...



Don't throw away the left over... tulang boleh buang tapi part yang ada isi tu boleh disimpan.. nanti boleh buat sup... buat nasi ayam ke... hehehe

Ok... the ingredients:

Chicken :
Tepung Gandum
1 biji Telur (dipukul)
Breadcrumbs
Minyak masak (untuk menggoreng)

Mushroom Sauce:
Mushroom Soup (cara shortcut)
Garlic (dicincang)
Kicap Pekat
Kicap Manis
Cendawan Butang (tin) - dihiris menjadi kepingan

Cara-cara (ayam):
1. Panaskan minyak.
2. Take the deboned chicken... golekkan pada tepung gandum.
3. Celupkan pula di dalam telur.
4. Golekkan pula pada breadcrumbs.
5. Goreng ayam di dalam minyak yang betul-betul panas. Balik-balikkan ayam tadi sehingga warna emas kekuningan.
6. Angkat dan letakkan di dalam serving plate.

Cara-cara (mushroom sauce):
1. Masukkan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Jangan sampai hangus tau.
3. Masukkan 1 cawan air panas mendidih.
4. Masukkan mushroom soup dan gaul sebati. Biarkan mendidih.
5. Masukkan cendawan butang dan gaul sebati. Diikuti dengan kicap pekat dan kicap manis. Gaul lagi.
6. Sedia di hidang. Tuangkan ke atas ayam...

Tadaaaa... dah jadi dah chicken chop... Bolehlah dihidangkan bersama coleslaw, kentang goreng dan mashed potato... atau apa-apa je yang anda suka.

p/s: Maaf lah.. resepi ni tak ada bagi tau bape sudu secara detail... sebab saya masak main agak-agak jek. Hehehehe... Good Luck... Semoga berjaya...

XOXO,




Mushroom chicken chop

2 weeks ago... I was craving for chicken chop... asyik nak makan chicken chop jek... parah la kan kalau asyik nak order chicken chop kat luar. Finally, saya belajar buat chiken chop dari adik ipar saya.... alhamdulillah berjaya....
Tadaaaaa..... mushroom chicken chop.... yummy


27 July, 2012

Lemon Buttercream Macaron

27 July, 2012
Salam... for the last few weeks, saya busy dengan kerja dan juga busy berbaking. Ada tempahan yang harus saya siapkan. Alhamdulillah... masih ada yang sudi nak menempah macaron dengan saya. Terharu sangat. Malah saya bersyukur ada beberapa regular customer yang akan order terutamanya untuk tempahan hantaran. Thanks to all the support. 

Ni saya nak kongsikan hasilnya...

Tadaaaa

23 pcs of macaron. It supposed to be 24 pcs for this casing.. 
but I make it bigger this time to make it looks more yummy.


The close up... comel kan???

This one is special edition... mini macaron in special casing. 
You can choose the colour if you want.

Kalau ada sesiapa nak tempah dengan saya... jemputlah. Jangan segan-segan tau. Hehehe.

XOXO,


12 July, 2012

Macaron Untuk Hantaran dah siap!

12 July, 2012
Salam... how's your day? Hari ini saya agak kebusyan sedikit. Tapi ada satu perkara saya nak share... Subuh tadi saya siapkan filing macaron yang saya dah siapkan hujung minggu lalu. Tempahan ini akan di ambil oleh Puan Azyan pada malam ini. Macaron for hantaran. Thank you so much for the order. Sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan pada saya. 




XOXO,


09 July, 2012

Caramel Moist Chocolate Cake

09 July, 2012
This weekend, saya tak ke mana sangat. Banyak masa di habiskan di medan Ketuhar Shaaz. Alhamdulillah.. walaupun saya tak berapa aktif dalam penjualan macaron dan kuih... bisnes tak sekencang mereka-mereka yang pro.. masih ada yang sudi nak order dengan saya. 

Bila buat macaron semestinya banyak guna putih telur. Rasa sayang nak buang kuning telur begitu saja. Membazir. Saya pun browse dalam internet dan jumpa resepi ini. Rasa teramat menarik untuk di cuba. Saya pun try la buat. 

Alhamdulillah menjadi dan sedap di makan (sendiri cakap). Husband saya suka juga tapi dia request nak caramel sama banyak dengan chocolate cake... tu kene tunggu order macaron lagi banyak la jawabnya. InsyaAllah.

Caramel Moist Chocolate Cake sangan enak dimakan ketika sejuk.

Kalau sesiapa nak order... insyaAllah boleh. =)
Anything or any request you can PM me. InsyaAllah selagi terdaya akan memberikan layanan terbaik kepada pelanggan. 

(blog ketuhar shaaz dah bersarang... tak sempat-sempat nak update. ish ish ish.. tak patut.. tak patut...)


It's time to sleep. Dah lewat ni. Esok kene kerja... Selamat Malam semua. 
Salam.

XOXO,




07 February, 2012

Baking with Love

07 February, 2012
Since last week, I've been busy menyiapkan tempahan Macaron, Pavlova dan Cookies. Last call order sebelum I rest for a while. Baru berbisnes dah nak berehat? Its  just temporary. Bukan permanent. InsyaAllah by end of March, tempahan dibuka semula. Here is some of my last tempahan before melabuhkan tirai sementara.

Goodies Bag Cookies for 'my kenduri' next week.

Goodies Macaron order by my roommates masa foundation year 

Yang in untuk hantaran also ordered by my lovely roommates... LULU.
(nanti saya ceritakan sikit about Lulu k... in next post insyaALLAH.)

Menyiapkan semua tempahan ni la yang membuatkan saya tak menang tangan. Maklumla... tak ada assistant. Semua kene buat sendiri. How I wish there's someone who can help me. Apa-apa pun... I wanna say a million thanks to those yang order, menjadi tester, yang memberikan kata-kata semangat, pujian dan jugak yang condemn me (ada ke?) mana la tau kan... tak perasan ke... Thanks a lot. Sayang sangat-sangat korang semua. Jazakallahu khayran.  Maka dengan ini... my little oven Ketuhar Shaaz akan melabuhkan tirai buat sementara waktu. Sementara je tau. Nanti order lagi eh. Hehehe... 

Good night everyone... Have a sweet dreamsssss *wink

XOXO,

28 November, 2011

My Family is Here

28 November, 2011
Actually, I was so pantang kalau ada cuti panjang. Memang diri ini tersangat taksub dengan kalender. Isnin ni cuti Maal Hijrah. I was planning to balik kampung la la la la... but the whole family pula nak datang ke KL. Maklumla... cuti sekolah. Maka, saya akur dan menunggu kedatangan mereka semua. Semalam, kami makan satu family di rumah saya.. Wanna know what I cooked for them? Not all saya masak... Masakan Gala-Gala... mak yang masak....

Pavlova
Chili Crab (mak masak)

 Sate Goreng (mak masak)

 Udang Kunyit

Aglio Olio Seafood 

Pavlova was too sweet. Next time kene kurangkan gula. Maklumla... my mum diabetic so she commented terlalu manis. Dia tak mampu nak makan. Boleh rasa sikit. Saya sendiri pun rasa pavlova ni tersangatlah manis. Nasib baik ada buah kiwi dan strawberry yang sedikit masam... meneutralkan semula rasa manis tu. But the texture was nice... macam marshmallow. Akan buat lagi dengan resepi olehan kurang manis. ^_^

The next day, I brought my neices mandi kolam kat bawah tu. Sukanya mereka... sampai kecut-kecut semua jari jemari but still... tak nak keluar dari kolam. Since my kakak attended her course, saya sajalah yang bawa budak-budak tu mandi kolam. Wanna know what? Most of them yang saya jumpa di kolam ingat dua budak kecil Betty dan Aleesya tu anak saya. Orang pertama yang saya jumpa... saya explain... ni bukan anak saya... anak sedara... kakak saya pergi kursus... bla bla bla... Orang kedua... saya masih mampu nak explain... masuk orang ketiga dan seterusnya... iyakan jek lah... Penat. Hehehe. 

Tapi yang kelakarnya... bila dan hujung2 berborak dengan ibu-ibu yang bawa anak-anak mereka mandi kolam... Mereka kata pada saya... "mudanya... anak dah dua" saya hanya tersenyum. Apa yang saya cerita ni nampak macam perasan sikit but... tak pe lah... nak cerita juga. 

XOXO

09 November, 2011

Ketuhar ShaAz

09 November, 2011
Hello Hello.... Amacam cuti raya haji? Best tak? Banyak tak lembu-lembu di korbankan? Bestkan dapat makan daging korban. Boleh masak sate goreng... nyum nyum nyum... Sebut pasal makanan... ni ada satu berita tergempar nak share dengan korang semua. 

Dengan rasa berbesar hati dan rendah diri I nak bagitau uols... I dah launch satu blog baru yang menjual MACARON!!! Weee... bestnya... bestnya... bestkannnn. Nak beli kat luar mahal so korang bolehla cuba by place an order to me. Jangan risau... harga yang sangat berpatutan. Tempting tak tengok gambar kat bawah tu? Rasa gerammmm. Eeeeee... geram geram geram.

 Without filing sebab dan tak tahan tengok warnanya 
yang sungguh cute. Terus snap!

Click kat picture atas ni untuk ketahui lebih lanjut pasal macaron.di Ketuhar ShaAz Jom!!!!

p/s : ada hadiah untuk follower bertuah so... be my follower at Ketuhar ShaAz

XOXO,

23 August, 2011

Biskut Oat Susu

23 August, 2011
Hye all. To those yang have my facebook surely tau I have one photo album named "My Little Cook Book". But I had never post it here. Sorry. Tapi hari ini I will post it since I try a new recipe given by other bloggers. Well, I love cooking and try new recipe. And malam semalam... I singgah at bakery supplier shop nearby my house (untuk kali yang entah ke berapa kali) and I bought few thing and would like to try a new recipe from Arianna. So here my experiment :

Btw, I adjust a bit from the original recipe on the amount since 1 tin ghee = 200g. Here it is,

Bahan - bahan :

230g Oats
230g Gula Caster
1 1/4 sudu Serbuk Koko
200g Ghee (Minyak Sapi)
120g Mentega
390g Tepung
Tepung Susu secukup rasa


Cara-cara :

1. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu. Masukkan minyak Ghee dan pukul sehingga sebati.

2. Masukkan serbuk koko dan pukul sehingga adunan menjadi sebati.

3. Masukkan oat dan tepung secara berselang seli sehingga adunan menjadi doh.

4. Bulat-bulan kan dan bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit.

5. Biarkan biskut sejuk seketika dan golekkan di dalam susu tepung.

6. Sedia untuk di makan.


Tadaaaa.....

xoxo,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014