SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

15 August, 2010

Flashback

15 August, 2010
Last week masa aku pulang ke rumah. Sambil-sambil tu aku mengemas bilik. Menghumban barang-barang lama yang dah tak guna lagi. Aku geledah tiap-tiap kotak yang ada. Aku terjumpa sesuatu. Membuatkan aku tersenyum dan terkenang kembali masa dolu-dolu. Nak tahu apa yang aku jumpe?

1. Kaset lama - original collection

Ada satu kotak kat dalam tu ade kaset-kaset ni. The Moffats, Backstreet Boys, Westlife, N'sync, Code Red & Stacie Orico. Ni baru sikit kot dari koleksi penuh. Kalau tak silap, aku ada semua kaset kumpulan The Moffats. Gila kat Scott time tu. Hahaha....

2. Duit RM10 version lama

Chup.... aku tak paham apsal gambo duit ni camni. Apsal dia melintang patah eh? Whatever la. Btw, ni la duit lama. Duit ni aku jumpa dalam handbag arwah tok aku. (Nenek, tapi org johor panggil tok. Kalau datuk biasa panggil Tok Tan which is stand for Atok Jantan. Aku pon tak paham apsal. Kurang sopan je macam tapi memang gitu). Nak wat frame la. Siapa ada duit kertas RM20? Tu lagi best.... =)

3. Tag Nama zaman jadi student

Tag-tag ni ada dari zaman aku join Key-Tar (Architectural Workshop kat UPM), Zaman Olympiach, dan beberapa event lain yang aku masih keep lagi tag ini. Huhu...

4. Tiket-tiket yang aku spend masa di Europe

Aku senym sendiri bila tengok tiket ni. Yang paling mahal sekali aku masuk Pisa Tower(menara consong pisa tu). Nak tahu berapa? 25euro iaitu bersamaan RM125. Damn. Masa kat sana aku tak rasa mahal pon. Lain-lain tiket rata-rata 4euro iaitu bersamaan RM20. Erm.

5. Travel Log masa First Year

Travel Log ni masa aku pegi Pulau Langkawi. Teringat kenangan aku jatuh dari pokok kelapa. Madi la punye pasal. Pokok kelapa tu tumbuh senget. Macam jambatan. Aku saja jalan atas pokok tu nak pegi sampai hujung. Datang madi dia lompat-lompat belakang aku. Sudahnya aku jatuh gedebuk kat tepi pantai. Siot jek. Tapi kan... member-member yang ternampak sume tak berani gelak. Sebab takut kene marah ngan aku. Well, I kan garang. Muahaha..... Tapi watdehek ko Madi lompat-lompat. Sakit ko tahu tak????

Setakat itu sajalah gambar-gambar yang sempat aku snap. Nanti kalau ada, aku upload lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014