SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

18 August, 2010

Puasa, Giraffe, Tembus

18 August, 2010
Cerita 1

Sepertia biasa, aku menelefon mak, along dan angah. Ini memang rutin harian aku setiap kali selepas berbuka. Saja mahu update mereka, berbuka apa tadi. Aku bercakap dengan anak buah ku yang berusia 5 tahun. Maklumla, bulan puasa ni banyak bahan boleh uji kanak-kanak. Saja aku tanye pada Mia.

Acu : Mia buat apa tu?
Mia : Mia tengok TV.
Acu : Mia dah buat homework belum?
Mia : Dah. Dah siap dah.
(Cepatnye buat homework. Tak tahu betul atau tidak.)
Acu : Mia puasa tak hari ni? (saja aku tanye walaupun tahu confirm dia tak puasa)
Mia : Puasa. Mia puasa. (boleh caya ke?)
Acu : Pandainya Mia puasa. Tadi kat school makan ape?
Mia : Mia makan nasi goreng. (Gotcha)

Hehe. Aku dah agak dia. Dia main jawab je. Bukan tau pun apa dia jawab.


Cerita 2


Ini cerita pasal cousin seorang sahabat. Budak kecik ni pergi zoo negara dengan Mak Su dia. Sedang dia naik trem dan melihat segala binatang yang ada dalam zoo itu, dia terlihat akan sekumpulan zirafah. Tiba-tiba dia si kecil ini bersuara.


Lisa Hani : Mak Su, kesian giraffe ni kan. Mesti dia lambat kenyang.
Mak su : Lambat kenyang? Kenapa dia lambat kenyang?
Lisa Hani : Ye la. Leher dia kan panjang. Mesti lambat nak sampai perut.

Kids... are so observant. Sampai kita yang dewasa ini pon tak terfikir alasan sedemikian. Bijaknya anak-anak zaman sekarang.


Cerita 3


Mak aku telefon. Saja mahu bercakap dengan anak kesayangannya. Akulah tu. Mak cerita pasal betty.

Mak Tok : (Betty sedang hisap botol) Bila Betty nak berhenti hisap botol ni? Betty kan dah besar. Dah nak dapat adik dah.
Betty : Nanti la Mak Tok. Adik Betty belum tembus lagi.
Mak Tok : Tembus? Kenapa tembus Betty?
Betty : Ye la. Adik baby kan dalam perut Mama. Nanti dia tembuslah. Sekarang belum tembus lagi.

Tak tahulah apa yang dia imagine macam mana baby nak keluar. Tembus??? Tembus dari perut??? So funny.


2 comments:

-HanaMichi- said...

hahaha..tu ah..lyn kerenah bebudak ni mcm2...lawak pon ye..

Sha.Az said...

memang. menghiburkan hati. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014