SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

02 February, 2012

Saya di Dera

02 February, 2012
Pilu rasa hati... Tiap saat saya berdebar. Degupan jantung sangat kuat... Tiap kali nama saya dipanggil... saya rasa bagai jantung akan gugur. Seperti terputus nyawa... Masa bagaikan terlalu cepat sehingga saya rasa tak sempat nak bernafas.

Setiap malam saya gelisah. Tidur dalam ketakutan dan kerisauan. Tiap kali jarum saat berjalan... saya dengar dengan jelas sehingga rasa tertekan. Bila saya pejam mata... bayangan itu semakin jelas sehingga memaksa saya membuka mata dalam gelap. Tertekan sekali. Setiap pagi... bila bangun dari tidur saya rasa takut sangat.


Saya tak tahu nak mengadu pada siapa. Tak mampu untuk saya ceritakan dari mula. Terlalu berdebar. Sesungguhnya.. saya rasa di dera. Didera oleh deadlines yang berderet tanpa secebis ihsan. Ececece... macam ye ye je kene dera kan? 

Agak-agak curious tak baca awal-awal tadi? Hehehe... Well well well... Saya tak tipu pun... ini kisah benar... saya di dera oleh tanggungjawab sebagaimana tuntutan kerjaya saya. Hati runsing... projek-projek yang saya tengah handle memerlukan perhatian penuh dari saya... termasuk projek-projek tempelan yang turut memanggil mesra. Mesralah sangattttt... sampai headache setiap petang.

I only have 27 days left. Too many things to do sampai saya rasa nak ke toilet pun tak sempat. Nak tidur pun saya rasa seperti banyak masa saya yang akan berlalu begitu sahaja. Ikutkan hati nak je stay up straight 3 days. Tapi badan ni bukan muda lagi. Kalau zaman study tu.. setakat 3 hari straight tak tidur its not a big deal pun. Malah menjadi adat resam bagi semua student architecture.

But not at the age of 26 yang tak lama lagi akan jadi 27 ni. Tak larat dah. But seriously, setiap hari bila masuk office I felt like ada orang kejar saya dari belakang... tak cukup masa yang ada kat office. Tak apa... it's apart of test from Him. 

Hopefully semua akan berjalan lancar. I can't stop smilinggggggg... ^__^

p/s: ada rasa macam baca essey masa zaman sekolah tak? yang ending dia.... saya sebatang pen. hehehehe

2 comments:

Anonymous said...

hahahahaha... 'saya sebatang pen' i like..

Sha.Az said...

aaa... beriye kan dulu zaman sekolah cikgu suruh buat essay dramatik macam tu. siap ada kisah cinta pen merah dan pen biru yang kene pack ikut colour... maka... terlerailah cinta mereka. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014