Tips # 1
Jangan minum air bersemut. Walau sikit pun jangan minum langsung. Gantilah air yang baru. Jangan pulak pergi angkat semut letak tepi dan minum air tu. No no no no... So, sebelum minum sila pastikan air itu bebas dari semut.
Tips #2
Setiap kali selepas buang air besar, janganlah dilihat apa yang telah 'berlalu'. Tak perlulah nak buat kesimpulan macam mana rupa bentuknya hari ini, warna apa dan sebagainya. Biarkan ia pergi, tak perlu dikenang apa yang telah pergi. Bak kata orang-orang tua... tak perlu di kenang perkara yang dah berlalu. Jangan toleh ke bawah. Faham?
Tips #3
Bacalah Al-Quran walau sepotong ayat setiap hari. Setiap bacaan ayat Al-Quran akan membuang satu titik hitam di hati. Jadikan ini sebagai amalan. InsyaAllah terang hati dan tak mudah lupa akan ilmu yang dipelajari. Ada ustaz kat TV9 cakap.. (tengok sambil-sambil bersiap nak ke pejabat).. kalau 3 hari berturut-turut kita tidak membaca Al-Quran.. Al-Quran akan jauh dengan kita. Jadikan Al-Quran sebagai kitab pendamping kita setiap masa. Novel-novel lain tu di tangga bawah-bawah sikit.
Sekian saja untuk tips hari ini. Jadikan amalam untuk kebaikan bersama. Okay... I need to get back to work.
XOXO,


1 comments:
tips kau sama dengan tips aku dulu
cuma add on ak tekankan xmkn maggi, nescafe, dgn makan asam boy.
lepas grad br blei mkn bygkan.
very good point yg ramai orang tak amik kisah.
Post a Comment