Menari menerawang seperti kunang kunang
Pekat malam gelita bercahaya terang
Terang dengan serakkan si kunang kunang
Menyapa dia dalam mimpiku
Sedang menjauh dalam tidurku
Saat bulan benderang
Aku bertanya pada hati
Adakah dia milikku
Bersama kepayahan ku hela sendiri
Berteman sepi dan rindu yang kosong
Redha.... kerana ia masih rapi
Rapi menjadi rahsia
Rahsia itu milik Penciptaku
Kepulan ketulusan hati bersama kelompok iman
Kudambakan rahsia itu menjadi milikku
InsyaALLAH
No comments:
Post a Comment