Semua orang membesar. Semua benda hidup membesar. Bila membesar tuntutan hidup semakin banyak. Dugaan dan cabaran juga semakin hebat. Setiap orang ada pelbagai rencah kehidupan. Nak perasa kari ada, perasa durian ada, perasa stoberi pon ada. Hehehe..... Dari kecil sehingga dewasa pelbagai ragam manusia kita akan jumpa. Macam-macam orang kita akan berkawan. Dan hari ini aku belajar beberapa lagi perkara tentang hidup.
Bila kita berbuat baik, jangan sekali kita mengharap kita akan dibalas baik juga. Kerana orang yang kita berbuat baik itu mungkin tidak beniat sama seperti kita. Tapi, kita kena ikhlas.
Bila kita sentiasa menadah telinga untuk orang-orang di sekeliling kita, kita tidak boleh berharap bahawa orang-orang di sekeliling kita akan menadah telinga juga untuk kita. Kerana mereka mungkin tidak seperti kita yang rajin mendengar dan sentiasa ada untuk kita. Tapi, kita kena ikhlas.
Bila situasi meletakkan kita untuk faham akan payah jerih orang sekeliling kita, kita kena cuba faham. Meletakkan diri ditempat mereka agar kita faham. Namun, itu tidak bermakna mereka akan faham situasi kita atau faham hati kita. Kerana mereka mungkin terlalu sibuk dengan hal mereka dan mereka merasakan tidak perlu untuk fikir akan orang lain. Tapi, kita kena ikhlas.
Bila orang di keliling kita gembira, kita harus gembira untuk mereka. Bila orang di keliling kita bersedih, kita perlu turut bersedih dan simpati akan mereka. Namun, kita tidak boleh berharap bahawa mereka akan gembira atau bersedih untuk kita juga. Kerana mungkin pada saat kita bersedih mereka gembira dan pada saat kita gembira mereka bersedih. Tapi, kita kena ikhlas.
Kita kene selalu ikhlas kerana Allah itu maha adil.
Salam.
No comments:
Post a Comment