SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

24 July, 2010

Tumpah Lagi

24 July, 2010
Aku kembali hari ini. Cuba untuk update blog yang sudah sekian lama aku biarkan. Hanya kadang kala menjengah seperti pelawat di blog sendiri. Bukan aku tidak mahu menulis. Tetapi aku buntu apa yang harus aku tulis? Aku lawati blog rakan-rakan. Mahu update kawan-kawan yang aku sayang. Ada yang gembira, ada yang duka. Tanpa aku sedar, air mata ini tumpah lagi. Tatkala aku melihat hasil tulisan mereka. Bila sedih mereka merintih. Bila gembira mereka ketawa. Aku mahu jadi seperti itu. Bebas berkata-kata. Bebas untuk menzahirkan kepedihan hati. Malangnya, aku tidak punya cukup tuah untuk bebas berbicara.

Sekalung maaf buat rakan-rakan. Aku sedar pasti ade hati yang telah aku guris. Aku sedar aku kurang beri perhatian pada kawan-kawan kesayanganku. Maaf. Bukan niatku. Tetapi aku tidak mampu. Melihat kalian gembira benar-benar buat aku cemburu. Melihat kalian sedih benar-benar membuat aku bertambah sedih. Maka atas sebab itu aku pilih untuk sepi. Bukan tanda aku lupa. Tapi aku tidak mahu terus mengguris hati kalian. Aku tidak mampu untuk buat orang-orang di sekelilingku gembira. Gundah hati ini hanya penciptaku tahu segalanya. Tidak mampu aku luahkan pada sesiapa pun. Bukan tidak mahu akan tetapi aku tiada kudrat dan iradat untuk bersuara dan bercerita. Teramat perit sekali. Menceritakan sebuah kisah perit itu hanya membuat aku rasa lebih perit tidak berdaya.

Tambahan pula sebuah harapan menggunung dari insan kesayangan di Bumi Allah ini. Sesungguhnya permintaan Mak di luar kawalan aku. Aku mengerti hatinya merintih. Aku juga ingin merintih. Namun, ia di luar kawalanku. Erm...... Kepedihan ini akan aku tanam sendiri. Selamanya sehingga hembusan nafasku terhenti.

"Ya Allah, aku redha dengan apa pun ujianMu ke atasku. Hanya satu pintaku Ya Allah. Berilah aku 1001 kekuatan dan 1001 ketenangan untuk menghadapinya" .....Amin....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014