SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

29 July, 2010

Pasar Malam

29 July, 2010
Sejak aku berhijrah ke KL ni, baru 2 kali aku pergi pasar malam. Masa mula-mula datang dulu. Bukan aku tak mahu pergi. Mahu. Tapi pergi pasar malam ni tak seronok sorang-sorang. Kene 2 3 orang. Baru meriah. Hari ini, aku dapat pergi pasar malam. Best wooo pasar malam dia. Dari tepi jalan aku ingat kecil je. Tapi rupa-rupanya, besar. Macam-macam benda ada jual. Lorong dia sempit sikit tapi meriah. Aku pusing satu pasar malam dulu tadi. Scanning la kononnya. Tapi sambil-sambil scan tu terbeli jugak la. Macam-macam aku beli. Konon-konon mahu beli sikit saja. Sudahnya, macam-macam. Aku beli laksam, tapai, kerepek pisang tanduk, jagung bakar (syok wooo), potato spring dan durian. Hehehe. Aku beli durian. Bestnya dapat makan durian.

Masa jalan-jalan kat pasar malam, memang rambang mata. Ada ayam rempah, ayam goreng crispy, nasi kerabu, kuih muih macam-macam warna. Menarik je semua. Buah-buah ni dah macam kebun. Ada jual potato spring. Unik. Macam-Cantik pula, macam spring. Dah nama pun potato spring. Hehe. Aku pun try la satu. Sedap. Memang tak berhenti mahu mengunyah. Seronok saja aku makan. Hehehe. Bila dah makan semua, rasa kekenyangan teramat. Dan sekarang aku sedang bermalasan sambil mata buka separuh tatkala menulis blog ini. Biasalah, bila perut sudah kenyang, mata pun semakin tertutup la. Minta berehat.

Akan tetapi, kerja pejabat yang aku 'tapau' tadi belum berusik. Dateline esok. Macam mana ini? Bolehkah aku tidur dahulu? Tapi kalau tidur, pastinya esok baru aku bangkit kembali. Erm... Macam mana ye??? (Berfikir)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014