SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

19 June, 2012

BeBo oh BeBo

19 June, 2012
Last Saturday my family from Johor came to my house for my wedding reception on Sunday, 17 June 2012. My mum get excited and making a calls here n there. Calling all relatives in KL. She also called her cousin and her cousin said she wanna come to my house to meet my mother. So, that night she did came. Maka, penuh la rumah and it was really happening. Seronok bila ramai yang datang. My aunty and my uncle was super like at my big BeBo.. they said... "ni kucing ke gajah? tak pernah jumpe kucing besar macam ni..." hehehe... that's BeBo.

Pintu terbuka dan BeBo seronok keluar masuk rumah. Seronok benar dia main kat luar. After my aunty pulang, we had a late dinner. Sesudah dinner semua lepak-lepak at living and I was in the kitchen mengemas. Selesai mengemas saya ke living dan mencari-cari Bebo.. sebab rumah rasa sunyi tiba-tiba tak ada kucing berlarian.  Malang sekali... BeBo tak ada... I was searching in all rooms, mencari di luar rumah...gagal. BeBo is MISSING!!!! Ya Allah, hati saya rasa resah. Saya cari BeBo di setiap floor tapi gagal. I was searching for him until 2 am in the morning. Dengan perasaan hampa saya tertidur kepenatan. 

Keesokannya saya meneruskan perjuangan menrcari BeBo. Masih gagal. Sehingga jam 8 pagi saya mencari dia. Dalam hujan saya cari BeBo. Tak tau dia di mana. Mak dah mula bising. Kene bersiap untuk majlis resepsi. Saya masuk semula ke rumah dan menyiapkan diri. Kira-kira jam 11.45 pagi kami ke lokasi majlis sebagaimana yang di rancangan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. 

Setelah selesai majlis dan berkemas-kemas, kami pulang ke rumah kira-kira jam 10.00 malam. Setibanya di rumah kami, saya memanggil BeBo. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki saya untuk berjumpa BeBo lagi. BeBo............Bebo...............BeBo............ ...... .... .. . tiba-tiba ada suara menyahut.... "meow". Macam suara BeBo, saya panggil lagi dan ada lagi yang menjawab... "meow" Saya berlari ke blok hadapan, naik ke tingkat satu. Saya lihat BeBo di dalam gutter bumbung anjung. MasyaAllah... Jumpa juga dengan BeBo. Alhamdulillah. Saya cuba dapatkan dia... agak susah sebab dia ketakutan. Namun setelah berusaha pujuk dengan pelbagai cara, saya berjaya grab BeBo. Rupanya dia tak boleh nak keluar dari gutter tu sebab badan dia gemuk. Tak lepas nak keluar sendiri sebab gutter tu agak kecil (untuk BeBo but seems ok to other cat). saya cuba tarik dia perlahan-lahan keluar. Memang agak payah sebab perut dia bulat sangat. Kesian Bebo. Setelah berjaya keluarkan BeBo, terus dia peluk saya,. Tenang sekali. Alhamdulillh...

BeBo hilang selama 24 jam dan berjaya di temui semula. BeBo oh BeBo. Itulah... gemuk sangat, kan dah tak muat nak keluar. Lain kali dok rumah je. Jangan jalan-jalan kat luar. Ish...ish...ish...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014