Rabu, 23 Mei 2012
Pagi itu saya cuba hubungi emak.. rsa rindu sangat. Padahal baru pulang ke Johor weekend yang lalu. Tapi, mak agak sibuk.. panggilan tak berjawab. Saya kerja seperti biasa dan pulang ke rumah pada jam 6 petang. Singgah sebentar di Mydin berdekatan rumah mencari beberapa barang untuk buat gubahan bunga. (ini hobi baru saya).. Sampai di rumah kia-kira jam 7.15 malam dan saya bersiap-siap nak sediakan makanan untuk dinner. Beberapa minit kemudian, Mak telefon. Rasa happy sangat nak jawab panggilan.
Me : Assalamualaikum mak... (sambil saya senyum walaupun mak tak nampak.
Mak : Waalaikumsalam... (Mak jawab dengan suara bergetar. Pelik. Seperti ada sesuatu)
Me : Mak.. kenapa ni? Ada apa apa ke?
Mak : Mak nak bagitau ni... Pasal Kak Yana.... Along telefon tadi bagi tahu... baby dah tak ada...
Me : Innalillah.... (tanpa saya sedar air mata saya mengalir)
Mak : Nanti cuba call Angah... Mak call dia... tapi tak dapat.
Saya terkedu seketika. Baru Ahad lepas saya usap perut kakak ipar saya.. pesan pada baby... "baby.. baby kene sihat tau... nanti boleh datang acu kahwin kat KL"
Puas saya hubungi Along dan Angah... sekitar jam 8.30pm barulah saya dapat bercakap dengan Along...
Me : Assalamualaikum Along..
Along : Waalaikumsalam... Usu... Anak aku... Anak aku dah tak ada... Anak aku Baby Boy...
Me : Innalillah... macam mana boleh jadi macam ni?
Along : Tak tahu lah.. tadi pagi baby sihat je.. gerak-gerak. Tiba-tiba petang Yana bgtau baby dah tak ada.
The whole family have been waiting for baby boy... semua anak-anak saudara saya... 5 orang girl. Terus saya usulkan pada suami.. untuk pulang ke Johor. Jam 11.30 malam, kami bergerak pulang dan tiba di Johor jam 4.00 pagi. Alhamdulillah.. selamat sampai.
Khamis, 24 Mei 2012
Pagi itu, selesai subuh, saya hanya duduk dan bercerita dengan Mak. Masing-masing tak dapat the full story. Along sendiri tak tahu apa punca. 7.30 pagi, Along and Abg Azri bergegas ke hospital untuk menuntut jenazah pulang. Sementara itu, kami di rumah berkemas-kemas bagi memberi ruang untuk solat jenazah. Lebih kurang jam 10.00 pagi.. Along dan Abg Azri pulang bersama baby.. Mifdal Darwish bin Mohd Yusri.
Jenazah di letakkan di tilam yang disediakan.. dibuka kain kafan.. Saya kucup dahi Mifdal... air mata rasa tak tertanggung sekali. Saya panggil mia... "Mia.. cium adik, sayang"... Mia nangis teresak-esak. Mia dah besar. Dia faham.. adik dia dah meninggal. Mifdal Darwish dijemput Allah sebelum sempat dia melihat dunia. Kira-kira lam 11.30 pagi... Mifdal Darwish selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Ar-Raudha, Johor Bahru.
Mifdal Darwish... walaupun kamu tak sempat melihat dunia... tak sempat kami membelaimu... kami akan tetap ingat padamu... kerana kamu adalah Mifdal Darwish bin Mohd Yusri... insan terpilih menjadi penghuni syurga.
XOXO,
3 comments:
Innalillah...Semoga rohnya dicucuri rahmat...Syukur alhamdulillah...ada penghuni syurga di dalam keluargamu...Allah sayangkan ibunya dan keluarganya...Insyaallah...
salam takziah ..
takziah diatas kehilangan. semoga tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini.
pernah juga mengalami perkara yg sama 4 tahun lepas. kalau x, mungkin dh besar arwah.
takziah dan al-fatihah.
Post a Comment