SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

25 July, 2010

Hilangkan Bosan

25 July, 2010
Bila dah tengah hari, aku rasa bosan. Kalau terus duduk rumah, alamat leh mati bosan. Maka, aku cari kawan-kawan yang bosan jugak. Nasib baik, seorang kawan lama kebetulan tengah bosan juga duduk di rumah. Akhirnya kami keluar. Seperti biasa, bila bosan memang tempat itulah aku pergi. The Curve. Nak tahu kenapa aku suke ke sana? Sebabnya.....

1) Ada Street Market


2) Ada fountain


3) Ada orang main Piano


4) Bila malam, sangat cantik


Selain dari sebab-sebab kat atas itu, aku suka pergi The Curve sebab ada live band, ada Nichii, ada Le Ann Maxima, etc. Rasa tenang dan santai. I just love the environment. Ok lah. Hari pon dah lewat malam. Esok kene kerja. Selamat malam semua. Mimpi indah.

Morning

Morning. Sihatkah hari ini? Bagaimana pagi anda? Chewah. Macam pakar motivasi pulak. Seperti ceria mood saya hari ini. Walaupon sudah hampir jam 12, tetap nak cakap pagi jugak. Apa lagi nak tulis ya? Tak apalah. Nanti sambung lagi. Selamat pagi penduduk Bumi.

24 July, 2010

Teringat Abah

24 July, 2010
Rindu. Tapi apa boleh aku buat? Abah 'jauh'. Teringat minggu lepas abah telefon. Rindu dengar suara Abah. Aku tanya pada Abah. Sihatkah dia? Dia kata dia sihat. Alhamdulillah. Gembira aku dengar. Abah tanya pasal rumah kami. Dia risau katanya. Aku beritahu Abah. Jangan risau. Mak sudah selesaikan semuanya. Abah diam. Abah kata terima kasih. Aku mahu beritahu Abah betapa aku rindu dia. Tapi masa terlalu suntuk untuk aku berbicara tentang rindu. Aku rindu Abah. Aku mahu peluk Abah. Aku mahu cium tangan Abah......

Tadi petang Mak telefon. Dia tanya aku tentang lampu rumah kami. Nak buang lampu dinding katanya. Mak kata rumah tengah renovate. Cuma pasang cornice dan tukar lampu. Raya pun bukannya lama lagi. Aku masih ingat. Mak pernah cakap. Dia mahu renovate rumah. Supaya senang mahu buat 'majlis' aku nanti. Aku hanya mampu tersenyum bila Mak kata begitu.

Satu ketika dulu aku sering mengharapkan Mak dan Abah akan bersama kembali. Segala yang berlaku ini sekadar mimpi. Tapi ia adalah sebuah mimpi yang tidak akan jadi nyata. Masing-masing sudah punya jalan sendiri. Maka aku memilih hala tuju hidupku. Aku rindu Mak. Aku rindu Abah. Aku sayang keduanya.

Tulis lagi

Bosan semakin bermaharajalela. Seperti sang arjuna telahku. Lalu aku membelek-belek entry aku sejak kewujudan blog ini. Terimbas kembali mengapa aku berblog. Mengapa aku zahirkan tulisan hatiku di sini. Seperti gambar wayang, terimbas satu persatu. Entry seperti SELALU membuka mata hatiku. Membuka semula jiwa ku. Jawapan dan persoalan yang dahulunya tidak bernoktah telah aku temukan jawapannya. Walau sakit dan pedih tapi aku puas. Puas melihat sebuah cerita di sebalik tabir layar. Lalu aku menulis lagi. Menzahirkan cerita hati. Berilusinasi seperti selalu. Terima kasih wahai penciptaku. Aku puas.

Hari Ini

Pagi tadi aku bangun jam 9 pagi. Aku capai laptop di sebelah dan terus online. Ini memang habbit aku setiap pagi cuti. Berchat dengan BFF aku macik emster sampai pukul 11. Sambil-sambil aku bangun dan uruskan baju-baju yang belum berbasuh. Aku rendam pakaian dan kemudian aku kembali ke laptop. Sambung perbualanku dengan emster. Dekat-dekat pukul 12 aku pergi mandi.

Selepas itu aku berchatting semula. Kali ini dengan Cik Kish. Kami bercerita tentang tempat kerja lama ku. Dia juga kerja di situ dulu. Begitu begini. Dan seterusnya kami terus bercerita. Sudah pukul 1. Aku lantas ke dapur. Fikirkan ape menu tengah hari ini? Sudahnya aku masak mee goreng saja. Mudah, ringkas dan cepat. Bahan-bahan semua memang sudah ada.

Selesai memasak dan ber'lunch' aku kembali mengadap laptop. Ya... aku tahu bunyinya seperti hari yang bosan. Memang hari ini adalah hari bosan. Sebab-sebabnya seperti berikut:
  1. Hari ini aku tiada apa-apa agenda hiburan.
  2. Housemate keluar bersama BF, seperti biasa.
  3. Sekarang hujung bulan, gaji belum masuk lagi.
  4. Sahabat-sahabat kesayanganku semuanya tiada di sini.
  5. 'Dia' lambat reply pesanan skype aku. Sebab dia tengah buat report.
  6. Dan 'dia' lambat lagi mahu pulang ke Malaysia.
Makanya, aku update blog ini dengan gaya lebih ringkas. Minimalist. Sambil menjengah blog kawan-kawan. Sambil makan ice-cream La Cremeria bersama cocktail. Sambil menonton "superhero" - sebuah movie bangang. Kesimpulan hari ini:

Hari ini sangat BOSAN!!!

Ini lah cerita SUPERHERO yang bangang itu. Hehe

Dan bila aku bosan, makanya kamu semua membaca sebuah kisah yang aku karang tatkala bosan. Mengarut bukan?

Tumpah Lagi

Aku kembali hari ini. Cuba untuk update blog yang sudah sekian lama aku biarkan. Hanya kadang kala menjengah seperti pelawat di blog sendiri. Bukan aku tidak mahu menulis. Tetapi aku buntu apa yang harus aku tulis? Aku lawati blog rakan-rakan. Mahu update kawan-kawan yang aku sayang. Ada yang gembira, ada yang duka. Tanpa aku sedar, air mata ini tumpah lagi. Tatkala aku melihat hasil tulisan mereka. Bila sedih mereka merintih. Bila gembira mereka ketawa. Aku mahu jadi seperti itu. Bebas berkata-kata. Bebas untuk menzahirkan kepedihan hati. Malangnya, aku tidak punya cukup tuah untuk bebas berbicara.

Sekalung maaf buat rakan-rakan. Aku sedar pasti ade hati yang telah aku guris. Aku sedar aku kurang beri perhatian pada kawan-kawan kesayanganku. Maaf. Bukan niatku. Tetapi aku tidak mampu. Melihat kalian gembira benar-benar buat aku cemburu. Melihat kalian sedih benar-benar membuat aku bertambah sedih. Maka atas sebab itu aku pilih untuk sepi. Bukan tanda aku lupa. Tapi aku tidak mahu terus mengguris hati kalian. Aku tidak mampu untuk buat orang-orang di sekelilingku gembira. Gundah hati ini hanya penciptaku tahu segalanya. Tidak mampu aku luahkan pada sesiapa pun. Bukan tidak mahu akan tetapi aku tiada kudrat dan iradat untuk bersuara dan bercerita. Teramat perit sekali. Menceritakan sebuah kisah perit itu hanya membuat aku rasa lebih perit tidak berdaya.

Tambahan pula sebuah harapan menggunung dari insan kesayangan di Bumi Allah ini. Sesungguhnya permintaan Mak di luar kawalan aku. Aku mengerti hatinya merintih. Aku juga ingin merintih. Namun, ia di luar kawalanku. Erm...... Kepedihan ini akan aku tanam sendiri. Selamanya sehingga hembusan nafasku terhenti.

"Ya Allah, aku redha dengan apa pun ujianMu ke atasku. Hanya satu pintaku Ya Allah. Berilah aku 1001 kekuatan dan 1001 ketenangan untuk menghadapinya" .....Amin....


Hmm......

Pejam mata...
Buka mata...
Masih sama...

Pandang kanan...
Pandang kiri...
Masih sepi...

Duduk di bangku...
Sandar di dinding...
Masih sunyi...

Siapa dia?
Bagaimana dia?
Benarkah dia?

Berdiri menunggu...
Pulangnya dia...
Walau seketika...

Bila tiba masa...
Dengan ketentuanNya...
Bersuakah kita?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014