SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

28 June, 2012

Ais Krim Potong

28 June, 2012
Salam everyone. How's ur day? Me? Alhamdulillah... saya masih sihat menjalani kehidupan harian. Kerja pun ada pasang surutnya. Anyway, I have something to share. Beberapa hari lepas, dek kerana hari yang panas, saya terasa lesu sekali. Rasa macam nak makan ais krim. Lalu, segera saya menlangkah menziarahi supermarket berdekatan office... 99 Speedmart. Saya cuba cari air.. tapi tak ada yang berkenan. Tengok peti ais.. tak ada ais krim yang berkenan di hati. Saya tengok-tengok keliling.. ada satu lagi peti ais yang berisi ais krim. Kat dalam tu ada banyakkk.... ais krim potong. Ada perisa durian. Saya beli satu. Sedapppp....

Hampir setiap hari saya akan beli satu batang ais krim. Sebagai peneman di kala memandu pulang. Dan hari ini... saya beli semua perasa..... Tadaaaa....


Ais krim ni best... sebab perasa dia yang best seperti makan buah sebenar. Ais krim ni lambat cair.. si mudah di makan.


Ada perasa durian, nangka, jagung, cendol dan kacang merah. 


Paduan kacang merah yang meriah dan lazat.


Walaupun ais krim ni murah dan tak mahal macam ais krim Magnum.... namun, ais krim ni tetap sedap dimakan. Harga dia murah je... 90 sen sebatang. Dulu-dulu... dalam 50sen je sebatang. Kalau beli di 99Speedmart... boleh beli satu kotak pada harga RM14.90 dapat 20 batang. Syok...

Selamat makan ais krim semua....

XOXO,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014