SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

26 February, 2011

Bila Borhan Sakit

26 February, 2011
Berita sedih.........
Benjamin Borhan a.k.a BeBo jatuh sakit. Dah 4 hari dia tak makan dan tak minum. Kisahnye bermula bile dia tibe-tibe hilang selera sejan hari Isnin. Makan langsung tak. Minum pon tak. Menjelang Rabu, dia semakin kurus dan merisaukan. Maka aku kejarkan BeBo ke klinik berhampiran. Risau di hati tidak terkira.... apa-apa pon aku ikhtiar. Maka, ke kliniklah BeBo di bawa untuk check-up akan kesihatan nya...

Vet : How old is he?
Me : About 4 and half i think.

Vet tu check-check la BeBo sungguh-sungguh... dan....


Vet : I think... masa dia dah sampai.
Me : Masa dah sampai? (adakah dia akan mati??? oh tidakkkk)
Vet : Yupp. Masa dia dah sampai untuk dia ada Girlfriend.
Me : Ha????
Vet : I think dia stress sbb nak Girlfriend and that makes him lost his apetite.
Me : Eh... boleh ke cenggitu?
Vet : Kuceng biasa.... dia cepat matang. It's ok... I bagi dia injection and ubat. Hopefully he will be ok tomorrow. If on Friday his condition still same, you bring him here for a blood test.
Me : Ok... Thanks.

Maka, BeBo di bawa pulang dan aku ikut la arahan vet tu soh bg dia makan ubat esok pagi.

Khamis itu... aku ke pejabat seperti biasa. Tawakal jek tinggalkan BeBo sendiri. Lewat petang, aku terima panggilan dari housemate. BeBo semakin kronik.... Mulut dia keluar air liur sehingga menitik tanpa henti. Airmata dah tak tertahan dah ni. Lalu aku segera pulang dan bawa BeBo ke pet shop berhampiran.

Abg kedai tu tanye... dah bawak ke klinik belom. Bila aku kata dah dan aku ceritakan tentang BeBo nak girlfriend, abang kedai tu pulak yang marah. " Hape kecik camni nak girlfrien? Ngarut lah... "

Maka, abang tu membantu dengan beri BeBo makan. Nampaknya, BeBo seperti semakin ok condition dia. Lalu, aku bawa dia pulang dia merawat dia as per adviced by that abang.

---- Rehydrated Salt + Food (cairkan dengan air) -------

I have to feed him with that food and water every 2 hours. BeBo nampaknya sedikit pulih sehingga petang tadi. But, he just muntah lagi tadi...


....BeBo terlantar sakit tak bermaya....

Sesungguhnye... sangat risau. Esok, harus bawa dia ke klinik lain. Tak nak dah vet aritu... ngarut jek...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014