SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

21 June, 2010

Sekeping surat “CHENTA”

21 June, 2010
Maaf atas kehadiran tinta ini, tetapi kau benar-benar perlukan ia. Sekeping surat “CHENTA” berbau harum bak kemboja, begitu indah bak pujangga. Kau si pengkhianat cinta. Kau si pendusta. Kata-katamu hanya nista. Tidak satu pun aku percaya. Pelbagai episod kau mainkan seperti pelakon layar. Dan kau memang seorang pelakon layar. Pelakon terbaik realiti dunia. Kau tipu aku... kau tipu dia... dan kau tipu dirimu jua...

Ya... aku bodoh kerana percaya kata-kata dustamu. Aku bodoh hanyut bersamamu. Aku bodoh kerana tuli dan buta. Aku bodoh kerana jatuh cinta. Tapi... aku tidak bodoh lagi. Aku tidak percaya lagi. Aku tidak tuli dan buta lagi. Allah telah melihatkan sebuah kebenaran yang pasti. Allah pernah berkata... ‘mereka yang benar, akan melihat jua sebuah kebenaran’.

Sandiwara yang kau cipta begitu lama menari riang di layar. Tiada siapa tahu, tiada siapa peduli. Aku juga tidak mahu peduli lagi. Nyah kau dari hidupku. Tidak akan aku maafkan kau si pendusta hati. Tidak aku halalkan pertolonganku jika niatmu itu palsu. Tidak aku inginkan kau sebagai sahabat. Kerana kau tidak layak di panggil sahabat. Kau hanya sebuah episod duka yang pasti aku buang jauh-jauh.

Wahai insan tidak berhati, ingatlah satu perkara. Kejahatan yang kau cipta, akan berbalik kepadamu kelak. Walau apa jua cara, tanpa celik dan sedarmu... Kerana itu, janji maha Esa.


Salam nisan buatmu.

6 comments:

-HanaMichi- said...

love it bebeh..part paling best.. salam nisan tuu.............meh wa smbung..salam nisan plus percuma kepuk kubo keliling... :) dijamin x jatuh dan tahan reput...ehehe

Sha.Az said...

hohoho... leh wat pakej ni na... pakej nisan cum with kepuk keliling... bg material batu sungai jek la... nk talkin kan sekali x?

tibe2 rasa nk wat bisnes batu nisan... huhuhu...

Emster said...

kepuk tu ape eh?
huhuhu....=(

Sha.Az said...

lor hai... kepuk tu... yg tahan tanah keliling kubur... ade yg dr marmar.. papan... tp aku rasa material batu sungai plg ngetop

K.A.A. said...

aku baru perasan bab salam nisan tu...mmg terbaek! =)

Sha.Az said...

lambat la ko ni... adoi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014