SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

27 July, 2009

seperti SELALU

27 July, 2009
Hari ini terasa bosan seperti selalu. Tanggungan kerja juga semakin ringan tidak seperti sebulan lalu. Seperti hari-hari kelmarin, aku habiskan sisa-sisa malam menghadap laptop. Ber YM bersama rakan. Kadangkala aku menonton movie sehingga terlelap. Hari demi hari, itulah rutin ku. Hari-hari bosan yang aku lalui seperti tidak berpenghujung. Tidak berubah. Hujung minggu ku, hanya ku habisi menyiapkan design. Nak keluar bersantai tidak pula berteman. Terbit rasa sunyi bila hati meronta minta bersantai. Namun apakan daya ku. Aku sendiri... sendirian... Tidak dapat aku ungkaikan dan menurutkan permintaan hati yang di luar kawalan.

Pernah satu ketika hati ini bernyanyi riang di buai rasa yang sukar aku ungkapkan. Terasa bahagia walau sendiri. Terasa teruja walaup sepi. Kerana sepi dan sendiri itu hanya berlagu tanpa alunan iramanya. Perasaan sayang tanpa sayang itu kadangkala ada indah walaupun tidak berucapan megah. Rasa kasih itu juga mekar walau kasihnya tidak bertanda. Sepi yang dulunya bahagia itu kini bertukar menjadi sepi yang tidak bernyawa. Sayang itu pergi bersama tiupan angin pagi. Kasihnya juga pergi bersama embunan pagi. Yang tinggal kini sepi yang semakin rancak berirama. Menaburkan sepi-sepi yang kononnya dulu hanya sepi tanpa lagu. Hakikat ini harus aku terima. Kerana sayang tidak bermakna aku memiliki. Dan kasih juga tidak bermakna aku dikasihi. Kasih tanpa sayang ibarat raja tanpa ratunya. Sayang tanpa kasih ibarat burung tanpa sayapnya. Kasih dan sayang harus seiring berjalan.

Kesepian ini semakin membebankan hati. Semakin menanahkan jiwa. Tidak terungkai 1001 persoalan yang semakin beraja. Aku pasti, satu ketika di suatu masa aku pasti menemui jawapan tidak terungkai pada persoalan-persoalan itu.....

16 July, 2009

Hati yang tak BERPERASAAN

16 July, 2009
Hidup ni kadang-kadang susah nk di jangka. Lain yang di rancang lain yang jadi. Kebelakangan ni ntah kenapa hati aku dirundung kesedihan yang tiada titik nokhtah. Nak aku tangiskan terlalu ego, nak aku telan terlalu payah. Tatkala kesibukan kerja terlalu menekan, hidup seakan kosong tiada erti. Hari-hari yang aku lalui, sengaja aku sibukkan diri dengan kerja-kerja yang tak ada kesudahan. Sengaja aku pulang lambat. Sengaja aku kerja di hujung minggu. Semua itu aku sengaja lakukan kerana terlalu malas untuk aku habiskan masa di rumah. Rumah yang dulunya aku rasakan indah walaupun terpalit luka-luka hitam yang bersejarah, kini aku rasakan tidak bermaya walaupun masih berseri. Segala pengorbanan, usaha dan jerih payah yang aku pertaruhkan seakan tiada makna dan tiada siapa peduli. Kenapa hidup ini terlalu payah? Hati kecil aku kadang-kadang tidak berdaya dari bertanyakan persoalan-persoalan begitu.

Orang-orang dikelilingku tak ramai yang aku percaya. Kebanyakannya terlalu cantik kulit tetapi tidak isinya. Lagaknya seperti seorang kawan yang benar-benar kawan. Tetapi hakikatnya, aku dikata dibelakang. Aku itu, aku ini dan macam-macam lagi. Sampai kan pernah satu ketika, aku jauhkan diri dari mereka-mereka kerana terlalu kecewa. Aku mendiamkan diri dan tidak mahu mengganggu mereka. Langkah yang aku rasakan rasional itu rupa-rupanya menghasilkan perkara yang sama. Aku tetap di kata. Itu dan ini. Salah aku ke??? Kawan yang sebenar-benarnya kawan adalah kawan yang menerima seorang kawan sebagaimana dia. Tidak dikritik dan tidak di hakimi.

Adil atau tidak suratan hidup aku yang telah tertulis bukan pilihan aku dan tidak seharusnya aku nilai. Cuma kadang-kadang hati sedikit kecewa dengan jalan yang terpaksa aku lalui. Terlalu sukar untuk aku rasakan sekelumit gembira. Ya... mungkin orang disekeliling aku tidak melihat kesedihan di lubuk hati. Kerana setiap kali, setiap ketika aku menutup wajah sedih dengan sebuah wajah gembira. Bukan kerana aku hipokrit, tetapi kerana aku tidak mahu dinilai dan dihukum oleh mereka yang tidak memahami kesedihan aku. Kadang-kadang ade yang datang bertanya, tetapi aku memilih untuk tidak berkata apa-apa. Maaf ke atas individu-individu terbabit. Sekali pun aku berbicara, terlalu sukar untuk di fahami. Malah ada juga yang mungkin mengambil enteng di saat aku menceritakan lara hati sehinggakan aku merasakan ianya tidak perlu. Bicara itu tidak seharusnya berlaku. Atas sebab itu jugalah aku memilih untuk tidak berbicara.

Hati ini seperti sudah hilang deria. Nak berasa sedih, marah, benci segalanya aku tidak berdaya. Aku hanya mampu meneruskan ranjau hidup yang aku tidak tahu coraknya. Terlalu malap, tidak bermaya. Hari-hari yang bakal berlabuh juga tidak mampu aku lihat. Terlalu payah...


* Nawwar Husna, Anis, Lulu, Izatul, Shinyi dan Kh. Adi.... u guys are the best friend that i ever had. Friends that are truly f.r.i.e.n.d.

28 March, 2009

Emosi Yang Tak Stabil

28 March, 2009
Kebelakangan ni aku selalu sangat cepat hilang mood. Sangat x terkawal... kenapakah? Kejap ok kejap bad mood... bile bad mood hati x tenteram, gusar, gundah, mcm2 la... TIbe2 je rase sedih... Apsal eh? Macam2 method aku dh gune nk ilangkan kegusaran hati... tp erm... mcm tu la... x jadik... Mungkin aku dh kurang Motivasi diri kot... APA??? INI BAHAYA!!!! X boleh jadik ni... Thesis ni perlu aku langsaikan... ini janjiku pasa emak... janjiku pada masa depan... dan janjiku pada diri sendiri... aku TAK BOLEH musnahkan segalanye hanya kerana mood ini...

Ya Allah... berilah aku kekuatan dan semangat... untuk menempuh thesis ini sehingga ke penghujung dengan selamat... Bantulah aku ya Allah... Hanya engkau sahaja yang dapat membantuku..... Amin~

20 March, 2009

Panggilan PULAUku terpanggil

20 March, 2009
Irama itu ku tarikan dengan syahdu... menanti dan terus menanti... Tatkala rembulan menyimbah bumi aku tertanya... bagaimanakah rupanye rembulan di sana... begitu syahdu irama itu beralun lembut... dengan alunan-alunan dan nada deringan yang ku tidak pasti puncanya... pagi itu hening... sehening pagi di sana... titipan dari pemanggil... ku girang sendiri... titipan seharus gembira tidak gembira lagi... benak ku terasa berdarah ditusuk tajam... Apa kesudahanya begini? Penat jerihku... penat jari jemari ku... penat kudrat ku... berbalas begini? Rintihan demi rintiham terpancur menyembur tanpa diminta... ku cekalkan hati.. ku gagahkan diri.. Perjuangan tetap perjuangan... hari-hari yang berlalu akan terus berlalu... hari-hari yang mendatang akan terus mendatang... Aku tidak akan akur dan menyerah kalah... Panggilan dari sana begitu memukau benak jiwa dan sanubariku... Segala cabaran ku tepis dengan kemas dan rapi... ku teruskan walaupun cahay cerah semakin suram... Dengan kudrat dan keutuhan segerombolan... aku meneruskan panggilan itu.... Panggilan yang sering memanggil... panggilan sehingga aku terpanggil... panggilan PULAUku terpanggil...


Pasir halus lagi mulus


Di pantai itu aku terdampar sambil menyaksikan matahari terbit di ufuk timur


Indahnya langit dengan simbahan cahayamu... matahari


Ikan menjinak seperti kucing yang inginkan belaian


Lompatan ayuh melompat!!!

28 February, 2009

'Daripada kamu untuk Gaza'

28 February, 2009
"Jual... jual... jual... T-shirt ade, sticker ade, button ade, TIKET DINNER pon ade... mari dapatkan sekarang... murah2... x jumpe kat tpt lain... dlm Malaysia... cume booth ni je ade design mcm ni... asli lagi tulen... mari membeli sambil menderma... sambil2 tu beli la tiket Malam Amal Gaza... x mahal pon... RM10 shj dapat makan dan derma skali... ade hiburan... pakej 2 in 1... berhibur sambil beramal... mari mari... "

Beberapa minggu kesibukan mempromosikan "Daripada kamu untuk Gaza"... begitu letih terasa. Ahli-ahli mutant dan alien2 GEN_X giat membanting tulang menjayakan penjualan tiket, dan menjual t-shirt, button dan sebagainye untuk kutipan amal yg InsyaALLAH akan disalurkan secara terus kepada sampai kepada penduduk Gaza. Booth telah pon di buka selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat dan Isnin. Walaupon beberapa hari tanpa booth, namun usaha giat menjual tiket masih terus dijalankan dengan membuat promosi dari studio ke studio, dan berjalan dr meja ke meja di aked meranti.... mmg balik dr aked lumrahnye adalah berbau aked... hehehe...

Inilah booth penjualan amal Gaza....

Cik Asya kite memegang baju Daripada kamu untuk Gaza (avatar design),
Cik Husna pula memakai baju dragon design dan yg terselit kat balik kayu tu
adalah cik nawa. Cik nawa ni gfren kepada Mr. topek yg design t-shirt ni...
begitulah usahasama rakan2 gen-X...

Koleksi gambar belum lagi habis diupload... so akan di update dr masa ke masa... Terime kasih kepada usahasama rakan2 GEN-X yg byk membantu dan give full commitments. Edy, topek, den, nawa yg berusaha mencari kayu2 terpakai kat kilang2 tu... pakai kete den dan edy plak tu... husna, fisya dan edy, p cr t shirt... fafa dan cik dila >>>secretary dan sexytary, maria dan rakan2 pencetak t-shirt, wey jiun, beengo syek lee dan asya yg membuat packaging dan cik asya yg mengorder button dr kl... ade sape2 lg yg x disebut tak eh? x de dh kot... sume org2 yg berusaha keras telah disebut ni rasanye... time kasih kawan2... tp jgn lupe ye... tugas kite belum berakhir... jumaat ini adalah kemuncak hari jualan... :)

For those who wanna buy a tiket for MALAM AMAL GAZA,
ticketing still open until 3rd March 2009.
Date : 6 March 2009
Time : 2030 - 2300
Venue : Dewan Jamuan, Bangunan Canselori

Ticket price : RM 10 for Student
RM 20 for lecturer


01 February, 2009

Cuti Tahun Baru Cina

01 February, 2009
Harap2 x terlambat lg nk ucapkan Gong Xi Fa Chai... hehehe... masa cuti aritu aku ngn family p la bercuti... plan mengejut dan terkejut... mana taknye. Mule2 plan nk g Kelantan dan T'ganu, pastu x jadik sbb takot jam. So, mak ajak aku ngn angah g Langkawi plak. Ikot rombongan ofis dia... Mslhnye, along ajak aku ngn angah g PD... delimanye... Tp, mmg sudah takdir... mak x jd g Langkawi, so ktorg satu famile g PD n KL... jom kite enjoy!!! Ari Jumaat kol 9 pg ktorg satu family bergerak ke PD.

Sampai2 je kat sana ktorg makan t/hari dulu. Lepas je solat zohor, ktorg sume memulekan misi bermain go-kart... tp yg dpt tpt 1, 2, 3 adalah kanak2 kecil yg sebok je... (mia, betty dan adik)... budak2 dok diam2 tau!

Kamilah... pemenangnye!
(no 1: betty, no 2: mia, no 3 : adik)

Lepas maen go kart... masanye utk bermandi manda dh tiba... yesh! Ktorg x mandi laut mandi kolam je... x moh sunburn teruk... kui3. Dr kol 3.30 smpi lah kol 6.30 ktorg mandi... sampai kecut2... tp sblm balik singgah jap mandi jacuzzi. Kasik urut sket badan pas jatuh2 main gelongsor... (maaf ye gambar mandi x dpt disiarkan...huhuhuhu)

Esoknye, sblm bertolak ke KL ktorg singgah kat Blue Lagoon... x sah pulak dh sampi PD x cecah kaki kat air laut. Jd pg tu berjalan2lah kami di persisiran pantai... pantai yg bersih dan cantik. Air laut pon agak tenang dan membiru. Begitu sesuai dengan namanye Blue Lagoon.


Kat KL pulak, smpi2 je terus ke Sogo... shopping time!!! (i like).... Shopping2 kat jln tar dh ptg2 sket br la balik. Ari ahad tu g Sunway Lagoon plak. Tp gambar2 disana tidak dpt disiarkan disini... kerana tidak dpt approval dr FINAS... hehehe... ari isnin tu pulak, aku, along ngn mak g jln tar lg cr baju kurung nk g kenduri mlm tu... luper bawak pulak... hohoho... ari selasa tu barulah pulang ke Johor. 4 ari kat kl terasa sgt lama sehingga membuahkan perasaan rindu pada rumah... hahaha... Ape2 pon... cuti aritu best sgt walaupon masuk Sunway mahal giloss... pergh...

*along adalah abg ku yg sulung... walaupon dia lelaki... namun, bab2 shopping ngn adik2, wife dan mak dia mmg kewl... x de hal punye... dia lg sebok crkan baju utk wanita2 penting dlm idup dia... kewl giler abg aku ni.. the best part of him... bukan senang nk cr lelaki x kesah join pompuan shopping =)

Rimini oh Rimini

Sebuah pantai yg indah ala2 Miami Beach... sgt damai dan sgt bersih... airnye begitu membiru... sungguh tenang skali berjalan-jalan di persisiran pantai itu... mulenye x de sape pon rancang nk pg Rimini... tp sbb masa tu Keng Pin (ketua kontinjen) tersilap jadual... then ktorg ade extra hari sblm pegi ke Florence... ktorg diberi pilihan sama ada nk stay Florence lama atau pg Rimini... tp sume org decide nk g Rimini... sbb Rimini ada pantai yg cantik... maka ktorg 12 org ni pon naiklah train ke rimini... beratnye angkat beg... sib baik ler Jack begitu gentlement tlg aku bawak beg... nk harap lelaki2 lain... huhuhu... dlm mimpi jela... (thanks jack) .

Kat Rimini ktorg stay kat Sunflower Backpack City... (budget hotel je mampu.. tu pon dh 20 euro sorg satu malam... klu x silap la) dr stesen jln kaki wooo nk g hotel... mak aih mmg penat ler... smpi2 je perut pon dh lapar... ktorg makan dulu... mee maggi ajer.... nk tunggu giliran makan maggi smpi tertidur dak2 ni kat dpn tv... kat hotel ktorg duduk ni best... siap ade ruang tv... ade snooker lg... pastu leh main internet free... tp comp 1 je, jd agak berebut la... lepas makan aku join usop ngn dak2 lelaki ni main snooker... 1st time try ni. hehe... masuk tau 1 2 bola... era dok layan internet... yg lain x tau mane g...

Ptg tu dak2 lelaki g pantai... (misi tgk wayang free la tu) huhu... aku ngn era x join... tido kepenatan... dh ptg2 sket br la aku, era, hisham dan jack g pantai... nk tgk matahari terbenam... seronok jln2... mmg ala-ala Miami la... walaupon x penah smpi Miami... huhuhu... ptg tu ape lg... bergambar la sepuasnye... semestinye gambar lompat2 ler plg byk.... nk tgk gambar lompat2 dan koleksi yg lain... ni ade cikit je... tgk je tau... huhu...

Lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi-tinggi,
budak archi suke melompat
sebab melompat mmg hobi.

Era... berjaya jugak ko melompat eh...

Di tepian pantai inilah... menjadi saksi hasil lompatan gemilang jack, era, hisham dan aku.

Di depan jack ada hisham, di belakang jack ada aku, dibelakang aku ade era, di belakang era ada laut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014