SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

27 July, 2009

seperti SELALU

27 July, 2009
Hari ini terasa bosan seperti selalu. Tanggungan kerja juga semakin ringan tidak seperti sebulan lalu. Seperti hari-hari kelmarin, aku habiskan sisa-sisa malam menghadap laptop. Ber YM bersama rakan. Kadangkala aku menonton movie sehingga terlelap. Hari demi hari, itulah rutin ku. Hari-hari bosan yang aku lalui seperti tidak berpenghujung. Tidak berubah. Hujung minggu ku, hanya ku habisi menyiapkan design. Nak keluar bersantai tidak pula berteman. Terbit rasa sunyi bila hati meronta minta bersantai. Namun apakan daya ku. Aku sendiri... sendirian... Tidak dapat aku ungkaikan dan menurutkan permintaan hati yang di luar kawalan.

Pernah satu ketika hati ini bernyanyi riang di buai rasa yang sukar aku ungkapkan. Terasa bahagia walau sendiri. Terasa teruja walaup sepi. Kerana sepi dan sendiri itu hanya berlagu tanpa alunan iramanya. Perasaan sayang tanpa sayang itu kadangkala ada indah walaupun tidak berucapan megah. Rasa kasih itu juga mekar walau kasihnya tidak bertanda. Sepi yang dulunya bahagia itu kini bertukar menjadi sepi yang tidak bernyawa. Sayang itu pergi bersama tiupan angin pagi. Kasihnya juga pergi bersama embunan pagi. Yang tinggal kini sepi yang semakin rancak berirama. Menaburkan sepi-sepi yang kononnya dulu hanya sepi tanpa lagu. Hakikat ini harus aku terima. Kerana sayang tidak bermakna aku memiliki. Dan kasih juga tidak bermakna aku dikasihi. Kasih tanpa sayang ibarat raja tanpa ratunya. Sayang tanpa kasih ibarat burung tanpa sayapnya. Kasih dan sayang harus seiring berjalan.

Kesepian ini semakin membebankan hati. Semakin menanahkan jiwa. Tidak terungkai 1001 persoalan yang semakin beraja. Aku pasti, satu ketika di suatu masa aku pasti menemui jawapan tidak terungkai pada persoalan-persoalan itu.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014