SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

16 July, 2009

Hati yang tak BERPERASAAN

16 July, 2009
Hidup ni kadang-kadang susah nk di jangka. Lain yang di rancang lain yang jadi. Kebelakangan ni ntah kenapa hati aku dirundung kesedihan yang tiada titik nokhtah. Nak aku tangiskan terlalu ego, nak aku telan terlalu payah. Tatkala kesibukan kerja terlalu menekan, hidup seakan kosong tiada erti. Hari-hari yang aku lalui, sengaja aku sibukkan diri dengan kerja-kerja yang tak ada kesudahan. Sengaja aku pulang lambat. Sengaja aku kerja di hujung minggu. Semua itu aku sengaja lakukan kerana terlalu malas untuk aku habiskan masa di rumah. Rumah yang dulunya aku rasakan indah walaupun terpalit luka-luka hitam yang bersejarah, kini aku rasakan tidak bermaya walaupun masih berseri. Segala pengorbanan, usaha dan jerih payah yang aku pertaruhkan seakan tiada makna dan tiada siapa peduli. Kenapa hidup ini terlalu payah? Hati kecil aku kadang-kadang tidak berdaya dari bertanyakan persoalan-persoalan begitu.

Orang-orang dikelilingku tak ramai yang aku percaya. Kebanyakannya terlalu cantik kulit tetapi tidak isinya. Lagaknya seperti seorang kawan yang benar-benar kawan. Tetapi hakikatnya, aku dikata dibelakang. Aku itu, aku ini dan macam-macam lagi. Sampai kan pernah satu ketika, aku jauhkan diri dari mereka-mereka kerana terlalu kecewa. Aku mendiamkan diri dan tidak mahu mengganggu mereka. Langkah yang aku rasakan rasional itu rupa-rupanya menghasilkan perkara yang sama. Aku tetap di kata. Itu dan ini. Salah aku ke??? Kawan yang sebenar-benarnya kawan adalah kawan yang menerima seorang kawan sebagaimana dia. Tidak dikritik dan tidak di hakimi.

Adil atau tidak suratan hidup aku yang telah tertulis bukan pilihan aku dan tidak seharusnya aku nilai. Cuma kadang-kadang hati sedikit kecewa dengan jalan yang terpaksa aku lalui. Terlalu sukar untuk aku rasakan sekelumit gembira. Ya... mungkin orang disekeliling aku tidak melihat kesedihan di lubuk hati. Kerana setiap kali, setiap ketika aku menutup wajah sedih dengan sebuah wajah gembira. Bukan kerana aku hipokrit, tetapi kerana aku tidak mahu dinilai dan dihukum oleh mereka yang tidak memahami kesedihan aku. Kadang-kadang ade yang datang bertanya, tetapi aku memilih untuk tidak berkata apa-apa. Maaf ke atas individu-individu terbabit. Sekali pun aku berbicara, terlalu sukar untuk di fahami. Malah ada juga yang mungkin mengambil enteng di saat aku menceritakan lara hati sehinggakan aku merasakan ianya tidak perlu. Bicara itu tidak seharusnya berlaku. Atas sebab itu jugalah aku memilih untuk tidak berbicara.

Hati ini seperti sudah hilang deria. Nak berasa sedih, marah, benci segalanya aku tidak berdaya. Aku hanya mampu meneruskan ranjau hidup yang aku tidak tahu coraknya. Terlalu malap, tidak bermaya. Hari-hari yang bakal berlabuh juga tidak mampu aku lihat. Terlalu payah...


* Nawwar Husna, Anis, Lulu, Izatul, Shinyi dan Kh. Adi.... u guys are the best friend that i ever had. Friends that are truly f.r.i.e.n.d.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014