SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

31 December, 2012

Madu & Habbatussauda

31 December, 2012
Okay, seperti dijanjikan saya ada tips untuk dikongsikan bersama. I've been amalkan this method for a few months, alhamdulillah... ada menampakkan perubahan dan keberkesanan. Suami saya pun amalkan memakan madu. Dulu dia selalu sakit-sakit kaki, now alhamdulillah dah tak de sakit kaki. Nampak lah perubahannya. Ianya mrupakan satu makanan kesihatan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Bahan-bahannya mudah saja... 

1 sudu kecil Madu Asli
Secubit serbuk kayu manis (cinnamon powder)


Secubit biji Habatussauda


Setengah gelas air suam

Campurkan 3 bahan iaitu madu, serbuk kayu manis dan biji habatussauda ke dalam setengah gelas air suam. Kacau rata dan amalkan meminumnya 2 kali sehari. Sekali di pagi hari tatkala anda bangun dari tidur dan sebelum anda makan apa-apa... which means, this drink is the first you take each every morning. Dan skali lagi, sebelum anda tidur. 2 times a day... Amalakan dan insyaAllah anda akan nampakkan hasil.

Setiap apa pun makanan atau petua yang anda amalkan, yakinlah dan hanya dengan izin Allah ia akan berkesan.   


Nabi muhammad s.a.w berkata "makanlah hebbatus kerana ia dapat menyembuhkan segala macam penyakit kecuali MAUT"

"Hendaklah kamu menggunakan habbatus sauda' kerana padanya terdapat penyembuhan daripada sebarang penyakit kecuali al-Sam iaitu maut" (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah, at-Trimizi dan Ibn Hibban)
"Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati ",(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. Rasululloh SAW bersabda :" Dalam Habbatus Sauda ada obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz." [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, Rasululloh SAW bersabda : " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian". [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu 'anhu, Rasululloh SAW bersabda : "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)" [HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'. Hadits no. 2215]



Sebelum kita melabuhkan tirai 2012, saya ingin memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata saya yang mengguris hati anda secara sedar atau tidak. Maaf kepada pembaca blog saya yang tidak berpuas hati kerana saya kurang menulis kebelakangan ini. Faktor kesibukan membataskan segalanya. InsyaAllah saya akan lebih banyak menulis di tahun 2013. InsyaAllah. Akan berkongsi lebih banyak perkara ilmiah yang InsyaAllah berguna untuk kita semua. 

Last but not least, jauhi sambutan  tahun baru yang berteatangan dengan ajaran Islam. Didiklah diri kita sendiri sebelum kita mendidik anak-anak. Jangan nanti bila kita tua, anak-anak kuat berhibur kita salahkan mereka. Lebih baik sambutan tahun baru ini di sambut rapi dengan mengisi ilmu di dada dengan pengetahuan agama dan suapkanlah iman kita dengan makanan yang baik. Fireworks is nice tetapi ianya membazir. Lebih baik ia disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Ingat ye... membazir itu amalan syaitan. MasyaAllah.

XOXO,


Short trip to Lumut

Salam everyone, how was your last weekend in 2012? I assumed, ada yang pergi shopping to catch the Y.E.S, tak kurang yang bercuti atau pulang ke kampung, tak pun spend time bermalasan di rumah. That is one of my favourite activity. Indeed. My last weekend was quitr interesting for me. My father-in-law ada reunion with his navy friends in Lumut. So we accompany him to Lumut. Ada makan-makan, nyanyi-nyanyi... and the best part is... dapat naik kapal... there was 2 ship open for viewing... KD Kinabalu and KD Jerai. It was really fun to get the opportunity to be on the ship. The purpose of this ship is to find the bomb underwater... dengar macam eh betul ke... it is true... they found an active bomb in 2008 yang digunakan masa World War 2. Haaaa... surprisekan. Selain tu, this ship ni juga berperanan menjaga perairan negara kita. Menjaga kapal-kapal persendirian orang Malaysia dari gangguan lanun. Ada tau... jangan tak tau.
This 2 ship is made from fiber. Di import dari Sazana, Italy. During the construction, my father-in-law was involve as the project team for this ship in Italy for 5 years. So, to be back on this ship is a nostalgia for him. Seronok betul dia bercerita. Ok lah.... time to get to work.... this is not my last entry for 2012... i have a tips to share... tunggu ye.







XOXO,

28 December, 2012

My Daily Breakfast

28 December, 2012
Dulu, kalau pagi-pagi selalu makan nasi lemak bungkus beli kat kedai mamak depan tu. RM1.50 sebungkus. Kadang-kadang beli kat pakcik depan IMU, nasi lemak sambal paru. Fuhh.. mana tak gemuk. Pastu complaint. Ni lah manusia. 

Ok ok... saya dah insaf. Now, no more nasi lemak. Once in a while boleh la... 2 3 minggu sekali atau sebulan sekali. Not more than that. So now, this is my daily breakfast...

McVitie;s Digestives The Original.

Makan 2 keping pun dah rasa full. Normally, saya makan biskut ni 2-3 keping suring breakfast bersama-sama air Teh O panas, Nescafe atau Milo.

Let's get healthy.

Happy working.


XOXO,

S.A.L.E.


Perkataan S.A.L.E ini terlalu sinonim dengan kaum Hawa. Kalau ada je perkataan ni, sure berduyun-duyun yang turun nak meninjau apa yang ada. End up, masing-masing bila pulang dua-dua tangan penuh dengan beg plastik. Terpapar keriangan di wajah dengan barangan pilihan yang dirasakan amat memuaskan hati. Melangkah penuh bangga tatkala berlalu pergi dari cashier. 


Saya teringat kenangan di saat dan ketika saya seorang shopaholic. When I'm stress saya akan bershopping. Saya pernah beli sehingga 8 pasang kasut sekaligus. Tu tak termasuk blouse, shirts, acessories, etc. Pernah jugak bila keluar, beli barang tak banyak... 2 3 barang jek tapi habis beribu. Mana taknya, beli sunglasses, jam tangan masing-masing nak yang mahal jek. Masa tu saya rasakan ia satu kepuasan. When you own them, you felt honoured. What a feeling. Tapi itulah hakikat.


Ada sekali tu di KLCC, SALE... beg GUESS murah-murah. Macam orang gila saya memilih. Tekun betul saya pilih beg. Niat dihati nak beli 2. Satu untuk Mak, satu untuk saya. So, saya pilihlah beg untuk Mak. Bila dah jumpa yang berkenan, saya pegang la beg tu. dan saya teruskan usaha mencari beg saya pula. Ada sorang kakak tu, agaknya berkenan beg yang saya pilih untuk Mak, langsung dia tanya saya.. "Dik, tu yang awak pegang tu nak beli ke? Kalau tak nak.. akak nak"... eh eh... sampai berebut beg. Rasa kelakar bila ingat balik.


But, about a year ago when I decided to go for umrah... saya hentikan tabiat shopaholic. No more shopping for unnecessary thing. It's a big no because I desperately really looking forward for Makkah. Saya jarang keluar shopping. Kalau ada je perkataan SALE tu, saya akan cepat-cepat jauh kan diri. It's time to avoid them. They are not helping me at all but they destroy me slowly. Jahatkan SALE ni.

Alhamdulillah, since the day saya berpuasa shopping, saya seperti mendapat hidayah baru. Saya bukan lagi seperti dulu yang kuat berbelanja. Menghabiskan duit beratus-ratus sehari demi kepuasan diri. Kadangkala beribu. That is definitely not a satisfaction tapi nafsu serakah shopping yang disuntik oleh para syaitan yang bermaharajalela dalam diri. Susah nak akui kan, tapi itulah hakikat sebenar.

Tipsnya mudah saya, whenever you wanna buy something you ask yourself.. DO I WANT THIS? if the answer is YES, then go to the next question. DO I NEED THIS? WILL I DIE IF I DON'T OWN THEM?.. Kalau the answer tu teragak-agak nak jawab, means... UNNECESSARY.

WANT - NEED = UNNECESSARY

SOGO KL, is one of my favourite place kalau nak cari barang-barang. I didn't do a big shopping like I used to, just buy necessary thing. I keep putting on my weight even I don't want them.. so I have no choice but to buy some clothes supaya tak sendat sangat pakaian. Kebanyakan koleksi baju yang saya ada semuanya agak ketat. Maklumlah, masa 'muda-muda' dulu kurang kesedaran diri.. Saya juga salah seorang mangsa fashion. Terasa diri ini sangat jahil.

So, my advice is berhati-hati apabila memilih pakaian dan super hati-hati apabila berbelanja. Make a right choice. Ingat pepatah lama... Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

XOXO,


25 December, 2012

Rainbow cake

25 December, 2012
Since all my nieces in kl, and since they asked for a rainbowmcake for quite sometime, i bake them for my lovely nieces. Ye lar, budak-budakkan suka warna warni. So, semalam time lunch hour saya singgah my favourite bakery shop. Beli barang. Mulanya nak buat apam. End up buat rainbow cake. Walaupun sayatak pandai deko, setakat bake je boleh la. So I give a try. Alhamdulillah... jadi. Suka betul diorang makan. Masing-masing siap tapau sikit bawa balik jb. I'm happy when they love it. Hilang penat.
Rainbow Cake... weeee

I'm not good in decorating. Asalkan boleh makan. Hehehehe.


XOXO,

24 December, 2012

Kene Kerja

24 December, 2012
i'm working today while most of the people take a leave today. My whole family semua pun cuti including my husband. Only me yang begitu tegar bekerja di pagi Isnin yang keesokan harinya cuti umum. How sad it is. Inilah tanggungjawab namanya. Kepada semua yang berkerja pada hari ini. Jutaan Tahniah untuk anda semua dan untuk diri saya juga kerana berjaya membanteras jenayah malas kerja dan ketekunan kerja anda teramatlah tinggi. Syabas.

Ok, let's get back to work. Kerja dengan gigih ye.

XOXO,

22 December, 2012

Legoland

22 December, 2012
Since, i went back to my hometown in High Castle this week, i took this opportunity to have a short break in Legoland. I went there with my husband. Just two of us. My mum, my sister, my brother and the whole family went to KL and stay at my house. And this morning they off to Cameron Highlands. Diorang dtg KL saya pula ke JB ye? Tak patut betul but we have no choice. First, we have a wedding to attend (previous post), and second, we need to redeem our Legoland annual pass before 31st December 2012. So here we are, having a short break in my hometown.
I have nothing much to say about Legoland, because you should really come here. It is worth to come. Tak rugi pon. So enjoyable. Boleh jerit-jerit, boleh jadi kanak-kanak sikit and paling penting, lupa bebanan kerja seketika. Sooooo good. Enjoy my photo. Sure, korang jelous and rasa nak pergi.
Go get your ticket and start enjoy the moment.

Mak dan anak from lego. isn't it nice...



Kingdom of Lego 

Our first ride roller coaster in Legoland and first roller coaster for hubby.

Siap kenyit mata lagi Lego Girl ni....

Hello Giant

Hye Giant

Still remember Paul the football predictor? He is still alive actually. He works in Legoland now. Hehehehe

Lego city

Mary go round. each of it. from lego.

Taj Mahal.. at night in Legoland

See you again Legoland.


XOXO,

Kahwin

If in europe, normally they prefer to get married in june and they called it June Wedding. But here in Malaysia, December is the most desired month for wedding. I think we should call it December Wedding. And today i attend a wedding of my best friend. Congratulation dear. Happy for u. Semoga berkekalan till jannah.




XOXO,


21 December, 2012

Towards the end

21 December, 2012
It's almost end. 2012 will be ended soon. I have a lot of plan for the upcoming 2013. Terlalu banyak perkara yang saya obtain this year... my umrah trip, getting married and my life totally changed. Dan banyak juga perkara yang saya abaikan secara sengaja dan tidak sengaja. Paling menyedihkan hati, saya telah secara tidak sengaja mengabaikan Ketuhar ShaAz. My precious oven. Hurm.. I've been thinking to make a come back... Memandangkan dunia pastry dan baking masa kini semakin mencabar dan banyak saingan I need to do something that might catch YOU.. YOU... YOU and ALL OF YOU. InsyaAllah.

I also have a plan for next year... ha... nak tau kene tunggu. Terlalu banyak perkara yang saya nak capai tahun hadapan. I hope I have the energy to achieve it. Eeee... takutnya. Apa yang saya nak buat ye? Hurm...

1. Make a come back for Ketuhar ShaAz
2. Launch my another home business
3. Get a new job!!!!
4. Get myself pregnant!!!
5. Further study.
6. Updating more post in this BLOG!!!

Walaupun berat badan semakin-semakin bertambah tanpa dibendung, saya sedang berusaha keras untuk membanteras jenayah lemak-lemak tepu tanpa lesen yang menular kebelakangan ini. Sungguh tiada belas. Tak apply pon nak menempel. Sampai hati kau lemak.

So, we are almost at the end. I'm not sure either this gonna be my last post for this year or not. Not sure. Hurm... depends on masa... But I guess not... Because I'm going for a short holiday tomorrow. Wait for the next post and PHOTOS k....

have a great weekend everyone.

XOXO,


04 December, 2012

Raining December

04 December, 2012
Last year... I wrote an entry with a title November Rain... tahun ni Raining December. Kedua-duanya berkisar hujung tahun yang hujan. What am I talking about? Urgh... I also don't get it. So don't blame yourself if you can't understand what I wrote here. It's a nature of merapu meraban when your brain, heart n action are not tally. All of them are fighting to do other things that is really no connection between each other.

So it's December. We are now reaching the end of 2012. How fast time flies and left us without giving us any notice, without asking us either we are ready or not... So heartless. Kejamnya... Tapi, kekejaman itulah mengajar kita akan erti menghargai masa. Azam tahun baru...

Only one....

ISTIQAMAH dalam perkara baik dan apa jua yang baik yang saya lakukan kini. Penghijrahan saya, perkahwinan saya, ibadat saya, perlakuan saya dan sebagainya.

Let's close the diary of 2012 with sweet things, best things etc... and have a smile later on when we reopen it to review.


XOXO,




28 November, 2012

Bila Kita Sedih

28 November, 2012
We are human. We need love to live. We need family. We need money. Without them we felt hopeless. Sometimes we even think that Allah doesn't loves us. Tatkala kita diuji dengan sekelumit dugaan yang Allah beri, kita rasakan dugaan itu terlalu besar. Bagaikan dunia menjadi gelap. Hati teramat pilu. Dunia bagai tiada erti lagi. Dan dikala itu, kita merasakan kitalah manusia yang paling sedih, paling kasihan, paling teruji, paling malang disaat dan tika itu. Bila ada suara-suara lembut memberikan nasihat, kita sedikit tenang, namun terbit jua satu perasaan, mereka tak faham. Mereka tak benar-benar faham. Kerana mereka tidak merasakan apa yang kita rasa.

Kadangkala, bila hati terlalu sedih kita merasakan Allah tidak adil dalam mengatur takdir kita. Kenapa orang lain gembira saja. Yang kaya semakin kaya, yang bahagia semakin bahagia. Tapi kita yang diuji ni, dari satu ujian ke satu ujian tak pernah berhenti. Sehingga terdetik di hati, Allah mungkin telah abaikan kita.

Wahai sahabat-sahabatku, bila kita sedih hati kita mudah menjadi buta. Hingga kita lupa bahawa Allah itu maha adil. Allah tak pernah sedetik pun abaikan kita. Malah, kita yang seringkali abaikan Allah. Pernahkah dalam 1 hari, kita solid ingat Allah setiap masa, setiap saat dan setiap detik? Masa kita ketawa suka kita lupa Allah. Masa kita berseronok kita lupa Allah.

Bila kita sedih, bila kita diuji katakanlah Alhamdulillah. Setiap ujian adalah satu anugerah khas yang Allah beri. Ibarat kita di universiti, nak lepas satu subject kene ada exam. Bila semua exam kita dah lulus barulah boleh dapat Ijazah. Macam tu jugalah hidup. Its all a test yang kita kene lalui barulah darjat kita akan di upgrade. Siapa kata orang yang bahagia semakin bahagia itu tidak diuji? Siapa kata orang yang kaya semakin kaya itu tidak diuji? Kebahagian dan kekayaan itulah ujian untuk mereka. Allah nak tengok kala mereka bahagia mereka ingat tak orang yang berduka. Kala mereka kaya, mereka ingat tak orang yang miskin. Allah itu maha adil.

Ingat pesanan saya, tak kira sehebat mana ujian yang Allah beri katakan lah Alhamdulillah. Apalah sangat ujian yang Allah beri nak dibandingkan dengan ujian yang Allah beri pada para Nabi. Mungkin kita akan kata, alah... itu Nabi. Nabi mestilah sabar. Tapi kita harus ingat, Nabi sangat mulia disisi Allah. Darjat kebesaran khas yang Allah beri. Kalah Dato', Dato' Seri, Tan Sri mahupun Tun. Tapi para Nabi sekalian yang diangkat darjatnya sedikit pun tidak mengeluh. Sebagaimana Nabi Ayub a.s yang hidup sihat selama 70 tahun dan kemudiannya diberikan penyakit. Nabi Ayub a.s berkata "Aku telah hidup sihat selama 70 tahun, malah sakit ini tidak apa-apa bagiku kerana selama 70 tahun aku sihat tiada penyakit"

XOXO,




27 November, 2012

Lara Hati

27 November, 2012
Bila hati menyepi
Naluri terkedu dari bicara
Kerana hati sunyi
Sekadar bersenandung sepi
Syahdu melakar dijiwa
Merumpun kasih yang hambar
Kupertahankan sisa kasih
Demi kasih abadi
Biar aku lapuk dimata kekasih
Ku hanya mahu kasih yang suci dariMu
Ya Rabbul 'Alamin.

20 November, 2012

Benjamin Borhan dan adiknya Kikimot Mordella

20 November, 2012

BeBo is getting bigger while Kiki is getting cuter and manja....




14 November, 2012

Mushroom chicken chop.... lagi

14 November, 2012

Ada ayam lebih dalam peti ais... sy keluarkan... debone dan masak chicken chop... lagi... this time ada mashed potato...
Kekenyangan sampaitak boleh bangun... sob sob sob...


12 November, 2012

Mushroom Chicken Chop Recipe

12 November, 2012
Since ada orang request, its my pleasure to share. Senang je buat chicken chop ni... Tapi yang paling utama kene debone chicken leg and tigh dulu... Please refer to the video below... saya nak ajar pun payah... so better tengok video ni... I used the same method...



Don't throw away the left over... tulang boleh buang tapi part yang ada isi tu boleh disimpan.. nanti boleh buat sup... buat nasi ayam ke... hehehe

Ok... the ingredients:

Chicken :
Tepung Gandum
1 biji Telur (dipukul)
Breadcrumbs
Minyak masak (untuk menggoreng)

Mushroom Sauce:
Mushroom Soup (cara shortcut)
Garlic (dicincang)
Kicap Pekat
Kicap Manis
Cendawan Butang (tin) - dihiris menjadi kepingan

Cara-cara (ayam):
1. Panaskan minyak.
2. Take the deboned chicken... golekkan pada tepung gandum.
3. Celupkan pula di dalam telur.
4. Golekkan pula pada breadcrumbs.
5. Goreng ayam di dalam minyak yang betul-betul panas. Balik-balikkan ayam tadi sehingga warna emas kekuningan.
6. Angkat dan letakkan di dalam serving plate.

Cara-cara (mushroom sauce):
1. Masukkan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Jangan sampai hangus tau.
3. Masukkan 1 cawan air panas mendidih.
4. Masukkan mushroom soup dan gaul sebati. Biarkan mendidih.
5. Masukkan cendawan butang dan gaul sebati. Diikuti dengan kicap pekat dan kicap manis. Gaul lagi.
6. Sedia di hidang. Tuangkan ke atas ayam...

Tadaaaa... dah jadi dah chicken chop... Bolehlah dihidangkan bersama coleslaw, kentang goreng dan mashed potato... atau apa-apa je yang anda suka.

p/s: Maaf lah.. resepi ni tak ada bagi tau bape sudu secara detail... sebab saya masak main agak-agak jek. Hehehehe... Good Luck... Semoga berjaya...

XOXO,




Mushroom chicken chop

2 weeks ago... I was craving for chicken chop... asyik nak makan chicken chop jek... parah la kan kalau asyik nak order chicken chop kat luar. Finally, saya belajar buat chiken chop dari adik ipar saya.... alhamdulillah berjaya....
Tadaaaaa..... mushroom chicken chop.... yummy


03 October, 2012

Diet for Kidney Patient

03 October, 2012
Salam... semoga anda semua di dalam lindungan Allah s.w.t. Alhamdulillah... syukur alhamdulillah. Ramai orang-orang di sekeliling saya yang mengambil berat, bertanya khabar malah saya terima panggilan telefon bertalu-talu bertanyakan keadaan suami saya. Alhamdulillah, dia seperti biasa. Menjalani kehidupan seperti kita semua. Ada yang berkata... "owh kalau macam tu tak la teruk sangat ye.." Alhamdulillah... dia masih boleh bebas bergerak. Tidak la hanya berbaring seperti sangkaan anda. Mungkin di situlah kelebihan yang Allah beri pada suami saya. Kerana rata-rata bagi pesakit peringkat akhir buah pinggang, amnya akan bengkak-bengkak seluruh badan, muntah-muntah, kerap sesak nafas, mudah demam dan cepat penat. Doktor juga agak terkejut kerana suami saya tak ada simptom-simptom tersebut melainkan... dia cepat penat. 

Atas dasar itu jugalah doktor menasihatkan agar dia segera dimasukkan ke wad bagi memulakan dialysis sebelum tercetusnya tanda-tanda yang lebih kronik dan untuk mengelakkan jangkitan pada bahagian lain seperti hempedu, hati dan sebagainya. Oleh yang demikian, diet pemakanan juga haruslah di ambil serius. Mengikut cerita-cerita dari kenalan-kenalan rapat.. ada sesetengah kidney patient yang sudah memasang tapak bagi rawatan dialysis masih bebas dari mesin dialysis itu sendiri. The key is... kawalan makanan. I have to do my job here... to make sure husband saya makan makanan yang baik untuk buah pinggangnya. Makanan yang terlebih protein perlulah di kurangkan.

Memandangkan darahnya akan diambil sebelum warded, saya perlu memastikan makanan yang diambil adalah baik dan sihat. Mudah-mudahan result darahnya nanti ada menurunan dan memberikan result yang lebih positif. Islam sendiri mengajar kita untuk tidak berputus asa... Nabi Muhammad s.a.w. ada berpesan... "Tanamlah benih pokok, meskipun esok adalah hari Qiamat". Manalah tahu, kalau Allah nak maqbulkan doa kami nanti... mungkin akan ada berita gembira. InsyaAllah.

So now, looking at the diet garam kene kurang, tomato, sos tiram, seafood tak boleh makan. Saya pun join berdiet sekali. Kan saya ada misi nak kurus... So, elok untuk saya juga ni. Oh ya, to all my blog readers I really looking for info on how to do the transplant surgery in China. How's the procedure, cost, pre checking, follow up checking after transplant and so on... If you have any, I would really thankful if you can share with me. We are considering this option as well.

Okay, will continue later. InsyaAllah.

‎" Ya Allah, berikan kami kekuatan dalam ujian yang Engkau rencanakan untuk kami. Berikan kami kesabaran dan kuatkan iman serta hati kami. Dengan rasa rendah diri, aku bermohon kepadaMu Ya Allah, sembuhkanlah suamiku. Sesungguhnya, hanya dengan keajaibanMu dia dapat disembuhkan. Dan sesungguhnya, tiada yang mustahil dengan kekuasaanMu. Berikan kami petunjuk dan lorongkanlah jalan yang terbaik untuk kami. Bantulah kami Ya Allah. Amin "


XOXO,


25 September, 2012

Boolat

25 September, 2012
Ekoran dari gambar-gambar yang saya upload semasa bercuti ke Cameron Highlands, ramai yang menegur saya semakin sihat... semakin bulat... semakin berisi... Tak kurang yang bertanya saya dah pregnant ke?

Hurm.... terkebil-kebil saya dengar soalan yang bertalu-talu ni... Btw, peringatan kepada mereka yang belum berkahwin.... Setelah anda berkahwin, penambahan berat badan tanpa anda sedari berkemungkinan besar akan terjadi. Dan rata-ratanya begitu...

Ada banyak faktor kenapa berat badan boleh naik dan membuatkan anda terus mem'boolat' :

1) Setelah berumahtangga, kekerapan memasak di rumah menjadi lebih tinggi berbanding hidup single. Bermacam-macam menu anda akan cuba sajikan untuk suami...

2) Walaupun niat anda masak pelbagai menu untuk menarik hati suami dan konon-konon tak nak makan banyak sangat, anda akan kecundang juga kerana tanpa anda sedari anda dah makan 2 pinggan kerana seronok makan ada teman sambil berbual pot pet pot pet....

3) Kekerapan anda menziarahi kaum keluarga juga meningkat ekoran rumahtangga yang baru dibina. Maka tentu sekali akan membuatkan anda makan dan makan dan terus makan sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara..

4) Apabila tiba musin perayaan seperti hari raya, anda akan makan berganda-ganda sebab ada ramai sedara mara yang perlu dilawati.. Kalau tak melawat kang kompem ada suara-suara begini... "Pengantin baru tak ada pun nak menjengah ke sini"... dan macam-macam bunyi lagi...

5) Apabila anda sedar badan semakin naik, dan cuba untuk berdiet, dan menanam azam untuk tidak makan pada kuantiti yang banyak, suami pula suruh abiskan makanan yang ada.. dia kata.. "ala sikit je lagi tu.. abiskan la.. sayang makanan".. maka anda pun makan...

6) Setelah mendirikan rumahtangga, perasaan anda menjadi gembira. Maka hormon-horman gembira bertebangan riang dalam diri dan membuatkan anda berselera dari segala segi... Ekoran dari itu, berat badan anda mudah sekali bertambah tanpa ragu ragu...

Oleh yang demikian, berhati-hatilah wahai rakan-rakan yang masih belum berkahwin... Tanpa anda sedari, berat badan akan bertambah... tak percaya? Selamat mencuba...

XOXO,

24 September, 2012

Cameron Highlands - Part 2

24 September, 2012
sambungan dari entry lepas....














Photo ni ada sorg workes kat ladang strawberry ni ambilkan. 
He said "let me take your photo together, romantic like Bollywood"... hehehe

Shoot 2

Shoot 3

Shoot 4

































-The End-

... till my next post.

XOXO,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014