SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

31 December, 2012

Madu & Habbatussauda

31 December, 2012
Okay, seperti dijanjikan saya ada tips untuk dikongsikan bersama. I've been amalkan this method for a few months, alhamdulillah... ada menampakkan perubahan dan keberkesanan. Suami saya pun amalkan memakan madu. Dulu dia selalu sakit-sakit kaki, now alhamdulillah dah tak de sakit kaki. Nampak lah perubahannya. Ianya mrupakan satu makanan kesihatan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Bahan-bahannya mudah saja... 

1 sudu kecil Madu Asli
Secubit serbuk kayu manis (cinnamon powder)


Secubit biji Habatussauda


Setengah gelas air suam

Campurkan 3 bahan iaitu madu, serbuk kayu manis dan biji habatussauda ke dalam setengah gelas air suam. Kacau rata dan amalkan meminumnya 2 kali sehari. Sekali di pagi hari tatkala anda bangun dari tidur dan sebelum anda makan apa-apa... which means, this drink is the first you take each every morning. Dan skali lagi, sebelum anda tidur. 2 times a day... Amalakan dan insyaAllah anda akan nampakkan hasil.

Setiap apa pun makanan atau petua yang anda amalkan, yakinlah dan hanya dengan izin Allah ia akan berkesan.   


Nabi muhammad s.a.w berkata "makanlah hebbatus kerana ia dapat menyembuhkan segala macam penyakit kecuali MAUT"

"Hendaklah kamu menggunakan habbatus sauda' kerana padanya terdapat penyembuhan daripada sebarang penyakit kecuali al-Sam iaitu maut" (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah, at-Trimizi dan Ibn Hibban)
"Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati ",(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. Rasululloh SAW bersabda :" Dalam Habbatus Sauda ada obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz." [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, Rasululloh SAW bersabda : " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian". [HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu 'anhu, Rasululloh SAW bersabda : "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)" [HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'. Hadits no. 2215]



Sebelum kita melabuhkan tirai 2012, saya ingin memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata saya yang mengguris hati anda secara sedar atau tidak. Maaf kepada pembaca blog saya yang tidak berpuas hati kerana saya kurang menulis kebelakangan ini. Faktor kesibukan membataskan segalanya. InsyaAllah saya akan lebih banyak menulis di tahun 2013. InsyaAllah. Akan berkongsi lebih banyak perkara ilmiah yang InsyaAllah berguna untuk kita semua. 

Last but not least, jauhi sambutan  tahun baru yang berteatangan dengan ajaran Islam. Didiklah diri kita sendiri sebelum kita mendidik anak-anak. Jangan nanti bila kita tua, anak-anak kuat berhibur kita salahkan mereka. Lebih baik sambutan tahun baru ini di sambut rapi dengan mengisi ilmu di dada dengan pengetahuan agama dan suapkanlah iman kita dengan makanan yang baik. Fireworks is nice tetapi ianya membazir. Lebih baik ia disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Ingat ye... membazir itu amalan syaitan. MasyaAllah.

XOXO,


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014