SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

25 September, 2012

Boolat

25 September, 2012
Ekoran dari gambar-gambar yang saya upload semasa bercuti ke Cameron Highlands, ramai yang menegur saya semakin sihat... semakin bulat... semakin berisi... Tak kurang yang bertanya saya dah pregnant ke?

Hurm.... terkebil-kebil saya dengar soalan yang bertalu-talu ni... Btw, peringatan kepada mereka yang belum berkahwin.... Setelah anda berkahwin, penambahan berat badan tanpa anda sedari berkemungkinan besar akan terjadi. Dan rata-ratanya begitu...

Ada banyak faktor kenapa berat badan boleh naik dan membuatkan anda terus mem'boolat' :

1) Setelah berumahtangga, kekerapan memasak di rumah menjadi lebih tinggi berbanding hidup single. Bermacam-macam menu anda akan cuba sajikan untuk suami...

2) Walaupun niat anda masak pelbagai menu untuk menarik hati suami dan konon-konon tak nak makan banyak sangat, anda akan kecundang juga kerana tanpa anda sedari anda dah makan 2 pinggan kerana seronok makan ada teman sambil berbual pot pet pot pet....

3) Kekerapan anda menziarahi kaum keluarga juga meningkat ekoran rumahtangga yang baru dibina. Maka tentu sekali akan membuatkan anda makan dan makan dan terus makan sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara..

4) Apabila tiba musin perayaan seperti hari raya, anda akan makan berganda-ganda sebab ada ramai sedara mara yang perlu dilawati.. Kalau tak melawat kang kompem ada suara-suara begini... "Pengantin baru tak ada pun nak menjengah ke sini"... dan macam-macam bunyi lagi...

5) Apabila anda sedar badan semakin naik, dan cuba untuk berdiet, dan menanam azam untuk tidak makan pada kuantiti yang banyak, suami pula suruh abiskan makanan yang ada.. dia kata.. "ala sikit je lagi tu.. abiskan la.. sayang makanan".. maka anda pun makan...

6) Setelah mendirikan rumahtangga, perasaan anda menjadi gembira. Maka hormon-horman gembira bertebangan riang dalam diri dan membuatkan anda berselera dari segala segi... Ekoran dari itu, berat badan anda mudah sekali bertambah tanpa ragu ragu...

Oleh yang demikian, berhati-hatilah wahai rakan-rakan yang masih belum berkahwin... Tanpa anda sedari, berat badan akan bertambah... tak percaya? Selamat mencuba...

XOXO,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014