Hai hai semua. Lama tak membebel kan. Alhamdulillah bisnes macaron agak bagus. Semua order dah delivered. Cuma ada satu lagi order yang belum diselesaikan. Masalahnya.. well tak la masalah sangat tapi masalahnya pelanggan saya minta saya bawa pulang ke kampung untuk deliver pada dia bila saya pulang. Apa yang jadi masalah sangat ni? Ermm... saya pun tak sure bila boleh balik memandangkan plan asal untuk pulang pada cuti Maal Hijrah terpaksa di batalkan sebab my dearly sister are coming to KL. Rasa bersalah ni tapi I must find a time to go back. The prob is... when???? Naik bas??? Malasnya naik bas... Hurm...
Ada banyak benda nak di share kat sini. Banyak perkara yang terjadi lately sehingga saya kekurangan masa untuk diri sendiri. Kurang masa untuk saya mengadu pada Dia sebagaimana malam-malam yang lalu. Saya suka menangis dan berkongsi suka duka pada Dia Yang Esa. Hati terasa sangat tenang. SubhanAllah. Btw, here is the update:
#1 - Keretaku dilanggar
What? Kereta kene langgar? Yes!!! Kereta saya kene langgar! Baru ambil 13 hari Dahlia di langgar dari tepi. Dahlia? Siapa Dahlia? Hehehe... Ni nama kereta saya. Tapi apa pasal nak letak nama Dahlia kan? Eh biar la... Suka kita la nak letak nama apa. She's mine! Ish.... Huhu. Anyway, back to the story... One fine day, I went to bakery supplier shop untuk membeli barang. So, bila selesai semua saya pun memandu semula kereta nak balik office since I went there time lunch. Ada satu simpang kecil di sebelah kanan. Sedang saya menyusuri jalan raya dengan ayu, tiba-tiba ada sebuah Saga yang keluar dari simpang... terus merempuh kereta saya. BOOM!!!! aduh... terguris hati... pilu... hampa... lebih hampa dari putus cinta.
Tanpa berlengah saya terus turunkan cermin and shout to him. Mula-mula he said sorry then saya pon ketepikan kereta and turun. Tapi pintu tak boleh bukak sabab dah tersangkut. Sad. But then, berjaya jugaklah keluar. Dan bila saya dan turun...
Me : Ni ape cite ni? Pasal u main keluar je?
Him : Sorry la. Tapi u la... laju sangat. (he seems wanna blame me)
Me : Saya laju? Saya tak laju. And itu main road. Jalan saya. Awak yang tak berhenti!
Him : Tapi u yang laju sangat.
(amboi... kemain lagi nak salahkan orang)
Me : Excuse me! U nampak tak line putih atas jalan ni (sambil tunjuk). Ni line apa? Line berhenti kan? So u la yang salah sebab u terus keluar and tak berhenti.
(ko ingat mentang-mentang aku perempuan ko bole tipu? NOT ME DUDE!!!)
Him : Erm... tapi awak pun laju sangat. (nak jugak tu salahkan)
Me : So skang macam mana? Awak kene ganti rugi la. Saya baru je amik kereta ni. Atau nak buat report?
pot pet pot pet... pot pet pot pet... akhirnya that guy nak sattle luar and he said he will pay for everything.
Alhamdulillah, my car is back to normal. Hurm ^_^... tapi hati tetap terguris...
#2 - BeBo dah baligh
BeBo ni terlebih manja gamaknya. Kalau toilet bergerak dia full dengan poo poo, dia rela tahan dari masuk ke dalam tu. "Never ever ok! I'm a clean guy" said BeBo. So, di suatu hari yang hening, saya mengemas rumah dan tak perasan pintu cage ke toilet BeBo tertutup lalu BeBo terkucil tanpa dapat dikawal lagi kat atas beg plastik. Alamak. Lalu, memandangkan dia seperti dah mark kawasan territory dia... saya pon cepat-cepat la hantar BeBo pergi neuter. I left BeBo there for 3 days and alhamdulillah dia dah selamat di operate. Tertanya-tanya juga macam mana vet buat dan saya pun google. Rupanya, ada satu kantung/kelenjar yang menghasilkan benih di dalam telur kucing. So, bahagian inilah yang dibelah dan dikeluarkan kelenjarnya.
So lepas ni, tak adalah baka BeBo. What to do.. I only love BeBo. 3 hari BeBo tak ada... saya yang rasa tersangat sunyi. Dah biasa dia ada. Kalau saya mandi, dia tunggu depan toilet. Tiap-tiap hari saya nak bersiap pergi office, BeBo akan tunggu sambil tengok saya bersiap. Setiap hari jam 6 pagi kadang-kadang pukul 5 pagi, BeBo akan kejut minta makan dan kejut saya bangun subuh sekali. He is such a good boy. Then kadang-kadang saya tidur balik lepas solat subuh. (sungguh tak patut) And, BeBo akan kejut saya lagi around 7am sampai saya bangun. Bangun yang bukan sekadar celik mata. Tapi bangun dari katil dan ambil towel. Kalau setakat bangun celik mata.. BeBo akan mengiaw dan berpusing-pusing atas badan dan kepala saya sampai saya bangun dari katil. Hahaha. Dan BeBo tak pernah putus asa untuk kejut saya bangun dari tidur. How loyal he is. And he never fail to wake me up every single day.
Kalau BeBo ni orang, kiranya dah boleh la suruh dia pergi kedai beli barang. Contohnya boleh suruh dia pergi beli susu. Tapi nanti... suruh beli susu pekat dia gi beli susu cair. Bila bagi tahu ni salah ni.. BeBo mungkin jawab... "mana la orang tau. tengok dalam tin macam sama jek" Mungkin...
#3 - Went for Interview
Interview? Again? Well, saja je mencuba. Nak cuba kerjaya baru as a lecturer. Sebagai part time je pun. But masa interview tu tiba-tiba interviewer cakap nak full-time pula. Adoiyai.. So, I told them.. I'm only interested in part time. Not full-time and not even contract cause I love my current job and I never think to give up on in for the time being. Just not now.
And they said, if I can discuss with my boss about the contract option which is I have to spend 2 solid day for lecturing... they would be happy to hire me. Erm... that super difficult anyway. I don't think my boss will allow. So... kita lupakan sajalah hasrat nak jadi part-time lecturer tu. Maybe one day. InsyaALLAH.
Okay, cukup sampai di sini. Will post new entry soon. InsyaALLAH
xoxo,
No comments:
Post a Comment