SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

28 November, 2011

Maya

28 November, 2011
I visited my aunt's house. Actually it's family mertua abang saya. Saying goodbye to all my nieces since they are going back tomorrow. Masa saya nak pulang, I heard a voice of kitten. Saya intai bawah kereta my brother if there's a kitten since I parked behind my bro's car. Takut juga kalau-kalau terlanggar kucing tu nanti. Tapi tengok-tengok tak ada. Hati terdetik... Entah-entah dalam enjin kereta kot. So, saya beritahu abang saya and asked him to open up the engine boot.  Surprisingly... ada seekor anak kucing duduk dalam enjin tu. Mengigil. Saya angkat dia keluar dan letak di tepi. 

Lori dan kereta berdesup-desup di jalan depan. Anak kucing tu takut sangat dan dia berlari-lari tak ada arah tuju. Then dia lari masuk ke bawah kereta saya pula. Dia cuba masuk ke dalam enjin tapi saya sempat bunyikan alarm dan dia lari. Kemudian saya cuba cari kitten tu sebab rasa kasihan tapi tak jumpa. Puas kami cari keliling kereta tapi tak ada. Pelik juga sebab tadi dia mengigil takut.

Abang saya cakap... "dia dah lari kot. takpe la... dia dah selamat tu... dah boleh balik dah". Tapi hati saya masih tak sedap. Rasa dia seperti masih ada bawah kereta saya. Jadi saya hidupkan enjin dan biar enjin on lama.... Saya tekan pedal minyak supaya bunyi lebih kuat. Tiba-tiba abang saya ketuk tingkap kereta saya... He told me... "kucing tadi kat tayar belakang!"

MasyaALLAH... nasib baik saya tak jalan. Saya cepat-cepat matikan enjin dan tangkap kucing tu. Dia mengigil dan asyik menangis. Kesian sangat. Saya bawa dia pulang sebab takut dia mati. Memandangkan saya dah ada seekor kucing jantan.. Benjamin Borhan... dan housemate saya ada seekor kucing betina Puffyana Layolla... Agak sulit untuk saya adopt lagi seekor. Maka saya perlukan bantuan dan ihsan kawan-kawan semua. 




Hai. Nama saya Maya. Saya anak kucing yatim piatu.
Saya takut jalan sorang-sorang. Kereta, lori, motor... semuanya sangat besar. 
Saya takut. Tolonglah saya. Saya perlukan perlindungan. 
Ada tak sesiapa yang sudi menjaga saya? *_*

Kepada kawan-kawan sekalian, blogger-blogger dan mereka yang terjumpe blog ini serta membaca entry ini... silalah fikirkan kebarangkalian untuk adopt anak kucing yang comel ini. Berwarna kuning putih. Breed campuran sebab bulu dia panjang. Saya namakan dia Maya untuk sementara waktu ini. Kalau sekalipun anda tak berminat nak adopt Maya, panjang-panjangkan lah berita ini dan bantu Maya. Maya perlukan keluarga. 

p/s: If interested please drop an email to syadester@gmail.com or for those who know my number... please SMS me. Thanks. =)

XOXO

My Family is Here

Actually, I was so pantang kalau ada cuti panjang. Memang diri ini tersangat taksub dengan kalender. Isnin ni cuti Maal Hijrah. I was planning to balik kampung la la la la... but the whole family pula nak datang ke KL. Maklumla... cuti sekolah. Maka, saya akur dan menunggu kedatangan mereka semua. Semalam, kami makan satu family di rumah saya.. Wanna know what I cooked for them? Not all saya masak... Masakan Gala-Gala... mak yang masak....

Pavlova
Chili Crab (mak masak)

 Sate Goreng (mak masak)

 Udang Kunyit

Aglio Olio Seafood 

Pavlova was too sweet. Next time kene kurangkan gula. Maklumla... my mum diabetic so she commented terlalu manis. Dia tak mampu nak makan. Boleh rasa sikit. Saya sendiri pun rasa pavlova ni tersangatlah manis. Nasib baik ada buah kiwi dan strawberry yang sedikit masam... meneutralkan semula rasa manis tu. But the texture was nice... macam marshmallow. Akan buat lagi dengan resepi olehan kurang manis. ^_^

The next day, I brought my neices mandi kolam kat bawah tu. Sukanya mereka... sampai kecut-kecut semua jari jemari but still... tak nak keluar dari kolam. Since my kakak attended her course, saya sajalah yang bawa budak-budak tu mandi kolam. Wanna know what? Most of them yang saya jumpa di kolam ingat dua budak kecil Betty dan Aleesya tu anak saya. Orang pertama yang saya jumpa... saya explain... ni bukan anak saya... anak sedara... kakak saya pergi kursus... bla bla bla... Orang kedua... saya masih mampu nak explain... masuk orang ketiga dan seterusnya... iyakan jek lah... Penat. Hehehe. 

Tapi yang kelakarnya... bila dan hujung2 berborak dengan ibu-ibu yang bawa anak-anak mereka mandi kolam... Mereka kata pada saya... "mudanya... anak dah dua" saya hanya tersenyum. Apa yang saya cerita ni nampak macam perasan sikit but... tak pe lah... nak cerita juga. 

XOXO

25 November, 2011

BeBo went to shower

25 November, 2011
Dah lama BeBo tak mandi. Dia busuk. But still he loves to baring dan bergolek on my bed macamlah dia wangi sangat. Selalu bergaduh dengan BeBo. Bila I asked him to turun.. dia buat muka paling comel sekali. Ishhhh.... Since BeBo dah 2 minggu selamat disunatkan... dan berbulan-bulan tak mandi... akhirnya BeBo went to shower today. Masa tengah mandi susah sangat nak ambil gambar dia. So after the shower and hair drying time! baru sempat nak snap... Part hair drying ni musuh ketat BeBo. Tak percaya??? 


Macam Puss in Boots tak? Hahahaha... He's so scared and stared at hair dryer

Actually masa hantar BeBo neuter I asked them to groom him as well. But they adviced to hold it until dia recover after neutered. Sebagai upah mandi, BeBo dapat 1 can of tuna and salmon. He was so happy after that. 

Anyway, it's not the end yet. Enjoy some photos of my darling pet, Benjamin Borhan a.k.a BeBo.

His favourite spot for hiding from all my nieces.

 Dia selalu perasan dia kecil dan suka sangat menyelit di celah-celah.

Handsome BeBo

'Kecil'lah sangattttt.... Ish... ish...ish...

Till then.

XOXO,


My Interior Project - 2


I supposed to post this picture together dengan kawan-kawan dia. Tapi tertinggal pula. And today terjumpa baru teringat untuk diupload and share with everyone. BTW, who said I'm addicted to PINK? I'm not... hehehehe

19 November, 2011

Another raining day in November

19 November, 2011
Early morning, I had my facial appointment in Mid Valley. Arrived around 10am.. parking dah mula berkurangan. Tapi bejaya jugalah dapatkan satu petak. Memanjakan diri until 12pm dan kemudian had lunch with my friend. Berborak dari satu topik ke satu topik dan kemudian tak sedar it's almost 3pm. Which i supposed to have another appointment with Proton. OMG.... Rushing punya rushing sampai tersalah jalan. Around 3.30pm able to reach there n settle my things dan pulang ke rumah.

Sedang lepak-lepak malas... hujan pun turun sehingga sekarang. Macam bestkan kalau minum teh panas bersama macaron. But stock macaron dah habis. Belum sempat nak buat yang baru. Next week. InsyaALLAH. Till then. Nak buat air teh panas. Erm...

p/s: time hujan macam ni memang best tidur. tapi, apa kata kita ubah cara... mensantaikan diri dengan segelas air panas... sambil tengok DVD. Chill.

xoxo,

18 November, 2011

Sweet November Rain

18 November, 2011
Its November. And it's almost raining everyday. Rasa macam syahdu sikit. Dan rasa sangat best berselimut dengan comforter. Since it's November and it's raining... Here is the theme of the month!

Sweet November... it's a romantic movie. I cried every time I watch it. Very sad.


November Rain... nostalgic song by Guns n' Roses

Till then.
XOXO

17 November, 2011

Hiking at Bukit Tabur

17 November, 2011
Last weekend, I went for hiking with my friends. 6 of us. Me, Cik Yam, Iza, Roza (Iza's friend), Wafiy and Adi. Dah almost a month I planned for this hiking activity and finally... dapat jugak pergi sebagaimana yang dijadualkan. Tak perlu nak cerita panjang. Let's have a look... the beauty of nature of Bukit Tabur... I'm amazed!... It's worth after almost giving up 3 times in a row. Lalalala...

Overall, Bukit Tabur ada 14 peaks and we kinda finish it by menawan about 11-12 peaks.. the rest.. dah tak larat nak panjat sebab kene turn back which is tak sanggup dah. By the way, Bukit Tabur is located at Taman Melawati, KL. Siapa kata udara kat KL semua tak boleh pakai? Bukit Tabur ada. 

For those yang pernah hiking ke Broga Hills... I have to tell you this. Its 10X harder than Broga. Kesukaran tahap hari panas adalah pada skala 3 tetapi memandangkan masa dah dekat 7th peak hujan turus... maka terus menaiktaraf kesukaran kepada tahap 5. Ahaks... And there's one big rock... very big... (tak sempat ambil gambar sebab kinda cuak).. kalau tergelincir dari that big rock.. tiada jaminan untuk hidup. Hurm... Sounds dangerous kan. So, kalau semangat tak kuat and stamina kurang tidak digalakkan mendaki Bukit Tabur ni. Cuba naik Broga 3 4 kali until u felt.. Alah Broga ok jek.. macam jogging track. Only then you are able to menakluki Bukit Tabur. Enough said... enjoy the photos!!!














-The End-

Pandangan Pertama

Layan lagu ni jap. Hehehe.. accidently I kept repeating to listen to this song whole day. Even when driving back from office. Hahaha.


Pandangan pertama
Awal aku berjumpa...

Nirina sangat cute tapi vocalist Slank rasa cam nak sepak jek... hahahaha sorry!

xoxo,


BeBo dah baligh

Hai hai semua. Lama tak membebel kan. Alhamdulillah bisnes macaron agak bagus. Semua order dah delivered. Cuma ada satu lagi order yang belum diselesaikan. Masalahnya.. well tak la masalah sangat tapi masalahnya pelanggan saya minta saya bawa pulang ke kampung untuk deliver pada dia bila saya pulang. Apa yang jadi masalah sangat ni? Ermm... saya pun tak sure bila boleh balik memandangkan plan asal untuk pulang pada cuti Maal Hijrah terpaksa di batalkan sebab my dearly sister are coming to KL. Rasa bersalah ni tapi I must find a time to go back. The prob is... when???? Naik bas??? Malasnya naik bas... Hurm...

Ada banyak benda nak di share kat sini. Banyak perkara yang terjadi lately sehingga saya kekurangan masa untuk diri sendiri. Kurang masa untuk saya mengadu pada Dia sebagaimana malam-malam yang lalu. Saya suka menangis dan berkongsi suka duka pada Dia Yang Esa. Hati terasa sangat tenang. SubhanAllah. Btw, here is the update:

#1 - Keretaku dilanggar
What? Kereta kene langgar? Yes!!! Kereta saya kene langgar! Baru ambil 13 hari Dahlia di langgar dari tepi. Dahlia? Siapa Dahlia? Hehehe... Ni nama kereta saya. Tapi apa pasal nak letak nama Dahlia kan? Eh biar la... Suka kita la nak letak nama apa. She's mine! Ish.... Huhu. Anyway, back to the story... One fine day, I went to bakery supplier shop untuk membeli barang. So, bila selesai semua saya pun memandu semula kereta nak balik office since I went there time lunch. Ada satu simpang kecil di sebelah kanan. Sedang saya menyusuri jalan raya dengan ayu, tiba-tiba ada sebuah Saga yang keluar dari simpang... terus merempuh kereta saya. BOOM!!!! aduh... terguris hati... pilu... hampa... lebih hampa dari putus cinta. 

Tanpa berlengah saya terus turunkan cermin and shout to him. Mula-mula he said sorry then saya pon ketepikan kereta and turun. Tapi pintu tak boleh bukak sabab dah tersangkut. Sad. But then, berjaya jugaklah keluar. Dan bila saya dan turun...

Me : Ni ape cite ni? Pasal u main keluar je?
Him : Sorry la. Tapi u la... laju sangat. (he seems wanna blame me)
Me : Saya laju? Saya tak laju. And itu main road. Jalan saya. Awak yang tak berhenti!
Him : Tapi u yang laju sangat. 
(amboi... kemain lagi nak salahkan orang)
Me : Excuse me! U nampak tak line putih atas jalan ni (sambil tunjuk). Ni line apa? Line berhenti kan? So u la yang salah sebab u terus keluar and tak berhenti.
(ko ingat mentang-mentang aku perempuan ko bole tipu? NOT ME DUDE!!!)
Him : Erm... tapi awak pun laju sangat. (nak jugak tu salahkan)
Me : So skang macam mana? Awak kene ganti rugi la. Saya baru je amik kereta ni. Atau nak buat report?

pot pet pot pet... pot pet pot pet... akhirnya that guy nak sattle luar and he said he will pay for everything.

Alhamdulillah, my car is back to normal. Hurm ^_^... tapi hati tetap terguris... 

#2 - BeBo dah baligh
BeBo ni terlebih manja gamaknya. Kalau toilet bergerak dia full dengan poo poo, dia rela tahan dari masuk ke dalam tu. "Never ever ok! I'm a clean guy" said BeBo. So, di suatu hari yang hening, saya mengemas rumah dan tak perasan pintu cage ke toilet BeBo tertutup lalu BeBo terkucil tanpa dapat dikawal lagi kat atas beg plastik. Alamak. Lalu, memandangkan dia seperti dah mark kawasan territory dia... saya pon cepat-cepat la hantar BeBo pergi neuter. I left BeBo there for 3 days and alhamdulillah dia dah selamat di operate. Tertanya-tanya juga macam mana vet buat dan saya pun google. Rupanya, ada satu kantung/kelenjar yang menghasilkan benih di dalam telur kucing. So, bahagian inilah yang dibelah dan dikeluarkan kelenjarnya.

So lepas ni, tak adalah baka BeBo. What to do.. I only love BeBo. 3 hari BeBo tak ada... saya yang rasa tersangat sunyi. Dah biasa dia ada. Kalau saya mandi, dia tunggu depan toilet. Tiap-tiap hari saya nak bersiap pergi office, BeBo akan tunggu sambil tengok saya bersiap. Setiap hari jam 6 pagi kadang-kadang pukul 5 pagi, BeBo akan kejut minta makan dan kejut saya bangun subuh sekali. He is such a good boy. Then kadang-kadang saya tidur balik lepas solat subuh. (sungguh tak patut) And, BeBo akan kejut saya lagi around 7am sampai saya bangun. Bangun yang bukan sekadar celik mata. Tapi bangun dari katil dan ambil towel. Kalau setakat bangun celik mata.. BeBo akan mengiaw dan berpusing-pusing atas badan dan kepala saya sampai saya bangun dari katil. Hahaha. Dan BeBo tak pernah putus asa untuk kejut saya bangun dari tidur. How loyal he is. And he never fail to wake me up every single day.

Kalau BeBo ni orang, kiranya dah boleh la suruh dia pergi kedai beli barang. Contohnya boleh suruh dia pergi beli susu. Tapi nanti... suruh beli susu pekat dia gi beli susu cair. Bila bagi tahu ni salah ni.. BeBo mungkin jawab... "mana la orang tau. tengok dalam tin macam sama jek" Mungkin...

#3 - Went for Interview
Interview? Again? Well, saja je mencuba. Nak cuba kerjaya baru as a lecturer. Sebagai part time je pun. But masa interview tu tiba-tiba interviewer cakap nak full-time pula. Adoiyai.. So, I told them.. I'm only interested in part time. Not full-time and not even contract cause I love my current job and I never think to give up on in for the time being. Just not now. 

And they said, if I can discuss with my boss about the contract option which is I have to spend 2 solid day for lecturing... they would be happy to hire me. Erm... that super difficult anyway. I don't think my boss will allow. So... kita lupakan sajalah hasrat nak jadi part-time lecturer tu. Maybe one day. InsyaALLAH.

Okay, cukup sampai di sini. Will post new entry soon. InsyaALLAH

xoxo,

09 November, 2011

Ketuhar ShaAz

09 November, 2011
Hello Hello.... Amacam cuti raya haji? Best tak? Banyak tak lembu-lembu di korbankan? Bestkan dapat makan daging korban. Boleh masak sate goreng... nyum nyum nyum... Sebut pasal makanan... ni ada satu berita tergempar nak share dengan korang semua. 

Dengan rasa berbesar hati dan rendah diri I nak bagitau uols... I dah launch satu blog baru yang menjual MACARON!!! Weee... bestnya... bestnya... bestkannnn. Nak beli kat luar mahal so korang bolehla cuba by place an order to me. Jangan risau... harga yang sangat berpatutan. Tempting tak tengok gambar kat bawah tu? Rasa gerammmm. Eeeeee... geram geram geram.

 Without filing sebab dan tak tahan tengok warnanya 
yang sungguh cute. Terus snap!

Click kat picture atas ni untuk ketahui lebih lanjut pasal macaron.di Ketuhar ShaAz Jom!!!!

p/s : ada hadiah untuk follower bertuah so... be my follower at Ketuhar ShaAz

XOXO,

04 November, 2011

Aidiladha

04 November, 2011
Last year, I celebrated my Aildiladha with my cousins and my aunty in KL. Sebab last year kan Aidiladha jatuh tengah minggu. Since, I worked in private sector maka cuti pun tak banyak. Bila dah hujung tahun tinggalah beberapa hari saja balance which I reserved for emergency case.

But this year, I'm going back home driving my new car. Weeee.. NEW CAR???? Yupp... it's a new car. I bought a new car. Lalalalala.... Ok ok.... sooooo bising rite. Macamlah orang lain tak ada kereta. Well, I'm just too happy since that car is 100% mine... using 100% my money without a help from my parent. Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me this chance. Furthermore, I GOT MY OWN NUMBER for my new car.... weeee.... I tendered the number for about 2 weeks in JPJ and finally approved by the Pengarah. Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga.

I got my car last Saturday. And my little VIVA was sent back home on last Sunday by my mom. To my sister, thank you so much for lending me the car for 1 year++. I've change a tyre for you anyway. I'm gonna miss u my little VIVA... sebab kamu sangat hebat, cool, can fit into small car park, minyak yang super jimat dan banyak lagi laaa... You are just too sexy Greeny.

Anyway, my new car is not a super hebat car. Not even imported car. Just a local car. I'm satisfied enough with it. Wish I can buy one but I have other things in planning for next year. So, I can't give high commitment just to pay for a car. Maklumlah... hidup bujang. Macam-macam kene fikir. Terlalu banyak agenda yang dirancang dan perlu dipastikan tercapai. Furthermore, I'm in plan for a big thing early next year. InsyaALLAH. It's not engagement or wedding ceremony. Not at all. But it's something bigger than that. My only dream for now. Semoga Allah memberkati dan memudahkan segalanya.

So, this evening I'm going back to my hometown di temani my BFF Cik Yam and my housemate Era. For sure jalan jammed kat highway but... what to do. We have no choice but to redah saja lah. High Castle!!!... I'm coming home! Oh chup..chup... mesti rasa macam nak tau what car I bought kan? And what's the number rite? Hehehe... Nanti kita sambung cerita lagi ok. Nak sambung bekerja and wrap the things before a long holiday.

p/s: I'm on leave next Tuesday  ^_^

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Jangan lupa puasa esok k!... walaupun hanya sunat dan tak wajib, inilah masanya kita top-up amalan dan mencari bonus-bonus pahala yang Allah hidangkan. Ganjaran berpuasa di hari Arafat adalah diampun kan dosa-dosa pada tahun sebelumnya dan tahun akan datang.

Sabda Rasulullah s.a.w: "3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kubur iaitu":-
1. Orang yang mati shahid
2. Orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang berpuasa di hari Arafah

XOXO,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014