SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

23 March, 2013

1st Anniversary

23 March, 2013

Hope it is not too late. Agak busy di pejabat baru. Hehehe...

Sekejap sungguh masa berlalu. Dah setahun rupanya saya bergelar isteri. Alhamdulillah. 12.3.2013 yang lalu... genap setahun perkahwinan kami.

I recieved a surprise from my husband... mana ada perempuan yang tak suka surprise yang sweet kan... especially on the big day.

Thank you for the sweet surprises dear...

04 March, 2013

Kisah seorang blogger Bvlgarigirl

04 March, 2013

Salam everyone. It's not too late for me to post this entry. Since I just recover about this story last week. While I was away in China, langsung tak berkesempatan nak meninjau salah satu blog wajib singgah iaitu blog Miss Arianna Melissa a.k.a Bvlgarigirl. What a surprise. Sejujurnya saya juga terkesan, rasa tertipu sebab cerita dia seperti sebuah kisah sebenar. Walaupun ada smells fishy sket.

Masa mula-mula saya  menjelajah ke blog gadis yang digambarkan cantik, berkulit putih gebu, berambut ikal mayang dan memiliki senyuman manis ini terlintas juga dibenak hati... cantik nama dia... macam nama dalam novel. ARIANNA MELISSA. Mesti mak dia suka baca novel and berkenan dengan watak dalam novel to.

From entries to entries sometime saya rasa macam dia buat magic..how come she is too energatic setelah penat terperangkap di dalam trafik yang menyesakkan di mid valley dan mampu mengambil Clara untuk bawa Clara keluar.

When goes into detail sometimes saya rasa ada maklumat yang kurang tepat diberikan tanpa dia sedar. Mungkin kurang buat homework. Like when she post about craving for olia she went to a restaurand and ate olio. But she said that is not the best one compared to what she had in Londok or UK. Well,if you are really a spegheti or pasta fanatic, u should know where is thier origin and where is the best place to get them. AM I TOO DETAIL?

When you want to create a story, make sure the detail itu di perhalusi sebagaimana Ben Afflect buat untuk filem ARGO.

Btw, saya tidak nafikan penulisan Arianna membuatkan kita rasa seronok membaca.  Dekat dihati. But whatis that all about when behind it is all a lie.

01 March, 2013

First day, new office but same job

01 March, 2013

Salam everyone. Salam hari Jumaat. Hari ini, hari pertama saya memulakan kerja di office baru. Bangun seawal jam 5.30 pagi dan harus keluar dari rumah seawal jam 6.30 pagi. OMG!!!... dah lama saya x keluar rumah seawal ini. Rasanya last masa zaman sekolah kot. 11 years ago I think. Mulai hari ini dan hari-hari seterusnya saya harus bangun awal untuk ke pejabat. Until when? Wallahualam. Office baru saya ditengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. So silalah imagine bagaimana saya harus keluar awal bagi mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang akhirnya akan menjadi penyebab saya datang lambat ke pejabat. Oh nooooo.... no no no.

Hari pertama di pejabat saya belum diberikan apa-apa kerja. Sekadar menyusun stationary yang baru diberikan dan menyusun perabot di tempat baru saya. Selesai semuanya saya meneruskan perjuangan Candy Crush Saga yang hampir ke penghujungnya. Mujur saya bawa tablet bersama. Tetapi, sejujurnya saya dah mula rasa mengantuk sekali kerana tempat saya agak gelap. Ada lampu yang tidak berfungsi. So, bila susana terlalu cozy ianya mengundang kepada perasaan mangantuk yang melampau. Maafkan saya. Tidak seharusnya mengantuk di hari pertama.

Oklah, saya nak mencari kerja yang boleh dibuat. Perasaan mengantuk ini harus dihalang agar ia tidak bermaharajalela.

Ttyl.

XOXO,

28 February, 2013

Last day

28 February, 2013

Sekejap saja masa berlalu. Masih segar diingatan tatkala hati kecewa lalu berpaling meletakkan jawatan di company terdahulu lalu meneruskan karier perjuangan saya di company lain. Pernah terlintas juga dihati ini untuk beralih arah ke bidang lain. Home business mungkin. Namun, saya sendiri tak mampu. Bila saya mula berjinak-jinak ke bidang lain, langkah saya serba tak kena. Dah seperti orang angau bercinta. Terasa asing dan sungguh tak lengkap bila sehari tak melihat drawing, melihat design dan site. Mungkin saya sudah ditakdirkan menjadi arkitek. Inilah saya. Inilah karier saya.

Selepas berkahwin, saya menyuarakan rasa hati untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berbisnes dari rumah. Masih mencuba. Namun suami kurang setuju, katanya kami berdua bukan orang senang. Tetapi ianya tidak mustahil. Hakikatnya, saya sendiri tidak bersedia.

Hari ini, hari terakhir saya bekerja disini. Hari terakhir saya berkhidmat sebagai arkitek di syarikat swasta ini. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sudah 2 tahun saya bekerja disini. Cepatnya 2 tahun. Rasanya, macam baru semalam saya mula bertugas disini. 2 tahun saya menjalani kehidupan dan karier sebagai arkitek tunggal wanita. Berperang dengan contractor yang degil dan client yang cerewet.

Esok saya akan memulakan kerjaya saya ditempat baru. Masih sebagai arkitek. Di mana? Saya akan beritahu esok. Wait ya....

27 February, 2013

Winter in Beijing

27 February, 2013
Salji pun dah cair... this photo was taken last January while both of us in Beijing... How I miss this moment. The truth is, saya sangan jakun dengan salji. Say whatever you want to say. I am jakun with snow. Indeed.




Oh... jakunnya...

XOXO,

Tenggelam Timbul

Salam everyone...dah terlalu lama saya tidak menulis. I was away last January until February... bersama-sama suami ke Beijing, China selama 3 minggu. Kami ada misi. Maaf saya tak dapat kongsikan misi yang kami lalui atas permintaan pihak-pihak yang perlu saya jaga sebaiknya. Terlalu banyak hati yang saya perlu ambil kira. 

Saya sedar, kekurangan saya menulis dan meng'update' membuatkan blog ini suam-suam kuku. Until I think about to close it down. Tutup je la... Tapi masih ada rasa sayang. Ada banyak memori-memori lalu yang tercatit sejarah dan liku-liku kehidupan saya yang hambar dan tak berapa menarik. But still, it records my life journey. Walau tidak semua tetapi masih ada segelintir darinya.

XOXO

06 January, 2013

Apam strawberry gebu

06 January, 2013

Salam semua, how's your weekend? Mine is just fine. By the way, since I didn't go anywhere, I tried a new recipe of Apam polkadot. But this time, i slightly change the appearence. Hehehe.... ok... let's have a look. It's look yummy to me and all my nieces shouted and keep asking me why I never make a piece. Macam mana la nak buat kan... this is my first time... hahaha... ok lah, cakap panjang-panjang pun tak seronok... enjoy the pictures....

XOXO,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014