SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

28 February, 2013

Last day

28 February, 2013

Sekejap saja masa berlalu. Masih segar diingatan tatkala hati kecewa lalu berpaling meletakkan jawatan di company terdahulu lalu meneruskan karier perjuangan saya di company lain. Pernah terlintas juga dihati ini untuk beralih arah ke bidang lain. Home business mungkin. Namun, saya sendiri tak mampu. Bila saya mula berjinak-jinak ke bidang lain, langkah saya serba tak kena. Dah seperti orang angau bercinta. Terasa asing dan sungguh tak lengkap bila sehari tak melihat drawing, melihat design dan site. Mungkin saya sudah ditakdirkan menjadi arkitek. Inilah saya. Inilah karier saya.

Selepas berkahwin, saya menyuarakan rasa hati untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berbisnes dari rumah. Masih mencuba. Namun suami kurang setuju, katanya kami berdua bukan orang senang. Tetapi ianya tidak mustahil. Hakikatnya, saya sendiri tidak bersedia.

Hari ini, hari terakhir saya bekerja disini. Hari terakhir saya berkhidmat sebagai arkitek di syarikat swasta ini. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sudah 2 tahun saya bekerja disini. Cepatnya 2 tahun. Rasanya, macam baru semalam saya mula bertugas disini. 2 tahun saya menjalani kehidupan dan karier sebagai arkitek tunggal wanita. Berperang dengan contractor yang degil dan client yang cerewet.

Esok saya akan memulakan kerjaya saya ditempat baru. Masih sebagai arkitek. Di mana? Saya akan beritahu esok. Wait ya....

27 February, 2013

Winter in Beijing

27 February, 2013
Salji pun dah cair... this photo was taken last January while both of us in Beijing... How I miss this moment. The truth is, saya sangan jakun dengan salji. Say whatever you want to say. I am jakun with snow. Indeed.




Oh... jakunnya...

XOXO,

Tenggelam Timbul

Salam everyone...dah terlalu lama saya tidak menulis. I was away last January until February... bersama-sama suami ke Beijing, China selama 3 minggu. Kami ada misi. Maaf saya tak dapat kongsikan misi yang kami lalui atas permintaan pihak-pihak yang perlu saya jaga sebaiknya. Terlalu banyak hati yang saya perlu ambil kira. 

Saya sedar, kekurangan saya menulis dan meng'update' membuatkan blog ini suam-suam kuku. Until I think about to close it down. Tutup je la... Tapi masih ada rasa sayang. Ada banyak memori-memori lalu yang tercatit sejarah dan liku-liku kehidupan saya yang hambar dan tak berapa menarik. But still, it records my life journey. Walau tidak semua tetapi masih ada segelintir darinya.

XOXO

06 January, 2013

Apam strawberry gebu

06 January, 2013

Salam semua, how's your weekend? Mine is just fine. By the way, since I didn't go anywhere, I tried a new recipe of Apam polkadot. But this time, i slightly change the appearence. Hehehe.... ok... let's have a look. It's look yummy to me and all my nieces shouted and keep asking me why I never make a piece. Macam mana la nak buat kan... this is my first time... hahaha... ok lah, cakap panjang-panjang pun tak seronok... enjoy the pictures....

XOXO,

04 January, 2013

Dinner by... Mr. H

04 January, 2013

Salam, i suppose to post this entry last night but it happens I can't stop playing Candy Crush Saga... ya Allah, addictive sungguh game tu. Btw, semalam my husband prepared a dinner for us... alhamdulillah... sedap..

XOXO!

Candy is addictive

Salam semua, how's your day? How's your beginning of 2013? Adakah seperti diharapkan? Atau tak berapa sihat? Jangan sedih ok.. Segalah musibah adalah kifarah. Jadi nothing to worries, your life is going to be just fine. InsyaAllah.

Btw, hari ini saya nak share pasal satu game. Nama dia Candy Crush Saga... Nama memang macam comel-comel sikit tapi.... be prepared.. this game is extremely addictive. Ok.. kalau korang pernah main Bejeweled, game lebih kurang sama konsepnya. Yang berbeza dia ada effect power yang 'WOW' dan the best part is boleh connect dengan facebook. Don't get me wrong... I know the notification is really annoying right. This game bukan bagi notification ajak join or whatever.. Tapi fungsi facebook dalam game ini adalah untuk mintak nyawa dengan kawan-kawan dan mintak tiket untuk proceed next level.


Cerita panjang-panjang pun tak guna... why don't you try download and start the game. You can straight away download the game from google play for your android atau boleh main di facebook. You choose your way. Nantikan, masa korang main sure akan rasa macam nak makan candy.. geram..... My hubby pun dah jangkit main game ni... He also felt like eating all those candy... hahahaha... funny.


Sweet!.... Tasty!.... Divine!....



Happy Candy Crush!!!!


XOXO,

02 January, 2013

2013... Happy New Year

02 January, 2013

Salam,

Selamat tahun baru... it's 2013... Ya Allah... cepatnye masa berlalu... rasanya mcm baru je sambut 2012... amboi amboi... kemain lagi ye... dah 2013 dah... wake up, wake up... stop dreaming. Well, how can I forget 2012? Terlalu banyak kenangan indah yang tak mungkin saya lupakan. Tak kurang juga cabaran dan dugaan yang datang dalam tahun 2012.

Moga-moga 2013 akan memberikan lembaran yang lebih bermakna, kesihatan yang lebih baik terutamanya untuk my hubby. We are counting days... for the next step. Ya Allah, pemudahkanlah urusan kami dan berikanlah kesihatan yang baik untuk suamiku. Sembuhkanlah dia...

And hopefully, this 2013 will bring more happiness to everyone... Palestine may be free from Israel. Dalam apa jua perkara... ingatlah saudara kita di sana... Pray for them. Sama-sama kita berdoa agar mereka selamat dan bebas. Doa adalah senjata terhebat. Amiin...

XOXO!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014