SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

20 September, 2012

Cameron Highlands - Part 1

20 September, 2012
Salam to all my blog readers. How's ur day? Keje semua ok? Mine? Not so good for the time being. I'm trying my best to get a new job. Susah kerja di small company ni. Boss suka2 hati pinda policy office. Ada banyak perkara yang buat saya kurang senang dan rasa semakin tidak bersemangat. So, since last weekend ada long holiday, me and my hubby went to a simple vacation at Cameron Highlands. We really wanted to go so somewhere else but malang sekali saya dah tak ada cuti. Kalau cuti jugak tolak gaji. There is no such thing as 'pinjam cuti tahun depan'. This term never applied in my current company. Tak syok kan?

Btw, i would like to share some photos taken during our pre-honeymoon. The beauty of Cameron Highlands. Kalau suruh saya pergi sana selalu pun saya rela. Siapa yang x suka dikelilingi kehijaun yang segar bugar, sayur2 yang rangup dan segar, tiada bahan pengawet, bunga-bungaan yang comel-comel belaka. What a healthy life. So much different from living in a hectic city like Kuala Lumpur.

Indahnya Cameron Highlands

Macam Dalan Avatar kan?

Under the arch of rainforest, Gunung Brinchang

Sg Palas BOH Centre

I LOVE GREEN

Lovey Dovey flower

Strawberry dan Orrange yang super manis

Lata Iskandar

Just Us

On our way back, sempat singgah Kelie's Castle

Alhamdulillah, cuaca yang baik. Hujan yang mencurah di bumi Cameron Highlands saat ketibaan kami disana menyumbang kepada kesejukan yang sejuk di pagi dan malam hari. Dah rasa macam kat Sana'a, Yaman pula. Hehehehe...

.... to be continue with pictures from my camera

p/s: sebelum terlupa, saya nak share my happiness. Saya dapat interview from SPA. Doakan kejayaan saya agar saya dapat menjawat jawatan yang ditawarkan itu. Thanks to all my lovely blog readers.

XOXO,

12 September, 2012

Pot Luck Riang Ria Raya

12 September, 2012
Salam everyone. It's been quite sometime I didn't update anything. Life's been busy and hectic. Hati pula tak berapa tenteram. And there's few other reason saya menyepikan diri, kurang menulis entry.
Sorry. But, I'm here to day to share a little story. Last weekend I hosted the raya pot luck day at my house. We have nasi impit, lemang, sambal kacang, chicken rendang, char kuey teaw, kuih tepung pelita, mini moist chocolate cake, summi jelly manis and many more....
Here the photos...






17 August, 2012

Salam Aidilfitri

17 August, 2012
Salam everyone,

First of all I would like to say sorry for all my wrong doings. Andai ada hati yang tersinggung dengan tulisan entry saya, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf. Sesungguhnya, tidak terlintas di hati ini untuk mengguris hati sesiapa yang membaca. Andai ada entry atau tulisan saya yang membawa kebaikan kepada anda semua, Alhamdulillah.

This is my first raya as a wife. Alhamdulillah, sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan atau gambarkan ianya satu kenyataan. Walaupun tahun lepas sering saya katakan pada mak... "Tahun depan saya kahwin". Dan pada ketika itu, tiada siapa yang saya rasa percaya lelaki itu akan menjadi suami saya sehinggalah lawatan saya ke bumi anbiya Februari lalu. Seperti cerita dongeng, saya kini dah berkahwin 5 bulan. Weeee.... Alhamdulillah.

Persiapan di rumah kami, tak banyak yang perlu dibuat memandangkan kami beru berpindah. So, sesi tukar langsir dah boleh skip. Hanya perlu kemas-kemaskan apa yang patut. Dan Ramadhan kali ini saya sedikit sedih sebab tak dapat memaksimakan masa untuk beramal lebih. Dek kerana kesibukan menyiapkan tempahan kuih raya, biskut raya dan macaron benar-benar membataskan segalanya. Walaupun saya tidak melakukan sebarang promosi untuk kek dan macaron, masih ada juga rakan-rakan yang sudi tempah dari saya. Terima kasih sangat-sangat. Macam tak percaya pun ada. Masih ada rezeki untuk saya. Alhamdulillah.

Tahun ni agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, Kalau tahun-tahun lepas baju raya saya kebiasaannya sekitar 5 - 7 pasang. Tahun ni memang pecah rekod. Saya tak beli langsung satu pun baju raya. Memandangkan saya membeli banyak jubah semasa ke Tanah Arab, saya kira-kira elok saya pakai saja jubah tu. Tak perlu membazir. Lagipun, jubah-jubah yang beli tu semua banyak yang saya tak pakai lagi. Ada rakan-rakan yang berkenan dengan jubah-jubah yang saya beli. Malah officemate saya yang chinese pun suka jubah yang saya pakai (juga beli di sana). Actually, saya ada satu plan about jubah. Ada rezeki InsyaAllah saya nak jual jubah-jubah dari Yemen. Sebab, jubah dari sana semua cantik-cantik belaka. InsyaAllah, tahun depan mungkin.

Esok, pagi saya akan pulang ke Johor. Daerah tercinta saya... High Castle. Sebuah daerah yang cukup simple dan mudah untuk bergerak. Tapi, di musim perayaan ni, daerah kecil itu akan bertukar sesak. Jangan tak percaya tau. Rasa tak sabar sangat nak balik ke kampung. 

Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf atas segala salah laku, salah kata kepada semua yang singgah dan membaca blog ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Salam Aidilfitri. Maaf zahir & Batin.

Ramadhan akan berlalu pergi,
Syawal pula akan mengganti,
Sepanjang saya menulis blog ini,
Ampun maaf atas kekhilafan diri.


p/s: Hati-hati memandu di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.


XOXO,


13 August, 2012

13 Cara Untuk Suami Melayan Isteri dan Cara Rasulullah SAW

13 August, 2012

Dalam membentuk keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak suami dan isteri (mungkin isteri-isteri) perlu memainkan peranan masing-masing. Disini saya kumpulkan beberapa cara yang saya ringkaskan dari pembacaan saya di internet.
  1. Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”
  2. Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)
  3. Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.
  4. Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.
  5. Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.
  6. Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.
  7. Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
  8. Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.
  9. Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.
  10. Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.
  11. Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.
  12. Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.
  13. Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.
Dipetik dari : peribadirasullah, Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran :
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali kerumah sesudah selesai sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
untuk dikongsi bersama... ^_^

XOXO,

03 August, 2012

Teh Sihat

03 August, 2012
Salam... how's your day? Puasa kali ini sememangnya bermakna untuk saya. Sebab ada tanggungjawab baru sebagai isteri. Alhamdulillah everything goes well. By the way, ramai yang menegur saya dan bertanya... saya dah pregnant ke? Sebab mereka kata saya semakin berisi. Oh My God... Even my mum pun cakap... Saya dah semakin berisi. Oh no.... Saya belum pregnant lagi... tapi dah makin berisi. Macam mana ni? Kalau nak ikutkan... saya makan pada kadar yang biasa seperti sebelum berkahwin. Cuma kadang-kadang terpaksa habiskan makanan takut hubby marah. He said.. orang-orang kat Somalia tu.. kebulur tak dapat makan.. so, don't waste the rezeki. Noted... Mungkin itu juga penyumbang kepada penambahan berat badan.

Semakin hari semakin risau.. malah, saya dah tak muat almost all of my seluar kerja. Sad... Kalau belum kahwin mungkin saya balun jek pakai... tapi dah kawin ni.. terasa segan pula nak pakai pakaian yang ketat sedikit. My husband pun tak izinkan. He said... jangan tambahkan dosa dan menyumbang tambahkan dosa kaum adam. Setuju sangat. Like I said early this year.. I want to be a better muslimah. InsyaAllah.

So, ada officemate saya ni... memperkenalkan saya 'Clenx Tea'. Teh herba yang membantu membuang toksin dalam badan dan memperbaiki sistem pencernaan. It is true I might have a digestion problem. Sebab, saya susah sangat nak buang air. So all the toksin menepu di dalam badan. Tak sihat... tak sihat... I tried lemon sebagaimana yang saya share few months ago. Memang berhasil cuma.. agak malas nak perah lemon every morning. Hehehe... So, amalan tu jadi tak konsisten.





Sebelum ni saya pernah minum teh orang kampung.. tak berapa memuaskan. Mungkin tak sesuai dengan saya. Kadang-kadang... lain orang lain kesannya. After kawan saya sarankan, saya pun pergi ke Guardian dan terus beli 'Clenx Tea'.

Saya cuba 'Clenx Tea' dah lebih seminggu, saya rasa sistem pencernaan saya bertambah baik. Nak kata dh kurus tu tipu lah. Dah turun la sikit. I need to continue drink this tea untuk kesan yang lebih baik. Kalau dh kurus nanti dah boleh la pakai seluar-seluar tu balik. Wish me luck. Kalau nak mencuba silakan.

XOXO,


27 July, 2012

Katil Baru

27 July, 2012
Salam. Sebelum saya pulang ke rumah untuk menyediakan juadah berbuka... ada satu story saya nak share....

Last few weeks, BeBo di hantar ke klinik untuk small surgery. Ada incident happened and he was injured. So, bila sampai di vet... perkara pertama yang doctor tu cakap... "He's young.. but he's big... He need to slim down to avoid other disease such as diabetic, high blood pressure etc.... Encourage him to exercise. Or put his food at higher place to force him to climb up."

Erm... BeBo overweight... Tapi nanti kalau kurus dia tak comel macam mana?

By the way, BeBo kena turunkan beratnya at least 3 kilo. Wow... banyaknya... Good luck BeBo.

So, sebagai memujuk BeBo dari injuries and surgery... BeBo dapat katil baru... from his Daddy... which is my darling husband of course. Thank you Daddy.

BeBo dan katilnya...


Menikmati keseronokan ada katil baru

Adik BeBo si Kiki tu jealous je sebab dia tak dapat katil. Selalu menyendeng nak tumpang tapi kene halau. Hehehehe.

XOXO,



Lemon Buttercream Macaron

Salam... for the last few weeks, saya busy dengan kerja dan juga busy berbaking. Ada tempahan yang harus saya siapkan. Alhamdulillah... masih ada yang sudi nak menempah macaron dengan saya. Terharu sangat. Malah saya bersyukur ada beberapa regular customer yang akan order terutamanya untuk tempahan hantaran. Thanks to all the support. 

Ni saya nak kongsikan hasilnya...

Tadaaaa

23 pcs of macaron. It supposed to be 24 pcs for this casing.. 
but I make it bigger this time to make it looks more yummy.


The close up... comel kan???

This one is special edition... mini macaron in special casing. 
You can choose the colour if you want.

Kalau ada sesiapa nak tempah dengan saya... jemputlah. Jangan segan-segan tau. Hehehe.

XOXO,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014