SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

26 April, 2012

I need my beautiful rest

26 April, 2012
Alhamdulillah I'm on leave until next week. And sudah selamat sampai di rumah dengan jayanya. It's time to give full concentration for my wedding reception this weekend. Tak sabar okay! And I'm nervous. Nervous bila memikirkan akan ada banyak mata melihat, nervous untuk senyum cantik sepanjang hari, and also nervous untuk duduk atas pelamin dengan anggun. Because... I'm kind of person yang tak boleh duduk diam. Never. Paling lama duduk dalam satu posisi kekal adalah kurang dari 5 minit. So, macam mana? And I also nervous kalau-kalau nak ke ladies masa tengah bersanding. Alahai... 

Tak pe... kene train my self for this few days. By the way, I'm also nervous, risau bila my eyes bengkak akibat infection of dust. Bila nak kelip mata terasa sakit. And I did went to the clinic and the doctor said... "kene makan antiboitik sampai habis and bengkak akan susut. Don't worry about your wedding. You will be fine"... InsyaAllah.

It's time to rest sekejap and mulakan berkemas. Later I need to go for lulur and put on the mask. For my Big day. InsyaAllah will post some pictures later. Need to go now. Till then.

XOXO,

24 April, 2012

Kenapa kita tak boleh LALAI dalam menunaikan solat?

24 April, 2012
I found this video... as a reminder to myself and to everyone as well. Don't neglect prayers, life is too short. Bila masuk waktu bersolatlah... Bersolatlah sebelum kamu disolatkan. Allah memberi kita kebebasan dalam memilih. Pilihlah jalan yang betul benar pada jalan Allah sebelum menyesal. Allahuakbar.

Pindah Rumah

Alhamdulillah, last weekend my plan to move into new house was accomplished. Saya sewa sebuah lori untuk angkat semua barang-barang saya. Ada washer machine, peti ais, almari, katil, meja, barang-barang dapur, cabinet dapur, my baking stuff and so on... banyak sungguh. Sakit pinggang dibuatnya.

Setelah penat lelah mengangkat barang, berjaya juga saya pindah ke rumah baru. Btw, nak cerita sikit ni. Tuan rumah saya tu kan... baik hati orangnya. Saya masuk awal, tapi dia tak charge pun. Saya message dia tanya, berapa perlu saya bayar sebab deposit dan sewa saya belum lagi bayar. Nak tau dia cakap apa? "Awak duduk je dulu rumah tu. Saya start kira bulan 5 nanti. Tak yah risau-risau. Yang penting jaga rumah tu elok-elok"... hehehe. Masa saya mula-mula nak sewa, saya tanya dia berapa deposit rumah. 2 bulan ke? Dia cakap... " tak payah la banyak-banyak... deposit sebulan cukup." Baik hati kan tuan rumah ni. Semoga Allah memberkati tuan rumah dan seisi keluarganya. Amin.

Saya sangat suka rumah baru saya sebab environment yang sangat santai dan sungguh privacy, ada cabinet dapur yang cantik, rumah yang sederhana saiznya dan mudah diuruskan. Alhamdulillah. So now, I'm officially move to a new house. Plan selepas ini... hias rumah. Jeng...jeng...jeng...

20 April, 2012

Darah Manis

20 April, 2012
Sama ada nak dekat-dekat bertunang or kahwin... istilah ini kerap kali kita dengar or kita relatekan dengan tuan badan. Since saya kecil, my mom keep saying istilah ini bila jumpa bakal pengantin or bakal tunangan. I don't really percaya in all this things.

Tapi ada satu cerita, seorang ustaz which is office sebelah my mom... meninggal akibat accident dalam perjalanan ke Johor Bahru atas urusan kerja. Dia menaiki motor dan sebuah lori terbabas lalu merempuh ustaz ni. Menurut my mom... ustaz ini bakal melangsungkan perkahwinannya beberapa minggu lagi. Apa boleh buat, Allah lebih menyayangi beliau. Even that happen saya masih tak percaya akan istilah darah manis ni. For me... itu semua ketentuan Allah... sudah qada' dan qadarnya begitu.

But lately, few thing happen on me. Membuakan saya have a second thought. Mungkin benar apa yang orang-orang tua ni cakap. Kereta saya accident lalu menjadi sandwich minggu lalu. Dan hari kejadian tu sememangnya saya sedikit resah. Namun, tuntutan kerjaya dan masa yang suntuk membataskan minda berfikir dengan lancar.
*gambar sekadar hiasan

And last nite, saya mencuci rumah baru bersama suami. Hampir siap dh actually. And FYI, i'm an expert in washing a house. Alhamdulillah. Selalu lah mencuci rumah ni. Sebab tolong nenek pindah rumah 3 kali, tolong abang pindah rumah dan beberapa kali pindah rumah. Due to that... even lantai licin, alhamdulillah saya boleh menjaga keselamatan diri dan tak ada sebarang kemalangan jatuh akibat lantai licin.

Nak di jadikan cerita, semalam tatkala hampir selesai membasuh rumah... simbahan terakhir nak membersihkan sabun di lantai, saya gagal. Sekelip mata saya terjatuh dan hampir-hampir terlentang. Sempat saya tahan dengan tangan tapi mungkin momentum terlalu kuat, tangan saya terasa sakit sekali. Pinggang terasa sangat sakit. Mungkin hentakan akibat jatuh tu kuat sangat. Saya risau dan terus menangis tanpa henti. Sakit sangat. And now, I'm still in pain. Betul kata orang, bakal pengantin ni berdarah manis. 

My mom called just now and saya beritahu dia. Dia risau sangat. InsyaAllah, kun faya kun. Allah akan melindungi saya. 

XOXO,

18 April, 2012

In Preparation Mode

18 April, 2012
Basically I have 9 days left. I have small ceremony on 28th April and the big one is on 29th April. Ya Allah suntuknya masa. Boleh tak nak pause sekejap? Tak boleh. Nak pindah rumah lagi. Aduhai. Sabar2... kene banyak-banyak sabar dan bertenang ni. 

Btw, for those yang nak datang ke majlis perkahwinan saya... amatlah dialu-alukan. Tema rasmi majlis perkahwinan saya adalah... GOLD. I just love GOLD. Tapi takkan semua pun nak pakai baju gold kan? Kang sama jek semua dalam gambar. 

Oleh yang demikian tema pakaian ada sedikit kelainan. Di alu-alukan tetamu yang hadir mengenakan pakaian dari warna pastel. Nak pilih apa-apa warna pon boleh asalkan plain + pastel. Sikit-sikit corak tak ada masalah. Boleh. Ingat tau... PLAIN + PASTEL. Pilih la dari scheme warna kegemaran anda sama ada hijau, pink, biru, ungu, kuning, kelabu, peach... apa apa lah.. asalkan pastel colour. Why I choose this colour scheme? Sebab... I'm kind of person yang tidak boleh tertakluk dengan satu warna sahaja. I find it boring personally. Masa pilih baju dan tema pelamin di bridal pun, I can't answer the question bila di tanya... "Pelamin nak tema warna apa?" Lama saya senyap... sudahnya saya jawab... nak warna warni boleh? Pening bridal tu. Tapi akhirnya saya pilih juga beberapa warna untuk di kombinasikan agar bersesuaian dengan tema majlis... GOLD!

Again, tema pakaian adalah PASTEL+PLAIN. Tau kan pastel colour tu apa? Ha... macam ni...


atau macam ni...


Namun begitu, bukan lah menjadi kewajipan untuk tetamu yang hadir nak pakai warna macam ini. Saya tak nak membebankan tetamu. Hadir ke majlis saya... sudah cukup menggembirakan saya.

Hantaran dan hiasan dewan masih dalam proses. Kalau boleh start minggu depan saya nak cuti. Tapi cuti dah habis... so tak boleh cuti lama-lama. Apa boleh buat. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik pada saya. InsyaAllah.

Flower girls saya ada 4 orang... semua pakai gaun pastel yang sama. Nasib baik jumpa baju sepadan saiz untuk budak-budak tu. And of course... flower girls adalah anak-anak buah saya... Mia, Nina, Betty dan anak pakcik saya (3 pupu saya).. tp dia kecil lagi. Sebaya betty. Yang bestnya... saya boleh panggil dia adik... dia panggil saya kakak... Wow... I terasa muda sekali. Hehehe.

Ada banyak lagi dalam progress iaitu bilik pengantin, meja resepsi dan sebagainya... juga arrangement music, aturan perjalanan majlis dan sebagainya dalam proses.

Btw, I'm so sorry because I can't share precisely on what I plan to do on my wedding day. Takut ada yang tak tercapai. Tapi InsyaAllah I will post the pictures later on. Wish me luck everyone.

Jumpa lagi... till my next post.

XOXO,

14 April, 2012

Extremely Busy

14 April, 2012
3 main things to do by end of month.... April

Task #1
Deadline of few project in the office... a lot of things to design and new scheme proposal + CCC for my current show room. Boss keep pushing me and I'm on pressure. Should I quit me job? Should I further study? Study where? Italy... I like it. Migrate to Italy? I will consider this and definitely my husband will agree with this idea. We both fall for Italy. Same interest.

Task #2
Move to new house. I'm going to move to a new house next Saturday. So need to pack all my thing. Banyak pula tu barang-barang. I have fridge, washer machine, set perabut, bla bla bla. Huh... so tiring but things need to keep going.

Task #3
Wedding Reception. Yes... I have 2 weeks to go. My mum keep calling more than 10 times everyday. Tanya itu ini... bla bla bla.. And since I'm far from her... lagi lah macam-macam tanya. I need to think for reception table, centrepiece, exclusive door gift and so on... I'm on pressure again.

Can you imagine? Doing 3 big things at the same time? I have 2 weeks left for all the deadline. I'm dead. Dengan ketiadaan kereta akibat accident... My car will he kept at Proton untuk dibaiki for at least 2 weeks. Super stress... Please.. don't put anymore pressure on me. Rasa nak pengsan dah ni.

XOXO,

13 April, 2012

My car was hit yesterday

13 April, 2012
This week was extremely busy. Schedule full dengan tentativ mencari barang for the wedding, hal pindah rumah and too many design to do for a few proposal and I'm sick of it. Penat dan terasa sangat-sangat stress. Since office was super busy dengan deadline yang killing me. Not just me, everyone in the office. Followed by majlis perkahwinan at the end of month, I get sensitive easily dan cepat sangat give up. Hal goodies and everything I just passed it to my sister. Alhamdulillah I have a sister that willing to take part.

So yesterday, during lunch hour I left alone in the office drafting a new apartment layout. The rest semua dah pergi lunch. I settled the layout and send it to my boss at 1.45pm. Then I went out nak pergi beli ticket balik kampung this weekend. Since the fuel was almost empty, maka nak singgah la ke ESSO which is located nearby the terminal. 

On my way to the ESSO, jalan lengan dan langsung tidak jammed. Pemanduan selesa dalam keadaan tenang. Tiba-tiba.... kereta depan break emergency dan STOP! kat tengah-tengah jalan. I press the break pedal but the the car behind can't stop his car lalu menghentam saya dan saya pon menggelungsur ke depan lalu tercium punggung kerete depan. And my car??? Become a sandwich. Tak sedap di makan dan tak sedap di lihat. Sudahnya buat report police dan panggil towing to send my car to the nearest PROTON dealer.

The supervisor there said... its gonna take roughly about 2 weeks untuk the car pulih. Which is right after my wedding day. Wahai keretaku sayang... berehatlah di dalam 'hospital' and come back to me again.

I was crying at the moment I called my husband to tell him. I realize when he told me.... "Tiada benda yang kekal di dunia ini. Either benda hidup atau mati, tidak akan kekal. Yang kekal hanya Allah"... Alhamdulillah I was fine. No injuries at all. Inilah ujian yang Allah nak beri after all the nikmat He gave me. Sebagai peringatan agar selalu ingat pada-Nya. Thank you Allah for loving me and giving me this test. Alhamdulillah.

XOXO,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014