SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

03 April, 2012

From Madinah to Makkah... where the story begins

03 April, 2012
Alhamdulillah. I'm able to continue the story. After 2 days in Sana'a we continued our journey to Madinah. Bertolak jam 8 pagi dan tiba di Jeddah kira-kira jam 2 petang. Berhenti solat dan berehat seketika. Perut ketika itu sangatlah lapar... but the main rule is... TAK BOLEH COMPLAIN. KENE SABAR.

After selesai solat dan puas menunggu, bas pun sampai dan kami bergerak ke Madinah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 8 jam. Seperti dari Johor ke Perak. Perjalanan panjang dan agak memenatkan dan kami tiba di Madinah jam 10 malam. 

Saat di dalam bas saya berselawat dan terus selawat ke atas Nabi junjungn... Nabi Muhammad s.a.w. Sedang saya berselawat, mutawif memberitahu Masjid Nabawi hadapan kami. Saya nampak kubah hijau itu. Tanpa saya sedar air mata saya mengalir. Seperti tidak percaya saya telah sampai ke Madinah. Menziarahi Nabi Muhammad s.a.w. 

"Barangsiapa yang menziarahi ketika aku meninggal dunia, sama seperti menziarahi aku ketika hidup,"

Selesai makan malam, kami membersihkan diri dan keluar mengunjungi Masjid Nabawi untuk pertama kalinya. Kaki saya menggigil, tubuh terasa sejuk. Berdebar. Setiap langkah say sulami dengan selawat ke atas Nabi Muhammas s.a.w. Tanpa saya sedar air mata saya mengalir. My mum and me ditemani 2 orang jemaah pasangan suami isteri masuk ke masjid dan bersolat. Hati terasa sangat-sangat tenang. Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. No words. Its a very beautiful feeling that I never felt before. Lebih indah dari jatuh cinta. Saya nampak jalan ke Raudhah tapi pintu masuk dah pun ditutup. Hanya pintu keluar.

Segera saya bersolat dan mengaji seketika. Tanpa saya sedar, jam sudah pun menunjukkan 1.30 pagi. Langsung tak rasa mengantuk. Saya terus ke kawasan pintu keluar dan meneguk air zam-zam sepuasnya. Kebetulan malam itu badan saya sedikit lemah dan selesema mula menyapa. Mungkin faktor cuaca yang agak sejuk masa tu. Sesudah air zam-zam saya teguk puas-puas badan terasa sangat segar. Alhamdulillah.

Masih cuba gagahkah diri saya pusing berjalan-jalan sekitar Masjid Nabawi dan melewati pintu masuk ke Makam Rasulullah s.a.w. Hati terasa sayu sekali. Rasa teramat sayang pada baginda Rasulullah s.a.w. Kira-kira jam 3.00 pagi barulah kami pulang berehat seketika.



 BIN DAWOOD ni adalah gedung membeli belah yang agak besar dan bermacam-macam di dalamnya. Ala-ala TESCO, GIANT atau MYDIN. Lebih kurang macam tu lah. Popular kat sana.


 Di taman inilah Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah pertama Islam. Taman ini teletak di sebelah kanan masjid Nabawi dan agak tersorok. 
 Masjid Quba'

After solat di Masjid Quba', saya terserempak dengan Ustaz Zawawi dan terus minta izin dia untuk bergambar. Hehehe.

 Inilah Jabal Uhud, lokasi Perang Uhud yang saat itu tentera Islam tewas. Hamzah bin Abu Mutalib, seorang panglima Islam meninggal disini dan dadanya ditebuk lalu hatinya dikunyah oleh Hint, isteri Abu Sufyan.

 Di bukit ini, 50 orang pasukan pemanah ditempatkan semasa Perang Uhud.

 Masjid Qiblatain atau Masjid dua Kiblat. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mengimamkan Solat Jumaat, turun wahyu memerintahkan baginda menukar kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram.




A few days in Madinah, he kept teman me and my mum where ever we go. He told me if I don't mind him accompany us. In Saudi, kalau ada lelaki bersama is better. Bukan apa.. naik teksi kalau perempuan sahaja bahaya tau. Nanti kene kidnap. Heee... So, it's my pleasure to have him around. Lagipun, he is kinda funny sometime.

Ditakdirkan, my rooms in Madinah ada washer machine. Alhamdulillah. So my mum asked me to asked him kalau-kalau dia nak tumpang basuh baju. Segan juga nak tanya tapi.. everyone pun tumpang basuh baju di bilik kami. Kemudahan dah ada... gunakan saja. So, he agreed dan dia pun segan nak cakap rupanya. Kebetulan after dia hantar baju... there was makcik which is also our jemaah berbual dengan dia di pintu utama bilik kami. I wasn't there and masuk bilik sekejap untuk ambil barang. Bila saya keluar semula, makcik tadi masih berdiri di pintu. I was just behind her and dia tak perasaan. and I heard she said to him... "Kalau dah suka, jangan tunggu lama-lama. Makcik doakan untuk kamu. Kat tempat suci ni. Ada jodoh, bahagia ke akhir hayat." Amboi makcik ni... seronok betul dia.

Bila makcik tu jalan, dia pusing kebelakang... haaaaa... terkejut makcik tengok saya kat belakang makcik... terus makcik tu cakap... "alamak... dengar pula" terus makcik tu jalan malu-malu. Aiseh... I just smiled at that time. He smiled also. He said sorry if what the makcik said makes me uncomfortable. The story begins and he kept accompany me and my mum. Everyday after breakfast he will text me..."So, apa plan hari ni? Nak ke mana? Can I follow u and ur mum?".

A few days in Madinah membuatkan kami rapat and ke mana pun kami pergi people keep questioning apa hubungan kami. Pak Arab kedai pun tanya.. Aiseh boleh tahan kepoci juga. But doa yang baik... apa salahnya kan? Alhamdulillah. Allah lebih mengetahui. 5 hari di Madinah benar-benar memberikan pengalaman baru pada saya dari segala sudut.

After 5 days in Madinah kami ke Makkah. Perjalanan yang agak jauh kira-kira 7 jam perjalanan. Bertolak selepas Zohor dan tiba di Makkah jam 10.00 malam. Kami terus makan malam, ke bilik sebentar dan segera ke Masjidil Haram bagi menunaikan umrah sambil dibimbing oleh mutawif. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah... "LabbaikAllahumalabbaik.... " Tubuh rasa mengigil dan sungguh berdebar. Kamu masuk dari Pintu 1 iaitu pintu utama. Perlahan-lahan kami masuk... dan saya lihat Kaabah dihadapan saya. SubhanAllah.. Alhamdulillah... Allahuakbar. Berderai air mata tak mampu saya tahan sehingga mereka yang lalu di tepi saya pandang tak berkelip. Its an amazing experience.

Selama ini saya bersolat menghadap kaabah... melihat sejadah yang ada gambar Kaabah. Dan hari ini saya lihat Kaabah megah berdiri di hadapan saya. Menakjubkan. Alhamdulillah... Allah memakbulkan doa saya, menerima saya menjadi tetamu-Nya.

Selain mengunjungi Masjidil Haram untuk solat berjemaah setiap waktu, saya sempat berjalan di sekitar Makkah sambil mencari souvenir untuk keluarga dan sahabat di tanah air. And as usual, Edwan will be with us most of the time. Until ada jemaah berkata... "Wan asyik jaga 2 jemaah je..." (sambil senyum senyum). Segan saya dibuatnya... tapi bukan saya yang paksa dia ikut.


 Jabal Nur at the back. Ada niat nak naik ke atas, ke Gua Hira'... insyaAllah.

 Jabal Rahmah

Ada funny story di Jabal Rahmah ni. Ada orang berkata... tulislah nama di atas batu di Jabal Rahmah. Mungkin akan jumpa jodoh kelak. Masa sampai di sini, my mum ikut naik. Tapi separuh jalan je. Tangga ada, tapi ramai sangat orang. So, I decided to climb up using the other way. Panjat batu and it was so interesting. Mini hiking di Jabal Rahmah. Di sebabkan I'm too active, my mum terus appointed Edwan our group leader which is my husband now to look after me. Mak risau. And he as well risau bila tengok saya pantas sangat panjat batu. Terus dia kejar dan ikut saya. Teman saya sampai ke atas. Bila sampai atas, saya pusing-pusing cari batu yang sesuai. He did asked me... "What are u looking for?" I said... "Batu... I wanna write something"... he replied... "May I have a look?"... I said "NO" dan terus ke tempat lain. Snap a few pictures around. He just smiled at me.

 I just test my luck here.




Kebetulan kaki dia sakit, he can't really walk and ada jemaah yang hadiahkan dia tongkat. But still, dia masih nak ikut my mum and me jalan-jalan. Dah kata jangan ikut.. he keep saying... "boleh... tak sakit pun. InsyaAllah".. Sungguh degil even I saw muka dia dah berkerut tahan sakit. Sudahnya... saya cakap saya penat, dah tak larat nak shopping... So kami balik hotel dan berehat. He kept saying this and this to me. So I also keep saying this and this... he should take care of his leg and so on. Advice him to go to clinic or nearest pharmacy to get a medicine.

At that moment, I do feel weird. Kenapa dia suka sangat follow us. Always tanya itu ini.. Maybe because we are the jemaah and he is the group leader. But I felt something different. Until one day (DAY 1) when I text him a caring message... he replied me... "Jangan la care sangat. I might feel "something"

I relied him... "Something good or something bad?"

Saat itu sungguh berdebar lalu saya terus ke masjid untuk bersolat. Selesai saya solat Zohor saya terima SMS dia...

"It depends. If u feel the same, its good. If not then its bad. At least for me"

Saya katakan pada dia... "I felt the same and alhamdulillah"

The next day (DAY 2), dia minta saya untuk turun ke cafe hotel. Ajak minum. Since I didn't do anything at that time I said yes. So we did a little chat about this and that until suddenly he asked me... where are we right now and what kind of relationship I want? I told him, I don't know the answer but if he is really sincere then he need to ask my mum for permission. And I did tell him I'm not interested for a long term relationship. Its suffering and I had enough before. He didn't question much and just smile.

Tiba-tiba dia tanya saya... "Kalau kita nikah here ok tak?"

"What??? That is sooo crazy." And I just laughed. Its like.. wooooow... biar betul!!!

He asked me again..."Are you that spontaneous?"

I just continue laughing.

Saya lihat jam, Zohor dah hampir. I make an excuse dan ke masjid. I did pesan him...
"Its Zohor time... lets Istikharah and see what is fated for us"

Saya dan mak ke masjid bersolat dan saya sempat beristikharah, bersolat hajat dan membaca surah kegemaran saya... Surah Muhammad. Setiap kali saya membaca surah ini, hati terasa lain sekali. Terasa tenang dan lembut.

Selesai Zohor, saya kembali ke hotel. Its lunch time. Tiba-tiba telefon berbunyi. Dia call saya. Nak jumpa. Ada hal penting katanya. Saya jumpa dia di hadapan hotel dan masa saya sampai... he smile at me. I smiled at him tapi entah kenapa hati sangat-sangat berdebar.

"Sorry panggil u tiba-tiba. I have someting to ask u"

"Its ok, I told my mum already I wanna meet you. She said ok. Anything? What is so urgent?"

"Norshahida... will you marry me? Will you marry me here. Lets get the baraqah and get married infront of Kaabah"

I was speechless. Tak terkata langsung. I'd never imagine someone will propose me like that. Never ever. And get married here? Ya Allah... its unbelievable. I took about 5 minutes to answer his question. Rasa macam dreaming. I smiled sambil main kunci tapi tak cakap apa-apa. Until he repeat his proposal line... "Will you marry me?"

After 5 minutes +... finally I said "Yes... I do" Dia senyum sampai telinga. We both smiled at each other. Terus saya call my dad asking for his permission. My sister was happy for me. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

That night, his cousins yang kebetulan ada di sana membawa jemaah-jemaah lain datang merisik. Segalanya sedang diaturkan dan InsyaAllah kami akan bernikah pada keesokan harinya.

DAY 3

Saya bangun awal pagi dan keluar bersama Mak untuk cri baju nikah. Alhamudulillah. kami jumpa baju nikah yang simple dan ringkas. Segalanya teratur dam dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Malam itu, tepat jam 11.00 malam waktu saudi which is 4.00 pagi waktu Malaysia, kami selamat diijabkabulkan. Sah menjadi pasangan suami isteri. Alhamdulillah.

Everything happen in 3 days. It is unbelievable but kun fayakun. Segalanya telah ditakdirkan. Alhamdulillah. The next day, we went for outing. Mini honeymoon. Kami berdua ke Jabal Nur dengan cita-cita nak mendaki. Namun, cuaca agak terik dan I decided to turn back. InsyaAllah ada rezeki akan sampai lagi ke Makkah dan insyaAllah akan ada peluang ke Gua Hira'. Since Jabal Rahmah is nearby, kami ke jabal Rahmah menaiku prebet sapu. Wanna know why we wanna go there again?


 I wrote his name below my name that I wrote on this big stone 2 days before.
Hehehe...



  This one... kereta prebet sapu tersangkut batu and can't move. It is a panic moment but it was cool. Hehehehe. I just love adventures.

Sampai berbaring driver Arab ni dengan penuh usaha nak alihkan batu. 

Tapikan, scary jugak sebab di Arafah ni... tak ada orang pun. Empty place with a lot of tents. Tak putus putus saya berdoa... "Rabbi yasir wala tu 'asir rabbi tamim bil khair" dan alhamdulillah ada sebuah kereta lalu dan tolong kami. Dan berjaya juga kami kembali ke hotel dengan selamat. Hehehe. Thank you Allah.

2 days di Makkah dengan title baru sebagai seorang isteri benar-benar buat saya tak percaya. Benarkan ini terjadi atau mimpi. I do believe in miracles. And I believe, miracles happen. Alhamdulillah. Begitulah kisah saya. A 3 DAYS LOVE STORY.

My advice to all my friend and my blog readers, when someone broke your heart believe that it is a test from Allah Jangan jadikan ia satu bebanan sebaliknya bersyukur. Jangan salahkan takdir sebaliknya katakan Alhamdulillah. Setiap yang berlaku ada hikmah. Fikirkan sekiranya lelaki itu mempermainkan kamu kerana wanita lain... adalah lebih baik ia terjadi sekarang sebelum kamu menjadi isterinya. Allah nak beri yang baik itu semestinya diuji terlebih dahulu. Allah lebih tau apa yang lebih baik. Dan apabila Allah memberi apa yang kita minta, jangan berkata tidak. Siapa kita untuk berkata tidak kepada Allah. Dia maha mengetahui. Belajarlah ikhlaskan hati dalam semua perkara. InsyaAllah.

Sorry for a poor way of telling this story. I'm in a rush but at the same time tak nak buat anda tunggu lama. I'm in a mood of preparing my wedding now. See you till the next post.

XOXO,


Antara Adat dan Ibadat


Firman Allah Azzawajalla di dalam surah An-Nisa’ menjadi dalil wajib memberikan mas kahwin di dalam pernikahan:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.” (An-Nisa’: 4)
“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah mas kahwin mereka (dengan sempurna), sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah.” (An-Nisa’: 24)
Begitu juga terdapat dalil hadis Nabi Muhammad SAW menyebut tentang hal ini:
“Sahal bin Saad r.a berkata: Seorang perempuan datang menemui Nabi SAW dan menyatakan bahawa dia telah menyerahkan urusan dirinya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Nabi bersabda: Aku tidak mempunyai keperluan terhadap perempuan. Seorang lelaki berkata: Kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah SAW menjawab: Berikanlah kepadanya pakaian. Lelaki itu berkata: Aku tidak memilikinya. Rasulullah SAW berkata: Berikanlah kepadanya walau sebentuk cincin besi. Beliau memberitahu bahawa dia juga tidak memiliki sebentuk cincin besi. Nabi bersabda: Adakah engkau mempunyai Al-Quran? Lelaki itu menjawab: Ada ini dan ini. Rasulullah SAW bersabda: Aku kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kahwinnya Al-Quran yang ada pada engkau.”  (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab fadilat-fadilat Al-Quran bernombor 4741)
Begitu juga terdapat sebuah hadis lain menyebut bahawa:
Amir bin Rabiah berkata: Seorang perempuan bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwin hanya sepasang kasut. Nabi bertanya: Adakah kamu setuju dengan hanya sepasang kasut? Perempuan itu menjawab: Ya. Maka Nabi mengharuskannya.” (Hadis riwayatTirmizi dalam kitab nikah bernombor 1113)
Ramai menyangka bahawa keutamaan dalam meletakkan harga yang tinggi untuk kos mas kahwin adalah perkara utama perlu difikirkan. Mereka seolah-olah melihat mas kahwin merupakan nilai harga bagi seorang perempuan. Ada sesetengah waris seakan merasa hilang maruah bila anaknya mempunyai nilai mas kahwin yang rendah. Tambahan pula jika anak jiran lebih tinggi mas kahwin maka berkobar-kobar lagilah nafsu untuk berlumba. Muncul pula sifat berbangga-bangga akibat mahu mencari publisiti murahan dan mempertahankan kemuliaan keluarga sendiri.
Sedangkan maksud dalam pengertian memberi mas kahwin itu langsung tidak ada kena mengena dengan sifat berbangga dan bermegah-megah mempertahankan adat. Islam meletakkan supaya dengan pemberian mas kahwin oleh golongan lelaki buat para wanita adalah sebagai lambang keinginan untuk berkahwin serta sebagai sebuah pemberian tanda memuliakan wanita itu. Mas kahwin juga menjadi simbolik kepada sebuah ikatan percintaan suci demi membina rumah-tangga yang harmoni.
“Abang ana dulu kahwin mudah ja, tak mahal mana pun..” Cerita kawan saya.
“Yakah? lagumana tu?” Terus saya menyoal tanda berminat untuk mendengar.
“Yalah, abang ana masa tu dia nak pi minang ja..pastu tiba-tiba orang tua suruh pi kahwin terus..selesai macam tu ja..mudah. Bayaq hantaran pun murah ja.”
“Hehehe..” Senyum saya sendiri.
Faktor yang kedua ialah adat. Kata orang biar mati anak jangan mati adat. Wah, sanggup mati anak kerana mempertahankan adat? Andainya adat menyimpang daripada kesyumulan agama bagaimana pula halnya? Islam hampir nazak kini tidak pula mahu mempertahankan. Andai diletakkan anak dan Islam, saya yakin mereka lebih memilih anak dan adat dahulu daripada memilih Islam.
Membicarakan soal adat bukanlah bererti saya menghukum keseluruhannya. Malah, kewujudan adat yang tidak menyimpang dari agama itu tidak menjadi kesalahan besar. Sudah saya jelaskan hal ini dalam entri lepas.
Mahu menjadikannya ibadat atau sekadar pelengkap adat?
Kesan Keterlaluan Dalam Menetapkan Mas Kahwin Yang Tinggi
Manusia tidak pernah fikir tentang kesan baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan. Pernahkah golongan ibu bapa dan wanita berfikir kesannya bila mas kahwin diletakkan pada kadar yang terlalu tinggi?
Saya sengaja bawakan kisah yang terjadi di dalam masyarakat arab Mesir di atas kerana ianya boleh dijadikan batu loncatan dalam bermuhasabah. Apabila sesuatu perkara yang menyimpang daripada agama dan menyusahkan menjadi adat tegar dalam sesebuah masyarakat maka ia pasti mengundang kemudaratan kepada kita. Bukan sahaja menyesakkan dada pihak lelaki, malah wanita itu sendiri akan turut mengalaminya.
Kesan jelas boleh dilihat pada pengamatan mata kasar kini ialah menyebabkan golongan pemuda yang dikategorikan sebagai tidak berkemampuan terhalang daripada mendirikan perkahwinan. Justeru, apabila ini berlaku masyarakat akan melihat bahawa percintaan yang bertunjangkan nafsu semata-mata akan tumbuh melata. Hasilnya, perzinaan berlaku dimana-mana sahaja akibat sukarnya membina rumahtangga. Tidakkah kita celik dengan keadaan yang berlaku kini?
Begitu juga kesan buruk yang berlaku dikalangan wanita akibat penetapan mas kahwin yang terlalu tinggi. Hasilnya, muncul ramai wanita berstatus andartu yang kesepian. Pada bibir mengatakan kesepian itu membawa kedamaian walhal mengundang kedukaan yang berpanjangan. Hati merasa kekosongan kerana berlawanan fitrah insan. Apakah ini memberikan suatu kesan yang positif sedangkan wanita-wanita ini bergolak jiwa dalaman sehingga tidak dapat tidur malam?
Nah, fikirlah ibu bapa yang budiman. Kalian lebih tahu menilai masinnya garam dan manisnya gula!
Dengar dan fahamilah bicara indah Rasulullah SAW dalam memahami naluri kemanusiaan:
“Sesungguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah mas kahwinnya.” (Hadis riwayat Ahmad 6/82 daripada Saidatina Aisyah r.a)
“Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam kitab nikah.”
Keberkatan yang dikurniakan Allah SWT dalam sesebuah perkahwinan tidak akan muncul jika niatnya hanya semata-mata untuk mendapatkan kekayaan hasil meletakkan harga yang tinggi dan bertujuan untuk berbangga kepada sahabat handai dan masyarakat kampung. Mendirikan masjid itu sunnah, namun jika ada unsur-unsur mengundang kemurkaan bagaimana mahu merasai hakikat sunnah yang diberkati.
Dalam hal ini, adalah makruh menurut perspektif syara’ jika meletakkan kadar mas kahwin yang terlalu tinggi.
“Saidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka (perempuan) adalah orang yang dipandang tinggi di dunia, ataupun bertaqwa. Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480 dirham).” (Hadis riwayat lima orang pengarang kitab sunan dan disahihkan oleh Tarmizi)
Apakah kita merestui percumanya mendapat zina yang haram sedangkan nikah yang halal begitu tinggi bayaran?
Hati begitu cemburu pada kemungkaran itu.

sumber:http://www.faridrashidi.com/2009/07/07/mas-kahwin-60000/

30 March, 2012

Redha

30 March, 2012

I believe in this with no doubt at all... and I received an amazing gift from Allah. Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

27 March, 2012

Sorry for not updating

27 March, 2012
Salam semua. Sorry sangat-sangat sebab dah agak lama tak update my blog. I have bunches of stories to share tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk saya menulis di blog. Bukan siapa-siapa menghalang cuma keadaan agak suntuk.

Majlis Perkahwinan saya akan dilangsungkan pada 29 April 2012... which is... My birthday!!!! Weeeee.... So I have one month to think about everything... kad jemputan, hantaran, goodies, door gift, pelamin, my bedroom, reception and so on... masa sangat-sangat terhad. Orang lain merancang perkahwinan dalam setahun... but me... in ONE MONTH. Saya harap anda faham kesibukan yang saya alami tika ini. Tak kurang bebanan kerjaya yang merintih setiap hari setelah 2 minggu saya cuti.

Too all my blogger... I will share with you my love story. InsyaAllah... I'm nervous......

XOXO,

22 March, 2012

Old City of Sana'a, Yemen

22 March, 2012
The first place the we visit during our umrah trip is Sana'a. Arrived at 10pm and directly checked in to Moonlight Hotel, Sana'a. It's a very simple hotel. In Sana'a you cannot expect for a 5 stars hotel and service. Along the way from airport to hotel I noticed the traffic system was bad. According to our driver, there is no traffic system at all. You can drive at any lane any direction but amazingly there's no accident. But they loved to hon hon and almost non stop press the buzzer. Thehehe.

My special tourist guide is our group leader which is now my husband. He is the one yang keep explained to me about this old city. Sikit-sikit dia akan cari saya and cerita. He is quite familiar with Sana'a sebab dia pernah study di sini. For a few months for language class. Tu yang dia banyak tahu and he really fall in love with this city. Sebelum berangkat pun, dah banyak kali dia ceritakan about Sana'a.



By the time we reach there, Sana'a was just 5 days in peace after election and they finally found their new leader. So, the next morning we went to a beautiful mosque named Raiz Al-Salleh Mosque which also known as Sana'a Taj Mahal. Seriously it is amazingly beautiful and I fall in love with all the ornaments calligraphy and so on. So perfect.

Raiz Al-Salleh Mosque (Sana'a Taj Mahal)

 Prayer Area with beautiful ormnament carved from Italy

Minarate of Raiz Al-Salleh reflected the architecture language on Sana'a City - white plaster & brick

The Arch at the courtyard 

 On top of the hill to view Balqis Queen Palace which stands on a big stone down the hill

Me and my mom

My mom and our group leader (now my husband)

The little cute little dress in a cute little dress.

All women in Sana'a wear a black abaya with purdah. You can even find any other colour in the way they dress except what the wear inside the abaya. So, bila ternampak this two cute girl rasa macam nak cubit-cubit je. Comel sangat. Sampai I asked my mom... " Mak, kalau nak adopt baby dary Yemen ni bole tak? Agak-agak procedure susah tak? Comel sangat la. Geram. Best ni kalau dapat bawak balik" wanna know what my mom said? "Haah kan. nanti kita try tanya nak? Cantik-cantik. Mata biru. Yang tepi-tepi jalan mintak sedekah ni pun kemain comel."

Destinasi seterusnya adalah ke Istana Ratu Balqis. Ratu Balqis memiliki lebih kurang 15 istana secara keseluruhannya dan Istana yang kami kunjungi ini is one of them. Located agak jauh dari Sana'a city melalui jalan-jalan berdebu dan beberapa sekatan jalan raya yang agak menakutkan untuk first timer macam saya. Kalau tengok dalam berita ada sekatan jalan raya dengan senapang dan sebagainya... haaa... macam itulah sekatan jalan raya di Sana'a. City centre dah bebas merdeka tapi masih ada puak-puak yang sayangkan pemerintah lama so... keadaan agak sedikit ketat. Tapi, alhamdulillah perjalanan kami tiada gangguan dan dipermudahkan. Sampai sahaja di istana, pemandu pelancong yang diupah khas dari Yemen (Salleh nama dia) memberitahu... kami diberikan masa 10 minit sahaja. Maka boleh ambil gambar keliling dan tak boleh masuk istana. I was so dissappointed at that time. Terbang sejauh ini dan tak dapat masuk. Sedih.

My special tourist guide tanya saya... "Wanna tour inside?". I replied him.. "Tadi Salleh cakap tak boleh. Tapi... Nakkkkk... " He smiled dan dia terus beli tiket untuk saya dan kami masuk. Me, my mum and him. Dia cakap... takpe... kita masuk bertiga je. Senyap-senyap... but we need to finish it in 10 minutes. So berlarilah saya sambil snap-snap gambar.

Istana Ratu Balqis ini bertingkat-tingkat. Tak terkira bilangan tingkatnya. Sebab circulation di dalam istana ini berbeza dengan pembahagian ruang istana di negara kita. Secara generalnya, sepanjang menaiki anak tangga, akan ada landing dan ruang-ruang tertentu. Ada ruang rehat, dapur, ruang menung, perigi, cold storage (tempat simpanan daging semulajadi), ruang santai, ruang ruang dan macam-macam ruang. Bilik pengawal pintu pon ada. Tapi semuanya sangat simple dan tak la segah dan semewah istana zaman sekarang dengan Ukiran Perabot dari Italy dan sebagainya.Tapi kiranya... pada zaman Nabi Sulaiman a.s  apa yang ada di Istana Ratu Balqis ini dah super canggih dah.

Inilah Istana Ratu Balqis



Ruang santai Ratu Balqis

Inilah cold storage istimewa. Tempat menyimpan daging fresh 
sambil dianginkan oleh udara semulajadi di luar.


Old City of Sana'a... its beautiful

Behind this big gate ada bazaar... sangat lah murah dan cantik cantik semuanya. 
I bought 5 abaya here just for my self. Thehehe.

During the visit in Sana'a... some places was so dusty. I do not have any purdah, dan terlupa bawa mask.. so alternativenya... my selendang. Hehehe.

This is another nice place for shopping.

In Sana'a city saya berkawan-kawan dengan my special tourist guide. But as a friend only. Cuma saya perasan... a few times... tiba-tiba my special tourist guide ada kat belakang me and my mum. Pastu buat tanya-tanya... jumpa abaya? Nak beli yang macam mana? Hehehe


... the story will be continue in the next chapter of Medina.

XOXO,

21 March, 2012

A bouquet of Pink Roses

21 March, 2012
I love pink colour so much. My handphone case is pink. My lomo camera is pink. My bedsheet is pink. My feature wall in my bedroom is pink. My pendrive is pink.... too many to list them all. All I can say, my major colour is pink.

At the early stage of knowing each other between me and my hubby he did asked me why I like pink so much. And he did said... "saya kene belajar suka warna pink lepas ni"

Last weekend, he came to my house. Knocked my door with a bouquet of pink roses. He purposely choose pink because I like pink colour. It's pink and it's roses... semestinya suka.


To be honest, saya tak pernak dapat bunga sebanyak ini before. Time conve pun cuma dapat 6 kuntum roses from my mum. But this one.. it's 18 roses in a bouquet. Alhamdulillah. Thank you so much.



18 March, 2012

I'm back from umrah with 'complete' package

18 March, 2012
Alhamdulillah. I'm back. Selamat pulang pada hari khamis jam 5 petang di KLIA. The umrah was great great great great great. SubhanAllah. Sungguh cantik aturan Allah. Allah maha berkuasa, maha segalanya. I've been visiting to Sana'a the old city in Yemen for 1 day 2 nights then to Madinah for 4 days then to Mecca for 7 days... The whole umrah is 15 days. 

Alhamdulillah. I've learnt a lot there. You must be patient, redha, tenang dan jangan sesekali ada prasangka. Jangan sesekali berkata tidak dalam apa jua perkara. Allah perencana terhebat. I will post the whole story of my umrah trip. InsyaAllah. Terutama sekali about Sana'a... lawatan saya ke Istana Ratu Balqis. I have no words to describe. SubhanAllah.

And I have an amazing story to share. Sila tarik nafas dalam-dalam..... bersedia untuk dengar apa yang saya akan katakan.....

Bismillahirrahmanirrahim...... Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang suka untuk saya beritakan... bahawa saya telah bernikah pada 19 Rabiulakhir 1433 bersamaan 12 March 2012 di Masjidil Haram, Makkah. Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.

I know I never tell any story of my boyfriend. It's not that I don't want to share but to be honest I have none. I met my husband during my umrah trip.... berkenalan, berkawan dan berdating sambil ditemani mak saya yang tersayang setiap masa.... dia menyuarakan rasa hati dan kami mengambil keputusan bernikah di sana. InsyaAllah... saya akan ceritakan apa yang berlaku. But believe it or not... everything happen in just 3 DAYS. Day 1... confession. Day 2... discussion. Day 3... get married. Alhamdulillah. I'm married and I'm a wife. InsyaAllah I will tell the whole story in my next post. 

XOXO,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014