SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

14 August, 2010

Penat Week

14 August, 2010
This whole week, i was damn busy like hell. Sampai my table penuh dengan document and no more space for a piece of paper. I have 6 big envelope yang belum sempat aku bukak. Too many projects to run. Too many projects to take care. Till i'm not able to take care about myself at all. Till i forgot to give my lovely mum a ring. I can't think about anything else except my work. Oh boss, please don't give another project to me. Enuf for now. Please.

Sudahnya, hari Jumaat pon aku ingat hari Selasa. Why there is only 5 days working in a week? Tak cukup!... In the meeting aku dengan 100% yakin... "I'll give all the info by end of this week"... semua pandang aku. "Cik Shida, today is Friday.".... Damn!.... "Erm... (smile)... I mean, end of next week" - dush.

I supposed to masuk office today since my table is not like table. Its like a fucking store. But i'm too tired. And last nite, aku tak bangun sahur pun. Bukan tak nak bangun. Tapi tak sedar langsung. Beriye aku set alarm. Hampeh. Tak sedar langsung.

Btw, i planned to pamper myself again today. Shopping time!... Charles & Keith, wait for me! You will be mine today! Muah....

11 August, 2010

Salam Ramadhan

11 August, 2010
Ramadhan dah sampai. Begitu cepat masa berlalu. Tanpa aku sedar. Hari-hari yang mendatang semakin sibuk hingga aku tiada masa untuk diri sendiri. Jasad terasa longlai. Bebanan kerja terlalu hebat. Aku, hanya insan kudus yang tiada upaya. Hanya menjalankan tugas sebagai penghuni bumi.

Semalam, seharian di site. Hari terasa amat panjang dan meletihkan. Bila pulang, habis satu badan aku bengkak. Allergy infection. Harusnya hari ini aku diberi cuti (MC). Namun bebanan kerja menghalang aku untuk berehat. Tertekan. Amat tertekan. Tetapi aku bersyukur. Hanya itu yang membuatkan aku tenang dan lupa pada kesakitan. Kerja dan terus bekerja. Aku tidak peduli lagi pada sekeliling. Tidak peduli pada mereka yang tidak endah. Tidak peduli pada mereka yang poyo. Misi ku hanya satu. Kerja. Hidup untuk kerja. Bukan kerja untuk hidup. Kerana aku merasakan hidupku sudah tiada makna. Hanya kosong. Kerja kini adalah hidupku. Hanya kerja.

Aku mengharapkan kahadiran ramadhan kali ini, memberi rahmat. Mohon agar aku diberikan 1001 kesabaran diiringi 1001 kebaikan. Amin.

Salam Ramadhan untuk semua. Mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri. Aku hanya insan kudus.

09 August, 2010

Macam-macam Cerita - Ep. 2

09 August, 2010
Pagi tadi, aku keluar dengan Dollah Gaga. Pergi makan dekat tandoori house. Sedap. Tiap kali balik, pasti aku pergi breakfast di situ. Emster pon join sekali. Berborak sakan. Dah lama tak jumpa emster. Rindu sama dia. Sangat. Dulu, kami selalu keluar memancing bersama. Ehe. Mak asyik telefon pesan suruh balik awal. Mahu aku tolong cat rumah.

Jadi, aku pulang awal setelah breakfast sebab mahu tolong along cat rumah. Kesian abang aku yang sorang tu, kene cat rumah sorang-sorang. Aku jauh. Dulu, bila kene cat rumah, aku dan along pasti sama-sama mengecat. Aku cat bahagian bawah, dia cat atas. Maklumla, pendek. Hehe. Angah yang berperut kangaroo pun tolong cat. Dia kata bosan duduk dalam rumah. Tak de geng nak borak.

Tiga sekawan (Mia, Betty & Nina) berkejaran keliling rumah. Erm. Budak-budak. 5 minit gembira. Lepas tu, ada je salah sorang yang menangis. Tak nak kawan. Hehe. Dulu, aku kecik-kecik pon macam tu jugak. Bersungguh aku mengecat. Bila dah petang, aku berhenti. Mandi dan terus pulang ke KL. Malasnya mahu pulang ke KL. TAK BEST!... Biasa la. Tempat yang dah 24 tahun aku diami. Pasti la terbaik berbanding segalanya pada ku.

Tak apala. Lagipun bukan lama sangat aku mahu berada di KL ini. Bila sampai masa, aku akan kembali ke Johor. Home sweet home. Off to lala-land. Nite.

07 August, 2010

Macam-macam Cerita - Ep. 1

07 August, 2010
Hari ini mak masak laksa. Laksa Johor. Mak memang pakar masak Laksa Johor. Along balik rumah sorang. Kakak ipar aku tak ikut sebab dalam pantang. Nina (anak along no-2) ikut tapi Mia (anak along yg sulung) tak ikut. Nina cakap.... " kak mia pegi school". School apa ari sabtu macam ni. Rupanya, Mia ikut cikgu sekolah pergi rombongan. Pergi Zoo. Hehe.

Sebelum balik aritu, aku belikan Betty cekak rambut fesyen "telinga minnie". Bila angah balik bersama Betty, aku sengaja pakai cekak rambut tu. Suka betul Betty bila dia nampak. Dah lama sangat dia mengidam Telinga Minnie Mouse tu. Tapi kasihan pada Nina. Dia tanya aku... " Acu, Nina punya mana?" Alahai... masa aku beli hari tu tinggal satu je cekak tu. Kesian. Tapi Nina tak nangis sebab aku cakap, nanti aku beli untuk dia pulak. Dia senyum je.

Rumah dah siap. Sekejap lagi nak pergi teman mak beli barang pulak. Perut angah pon dah semakin membesar. Mak cakap, perut angah besar macam kangaroo. Mak buat lawak. Lawak terbaik hari ini. Berderai ketawa satu rumah. Tapi memang perut angah besar pun.

Along sibuk mengecat. Aku, menulis blog. Hehe. Bukan apa, tengah tunggu along sbb nak pergi bandar. Okay. Masa untuk bersiap.


.............to be continue

Sudah di High Castle

Penatnya. Tapi aku gembira kerana telah selamat sampai di High Castle. 4 jam perjalanan, straight aku drive. Masa di office keje bertimbun. Hari terasa singkat. Around 630pm aku pulang. Balik rumah sekejap, ambil baju dan terus pulang. Hari ni puasa. Jadi tadi aku berbuka dalam kereta sahaja. Terasa seperti di bulan Ramadhan. Huhu...

Bila sampai Johor, hati terasa lega. Betapa aku rindu negeri ini. Saat-saat bercanda sehingga larut malam. Saat pulang lewat dari office. Saat berliburan bersama BFF. Rindu kenangan dahulu. Pulangnya aku kali ini, bersama tugas khas. Tugas untuk mengemas rumah sempena Aidilfitri. Awal sangat ke? Ye kot. Tak apalah kan... Apa salahnya.

Pulangnya aku kali ini ditemani 2 sahabat. Iza dan Adi. Dalam perjalanan, berkali-kali mak telefon. Dah sampai mana? Oh bonda, sabarlah. Nanti saya sampailah ye. Bila sampai, aku tengok mak dh berdiri depan pintu. Tunggu. Belum sempat bagi salam pon, dia dah buka pintu. Kasihan mak. Mak cakap, esok dia masak laksa. Yeay. Mak masak laksa. Lagi. Yummy.

Beberapa hari lepas, aku pujuk mak minta dia masak laksa. Mak cakap dia malas. Tp aku buat ayat kesian. Aku cakap, " nak makan laksa dengan mak. Hari itu makan laksa sorang2". Angah cakap, aku buat ayat 'kipas' + 'blower'. Tak kisahlah kan, yang penting LAKSA!.

Ok. Wanna take a rest. Sangat-sangat penat. Off to lala-land. Selamat Malam.

03 August, 2010

Nawal al-Zoghbi : Boss Belanja

03 August, 2010
Nawal Al-Zoghbi Live in Malaysia 2010
2 Aug 2010; 8pm
Hall 4 & 5; Kuala Lumpur Concention Centre

Sudah larut malam baru aku boleh berblog. Mana tidaknya. Tadi, aku pergi concert. Seorang minah arab yang sexy walaupon umor dah tambah-tambah. Efek terlebih make-up kot. Masa mula-mula boss ajak, aku ingat tiket dalam RM80. Bila aku tengok senarai harga, paling murah pon dah RM188 uols. Boss aku cakap, kami punya tiket harga RM388. Aku telan air liur jek. Dalam hati aku sempat cakap "boleh buat bayar saman". Aku tidaklah layan sangat music fadang fasir ni. Tapi alang-alang dah free, aku sapu jek lah. Rezeki.


Concert macik Nawal ni start pukul 8 malam. Opening untuk concert ini adalah persempahan anak Pak Tahir, a.k.a Faizal Tahir. Sedap wa cakap lu. Suara mamat yang suatu ketika dulu kene kuarantin sebab bukak baju time konsert ni, memang aku tak nafikan. Best!. Kan bagus kalau sampai habis pun, Faizal je yang nyanyi. Lepas anak Pak Tahir ni nyanyi 2 lagu, macik Nawal ni pun kuar. Aku dah cakap dah. Minah ni sure push-up. Betul. Boss aku dah tak senang duduk dah. Biasa la. Lelaki kan. Pastu, minah-minah arab yang lain pun ala... 2 kali 5 jek. Huhu. Btw, Arabic music ni layan jugak.

Bila aku tengok minah arab kiri kanan semua tergoyang-goyang macam jeli, aku pun naik syok juga. Nasib baik En Boss duduk jauh sikit. Aku pun layan la. Rasa macam pergi arabian clubbing. Tapi semua orang pun duduk. Hehehe. Kelakar, tapi aku enjoy. Really enjoy the nite. Even perut aku menari bersama irama fadang fasir itu, tetapi aku control jek muka. Tak nak kasik boss tau. Huhu. Tapi kan, ada sekumpulan pak arab pakai jubah kaler putih siap sekop kepala tu, bila dengar jek macik Nawal ni menyanyi, diorang pon cucuk langit. Lawak pon ada. Tapi diorang dah biasa kot. Kita jek yang jakun tengok. Hehe.

Macik Nawal ni, penyanyi Arab No 1 kat tempat dia. Kira macam golden voice of Arab lah. Jadi, bila macik Nawal ni datang Malaysia buat konsert, serupa macam Mak Siti buat konsert kat obesi la. Orang Malaysia semua pun syok. Maka, begitulah semua minah dan pak arab ni. Tu yang semua pun cucuk langit. Hehe.

Oklah, I had a pleasure nite tonite. Now, off to lala-land. Bye2 all. Selamat malam.

p/s: Thanks Boss for a free ticket. Kalau ade Justin Timberlake ajak la I lagi ye. Btw, ada tak boss korang ajak pergi tengok konsert? (hehe - dengki)

01 August, 2010

Ahad Malam Isnin: Hari Gembira

01 August, 2010
Hari dah malam. Aku baru balik. Semalam pergi bersuka ria dengan 'Joyah Kecik'. Mengarut aje keje cik joyah tu. Tapi aku terhibur. Terubat rindu di hati. Seronok berguling-guling macam tenggiling ngan joyah kecik. Mulut dia tak berhenti bercakap. Sampai penat aku nak jawab. Dah puas aku berhibur bersama joyah kecik dan angah, aku berliburan pula ngan cik amidala.

Cik Amidala kata, "sudi tak teman pergi salon?" Wah, itu soalan mujarab. Aku pon cepat-cepat jek kata ya. Maka, bersalonlah kami. 2 jam uols. Kepala terasa ringan sekali. Lepas habis bersalon, kami bershopping pula. Terbelilah sudah baju raya. Huhu.

Seorang sahabat pula menyampaikan kabar berita. Surat cinta dari encik polis tu, dia kata boleh diskaun. Wah.... Seronok. Makin aku gembira. Gembira sekali.

Bila pulang, aku berfacebook dan berblog. Seperti biasa. Terkejut. Kerana 'dia'.... erm..... (senyum sampai telinga).... Thanks for your concern. =)

Ok. Sekarang masa untuk tidur. Its a very the very perfect time to off to lala-land. Selamat malam semua. Sleep with a smile tonite. *wink =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014