SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

28 July, 2010

Tutorial Untuk Kamu: Tukar Muka Blog

28 July, 2010
Tukar Muka Blog memang kerja masa lapang aku. Cemburu bila lihat blog orang lain cantik. Nak juga. Jadi satu hari, aku menjelajah dari satu tingkap ke satu tingkap mencari cara bagaimana mahu blog yang cantik. Atas request Encik Mael, aku tulis entry ini untuk dikongsi bersama. Senang je. Mula-mula kita kena ada bahan.

Bahan-bahan:
  1. Komputer
  2. Internet
Cara-cara:

  1. Cari blog tempate yang kamu mahukan. Salah satu cara taip 'blog template' di search engine atau lawat saja laman ini : http://btemplates.com/
  2. Pilih mana-mana layout yang berkenan. 2 column atau 3 column atau 4 column. Mana-mana boleh ikut suka.
  3. Download template yang dh pilih tadi.
  4. Kembali ke dashboard blog anda dan click di 'Design' > 'Edit HTML'
  5. Perasan tak ada satu button 'Browse'? Click di situ dan pilih file yang telah di download tadi.
  6. Click 'Upload'
  7. Tunggu sehingga selesai upload dan selesai. Kalau rasa tak sesuai pandai-pandai lah adjust. Tak pun tukar muka blog lain.
nota: Biasanya, file template yang kamu download adalah berbentuk zip atau rar folder. Sila extract dan ingat lokasi simpanan file. Ada satu icon yang lambangnya begini '<>'. Ini adalah file HTML code yang perlu kamu upload. Semasa 'browse' pastikan file ini dijumpai untuk di upload.

Selamat mencuba. Kamu kamu boleh kemuka kan soalan pertanyaan. Akan cuba di jawab jika mampu. Semoga berjaya! Sekian. Tido time. Tata. Nite. *wink

Mak Telefon Lagi

Hari ini sangat memenatkan. Pagi-pagi buta aku pergi ke Kajang menjemput Encik Jabatan Bangunan untuk lawatan tapak. Sudahlah puasa. Pergi site lagi. (sorry... puasa ganti x khatam lg tahun ni... teruknya saya - malu) Sudahnya, seharian aku lembik macam orang Somalia. (kenapa somalia? sbb along suka cakap mcm tu, aku tiru) Petang selepas kerja aku pergi berbuka puasa. Bila balik rumah, sampai saja mak telefon. Belum sempat pun duduk.

Mak kata, uncle buat rumah tu dah betulkan dinding balik. Mak suka. Siap ketawa-ketawa. Mak kata macam hotel. Hehehe. Aku suka bila Mak gembira. Dulu masa kecik-kecik dia susah. Anak orang susah. Pergi sekolah jalan kaki 4km. Dari rumah kasut warna putih. Sampai sekolah jadi coklat sebab lalu tanah merah. Sian Mak. (mak selalu cerita bila aku over mintak itu ini - masa kecil dulu)

Mak bagi tahu dia tambah power point dekat luar. Aku saja tanya, Mak tambah dekat luar, soket tu di atas atau di bawah? Mak cakap dekat atas. Hehehe. Aku tanya mak, kenapa dekat atas? Dia tanya aku balik, kenapa? Mak salah ke? Aku bagi tahu mak, tak salah cuma kurang cantik. Biasa di bawah supaya lebih kemas. Kemudian mak mula runsing. Mak memang macam ni, Mula la dia kelam kabut. Mak cakap "habis macam mana ni? Nanti taukeh tu marah mak tak kalau suruh tukar lagi?" Dah cakap dah, Mak kelam kabut. Relax la Bonda, Tak pe. Nanti kite beli pokok besar letak depan power point tu ya. Dah tak nampak dah. Baru la mak tenang dan cakap OK.

Kasihan Mak. Rasa bersalah pula sebab aku jauh dari Mak. Dia pening kene pilih sendiri. Lepas itu mak tanya, bile balik? Kan. Dah cakap dah. Dia rindu tapi tak mahu mengaku. Melainkan aku yang tanya. "mak rindu eh?" Pasti mak akan cakap "kalau tak rindu, takkan la mak masak macam-macam sebab awak nak balik". Senyum. Sayang Mak. =)

27 July, 2010

Oh Bulan

27 July, 2010
Julai oh Julai. Bulan ini macam-macam benda yang jadi. Huh. Letih. Bertimpa-timpa. Dan hari ini seperti klimaks. Biar aku senaraikan satu per satu apa yang dah jadi dan apa yang akan terjadi......
  1. Bulan lepas aku dapat sekeping surat 'cinta' dari Abang Polis. Belum pun sempat aku bayar saman tu.... (Abang Polis tulis no discount - RM300)
  2. Aku dapat sekeping lagi surat 'cinta' yang putih mulus dari Abang Polis. (Total 2 surat 'cinta') - yang ini pon RM300 juga.
  3. Handphone aku serupa boleh campak dalam longkang. Sikit-sikit "Insert Sim Card" atau "Phone Will Restart" - nyampah
  4. Bulan ini kena hantar service kereta (major service) - sakit otak
  5. Hard disk yang ibarat nyawa telah jahanam. Aku dah survey it cost RM300 untuk back-up data. Tidak termasuk beli hard disk baru. - Damn
  6. Aku kerja belum cukup setahun lagi. Adakah akan dapat bonus raya???? (bismillah.... -berdoa - ..... amin)
  7. Baju raya belum beli lagi dan sebarang peruntukan raya belum ada lagi.
  8. Tadi officemate semua pergi makan durian di dusun Encik Client. Dan aku tidak dapat pergi kerana I HAVE TO CHAIR 2 MEETING + SITE VISIT in KLANG!!!! - urgh... jauh sungguh dari Cheras.
  9. Aku wajib pulang JB minggu depan dan hujung bulan 8 nanti. Pokai.
Semua pasal duit kan??? Wahai duit... jatuhlah engkau dari langit.... wuarghhhhhhhhh =( - )=

26 July, 2010

Garfu + Ikan Kerapu

26 July, 2010
Mak telefon. Dia tanya nak cat kaler apa? Adeh. Time-time aku kat office tgh berperang dengan keje dia tanye. Time aku main 'woobies' dia tak tanya. Nasib baik katalog cat kat sebelah aku. Aku pon MMS mak gambar dan code supaya senang dia nak beli. Aku musykil la. Nape Mak beriya sangat renovate bagai? Rasa pelik pulak. Dulu kalau aku dan angah suruh dia renovate mesti dia tak nak. Tapi kali ini, tak de sesiapa pon yang suruh. Pelik.

Tak apalah. Yang penting Mak happy. Tapi aku x puas hati gak. Satu hari 5 6 kali mak telefon tanya pasal cat, lampu, kipas, sofa etc. Mak cakap je la nak suruh saya balik pilih sama-sama. Berkias-kias pulak dia. Hehehe. Tak apa mak. Minggu lagi satu saya balik ya. Demi Bondaku tercinta. Kalau mak cakap awal-awal. Saya dah balik dah tau aritu. Itulah. Berkias lagi. Nasib baik call free.

Oh ya. Semalam masa aku pergi The Curve. Aku beli sesuatu. Nak tahu apa? Kasut BABY!!! Untuk Baby Qaireen.



Comel bukan. Rasa mahu beli 2 3. Tapi dah hujung bulan. Kene beringat sikit ya. Huhu.

nota kaki: tajuk dan entry tiada kaitan langsung. malas fikir.

25 July, 2010

Hilangkan Bosan

25 July, 2010
Bila dah tengah hari, aku rasa bosan. Kalau terus duduk rumah, alamat leh mati bosan. Maka, aku cari kawan-kawan yang bosan jugak. Nasib baik, seorang kawan lama kebetulan tengah bosan juga duduk di rumah. Akhirnya kami keluar. Seperti biasa, bila bosan memang tempat itulah aku pergi. The Curve. Nak tahu kenapa aku suke ke sana? Sebabnya.....

1) Ada Street Market


2) Ada fountain


3) Ada orang main Piano


4) Bila malam, sangat cantik


Selain dari sebab-sebab kat atas itu, aku suka pergi The Curve sebab ada live band, ada Nichii, ada Le Ann Maxima, etc. Rasa tenang dan santai. I just love the environment. Ok lah. Hari pon dah lewat malam. Esok kene kerja. Selamat malam semua. Mimpi indah.

Morning

Morning. Sihatkah hari ini? Bagaimana pagi anda? Chewah. Macam pakar motivasi pulak. Seperti ceria mood saya hari ini. Walaupon sudah hampir jam 12, tetap nak cakap pagi jugak. Apa lagi nak tulis ya? Tak apalah. Nanti sambung lagi. Selamat pagi penduduk Bumi.

24 July, 2010

Teringat Abah

24 July, 2010
Rindu. Tapi apa boleh aku buat? Abah 'jauh'. Teringat minggu lepas abah telefon. Rindu dengar suara Abah. Aku tanya pada Abah. Sihatkah dia? Dia kata dia sihat. Alhamdulillah. Gembira aku dengar. Abah tanya pasal rumah kami. Dia risau katanya. Aku beritahu Abah. Jangan risau. Mak sudah selesaikan semuanya. Abah diam. Abah kata terima kasih. Aku mahu beritahu Abah betapa aku rindu dia. Tapi masa terlalu suntuk untuk aku berbicara tentang rindu. Aku rindu Abah. Aku mahu peluk Abah. Aku mahu cium tangan Abah......

Tadi petang Mak telefon. Dia tanya aku tentang lampu rumah kami. Nak buang lampu dinding katanya. Mak kata rumah tengah renovate. Cuma pasang cornice dan tukar lampu. Raya pun bukannya lama lagi. Aku masih ingat. Mak pernah cakap. Dia mahu renovate rumah. Supaya senang mahu buat 'majlis' aku nanti. Aku hanya mampu tersenyum bila Mak kata begitu.

Satu ketika dulu aku sering mengharapkan Mak dan Abah akan bersama kembali. Segala yang berlaku ini sekadar mimpi. Tapi ia adalah sebuah mimpi yang tidak akan jadi nyata. Masing-masing sudah punya jalan sendiri. Maka aku memilih hala tuju hidupku. Aku rindu Mak. Aku rindu Abah. Aku sayang keduanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014