SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

03 January, 2012

Ombak Rindu review

03 January, 2012
Balik rumah weekend hari tu my mom sibuk suruh cari DVD Ombak Rindu... terpengaruh dengan emosi my sister yang beriya-iya promote dan berkali-kali tanpa jemu mengatakan bahawa Ombak Rindu best... sedih sangat. Soooo touching. Is it? She even called me right after dia keluar panggung just to let me know Ombak Rindu best giler. Sedih sangat. Wow....

Me? Memang saya tak ada hati nak tengok Ombak Rindu ni. Even the same director from Lagenda Budak Setan tapi... tak apalah. Kamu telah mengecewakan saya dalam memfilemkan Lagenda Budak Setan. Walaupon cinematography kamu superb... tapi dialog, jalan cerita... makes my feeling turn off... lalu mengantuk di dalam panggung. Tidur-tidur ayam sehingga habis cerita. Tidur terus rasa rugi pula dah ayar tket.

I really love the novel. Cerita di garap dengan baik. Jalan cerita yang menarik dan ada kelainan. Malah membuatkan jiwa ini terawang-awang.. (standard la baca novel kene berangan-berangan).. But when I watched the movie Ombak Rindu yang diteraju oleh aktor kacak dam macho Aaron Aziz, pelakon jelita Maya Karin dan pelakon cantik manis Lisa Surihani... this is my review:

1. Cinematography
Yang ini memang cantik. Setiap angle yang di ambil ada cerita dan menawan hati.  Buatkan kita rasa "I wanna be apart of this movie"... "Ni shoot kat mana eh? Cantik" Kehandalan pemilihan view untuk setiap scene I give A+. Kualiti gambar pun cantik.

2. Jalan Cerita
Jalan cerita aku sungguh tak puas hati. Secara keseluruhannya for me Ombak Rindu tak best. Lek.. lek.. lek... this is just my opinion. Why I felt cerita ni tak best sebab pemilihan scene yang tidak best is because
-ada banyak lagi scene yang menarik boleh di ambil untuk diketengahkan dalam filem.
-after Aaron beli Maya.. 2 3 scene...kawen... 2 3 scene lagi dh kawen 2 tahun. Eh Hello! apsal la buat cerita macam kene kejar ketapi. Oh... sebab tayangan less than 2 hours.. then buat la 2 part.
-ada satu scene kalau korang perasan... Maya dgn Aaron dok feeling-feeling atas batu but then tiba-tiba ada pula orang jalan kat belakang. When Aaron put Maya kat rumah sebuah tu... aku assume it's a private land. Kaya raya kan... so that's mean... private beach... tapi ape ke hal nye Yob orang kat belakang tu? Cari kulit siput eh?
-mengikut novel, Izzah di tempatkan di apartment...which is logik la untuk seorang bakal pewaris harta ada satu apartment simpanan. Ni pi letak Izzah kat umah sebiji... yang ada private beach bagai... seperti kurang logik kekayaan itu.
-sudahnye aku tengok cite ni... aku senyum2 geli hati.

3. Dialog
Ni lagi satu problem besar filem-filem kat Malaysia ni. Rata-rata bahasa sangatlah tersusun. Nak buat filem ke nak buat buku teks? In our life... kite tak guna ayat-ayat tersusun rapi ni. kalau guna pon.. membe-membe sebelah buat muke pelik. "Ko pehal skema semacam? Demam?" Tapi cite Ombak Rindu ni dialog-dialog dia kire aku leh maafkan lagi la.. better than Lagenda Budak Setan... Ada satu scene dalam Lagenda Budak Setan...part Lisa tercekik cicak... instead of dia cakap.. "ada sesuatu tersekat dalam liang pernafasan aku" adalah lebih baik dia cakap.. "aku tercekik" cakap gitu jek kan senang. Time-time tengah panik nak bernafas.. mampu ke otak nak menjana struktur ayat yang begitu tersusun rapi macam buku teks tu?liang pernafasan lagi.... haiyak..... Ni lah yang buek eden lomah nk nengok cito melayu.

Secara overall, cerita ni tak best seperti novel yang aku rasa syok habis baca. Sungguh menghampakan. Tak dinafikan ada 2 scene yang aku rasa sedih. Scene 1: time kantoi Haris & Izzah tgh peluk.. rupenye dah kawen. Pastu pakcik tu doa... ni sedih la jugak. Scene 2 : Masa Izzah baru sedar kat spital. Scene-scene lain... hurm.... kureng lah. Menonton Ombak Rindu.. ibarat membaca sinopsis belakang novel. Huhu... Saya tak suke filem Ombak Rindu.

p/s : Aku tak suka pon cite nk dah kaut 10 juta. Well, biarlah mereka kaut keuntungan.. I'm just giving my opinion supaya produser-produser filem lebih tajam dalam menterjemah cerita. Buat filem macam buat thesis jugak. Best lagi Nora Elena dari cite Ombak Rindu ni. Hehehe...

XOXO,


2 comments:

-HanaMichi- said...

im on u babe..
xde hati nak tgk..but then again, the novel is good

Sha.Az said...

betul sangat. heeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014