After 1 week bercuti...kembali sudah saya ke Kuala Lumpur... dunia realiti.. menghabiskan hari dengan kerja-kerja yang tak pernah susut malah bertambah setiap minit. While I was in my hometown... langsung tak sempat nak update apa-apa... Maklumla... saya tak ada telefon canggih maggih yang ade internet... sebab no saya adalah no subline.. so tak boleh nak subscribe... (alasan... macam la tak boleh pakai 2 number kan?) ada back-up no.. tapi macam tak ada momentum untuk subscribe.. not yet kot. I'm kinda old school... and I like it... (dengan harapan.. kot-kot ada orang nak hadiahkan one day) heeeee...
Sehari sebelum saya balik... saya sempat lah berbaking-baking... buat cookies memenuhi permintaan kawan-kawan... buat moist chocolate cake untuk anak-anak buah... dan fruit cake for my mom... Alhamdulillah... my family love them so much... especially the moist chocolate cake... my sister said... sangat sedap sampai no words to describe.. thanks kakak... for the compliment. Alhamdulillah... berkat kesabaran dan cubaan berkali-kali tanpa jemu membuahkan hasil yang buat saya rasa nak senyum selalu.
Believe it or not... I took 2 and half hours to reach home... bertolak dari KL jam 9 pagi... I able to reach right infront my house at 11.30am... sampai my sister in law tanya... naik jet ke? I just smiled as usual... Saya mengaku... pemanduan saya that day... agak laju... sehingga tak sedar meter panel kat depan... reached 180km/h... then saya slow down la... consistent 140km/h sehingga sampai... sometimes press sikit to 160km/h... Laju is it? I know... tapi saya dah cuba bawa 120km/h... serius ada bapak beruang tarik-tarik kelopak mata... dah la drive alone... tu yang terpaksa speed up agar mata membulat fokus... lalu lupa soal mengantuk.. kalau terlalu mengantuk normally saya akan singgah di R&R and sleep for 15 - 30 mins. Freshen up sikit dan teruskan perjalanan.
After saya sampai... lepak-lepak depan tv sambil suap anak-anak buah makan kek... saya perasan Mia duduk je kat sofa... kejap-kejap dia pandang saya... bila saya tanye dia cakap... dia nak main tulis-tulis kejap. Saya biarkan... tak lama kemudian... Mia datang... dia bawa ini (pic kat bawah ni)... dan beri pada saya. I was touched dan terus kiss Mia.. peluk dia kuat-kuat. Hehehehe... Lepas tu Mia peluk saya... dan dia cakap... "Mia sayang acu" that was soooo sweet... alahai budak budak ni. Pandai betul ambil hati.
The next day saya teman kakak saya buat inspection rumah baru dia. Check defect sampai rasa pening kepala sebab panas. Bila dah pening... mula la mengelat buat inspection... bila my sister tanya... kat sini dah inspect ke.. saya jawab... dah... padahal belum... heeee.. mengelatkan...tapi terkantoi lepas tu.. so end up kene buat jugak. Adeh... Tengah bersungguh-sungguh walaupun penat buat inspection satu rumah... tiba-tiba my mum called... suruh balik sebab nak pergi berkelah. What berkelah? Where? Bila I asked my mum she just answered... "balik je la dulu... along tak decide lagi." Ni kepala abang saya la ni. Seronok sangat bila semua balik berkumpul.
My mum ada tempah ketam bangkang... ala yang besar-besar gabak tuh.. I believe in KL boleh mencecah RM30++ per kg. But my mum ada kenalan di Kampung Panchor yang menjual ketam tu pada harga RM8 per kg. Crazy is it... So berjalanlah kami anak beranak... 2 kereta ke Kampung Panchor sebelum pergi berkelah ke Tanjung Balau. I thought Kampung Panchor tu tak la jauh.. rupanya...jauh nun ke dalam... almost 30min meredah kelapa sawit pon tak sampai-sampai lagi...
Sampai saya mengeluh... "challengingnye nak makan ketam bangkang... have to go masuk ceruk-ceruk kampung which I've never been" (even I was born in Kota Tinggi... tapi saya boleh sesat kalau dibiarkan sendiri masuk ke ceruk tah mana-mana tu)... my mum senyum bila saya cakap macam tu... dan mula la dia bercerita..."awak ingat semua benda nak dapat kene terhidang? dah biasa duduk kat tempat yang mudah nak dapat semua benda... cuba imagine kalau awak duduk kat kampung ni... nak tak?" OMG... alhamdulillah... bersyukur kerana saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang serba serbi ada. Terus saya rasa... oppsss... I shoudn't complaint... setakat kene redah masuk ladang to reach Panchor apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih susah dari saya. SubhanAllah... tak patut saya merungut.
On our way tu... sempat jugaklah bermakan-makan di dalam kereta... makan ice cream.. dan budak kenit Aleesya ni sibuk mengecek... nak jugak. sampai comot-comot.
Selesai hunting ketam bangkang... bergerak pula ke Tanjung Balau... jalan-jalan di gigi air sampai menikmati keindahan alam.
Tanjung Balau ni near by Desaru. If u reached bulatan ke Desaru tu... just terus and akan sampailah ke Tanjung Balau. Setakat nak berkelah... berhappy-happy... tempat ni memang sangatlah elok. Tapi kalau nak mandi... lebih baik jangan. Sebab ramai sangat orang mati lemas kat sini. Masa my family and I sampai... we were informed... ada seorang kanak-kanak 6 tahun mati lemas kira-kira jam 12 tengah hari. We reached there around 5pm... Budak yang mati lemas tu... tak dapat diselamatkan.. Actually... his mother pun lemas tapi berjaya diselamatkan... anaknya menjadi korban.
Keadaan pantai dia Tanjung Balau ni... tak berapa elok nak mandi... setakat jalan-jalan main air tak apa... kontur pantai itu sendiri tak berapa bagus,,, sebab pantai dia mula-mula landai... tiba-tiba mencuram. Bak kata orang tua-tua... jangan di cabar resam alam. Sampaikan pihak pengurusan buat announcement..
"Terima kasih di atas kunjungan anda semua ke Tanjung Balau. Di harap semua pengujung menjaga keselamatan semasa bersuka ria. Adalah dinasihatkan agar pengujung tidak mandi di pantai Tanjung Balau kerana keadaan laut yang agak bergelora. Sekiranya pengujung masih berdegil nak mandi... esok beli surat khabar... nanti keluar muka depan... insiden mati lemas"
Wuhuuu... agak kasar announcement di akhit ayat tu.. tapi pihak pengurusan pun dah tak kuasa... degil sangat nak mandi.
But the view... masih cantik seperti dulu...
p/s: sorry for not updating for a week. will update more soon. InsyaALLAH.
XOXO,
No comments:
Post a Comment