Hello peeps,
How's your day? Last night saya pulang lewat sebab kene siapkan 5 apartment proposal. Boss bagi awal tapi ada kerja-kerja lain yang perlu didahulukan. Its like "I give you the whole stack... you organize them". Ahha... So, bertungkus lumuslah memerah otak dan menyiapkan 5 model proposal seorang diri. My colleague tak dapat nak bantu sebab masing-masing ada task yang perlu disiapkan. This two weeks memang super busy kat office. Ye la... dah nak Chinese New Year kan. Mestilah busy. Generally, semua architecture firm kat Malaysia akan hectic bila dekat-dekat Raya Aidilfitri dan Chinese New Year. 2 busy seasons. But, walau busy macam mana sekalipun, kita kene cool. Walaupun saya selalu sangat clumsy lately (banyak kali terminum air semut tanpa sengaja).
Btw, bukan pasal kerja yang saya nak cerita. Sekadar intro je. The most important thing yang saya nak kabarkan adalah....
1) Esok is Friday
Esok hari Jumaat. Saya kene pulang tepat jam 6pm dan pick up my BFF, cik Yam. Sebab kan.... esok adalah ketibaan semua BFF saya yang saya sayang sangat-sangat. Will be going to Tesco to buy things etc for saturday's party. Who are they?
Emster
Makcik ni saya kenal dia masa sekolah menengah. Dulu saya lead debate team masa kat sekolah. So the following year, saya cari kawan untuk join. Di sinilah bermulanya keakraban kami. melatih adik-adik pelapis agar bijak berhujah seperti kami berdua.(sounds so perasan but its the truth, I won best debater for every round) *wink. Since both of us sekolah pagi, petang adalah masa bermain, buat homework etc. Dan selalunya saya akan berbasikal ke rumah emster aka Hanis, ajak dia join berbasikal dan pusing-pusing satu taman. Sambil singgah pasar malam beli keropok lekor pastu duduk kat taman permainan makan kat situ. Pusing-pusing taman bukan nak pegi mengurat sesiapa.. tapi nak usha umah-umah cantik. Berimpian.. nanti nak rumah macam ni. Nak design macam ni. Dan kami berkongsi cita-cita yang sama. Nak jadi arkitek. Alhamdulillah... Cita-cita kami berdua tercapai. Kalau kami kemana-mana berdua, ramai orang akang ingat kami kembar. Biasanya saya jawab... "haah..kitorang kembar. tapi mak lain bapak lain." heeeee
Hanamichi
Makcik ni saya kenal masa sekolah tadika kat JKR Jalan Workshop. Skang tadika tu dah jadi stor JKR. Hana ni masa kecik-kecik dia nampak macam pendiam jek. Tiap kali nak makan, dia la yang akan baca doa makan. Anak ustaz mestilah pandai baca doa. Time tu saya masih terkial-kial lagi nak baca doa makan. Dan saya ingat lagi masa bulan puasa, time makan semua budak bangun berebut nak makan. Tapi Hana duduk jek kat kerusi dengan muka toya. Saya tanya... " Awak, awak tak nak makan ke"... Hana jawab... "kita puasa" (sambil tunduk). Hana cakap dia kene puasa kalau tak nanti Ibu marah. Hehehe... I won't forget that dear. Then masuk sekolah menengah, kami satu sekolah tapi lain-lain kelas. But still masih berkawan. Then masuk form 4 & 5 lagi lah selalu berjimba dalam kelas Ustazah Rohama. Sampai kene marah tapi tak serik-serik. Heeeee....
Cik Yam
Makcik ni pula erm... tak satu sekolah tadika dan satu sekolah menengah tapi tak satu kelas. Tapi macam mana boleh rapat? Sebab masa tu it was like reunion after most of kawan-kawan sekampung grad. Saya dan Hanis (Emster) tak grad lagi sebab our course is 5+1 years course. Total 6 years. Tua dekat universiti. And most of our friends called us... "budak extend". So, dari situ bertemu kembali. Masa form 1-3 Yam sekolah yang sama dengan saya tapi dia sessi petang. Pastu Yam ni pandai budaknya maka masuklah sekolah Sains masa form 4. Saya kurang cerdik sikit so melukut lah di gantang sekolah harian tu sampai form 5. Tiap kali cuti, akan bertemu dan semakin rapat dan rapatlah kami. Sehingga hari ini. Btw, nama dia sebenarnya Yati. Tapi nama manja Cik Yam. Dalam handphone kami semua save nama yati as Cik Yam. Nama manja gamaknya. Heeee
Izatul Hafinaz
Napa nama Iza je saya eja full ni? Iza ni saya kenal masa sama sekolah menengah. Masa form 4 & 5. Kalau tak silap lah. Then macam dengan Yam, bertemu kembali dan menjadi lebih akrab. Dan penghijrahan saya ke KL menjadikan kami lebih akrab. Hangout bersama bila ada kesempatan. Berkongsi cerita dan sebagainya. Pillow talk is a must tiap kali jumpa. hehehe
Bubam
Makcik ni tak dapat join event untuk weekend ni. Sebab, cik Bubam ni dah kahwin. Maka tanggungjawab utama pada suami. Baru je berkahwin. So, tak nak la menganggu gugat dan bagi chance la diorang berbulan-bulan madu. Heeee
2) Lusa is Saturday
Dulu, all of us bercuti ke Bali sama-sama. And I believe all of us tersangat-sangat rindu untuk ke Bali lagi. That was so fun and its seriously unforgettable memory. Sangat-sangat sweet and happening dan best bercuti sama-sama. The next trip was to Tioman Island. Tapi saya tak dapat join sebab ada hal keluarga. After Tioman we've plan for Krabi. Sometimes plan ke Macau. But end-up tak kemana sebab masing-masing semakin busy dan susah nak berjumpa.
Sangat lama tak catch up each other so I''d planned for a party. I invited all of them to my house for a Pondok-Pondok Party. Its like main masak-masak sama-sama, makan sampai kenyang, update each other, etc... etc... I really can't wait for tomorrow.
Girls, tak sabar sangat nak hang out dengan korang. Rindu sangat-sangat. Hopefully everything goes smooth as what we've plan.
XOXO,
No comments:
Post a Comment