OMG... sepulangnya saya ke KL.... I noticed my BeBo is getting bigger... fatter... 'gebu'er... SubhanAllah...
Saya buka je pintu rumah... BeBo terus posing dan bergolek-golek atas lantai dalam cubaan nak goda saya suruh belai dia. Gedik sungguh my BeBo debab ni. Most of my friends yang pernah jumpa BeBo akan terkejut dan kata... "besarnya BeBo.. macam anak anjing"... hahaha
He is 8kg!!! Nak angkat sebelah tangan sure tak mampu... kalau saya nak dukung dia pun... kene sebelah tangan angkat badan... sebelah tangan lagi ampu peha dia. Kalau dia-dua tangan pegang badan jek... boleh terlepas... dan BeBo pon macam tersepit jek... Maybe sebab seluruh lemak, daging dan segala sebatian jatuh ke bawah kerana graviti bumi...
Kadang-kadang kalau dia mandikan perut dia... jilat-jilat perut... dia selalu tergolek kebelakang... sebab perut dia membulat macam bola. Kesian.. but it was fun looking at him like that. Hehehehe....
I'm handsome...errmmmm
I know I'm handsome...don't have to mention
Perut memboyot
Bila BeBo duduk... perutnya turut duduk sekali.
Ramai yang tanya how I take care of him until he can grow this big... Here some tips :
1) I advised if u wanna adopt a cat... make sure its kitten. Didik dari kecil. Bak kata orang tua-tua... kalau nak melentur buluh... biar dari rebungnya. So... the next step will be easier.
2)Baby wipes - For a kitten yang newly adopt... baby wipes amatlah perlu. Memandangkan dia tiada ibu nak mendidik dia bahawa dia kene wash lepas shi shi dan poo poo... maka anda perlulah ajar.. dengan mengelap tangan.. kaki dan alatan mereka... supaya bersih. Mula-mula dia rimas... but lama-lama... akan get used to it... and normally your cat akan start jilat bersihkan sendiri before u wipes them... Konon macam... "baik aku buat sendiri sebelum kene lap... sejuk... nanti wangi sangat"
3) Litter sand... pilihlah litter sand yang anda suka... kat pet shop merata-rata jual litter sand... siap ada fragrance.. tapi.. ada satu litter sand yang I nak suggest. Litter Sand from Cat's Best Oko Plus. Ada jual di Pet's World Mid Valley at RM49.90 for 10 litter. The price sounds mahal but sangat-sangat jimat sebenarnya. And the best part... it can clump bila ada cecair... terus absorb dan mengeras. Magic gitu. Dan part yang best lagi... very easy to buang... just masukkan dalam toilet bowl dan flush. Lebih bersih sebab boleh terus basuh bekas. Bila bersih... BeBo pon suka.... Lagi pon.. 10 litter can last up to 2 months... kalau nak compare pasir biasa tu about RM15 for 10 liter... dulu pernah bagi BeBo pakai... tahan 2 minggu je, Kalau sebulan its cost RM30... for 2 months... cost RM60... so.. mana lagi jimat? Definately Cat's Best... jimat dan praktikal.
4) Food.... If u adopt a stray cat... jangan terus dia bagi makanan mahal... bagi makanan yang dia biasa makan dan perlahan-lahan... upgradelah ke apa jua jenama yang anda suka. Langkah ini perlu supaya kucing anda tidak culture shock... nanti dia stress. I choose Royal Canin for my dear BeBo. Persoalannya.. macam mana nak tukar makanan kucing... macam BeBo dulu... dia memang tak boleh terima biscuits... so what I did is... rebus ikan... just take half of it... buangkan tulang... hancur-hancurkan isi ikan tu... dan gaul dengan 2-3 spoon of biscuits... day by day portion ikan dikurangkan dan portion biscuit perlulah ditambah. Sehingga dia boleh terima sepenuhnya... the process kadang-kadang gonna take 3-7 days for your cat to adapt dan terima sepenuhnya. Begitu jugalah kalau nak tukar jenama makanan. Jangan tukar mengejut. Baki makanan lama jangan habiskan... but campurkan dengan makanan baru. slowly kurangkan portion makanan lama.. lebihkan makanan baru. Kalau mengejut... nanti kucing boleh merajuk. It happens to BeBo dulu... merajuk sampai masuk wad sebab kekurangan air dan dia cirit birit. Mengada kan...
Masa BeBo masih kitten pada awalnya saya bagi Cat Eye... tak mahal pun... murah je... tapi dia macam tak berapa membesar... selera macam tak berapa baik. So saya cuba tukar pada Science Plan. Tapi BeBo tak berkenan... dia sanggup berlapar dari makan makanan tu. End up... assistant kat pet shop tu bagi sample Royal Canin Kitten 36 to me. Manalah tahu kalau BeBo suka... Indeed... bila bagi dia tak pandang dah tempat lain... hadap makanan tu sampai licin. So saya stick to Kitten 36 sampai la BeBo berumur 7 8 bulan. Can't really remember.
Bila dan besar sikit... BeBo perlukan nutrien yang berbeza... so saya change to Royal Canin Indoor 27. Range ini sangat sesuai untuk kucing yang dibela di dalam rumah macam saya yang tinggal di apartment. Najis kucing kurang berbau. Well, najis confirm la akan berbau but at least tak la sampai berbau satu rumah... then nak bersihkan pun rasa nak muntah. This one will solve the problem. Malah your cat akan bahagia tiap kali nak membuang sebab tak ada masalah sembelit atau cirit birit. Btw, jangan la bagi dia makan makanan merata such as kepala ikan bilis lebihan nak masak tengah hari... ayam kfc semalam yang tak habis makan... or yang sewaktu dengannya. Langkah ini perlu supaya setiap kali anda keluar bekerja... your pet tak menggeledah sampah di dapur untuk mencari tulang ayam kfc yang anda buang semalam.
Since BeBo is getting fatter and fatter and fatter... saya cuba dietkan BeBo dengan mengurangkan portion makanan dia setiap hari. Tapi tak berjaya sebab BeBo macam menggila bila lapar. Gigit saya sebab dia tak kenyang. Cubaan diet gagal... so as per advised by pet shop assistant... saya tukar makanan BeBo to Royal Canin Fit 32 yang bertindak mengawal berat badan kucing agar berada di skala berat badan ideal. Tapi macam tak applicable to my dear BeBo. Sampaikan my friend said... kene masuk Down Size My Pet kot baru boleh kurus.
When u give Royal Canin to your cat you will notice... bulu dia akan cantik berkilat... tak easily gugur dan rapi all the time. Kesihatan pun terjaga sebab Royal Canin membekalkan semua nutrien yang kucing anda perlukan.
5) Shampoo... ada banyak shampoo yang anda boleh pilih. Tapi my advice... pilihlah shampoo yang baik sikit... you will not regret. For BeBo I choose Pawster Pet Paradise. This one...
Bulu lebih lembut... shining dan the smell can last up to 1 week. Masa BeBo kecil.... saya selalu mandikan dia... seminggu sekali... every weekend. But not now... sebab dia dah besar sangat... tak larat nak mandikan... so mandikan sebulan sekali. I can sent him to Pet Shop for grooming but its gonna cost me RM60 per session. Fuhhhh... berpeluh.
6) Vaccine - ini sangatlah perlu dan perlulah mengikut jadual especially for stray cat. At the age of 6 months... ur cat are ready for their first session of vaccination. 2nd session will be 3 months after the first session. the following session will be once a year. Each session about RM80 macam tu. Less than RM100 semestinya. Some clinic can give better offer. Up to you.
7) Spayed/Neutered... ni pun adalah salah satu perkata yang digalakkan. Especially for Male Cat. Bila sampai tempoh matang... mereka akan mula mark teritory dengan kaedah pancutan urine. So, to avoid this case... silalah neutered kucing anda. Kalau betina kene buat operation untuk ikat kilang dia. Bukan apa... perkara ini agak penting bagi mengelakkan anda menangis meratapi atau bermenung jauh dek masalah-masalah akibat tidak memandulkan kucing. Malah... turut mengurangkan risiko kematian akibat dilanggar kereta semasa musim mengawan. That's important! Kebaikannya... kucing akan bertambah gemuk selepas dimandulkan dan lebih manja. They like to be pampered.... ^_^
That's all untuk kali ini... will add some more tips later on InsyaAllah. Btw, kalau jumpa BeBo... jangan bagi tahu dia gemuk tau... cakap kat dia.. 'BeBo tough macam Fizo Omar'... nanti dia buat muka handsome. Dan selalunya... BeBo lupa dia gemuk so dia berlari sana sini... end up... mengah sampai baring terlentang kat living. Kelakar betul. Till then.
XOXO,