SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

27 December, 2011

Senggugut or Period Pain

27 December, 2011
Am I too open to talk about this. But it seems yes. Its a normal thing and for me everyone should know about this. Even a guy. Sebab kadang-kadang lelaki always said... biasalah tu PMS. PMS mmg sering dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil, super sensitive, cepat marah, cepat terasa, mood swing like revolving door. Ketidakstabilan hormon saat-saat kedatangan waktu 'istimewa' ini kadang perempuan sendiri tak sedar. Sebulan sekali. Ada sesetengan perempuan kedatangan waktu 'istimewa' ni sangat teratur. Ada pulak yang kucar kacir. Ada yang langsung tak terkesan dengan kedatangan waktu ni. She seems normal. And lelaki start la cakap... "eh apsal ko PMS buruk rupe. Si anon to elok jek. Tak macam ko." Weyh... senang la cakap. Meh sini cuba ko test try jadi perempuan. Sakit ke tak. Cuba test rasa. Hormon setiap manusia tak sama. Berbeda-beda. Maka, tak setiap perempuan dapat merasakan 'keseronokan' PMS ni. 

How does it feel
Sesetengah lelaki selalu question macam mana rasa senggugut?. Apsal perempuan BERTUKAR setiap kali PMS?. Jenuh la nak layan tiap-tiap bulan macam ni. Even perempuan yang tak pernah rasa senggugut pun tertanya-tanya. To be honest, setiap bulan I myself mengalami senggugut yang boleh dikategorikan agak teruk. Since I'm in high school. Pernah masa sekolah dulu, kalau kena kat sekolah... surely saya lah penghuni setia bilih rehat kat makmal ERT tu. Pernah sampai cikgu kene call my parents to pick me up sebab I can't get up langsung. Nak jalan pun kene pimpin. Dan pernah sekali saya kene beberapa jam sebelum pulang dari sekolah. Nak keluar dari pagar sekolah tu memang kawan tolong pimpin kiri kanan. Beg pula orang yang bawakan.

Bila sampai rumah... tak perlulah cakap banyak, saya cari katil dan selimut... baring jek dalam selimut dah macam mengkarung. Kalau mak panggil... memang takkan jawab la... yang mampu... angguk.. geleng. Sebab kan... kalau cakap.. nanti sakit perut. OMG.. is it that bad? Yes it is. Till now... masih lagi sakit. Seluruh kaki dari betis membawa ke peha... membawa ke perut terasa semua otot-otot dan urat tegang. Kalaulah anggota badan ni elastik, dah tarik-tarik kasik regang sikit. Maybe boleh feel better. Who knows. Kan??? 

Rasa sakit tu... memang cannot take it. Rasa macam nak kerut dahi all the time. Kepala sampai rasa berasap sebab angin-angin terlalu banyak dirembeskan di dalam perut. (its rahim to be exact). I even pernah sampai muntah-muntah sehingga badan menggigil dan end up MC balik umah... Bibir sampai pucat. Dan sepanjang perjalanan nak balik ke rumah tu... rasa nak campak jek stereng kete soh kete jalan sendiri. 

How to take care of it
1) For those yang agak kronik macam saya, kalau benar-benar tak larat go to nearest clinic dan amikla MC. Dari korang struggle dok kat office end up sentap marah orang sekeliling sehingga orang sekeliling ikut sentap.

2)Time-time tengah syok sakit perut tuh, toksah la berangan nk menghirup air teh panas. Teh tu banyak angin melainkan teh halia. Dahla perut memang tengah banyak angin... tambah pula angin dari teh yang sedpa diminum tu... jangan cari pasal k. 

3)Milo panas is a right choice. Sama ada Milo bersusu atau Milo O, both pun elok. Yang tak elok MILO AIS. Its a big no no dek non.

4)Make sure tiap kali kedatangan waktu 'istimewa' ni catitkan dalam kalender. So the next month silalah teliti dan about a week before kedatangan hari 'istimewa' ni jadikanlah AIS sebagai musuh ketat anda. Ais inilah penyumbang terbesar yang membantu otot-otot menjadi kejang dengan lebih pantas. Malah membatu pengecutan dinding rahim dengan lebih cepat. (betul ke ni?) Kalau tak caya... sila test bulan depan... pakat minum ais bebanyak sebelum datang period.

5)Minum air suam. Minum air panas lagi bagus. Bukan stakat suam-suam kuku ye. Tahap kepanasan tu lebih sket. Bila kita minum air panas, secara tidak langsung otot-otot akan mengambang semula. Maka, dapatlah mengurangkan rasa senggugut itu. 

6) Sapukanlah minyak panas pada perut, kaki dan bahagian yang terasa kejang itu. Berulang kali sehinggalah korang rasa... dah lega sikit dah ni.

7) Tak pun, gunakah lah laptop. Letakkan di atas perut. Sebab, laptop kan panas. So, bila letak tu sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan rasa sakit sebab haba yang disebarkan oleh laptop tu membantu mengembangkan otot-otot perut.

8) Ni adalah cara terbaik yang menjadi pilihan utama saya. TIDUR. Tapi bukan mudah nak tidur especially time tengah berperang dengan kesakitan tak boleh dibendung ni. Nak tidur pun kene cari posisi terbaik. Bergolek ke kiri... bergolek ke kanan.... meniarap... mencangkung dan berbagai-bagai cara atau posisi yang cuba di explore oleh mereka yang mengalaminya... demi mendapatkan posisi terbaik. Apa yang dimaksudkan posisi terbaik ni? Posisi terbaik dalam konteks ini bermaksud... posisi yang mana... selesa dan tidak sakit perut lagi. Tapi perlu diingatkan... kalau dah jumpa posisi ini... nak gerak seinci pon tak rela. nak angkat kuku pun tak sudi. Apatah lagi kalau tiba-tiba ada orang suruh..."eh baring la sana sikit"... saja nak mintak penampar.

9) Makanlah ubat. Antara ubat yang sering diambil... panadol atau paracetamol. Ponsten. Atau Panadol Menstrual. Tapi tak bape elok sebenarnya bergantung pada ubat ni. maka... ini adalah option terakhir. But it seems I always choose this option lately... Sebab tahap kesakitan yang luarbiasa. Hurmmm...

How to cure it
Since lately I've been attacked by extraordinary period pain, saya sering ke clinic untuk ambil ubat dan MC. Wanna know what did the doctor said?

Me : Doc, macam mana nak hilangkan sakit senggugut?
Doc : In your family ada history senggugut? Your mom perhaps?
Me : Erm... ada. Mak saya masa dia muda-muda dulu.
Doc : Then u pernah tanya your mom whether she still suffering for this pain every month?
Me : Pernah. My mom said... the pain hilang after she gave birth to me. Which is the third child. 
Doc : Mostly, senggugut ni faktor keturunan. Since your mom pernah kene.. so the percentage untuk u suffer for the pain pun tinggi. Besides faktor hormon. Btw, my answer to your question is... kahwin.... get yourself pregnant... give birth. InsyaALLAH... after that... tak la suffer lagi for the pain. (he smiled at me)
Me : Ooooo... (dengan muka blur)
Doc : Are you married?
Me : Nope (buat muka seposen)
Doc : Cepat-cepatlah kahwin... Dah ada calon?
Me : Ermmm... amik ubat kat luar eh doctor?

The doctor just laughed at me.

Selain daripada kahwin amalan hidup sihat itu perlu. Such as.. selalu-selalulah bersenam seperti swimming, jogging dan sebagainya kerana aktiviti-aktiviti sedemikian membantu otot-otot anda lebih elastik dan tak keras macam kayu.

Ada lagi satu cara iaitu dengan pengambilan makanan tambahan EPO (evening primrose oil). EPO ni elok untuk kesihatan dan keseimbangan hormon bagi kaum wanita. Tapi takdelah sekali makan dah baik dah. Jadikanlah ia sebagai amalan demi menjaga kesihatan anda untuk jangka masa panjang. EPO ni pun memang baik untuk menjaga kecantikan. Ha... bila sebut bab cantik mesti suka kan. So, its a bonus la kalau makan EPO ni. So, silalah ke nearest pharmacy dan belilah EPO.

Cara terakhir buat masa ini.. I mean in this entry is... gunakanlah FC Bio Sanitary Pad. Bulan pertama guna memanglah tak nampak perbezaan. tapi keep continue gunakan pantiliner sehingga kedatangan haid pada bulan hadapan. U will feel the difference. Rasa kurang dan bulan-bulan berikutnya... tidak sakit lagi. InsyaALLAH.

All the option saya dah cuba... alhamdulillah memang nampak keberkesanannya. Cuma as I said...saya mengalami kesakitan yang extra ordinary lately. Mungkin saya kene cuba option yang doctor tu suggest kot Hehehehe....

Kalau ada kesilapan fakta dan sebagainya minta maaf awal-awal. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu dari pembacaan, kawan-kawan dan pengalaman sendiri.

Selamat mencuba semua.

XOXO,

12 comments:

K.A.A. said...

terbaek la doktor tu...haha...so ape lg? kawen la cpt...kan dah ade calon~ :p

Sha.Az said...

insyaALLAH... doa-doakan lah ye. amin.

Anonymous said...

oh! cara nak regangkan otot selame2nye.. senang jek.. minum air kosong 8 gelas sehari..
alah.. cam yg dokter slalu kate tuh..

otot selalu kejang sebab kite dehydrated.. badan kering.. otot pun makin kejang..

minum air teh, milo, air manis, air pahit ke hape ke.. itu sebenarnye menolong kepada dehydration. so kene slalu minum air kosong..

itu je yg penting. 8 gelas sehari 2 liter sehari.. 2 pagi.. 2 tgh hari.. 2 petang.. 2 malam...

sebab badan dah penuh ngn air.. otomatik kite makan pun kurang.. boleh la diet skali..

herher

Sha.Az said...

thanks for the tips... :)

Unknown said...

Saya pun ada masalah ni. Memang faktor keturunan.. even mak saya yg dah 40 ++ something pun still sengugut teruk.. bru je 20an siapa nak jadi calon oi.. haha btw sis dah kawin ke. Hehe

Unknown said...

Saya pun ada masalah ni. Memang faktor keturunan.. even mak saya yg dah 40 ++ something pun still sengugut teruk.. bru je 20an siapa nak jadi calon oi.. haha btw sis dah kawin ke. Hehe

syda said...

lawak doktor..

Darwina said...

I found my gang! Sebiji sama 😅

apple_pie said...

Serupa habis... Jarang kena senggugut. Tp once kena, kdg2 smpai muntah dan demam... Mmg jwbnya katil je la.... Nice tips by the way. Boleh apply...

Jaja Zaleha said...

I feel u about senggugut...huhu.

Btw kelakar conversation ngan doc tu hehe. Tapi kan saya baca kat website perubatan memang betul pun dia cakap tu. Satu faktor jadi senggugut ialah sebab laluan yang sempit jadi kalau kahwin dan give birth akan kuranglah senggugut tu..

Shahida said...

Sakit sampai x terkata..ada lah org bleh kata,ngada2😢 yg kita nie rs mcm dh tkemut2 jalan....mudah sungguh diorang cakap mcm tu,badan org x sama....

Anonymous said...

keadaan sy sama semua di atas..ingatkan lps kawin ok tp sama je...buat mcm2..avoid ais,ayam,susu,daging..ape2 yg ganggu hormon...EPO pernah cuba..tp xsesuai menyebabkan fibroid dan cyst sy bertambah besar dan kena operate..lps operate pun xhilang jgk sakitnya..kwn2 kata diaorg sakit tahan je xmkn ubat..harap dpt pindahkan sakit ni pd diaorg sejam cukupla agar mrk tahu..kita bukan sengaja nk rosakkan buah pinggang dgn ubat..kdgkala ubat pun tak berkesan..nk amik MC ke klinik menunggu pun tak mampu..hanya mampu tergolek berpeluh menahan sakit sambil menunggu ubat berkesan..byk kali dah minta doktor buang rahim ni..sbb dah fed up..rs lega jgk dengar ada yg senasib..sakit hati jgk bila org tak phm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014