Sekejap saja masa berlalu. Masih segar diingatan tatkala hati kecewa lalu berpaling meletakkan jawatan di company terdahulu lalu meneruskan karier perjuangan saya di company lain. Pernah terlintas juga dihati ini untuk beralih arah ke bidang lain. Home business mungkin. Namun, saya sendiri tak mampu. Bila saya mula berjinak-jinak ke bidang lain, langkah saya serba tak kena. Dah seperti orang angau bercinta. Terasa asing dan sungguh tak lengkap bila sehari tak melihat drawing, melihat design dan site. Mungkin saya sudah ditakdirkan menjadi arkitek. Inilah saya. Inilah karier saya.
Selepas berkahwin, saya menyuarakan rasa hati untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berbisnes dari rumah. Masih mencuba. Namun suami kurang setuju, katanya kami berdua bukan orang senang. Tetapi ianya tidak mustahil. Hakikatnya, saya sendiri tidak bersedia.
Hari ini, hari terakhir saya bekerja disini. Hari terakhir saya berkhidmat sebagai arkitek di syarikat swasta ini. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sudah 2 tahun saya bekerja disini. Cepatnya 2 tahun. Rasanya, macam baru semalam saya mula bertugas disini. 2 tahun saya menjalani kehidupan dan karier sebagai arkitek tunggal wanita. Berperang dengan contractor yang degil dan client yang cerewet.
Esok saya akan memulakan kerjaya saya ditempat baru. Masih sebagai arkitek. Di mana? Saya akan beritahu esok. Wait ya....
1 comment:
Selamat!!!!
Post a Comment