SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

07 July, 2012

Let's decorate your wall

07 July, 2012
 Salam everyone. It's been quite sometimes I promised to post this entry. Maaf atas keterlewatan yang tidak disengajakan. Jadual harian sebagai pekerja makan gaji dan housewife membuatkan saya tak sempat nak bermanja dengan laptop. Apatah lagi nak menulis. Siang tadi saya tak ke mana-mana. Hanya duduk di rumah menyiapkan tempahan macaron dan mencuba resepi baru... "Caramel Moist Chocolate Cake" Alhamdulillah. Both menjadi dan menunggu masa untuk di makan. InsyaAllah saya akan postkan gambar nanti. InsyaAllah. Btw, berbalik kepada tujuan asal entry ini... saya nak berkongsi tips hias dan jimat dalam mencantikkan kediaman anda dengan "Do-it-yourself wallpaper". Haaaaa... teruja tak? Senang je. Ada pelbagai teknik yang korang boleh buat. But I've done 2 technique which is I personally found it is easy as 1...2...3..... tadaaaaa...

1) Sponge technique

Alatan yang anda perlukan adalah.... Cat dan Sponge. Hanya 2 saja alat yang diperlukan. 

Cara-caranya:

1) Sekiranya ada berpuashati dengan warna dinding sekarang, just leave it. Kalau tak suka... cat lah warna baru sebagai base colour.

2) Ambil sponge yang selalu mak pakai buat basuh pinggan (ambil yang baru).. kemudian koyakkan dengan cara membahagi dua bagi mendapatkan permukaan tidak rata dan sedikit menggerutu.

3) Tuangkan cat pada bekas lain dalam kuantiti yang sedikit. (saya gunakan penutup cat) Cat yang akan digunakan ini tidak perlu anda cairkan. Biarkan pekat bagi memudahkan kerja-kerja menconteng dinding. Hehehe

4) Ambil sponge yang siap di koyakkan dan celupkan permukaan menggerutu pada cat. (pilih warna yang kontra atau terang sebagai feature wall anda) Pastikan cat itu telah. 

5) Cuba ringankan kuantiti cat pada sponge dengan menekap sponge pada bahagian penutup yang tidak mempunyai cat.

6) Tekapkan sponge pada dinding berulang-ulang kali secara rawak. (Dinasihatkan agar anda melaksanakannya spot-by-spot bagi memudahkan anda melihat coraknya.

7) Ulang langkah 4-6 sehinggan feature wall anda siap sepenuhnya seperti di bawah.

Tadaaaa....



This is the feature wall that I've done at my living room.


2) Stripes + Combing 

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah :

1) 2 cat dengan warna yang berlainan. (Padankan ikut kesukaan anda)
2) Masking tape untuk membahagikan wall
3) Comb... anda boleh dapatkan ini dari ACE Hardware. Ia sejenis plat plastik berbentuk segi empat yang bergerigi. Setiap side mempunyai saiz gerigi yang berbeza. Atau gunakan getah wiper dan potong hujungnya  dengan bentuk segi tiga atau segi empat (mengikut citarasa) seperti castle.
4) Berus bersaiz besar

Dah sedia untuk cara-caranya?

1) Catkan warna base pada feature wall anda. Pastikan rata dan biarkan kering. Untuk mendapatkan dinding dengan warna sekata anpa perlu mengecat dinding tersebut sekurang-kurangnya 3 layer.

2) Ukur dinding dan dapatkan stripes yang anda mahukan. Gariskan sebagai panduan untuk langkah seterusnya.

3) Letakkan masking tape(tepi) pada garisan dari atas sehingga ke bawah. Ulang langkah ini untuk garisan seterusnya. (Pastikan Stripes yang akan dicat layer baru dengan warna baru sempurna di tandakan.)

4) Sapukan cat (warna ke 2) pada stripes yang di kehendaki. Jangan sapukan pada seluruh stripes... Sapukan pada sebahagian sahaja (spot-by-spot)

5) Ambil comb dan buatkan corak sama ada membulat, berbentuk "s" dan sebagainya (dengan kaedah tekan dan tarik) diatas cat yang baru di sapu. Pastikan cat yang disapu masih basah bagi memudahkan kerja-kerja combing. Anda juga perlu memastikan tangan anda tidak menggigil agar corak yang terhasil tidak nampak seperti rosak.

6) Ulang langkah 4 & 5 sehingga semua stripes completed seperti di bawah.

Tadaaaa....


Corak yang saya pilih adalah semi-circle.


This is my feature wall at dining area.

Mudah bukan. Mudah dan menjimatkan. Tak perlu pasang wallpaper. Btw, kalau ada bajet lebih, gunalah cat yang mahal sikit. Especially untuk technique kedua tu. The one that I've done was using cat kapur. So bila step combing agak challenging sikit. 



Bebo pun setuju. Sampai tertidur Bebo keletihan. Sian Bebo.


That's all untuk kali ini. Kalau saya ada projek baru untuk deco wall, insyaAllah saya akan gunakan teknik baru dan berkongsi bersama anda semua. Tak susah pun... nak buat corak kayu pon boleh... guna kaedah "broom". Selamat mencuba.

XOXO,



5 comments:

Anonymous said...

Ow, igtgn italy san cora , mcm dlm iklan dia kat billboard,

Anonymous said...

Ow, igtgn italy san cora , mcm dlm iklan dia kat billboard,

Sha.Az said...

So, boleh la cuba buat kat rumah... happy decorateeee... ^_^

Lynda said...

cantek sangat

Sha.Az said...

thanks Lynda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014