SEBUAH CERITERA HATI

Hello There!

28 February, 2013

Last day

28 February, 2013

Sekejap saja masa berlalu. Masih segar diingatan tatkala hati kecewa lalu berpaling meletakkan jawatan di company terdahulu lalu meneruskan karier perjuangan saya di company lain. Pernah terlintas juga dihati ini untuk beralih arah ke bidang lain. Home business mungkin. Namun, saya sendiri tak mampu. Bila saya mula berjinak-jinak ke bidang lain, langkah saya serba tak kena. Dah seperti orang angau bercinta. Terasa asing dan sungguh tak lengkap bila sehari tak melihat drawing, melihat design dan site. Mungkin saya sudah ditakdirkan menjadi arkitek. Inilah saya. Inilah karier saya.

Selepas berkahwin, saya menyuarakan rasa hati untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berbisnes dari rumah. Masih mencuba. Namun suami kurang setuju, katanya kami berdua bukan orang senang. Tetapi ianya tidak mustahil. Hakikatnya, saya sendiri tidak bersedia.

Hari ini, hari terakhir saya bekerja disini. Hari terakhir saya berkhidmat sebagai arkitek di syarikat swasta ini. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sudah 2 tahun saya bekerja disini. Cepatnya 2 tahun. Rasanya, macam baru semalam saya mula bertugas disini. 2 tahun saya menjalani kehidupan dan karier sebagai arkitek tunggal wanita. Berperang dengan contractor yang degil dan client yang cerewet.

Esok saya akan memulakan kerjaya saya ditempat baru. Masih sebagai arkitek. Di mana? Saya akan beritahu esok. Wait ya....

27 February, 2013

Winter in Beijing

27 February, 2013
Salji pun dah cair... this photo was taken last January while both of us in Beijing... How I miss this moment. The truth is, saya sangan jakun dengan salji. Say whatever you want to say. I am jakun with snow. Indeed.




Oh... jakunnya...

XOXO,

Tenggelam Timbul

Salam everyone...dah terlalu lama saya tidak menulis. I was away last January until February... bersama-sama suami ke Beijing, China selama 3 minggu. Kami ada misi. Maaf saya tak dapat kongsikan misi yang kami lalui atas permintaan pihak-pihak yang perlu saya jaga sebaiknya. Terlalu banyak hati yang saya perlu ambil kira. 

Saya sedar, kekurangan saya menulis dan meng'update' membuatkan blog ini suam-suam kuku. Until I think about to close it down. Tutup je la... Tapi masih ada rasa sayang. Ada banyak memori-memori lalu yang tercatit sejarah dan liku-liku kehidupan saya yang hambar dan tak berapa menarik. But still, it records my life journey. Walau tidak semua tetapi masih ada segelintir darinya.

XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peeps here *wink

Sebuah Ceritera Hati © 2014